Friday, January 8, 2010

Pegawai SPRM kena tindakan hina mahkamah

Pegawai SPRM kena tindakan hina mahkamah
Jan 7, 10 11:05am
Laporan polis yang dibuat seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap ahli patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, menjadi isu yang mengundang ketegangan dalam prosiding inkues Teoh Beng Hock di Mahkamah Koroner Shah Alam.Peguam Karpal Singh yang mewakili abang Beng Hock, Teoh Meng Kee, mendakwa laporan polis itu sengaja dibuat bagi menakut-nakutkan dan mengugut Dr Pornthip daripada memberi keterangan berhubung bedah siasat kedua ke atas Beng Hock baru-baru ini.Katanya, mahkamah perlu mendengar permohonan Meng Kee yang memfailkan usul pada Selasa lepas, supaya pegawai SPRM Raub Ghani dikenakan tindakan menghina mahkamah dahulu, sebelum meneruskan prosiding.
Karpal berkata Dr Porntip memerlukan satu jaminan agar beliau tidak ditangkap oleh pihak imigresen ketika tiba di negara ini.Koroner Azmil Muntapha Abas pada awalnya tidak bersetuju dengan cadangan Karpal untuk mendengar permohonan itu kerana berpendapat ia adalah isu luar daripada inkues dan berhasrat meneruskan prosiding dengan menetapkan tarikh untuk membolehkan doktor yang terlibat dalam bedah siasat kedua memberi keterangan.Bagaimanapun ekoran desakan daripada Karpal dan peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh, beliau akhirnya bersetuju dan menetapkan 15 Jan untuk mendengar hujahan.Katanya, prosiding inkues akan disambung semula selepas kesemua pihak berhujah.Mereka yang terbabit dalam bedah sisat kedua adalah Ketua Patologi Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor, Dr Prashant Naresh Samberkar dan Dr Khairul Azman Ibrahim manakala pakar patologi, K Saravanan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, ditugaskan merakamkan gambar bedah siasat itu.Pemerhati pakar forensik bebas Prof Dr Peter Vanezis dari United Kingdom mewakili SPRM dan Dr Porntip mewakili kerajaan Selangor.Pada pagi ini hanya laporan daripada Dr Shahidan diserah kepada mahkamah.Terdahulu peguam SPRM Datuk Abdul Razak Musa membantah permohonan Gobind kerana laporan polis itu dikatakan dibuat atas kapasiti peribadi dan bukannya SPRM.Penegasan Abdul Razak itu ditempelak Karpal dengan mendakwa ia adalah sesuatu yang mustahil kerana Raub membuat laporan itu bagi pihak SPRM.
Peguam Malik Imtiaz Sarwar, yang mewakili kerajaan Selangor, juga menegaskan perkara yang sama dan pihaknya meminta SPRM menyerahkan salinan laporan polis itu secepat mungkin bagi membolehkan semua pihak berhujah.Katanya, Dr Porntip berhak untuk tahu apa yang akan berlaku sekiranya beliau datang ke negara ini dan beliau juga boleh melantik peguam yang boleh membantunya menghadapi situasi sekarang dan sekurang-kurangnya pihak Peguam Negara boleh memberi jaminan penangkapan tidak akan berlaku.Karpal berkata permohonan itu dibuat mengikut Perkara 26, Jadual Ketiga Akta Mahkamah-mahkamah Rendah 1948 dan Dr Pornthip perlu dibenarkan memberikan keterangan tanpa sebarang ancaman daripada mana-mana pihak.
Di akhir prosiding, Abdul Razak berkata beliau akan memaklumkan perkara tersebut kepada pihak terbabit dan bersedia menyerahkan laporan polis yang telah dibuat itu bagi mengetahui sejauh mana ia menimbulkan unsur ketakutan ke atas DrPorntip.
Pada 1 Jan lepas, Raub dan seorang lagi pegawai SPRM Hisyam Mohd Yusoff membuat laporan polis berhubung satu laporan akhbar tabloid tempatan Suara Keadilan yang bertajuk 'Pornthip sahkan Beng Hock dibunuh'.Hisyam, dari Cawangan Siasatan Putrajaya mendakwa akhbar itu menyiarkan satu berita yang dianggapnya subjudis, melampaui kuasa satu inkues sedang berlangsung, manakala Raub yang juga dari cawangan yang sama membuat laporan polis mengenai tindakan pakar patologi itu yang beliau syaki membocorkan maklumat mengenai laporan forensik kepada pihak yang tidak sepatutnya.-
Bernama
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Thursday, January 7, 2010

Bekas ahli majlis minum racun, ADUN ancam keluar parti

Bekas ahli majlis minum racun, ADUN ancam keluar parti
Jan 6, 10 6:54pm
Seorang ahli majlis perbandaran dari DAP yang tidak dilantik semula, telah dimasuk ke hospital selepas ditemui meminum racun paraquat, manakala seorang ADUN DAP pula mengancam keluar parti.Teong Ai Ling, 33, yang merupakan ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai, dirawat di sebuah hospital di Kuala Lumpur selepas dia ditemui di rumah seorang saudara maranya.Difahamkan bahawa keadaannnya adalah stabil, tetapi anggota keluargnya tidak membenarkan sebarang pemimpin DAP menziarahinya.
Awal hari ini, perkhidmatan Teong sebagai ahli majlis tersebut tidak diperbaharui oleh kerajaan negeri yang ditunjangi DAP kerana didakwa tidak cekap.Difahamkan dia kecewa berhubung satu laporan akhbar yang memetik sumber-sumber yang mengkritik perkhidmatannya.Teong - ketua bahagian Nibong Tebal - merupakan satu-satunya ketua bahagian wanita DAP di Pulau Pinang.
Sementara itu, ADUN Jawi, Tan Beng Huat, mengancam untuk keluar dari DAP dan menjadi wakil rakyat bebas sekiranya kerajaan negeri masih berkeras untuk mengenakan bayaran letak kereta di Nibong Tebal.Tan berkata beliau kecewa dengan keputusan tersebut dan meminta Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya menimbangkannya semula."Jika mereka enggan (menarik balik sistem letak kereta berbayar), saya akan (letak jawatan dan jadi calon bebas)," katanya kepada pemberita di pusat perkhidmatannya hari ini.Sebelum itu, kira-kira 50 wakil penduduk dan ahli NGO berhimpun secara aman untuk membantah keputusan mengenakan bayaran letak kereta, berkuatkuasa 1 Januari.Sebelum ini, tiada bayaran letak kereta yang dikenakan.

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Wednesday, January 6, 2010

PENGGUNAAN KALIMAH "ALLAH"

Kenyataan Media
PENGGUNAAN KALIMAH “ALLAH"
Merujuk kepada kenyataan kami pada 22 November 2009 mengenai perkara di atas, maka Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama (BIPPA) Parti KeADILan Rakyat sekali lagi ingin menjelaskan pendirian kami mengenai hal ini.

Kami berpendirian bahawa, keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang positif dan perlu diterima secara terbuka dan tidak perlu pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menjadikan isu ini sebagai agenda politik untuk menampakkan bahawa merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini.

Sesungguhnya, kami melihat fenomena ini adalah manifestasi dari fitrah insani bahawa manusia memperakui penciptaan dunia oleh Allah SWT sebagaimana firmannya yang bermaksud:
"Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah..." (Az-Zumar 39:38)

Adalah jelas bahawa penggunaan kalimah Allah untuk mengiktiraf dan membesarkan Allah sebagai Tuhan, adalah hak asasi setiap insan. Ini adalah serasi dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1) yang menjamin kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan lain-lain agama boleh diamalkan dengan aman dan damai. Sesungguhnya, ini juga bersesuaian dengan muafakat Pakatan Rakyat yang diputuskan baru-baru ini.

Selanjutnya, kami berpandangan perjuangan untuk menegak makruf dan mencegah mungkar akan menjadi lebih mudah dan selesa berasaskan firman Allah:
"Katakan wahai Ahli Kitab, mari tegakkan kalimah yang sama antara kami dan kamu iaitu bahawa kita tidak akan menyembah selain Allah dan tidak mensyirikkan (associate) Allah dengan satu apapun serta janganlah ada antara kita yang mengambil tuhan-tuhan selain Allah. Dan jika mereka berpaling maka katakanlah bahawasanya kami adalah orang Islam (menyerah diri pada Allah)" (Ali `Imran 3:64)

Sehubungan itu, demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara semua pihak perlulah menyelesaikan konflik ini dengan menyuburkan budaya dialog antara agama secara matang dan bijaksana (hikmah) sebagaimana saranan Allah mengenainya:
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk” (An Nahl 16:125)

“Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka dan katakanlah (kepada mereka), Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri” (Al Ankabut 29:46)

Media Statement
USE OF WORD “ALLAH”

We refer to our previous statement dated 22 November 2009 pertaining to the above matter. Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA), Parti KeADILan Rakyat once again would like to affirm our view on the issue.
It is our view that the wish of the non-Muslims to call their God as “Allah” is a positive turn of events and should respectably be recognized. There is no necessity for any faction in the society to take advantage of the current circumstances and turn the dispute into a narrow political propaganda to show off as if they are really the champion and guardian of Islam in this country.
Certainly, we view this phenomenon as a manifestation of the inherent human nature to reckon that this universe is undoubtedly the creation of Allah.
If indeed thou ask them who it is that created the heavens and the earth, they would be sure to say: "Allah." … (Az Zumar 39:38)
It is without doubt that to worship and glorify Allah as the God is a fundamental right of every person. This is parallel to the provision of the Federal Constitution, Article 3(1) which guarantees the status of Islam as the Official Religion of the Federation while at the same time concedes that other religions may be practiced in peace and harmony. Unmistakably, it is also consistent with the recently affirmed Declaration of Understanding of the Pakatan Rakyat.
Additionally, we are of the opinion that the strive to advocate virtues and prevent misdeeds (amar makruf nahi mungkar) will be eased. Allah says:
Say: "O people of the Book! come to common terms as between us and you: that we worship none but Allah; that we associate no partners with Him; that we erect not from among ourselves Lords and patrons other than Allah." If then they turn back, say: ye! "Bear witness that we (at least) are Muslims (bowing to Allah's will)." (Ali Imran 3:64)
Therefore, to maintain harmony and peace it is crucial for all parties to resolve the conflict by encouraging the culture of interfaith discourse with the highest level of maturity and wisdom. Allah commands:
Invite (all) to the way of thy Lord with wisdom and beautiful preaching; and argue with them in ways that are best and most gracious: for thy Lord knoweth, best who have strayed from His Path, and who receive guidance. (An Nahl 16:125)
And dispute ye not with the People of the Book, except with means better (than mere disputation) unless it be with those of them who inflict wrong (and injury): but say "We believe in the Revelation which has come down to us and in that which came down to you; Our God and your God is one; and it is to Him we bow (in Islam)." (Al Ankaboot 29:46)
PROF DR MUHD NUR MANUTY
Biro Pemahaman & Pemantapan Agama
Parti KeADILan Rakyat
06 Januari 2010
Dicatat oleh Dr Muhammad Nur Manuty
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Monday, January 4, 2010

Tiada ustaz Umno layak dilantik jadi ketua ulama

'http://www.harakahdaily.net/v2/
Tiada ustaz Umno layak dilantik jadi ketua ulama
M Faqih
KOTA BHARU, 3 Jan: Umno dianggap benar-benar ketandusan kepemimpinan ulama sehingga terpaksa menawarkan jawatan Ketua Ulama Umno kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Nik Aziz bimbang perkataan Allah disalahguna
Salmah Mat Husain
KOTA BHARU, 3 Jan: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kebimbangan penggunaan perkataan Allah disalahgunakan biarpun tidak salah untuk diguna kesemua agama samawi.
Maulidur Rasul di Kubang Menerong pecah kebimbangan
Mohd Sabri Said
KEPALA BATAS, 3 Jan: Usaha pihak tertentu untuk menggagalkan program Ma'al Hijrah anjuran Surau Taman Seri Menerong, Kepala Batas akhirnya buntu apabila program yang dirancangkan dua bulan lalu mendapat sambutan hangat para hadirin.
PKR denies Hulu Selangor MP has resigned
Harakahdaily
SHAH ALAM, Jan 2 : PKR has denied a news report that its Hulu Selangor member of Parliament Zainal Abidin Ahmad had resigned and a by-election was on the cards.
Lagi Berita...
Kedah berjaya kurangkan kadar kemiskinan sepanjang 2009
Tiada masalah orang Islam bangsa lain, jadi MB
Lembaga Disiplin PAS belum buat keputusan
Guna Kalimah Allah secara tepat tanpa seleweng
Forum E-Undi: Aziz Bari tarik diri
Elias YDP, Salleh Man Timbalan YDP MAIPP
2010 - Another politically-charged year but Pakatan confident of advancing
Naik harga gula: 'Kapitalis didahulukan, keuntungan diutamakan'
Kerajaan diharap sokong usaha dakwah terhadap golongan muda
Ziarah Kasih: Ibarat doktor temui pesakit

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Wednesday, December 23, 2009

CERAMAH DI TG KARANG 26 DISEMBER 2009



Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

YSP



Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Sunday, December 20, 2009

Konvesyen Berjaya, Muafakat Dijalin


20 Dec
Konvensyen Berjaya, Muafakat Dijalin!

Alhamdulillah Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama berlangsung dengan jayanya. Pendokong Pakatan Rakyat, dari ketiga-tiga komponen berduyun-duyun hadir semenjak dari pagi lagi demi untuk menyaksikan sendiri hari bersejarah ini. Mereka sedar belum pernah ada, suatu peristiwa yang begitu bermakna ditunjangi hasrat dan cita-cita luhur; agar terlaksana Perubahan, demi kesejahteraan rakyat sekaligus melonjakkan kembali Malaysia di persada.
Hari ini juga satu dokumen penting yang dikenali sebagai Dasar Bersama Pakatan Rakyat dilancar dan diedarkan kepada umum. Bersemangat sekali mereka meneliti dan menyelak helaian demi helaian kerana rakyat sedar, kesungguhan ketiga-tiga parti mencari titik persamaan, mengolah agenda dan merangka dasar, yang bukan sahaja menggugat pimpinan umno-barisan nasional, namun juga didasari keikhlasan mengembalikan negara ke landasan sebenar. Dokumen ini merangkul bersamanya Semangat Perlembagaan Persekutuan dan Pemahsyuran Kemerdekaan. Ianya merupakan kesaksian serta bukti kepada tekad Pakatan Rakyat untuk memerdekakan rakyat dari kebobrokan dan memastikan Keadilan untuk semua.
ANWAR IBRAHIM
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/