Wednesday, July 29, 2009

Mesyuarat Penyelarasan Kemajuan Dan Keselamatan Mukim

29/07/2009 Sungai Yu.3 petang.
Mesyuarat Penyelarasan Kemajuan Dan Keselamatan Mukim kali Ke 4 berlangsung dengan jayanya.Kg Sungai Yu terpilih menjadi tuan rumah kepada mesyuarat kali ini.Mesyuarat di hadiri oleh Penghulu Mukim Tuan Hj Faizullah Bin Hj Abdul Ghani.Ketua Kampong yang hadir tuan Muhad Solihi(Sg Yu)Tuan Hj Azahari Bin Mardzuki(Sg Gulang-Gulang) Tuan Hj Jedris(Kg Ujung Permatang),Tuan Hj Miskon (Sg Terap),Tuan Azahari(Parit Serong),Tuan Zaba tidak dapat hadir kerana urusan keluarga.

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

KOLOKIUM PENGHAYATAN ISLAM DAERAH KUALA SELANGOR

SALAM.

PROGRAM TERSEBUT AKAN DIADAKAN DI MASJID JAMEK SULTAN IBRAHIM ,KUALA SELANGOR
TARIKH 15/08/2009 ,MASA JAM 06.45 PETANG.PESERTA PROGRAM TERDIRI DARIPADA JKKK SELURUH KUALA SELANGOR .KETUA KETUA BLOK ,PENGHULU PENGHULU MUKIM DAN JAWATANKUASA PENGANJUR.
ATURCARA
6.45 PTG KETIBAAN TETAMU/JEMPUTAN
7.30 MLM SOLAT MAGHRIB,TAZKIRAH,SOLAT ISYAK
9.00 MLM PENGISIAN 1.PRA SYARAT KEPADA PEMBENTUKAN UMAT YANG SOLEH LAGI BERKEBAJIKAN.JAMUANRINGAN ,REHAT.
4.40 PAGI QIAMULLAIL
5.50 PAGI SOLAT SUBUH,TAZKIRAH SUBUH.
7.15 PAGI MINUM PAGI DAN BERSURAI.

TQ


Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Tuesday, July 28, 2009

MEMBAWA PELABUR DARI HONG KONG


28 hb Julai 2009 PKR cabang Tg Karang telah membawa wakil pelabur dari Hong Kong utk berbincang dgn Dr Mansor Timbalan Ketua Menteri P. Pinang di pejabatnya. Hasil perbincangan adalah positif dan rakyat P.Pinang bakal mendapat hasil dari pelaburan yg bernilai berbilion ringgit ini.
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Monday, July 27, 2009

SKIM MESRA USIA EMAS DUN PERMATANG


27 hb Julai 2009 Sdr Wahab Bin Halid selaku Pegawai Kerja DUN Permatang telah menyampaikan manfaat kali pertama kepada waris mendiang Muniamah a/p Ramasamy. Ini adalah sumbangan dari kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat.
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

PERTANDINGAN MENERBANGKAN WAU



Pada 25 dan 26 Julai 2009, bertempat di dewan orang ramai Taliair 2 Ban 3 Sg Burung Tg Karang PKR Cabang Tg Karang telah menganjurkan satu pertandingan menerbangkan wau. Ianya telah disertai seramai 70 peserta dengan jumlah wau sebanyak hampir 200 unit. Perasmian penutupan dan penyampaian hadiah telah dilakukan oleh Tn Hj Abdul Kudus Bin Hj Omar selaku Ketua Cabang Tg Karang.
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

VIDEO SPIES BELIA DUN PERMATANG

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Sunday, July 26, 2009

BOLASEPAK SELANGOR


Semalam pada 25 hb Julai 2009 pasukan bolasepak Selangor telah dinobatkan sebagai juara
Liga Super buat kali pertama. Yang paling membanggakan sekali adalah semasa di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor telah berjaya memenangi 3 kejuaraan iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super. Insyaallah Piala Malaysia juga bakal kita pertahankan. Inilah gambar Naib Ketua Cabang Tg Karang bersama dengan pemain terbaik Amri Yahya selepas kenduri doa selamat di rumah beliau.
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Pertandingan Badminton AMK Sg Gulang Gulang


Sdr Yahya Sahri merasmikan upacara penutup Kejohanan Badminton anjuran AMK Ranting Sg Gulang-gulang. Pengerusi kepada jawatankuasa penganjuran adalah Ketua AMK Ranting Sdr Faharudin Bin Mohd Panot.
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

PROGRAM SPIES REMAJA DUN PERMATANG








Seramai 43 orang peserta dari DUN Permatang telah menyertai Program SPIES Remaja yang diadakan di Hay Resort, Sabak Bernam pada 25-26 Julai 2009.Penglibatan remaja yang berumur diantara 13 hingga 17 tahun ini adalah salah satu program SPIES yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri. Untuk SPIES Remaja ini, Smart Excel Consultant telah dilantik untuk menjadi penceramah dan perunding.
Untuk program ini, 2 DUN telah terlibat iaitu DUN Permatang dan DUN Sungai Panjang. DUN Permatang yang diketuai oleh KPMI nya, Raja Shahmirulzaman dan pembantu, Encik Hassan Sani manakala DUN Sungai Panjang diketuai oleh KPMI nya, Ustaz Fadzilin. Kerajaan Negeri meletakan sasaran seramai 100 orang peserta dan alhamdulillah, kedua-dua KPMI berjaya menyediakan 130 orang peserta untuk program ini.
Program ini bertujuan untuk melatih remaja mengenal diri mereka, cara membuat keputusan dan membentuk sahsiah diri. Adalah diharapkan program seperti ini dapat diteruskan demi memastikan pembangunan modal insan Negeri selangor berjaya mencapai matlamatnya.

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Saturday, July 25, 2009

Program TAWAS di DUN Permatang



Penglibatan wanita Cabang Tg Karang bersama Program Kerajaan Negeri

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Thursday, July 23, 2009

Sumbangan dari Pusat Khidmat Rakyat DUN Permatang


Pada hari selasa yang lalu, Pegawai Khas dari Pusat Khidmat Rakyat DUN Permatang telah menyampaikan sumbangan yg berbentuk sebuah laptop dan satu set P.A sistem kepada Sekolah Rendah Agama Ujong Permatang. Sumbangan ini bernilai RM5000.00. Sumbangan ini telah disampaikan kepada Gurubesar yg bernama Norazman Bin Md Darmiah dan disaksikan oleh Ketua Kampung Ujong Permatang yg bernama Tn Hj Jedris Bin Jemain.

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Tuesday, July 21, 2009

Kematian Teoh: Tan Boon Wah beri keterangan di IPD Shah Alam -Hai orang lain pulak kena siasat

Kematian Teoh: Tan Boon Wah beri keterangan di IPD Shah Alam
SHAH ALAM: Anggota Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah malam tadi memberikan keterangan berhubung kematian setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock yang ditemui di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Khamis lepas.

Tan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seksyen 11 di sini pada pukul 9 malam bersama isteri dan peguamnya.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata Tan dikehendaki hadir untuk memberi keterangan kerana sebelum ini beliau membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabtu lepas tetapi enggan percakapannya itu dirakamkan.

Khalid turut menasihatkan Tan supaya menghadirkan diri ke balai polis untuk dirakamkan percakapan atas laporan yang dibuatnya, dan sekiranya beliau tidak hadir, polis akan mengeluarkan notis mengikut Seksyen 111, Kanun Acara Jenayah untuk mengeluarkan perintah kepadanya memberi keterangan di balai.

Sekiranya Tan tetap enggan memberikan keterangan berkenaan laporan polis yang dibuatnya itu, pihak polis boleh mengambil tindakan lanjut terhadapnya kerana membuat laporan palsu.

Teoh, 30, ditemui mati tengah di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di sini yang menempatkan pejabat SPRM Selangor yang dilaporkan menyoal siasat beliau beberapa jam sebelum itu. BERNAMA

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Monday, July 20, 2009

PERTANDINGAN BOLAKERANJANG 3 SEPASUKAN; 18 JULAI 2009; TAPAK PELANCUNGAN PEKAN PASIR PENAMBANG










Pertandingan Bolakeranjang 3 sepasukan yang dianjurkan oleh Ranting Pasir Penambang pada 18 Julai 2009(Sabtu) telah dirasmikan oleh YB Elizabeth Wong Exco Selangor dianjurkan oleh ranting Pasir Penambang. Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Lim Ah Chuan menyatakan sebanyak 80 pasukan telah menyertai dengan 3 kategori dipertandingkan iaitu bawah 12 tahun, bawah 15 Tahun dan 18 tahun. Pasukan daripada Pasir Penambang telah memenangi kategori 18 tahun. Haji Abdul Kudus Omar Ketua Cabang telah menyampaikan hadiah.
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

TALKSHOW BERSAMA NIK NURMADIHAH; 18 JULY 2009 SEK MEN KEB AGAMA K.SELANGOR





















Pusat Khidmat Rakyat DUN Permatang dengan Kerjasama Koordinator Modal Insan telah berjaya menganjurkan program Talkshow bersama Nik Nurmadihah pelajar cemerlang 20 A tahun 2008 pada 18 Julai 2009 bertempat di Dewan Sek Menengah Agama Kuala Selangor. Kehadiran yang amat menggalakan daripada pera pelajar dengan jumlah kehadiran melebihi 400 orang. Sebelum sesi bersama Nur Madihah dua orang penceramah telah dijemput untuk memberikan motivasi iaitu Tuan Haji Baharom Abu Bakar daripada Baha Creative dan Dr Hj Miskandar Hj Mat Sahri.
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Saturday, July 18, 2009

Majlis Peguam juga mahu Suruhanjaya Diraja siasat kematian Teoh

Sabtu Julai 18, 2009
Majlis Peguam juga mahu Suruhanjaya Diraja siasat kematian Teoh

Turut syor protokol urusan soal siasat SPRM dikaji semula

Oleh G. MANIMARAN

PRESIDEN Majlis Peguam Malaysia, K. Ragunath mengumumkan pendirian pihaknya berhubung insiden kematian Teoh Beng Hock di Kuala Lumpur tengah hari tadi. Di sebelah kanan beliau ialah Setiausahanya, George Varughese.

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam juga mahu kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes kematian Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock di Shah Alam kelmarin.

Sambil menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Ipoh pagi tadi bahawa kerajaan akan membincangkan kewajaran mengadakan Suruhanjaya Diraja minggu depan, Presiden Majlis Peguam, K. Ragunath berkata:

"Kami menyambut baik (kenyataan Timbalan Perdana Menteri) dan kami berharap siasatan menyeluruh akan dijalankan."

Majlis Peguam mengadakan mesyuarat pagi ini untuk memutuskan pendirian meminta kerajaan menubuhkan suruhanjaya seumpama itu.

"Kami meminta kerajaan pusat menubuhkan Suruhanjaya Diraja Siasatan bagi menyiasat keadaan-keadaan yang membawa kepada kematian Teoh dan mengkaji semula protokol Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung urusan soal siasat dan teknik siasatan," kata beliau.

Pagi tadi, Muhyiddin berkata, Kabinet akan membincangkan kewajaran penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes kematian Teoh.

Muhyiddin memberitahu, pandangan pelbagai pihak mengenai perkara itu akan diteliti dari segi kewajarannya.

Sehingga semalam pelbagai pihak mendesak agar ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja atau badan bebas bagi menyiasat kes kematian Teoh.

Kelmarin, Teoh, 30, ditemui mati di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam yang turut menempatkan pejabat SPRM Selangor.

Kematiann Teoh menimbulkan pelbagai spekulasi kerana lapan jam sebelum itu dia dipanggil SPRM bagi membantu siasatan mengenai salah guna peruntukan wang kerajaan negeri Selangor.

GANTUNG TUGAS

Mengulas lanjut pendirian Majlis Peguam dalam isu kematian Teoh, Ragunath berkata, kesemua pegawai SPRM yang terlibat dalam urusan soal siasat Teoh pada Rabu dan kelmarin harus digantung tugas serta merta.

"Kesemua pegawai yang berhubungan dengan Teoh perlu disoal siasat untuk menyediakan laporan terperinci akauntabiliti untuk mengetahui kedudukan dan kebajikannya.

"Kertas siasatan, diari, buku log juga perlu dirampas bagi mengelakkan dakwaan diusik," kata beliau sambil menambah, usaha perlu diambil bagi menghentikan kematian mana-mana suspek dan saksi ketika sesi soal siasat dijalankan oleh pihak berkuasa.

"Kami berharap ini (kematian Teoh) menjadi yang terakhir," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau juga mempersoalkan tindakan SPRM menyoal siasat Teoh sehingga awal pagi sedangkan Seksyen 20 Peraturan Lokap 1953 menyebut bahawa mereka yang ditahan tidak boleh disoal siasat antara 6.30 petang dan 6.30 pagi keesokan hari.

Malah kata beliau, pihaknya juga kecewa kerana Teoh tidak diberikan akses kepada khidmat guaman semasa disoal siasat.
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Majlis Peguam juga mahu Suruhanjaya Diraja siasat kematian Teoh

Sabtu Julai 18, 2009
Majlis Peguam juga mahu Suruhanjaya Diraja siasat kematian Teoh

Turut syor protokol urusan soal siasat SPRM dikaji semula

Oleh G. MANIMARAN

PRESIDEN Majlis Peguam Malaysia, K. Ragunath mengumumkan pendirian pihaknya berhubung insiden kematian Teoh Beng Hock di Kuala Lumpur tengah hari tadi. Di sebelah kanan beliau ialah Setiausahanya, George Varughese.

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam juga mahu kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes kematian Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock di Shah Alam kelmarin.

Sambil menyambut baik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Ipoh pagi tadi bahawa kerajaan akan membincangkan kewajaran mengadakan Suruhanjaya Diraja minggu depan, Presiden Majlis Peguam, K. Ragunath berkata:

"Kami menyambut baik (kenyataan Timbalan Perdana Menteri) dan kami berharap siasatan menyeluruh akan dijalankan."

Majlis Peguam mengadakan mesyuarat pagi ini untuk memutuskan pendirian meminta kerajaan menubuhkan suruhanjaya seumpama itu.

"Kami meminta kerajaan pusat menubuhkan Suruhanjaya Diraja Siasatan bagi menyiasat keadaan-keadaan yang membawa kepada kematian Teoh dan mengkaji semula protokol Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung urusan soal siasat dan teknik siasatan," kata beliau.

Pagi tadi, Muhyiddin berkata, Kabinet akan membincangkan kewajaran penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes kematian Teoh.

Muhyiddin memberitahu, pandangan pelbagai pihak mengenai perkara itu akan diteliti dari segi kewajarannya.

Sehingga semalam pelbagai pihak mendesak agar ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja atau badan bebas bagi menyiasat kes kematian Teoh.

Kelmarin, Teoh, 30, ditemui mati di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam yang turut menempatkan pejabat SPRM Selangor.

Kematiann Teoh menimbulkan pelbagai spekulasi kerana lapan jam sebelum itu dia dipanggil SPRM bagi membantu siasatan mengenai salah guna peruntukan wang kerajaan negeri Selangor.

GANTUNG TUGAS

Mengulas lanjut pendirian Majlis Peguam dalam isu kematian Teoh, Ragunath berkata, kesemua pegawai SPRM yang terlibat dalam urusan soal siasat Teoh pada Rabu dan kelmarin harus digantung tugas serta merta.

"Kesemua pegawai yang berhubungan dengan Teoh perlu disoal siasat untuk menyediakan laporan terperinci akauntabiliti untuk mengetahui kedudukan dan kebajikannya.

"Kertas siasatan, diari, buku log juga perlu dirampas bagi mengelakkan dakwaan diusik," kata beliau sambil menambah, usaha perlu diambil bagi menghentikan kematian mana-mana suspek dan saksi ketika sesi soal siasat dijalankan oleh pihak berkuasa.

"Kami berharap ini (kematian Teoh) menjadi yang terakhir," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau juga mempersoalkan tindakan SPRM menyoal siasat Teoh sehingga awal pagi sedangkan Seksyen 20 Peraturan Lokap 1953 menyebut bahawa mereka yang ditahan tidak boleh disoal siasat antara 6.30 petang dan 6.30 pagi keesokan hari.

Malah kata beliau, pihaknya juga kecewa kerana Teoh tidak diberikan akses kepada khidmat guaman semasa disoal siasat.
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

'Saya tidak politikkan kematian Teoh' - Anwar

Sabtu Julai 18, 2009
'Saya tidak politikkan kematian Teoh' - Anwar

PETALING JAYA: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau sengaja mempolitikkan kematian setiausaha politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock, yang dipercayai terjatuh dari Plaza Masalam, Shah Alam selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin.

Anwar berkata, beliau sebaliknya hanya menunaikan tanggungjawab beliau kepada keluarga mangsa dan kerajaan negeri Selangor yang mahu menuntut penjelasan berhubung kematian mengejut Teoh.

"(Isu) orang dah mati pun kita tak boleh bangkitkan. Dia mati di bawah badan pengawasan dan ini adalah salah di mana-mana negara besar pun.

"Sebab itu saya jumpa pegawai SPRM, kenapa nak politikkan pula?" katanya dalam satu majlis anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, hari ini.

Mayat Teoh ditemui di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam, dipercayai akibat terjatuh dari bangunan itu, kira-kira pukul 1.30 tengah hari kelmarin.

Rabu lalu Teoh memberi keterangan di SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan dana rakyat di Selangor.

Anwar berkata, tidak ada mana-mana pihak yang mengatakan beliau mempolitikkan isu itu kecuali Umno.

"Jangan cuba nak ugut kerana kita tetap akan bangkitkan isu Beng Hock kerana ini satu lagi bukti jenayah yang dilakukan oleh badan penguat kuasa yang dijalankan mengikut arahan Umno dan Barisan Nasional," katanya.
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Pelbagai kecederaan punca kematian Teoh - CPO

Sabtu Julai 18, 2009
Pelbagai kecederaan punca kematian Teoh - CPO

PETALING JAYA: Penemuan awal bedah siasat menunjukkan Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock mati disebabkan kecederaan yang pelbagai selepas terjatuh dari bangunan tinggi.

Sehubungan polis yang masih menyiasat punca kematiannya belum lagi menolak aspek khianat bulat-bulat.

Hasil siasatan awal diumumkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar di Banting tengah hari tadi.

"Sekarang kita tahu bahawa kematiannya adalah kerana pelbagai kecederaan selepas jatuh dari tempat yang tinggi, kita hendak tahu mengapa dia jatuh," katanya lagi.

Oleh itu jelas beliau, buat masa sekarang pihaknya tidak mahu menyatakan sama ada wujud unsur khidnat ataupun sebaliknya.

"... tunggu untuk laporan lengkap pakar patologi," kata beliau lagi.

Dalama pada itu, kata beliau, dua ahli patologi, masing-masing seorang dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya mengendalikan bedah siasat mayat Teoh, dan menjelaskan bahawa kerajaan Selangor diberi pilihan untuk mendapatkan ahli patologinya sendiri tetapi tiada yang datang.

"Laporan awal bedah siasat dari ahli patologi menunjukkan Teoh setakat ini tidak mengalami kecederaan luaran. Bagaimanapun, kami akan tunggu laporan penuh daripada ahli patologi terbabit beberapa hari lagi.

"Buat masa ini, kematian Teoh disebabkan 'pelbagai kecederaan akibat jatuh dari paras yang tinggi'," kata beliau dipetik Bernama.

Teoh, 30, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam pada kirakira pukul 1.30 petang Khamis lepas setelah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Teoh adalah seorang saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri melibatkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Exco Selangor.

Khalid berkata, berdasarkan laporan awal bedah siasata itu, polis masih mengklasifikasikan kematian Teoh sebagai kematian mengejut.

"Ini hanya penemuan awal kami dan polis menyiasat kes ini secara menyeluruh daripada semua sudut," katanya sambil menjelaskan bahawa polis telah mengambil kenyataan dari 23 saksi termasuk 17 pegawai SPRM, tetapi tiada tangkapan dibuat.

Khalid berkata, polis juga menyiasat cara SPRM mengendalikan soal siasat dan turut mengambil rakaman kamera CCTV dari kawasan lif dan tempat letak kereta Plaza Masalam.

Beliau berkata, satu pasukan khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Hasnan Hassan akan mengendalikan siasatan kes kematian Teoh.

"Polis juga akan mengambil keterangan daripada rakan sekerja Teoh, anggota keluarga dan kawankawannya," kata Khalid dan memberitahu bahawa pejabat SPRM Selangor tidak mempunyai kamera CCTV.
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Chua Jui Meng keluar MCA, sertai PKR

Sabtu Julai 18, 2009
Chua Jui Meng keluar MCA, sertai PKR

Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB

PETALING JAYA: Selepas menafikan dua hari lalu, petang ini bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng mengumumkan beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Perkara itu diumumkan sendiri oleh beliau pada satu majlis PKR di sebuah hotel di Bandar Sunway di sini petang ini.

"Wujud banyak spekulasi sejak kebelakangan ini dalam media tentang apakah langkah saya yang seterusnya dalam bidang politik.

"Hari ini saya membuat keputusan paling penting dalam hidup saya, meninggalkan MCA dan menyertai PKR," kata beliau dalam ucapannya.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir dalam majlis itu.

Turut menyertai PKR adalah bekas Senator David Yeoh dan bekas Ahli Parlimen Lumut, Yap Yit Thong.

Pada sidang media selepas itu, Chua, 64, berkata, beliau menyertai PKR memandangkan wujud banyak persamaan antara aganda politik yang ingin dibawa beliau dan Anwar.

"Saya telah keluarkan manifesto pada 2005 dan 2008 dan saya membandingkannya dengan visi dan agenda Datuk Seri Anwar serta manifesto PKR pada pilihan raya umum lalu.

"Saya lihat ada banyak perkara yang kami punya persamaan dan itulah yang betul-betul meyakinkan saya bahawa PKR adalah parti yang tepat untuk saya sertai.

"Saya lihat semangat dalam diri Datuk Seri Anwar. Kita berbincang tentang agendanya, bertanya soalan dan saya memberikannya manifesto saya.

"Justeru, kita faham apa yang patut saya lakukan untuk membantunya dalam agenda Malaysia," katanya.

Chua yang juga bekas Menteri Kesihatan berkata, beliau akan menghantar surat keluar parti kepada MCA secara rasmi memandangkan beliau telah mengumumkan keluar daripada parti hari ini.

Ditanya mengapa beliau mengambil masa yang lama untuk menukar parti, Chua berkata, beliau sebelum ini berhasrat untuk melakukan reformasi dalam MCA.

Ditanya sama ada beliau akan berjumpa dengan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berhubung keputusannnya keluar parti dan menyertai PKR, Chua berkata:

"Beliau sahabat saya. Beliau seorang yang berpegang teguh kepada prinsip."

"Saya menghormatinya dan saya percaya beliau juga menghormati saya. Hubungan kami akan berterusan sebagai kawan," katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, Chua adalah aset penting kepada PKR dan beliau akan mempelawa Chua untuk menyertai kepimpinan tertinggi parti itu.

"Hal itu memerlukan kelulusan biro politik parti dan seterusnya oleh Majlis Tertinggi," katanya.

NAFI 2 HARI LALU

Kelmarin Chua melepaskan jawatan Ketua Bahagian MCA Bakri.

Chua, bekas Menteri Kesihatan, tewas dalam pemilihan jawatan Presiden tahun lalu dan 2005.

Beliau memimpin Bakri sejak 1988 dan menyerahkan tugas memimpin bahagian itu kepada Timbalan Pengerusi bahagian, Sia Ka Tuan.

Kelmarin Chua juga menolak desas-desus yang mengatakan akan keluar parti dan menyertai PKR, sebaliknya meminta supaya semua anggota jawatankuasa MCA bahagian itu menyokong penuh kepimpinan Presiden parti, Datuk Seri Ong Tee Keat.

"Sudah sampai masanya saya memberi laluan kepada orang yang lebih muda dari saya," katanya.

Katanya, beliau sudah memaafkan mereka yang mencabarnya pada pemilihan tahun lalu, dan kini hanya mahukan mereka memandang ke hadapan, jangan saling bertelagah disebabkan perkara-perkara kecil.

REAKSI

Di KUALA LUMPUR, Naib Presiden MCA, Datuk Seri Datuk Liow Tiong Lai berkata, beliau sedih dengan keputusan Chua.

Katanya, beliau sedih kerana Chua meninggalkan MCA ketika parti memerlukannya untuk memperkukuhkan parti selepas prestasi Barisan Nasional yang kurang menggembirakan dalam pilihan raya umum lalu.

"Kita seharusnya bersatu untuk menghadapi situasi sukar secara bersama.

"Saya sedih dengan keputusan beliau meninggalkan parti, tetapi saya mengucapkan selamat maju jaya kepadanya," kata beliau selepas merasmikan pembukaan kelab TSM Wellness Sdn Bhd.
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

KURSUS MOTIVASI PELAJAR SPM 2009

Kuala Selangor, 18 Julai 2009 (Sabtu) Pusat Khidmat Rakyat DUN Permatang telah menganjurkan program motivasi untuk pelajar SPM untuk para pelajar sekolah-sekolah di kawasan DUN Permatang. Seramai 450 orang telah menyertai program ini.
Urusetia program telah menjemput Tuan Haji Bahrom Abu Bakar daripada Baha Creative bagi memulakan program dengan memberikan motivasi kepada para pelajar.
Dr Haji Miskandar Hj Mat Sahri daripada Ketua Unit Penyelidikan Makanan MPOB.
YB Eli Exco kerajaan Selangor sempat hadir bagi beramah mesra dengan para pelajar.


Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Thursday, July 16, 2009

TAKLIMAT & DIALOG PROSPEK BISNES PASIR SELANGOR 14 JULAI 2009






Shah Alam 14 Julai 2009, DPIM Selangor dengan kerjasama Kumpulan Semasta Sdn Bhd telah menganjurkan taklimat dan dialog prospek bisnes pasir di Selangor. Taklimat disampaikan oleh Ir Ramli Pengarah Urusan KSSB bersama Dato' Dr Anuar Md Nor. Program dihadiri oleh lebih 80 orang.
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/