Tuesday, December 25, 2012

PKR gesa ladang bela nasib pekerja diberhenti



Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

PKR tampil pertikai air mineral BN Selangor



Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Enggan patuhi gaji minima, 37 hilang pekerjaan

Enggan patuhi gaji minima, 37 hilang pekerjaan Muhammad Faizal, 24 Dis 2012 KUALA LUMPUR: Kilang Kelapa Sawit (KKS) Bukit Talang, anak syarikat konglomerat Peladangan terbesar di dunia, Sime Darby Berhad mengambil tindakan menghentikan 37 orang pekerja mereka mulai Januari tahun hadapan. (Yahya melihat dokumen di pejabatnya hari ini selepas sidang media) Tindakan tersebut adalah kerana KKS dan juga Sime Darby tidak mahu terbeban dengan peraturan kadar gaji minima sebanyak RM950.00 sebulan seperti mana yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini. Berkata pada sidang media, Pengerusi Biro Kepenggunaan PKR, Yahya Sahri memberitahu tindakan tersebut mengambarkan bahawa ekonomi negara berada dalam keadaan merudum. Malah menurut beliau lagi sebagai sebuah negara yang sentiasa disogokkan dengan berita betapa kukuhnya prestasi ekonomi, sukar baginya menerima tindakan penutupan sebuah kilang yang begitu lama beroperasi menjangkau lebih 60 tahun. "Kita telah bertemu dengan wakil pekerja dan daripada apa yang dibincangkan mendapati ia berkait rapat dengan pengumuman mewajibkan syarikat swasta mematuhi peraturan gaji minima sebanyak RM900 sebulan. "Kami juga agak musykil bagaimana kilang yang begitu lama beroperasi boleh mengalami kerugian mengejutkan sedangkan Sime Darby adalah syarikat yang besar di negara ini," jelasnya di Ibu Pejabat PKR pagi tadi. Tambahnya lagi, pekerja-pekerja sebelum ini hanya menerima gaji berjumlah RM350 sebulan sahaja dan telah menjadi bebanan kepada syarikat jika RM900 gaji minima dilaksanakan. "Kita mahu pekerja yang dihentikan itu dibela sepenuhnya dan sebagai sebuah syarikat yang besar mereka perlu membayar wang pampasan yang sewajarnya. "Ini memandangkan kesemua pekerja ini tidak mempunyai kediaman ataupun tapak kediaman, kemana mereka hendak pergi selepas ini," katanya Jelas Yahya lagi, mereka bukan sengaja untuk tidak membeli rumah tetapi gaji dan pendapatan yang mereka perolehi terlalu kecil dan tidak memungkinkan mereka mampu menyimpan wang untuk membeli kediaman. Biro Kepenggunaan PKR menyeru agar Kilang Kelapa Sawit Bukit Talang, Sime Darby Berhad, Kementerian Sumber Manusia dan Exco Kerajaan Negeri Selangor memberi perhatian yang serius bagi menyelesaikan isu pemberhentian pekerja akibat penutupan kilang tersebut. Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Sumber air mentah Selangor hingga 2030

Sumber air mentah Selangor hingga 2030 Harakahdaily, 24 Dis 2012 SHAH ALAM: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yakin, sekiranya usaha dilakukan untuk menyimpan sebanyak 40% sahaja daripada jumlah air larian permukaan di negeri ini, sumber air mentah di Negeri Selangor boleh dimanfaatkan sehingga tahun 2030. Menurut kenyataan Haji Md. Khairi Bin Selamat, Pengarah Lembaga Urus Air Selangor. Berdasarkan Kajian Semula Sumber Air Negara (2000-2050), jumlah air larian permukaan di Negeri Selangor adalah sebanyak 17,000 JLH setelah mengambil kira jumlah penyejatan dan susupan semula air bumi. Manakala jumlah air yang diabstrak untuk bekalan air kepada penduduk adalah sebanyak 4501JLH. Kenyataan beliau ini menjawab kenyataan yang dibuat oleh bekas Presiden MCA yang juga anggota Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Kiat. Justeru, katanya, kenyataan oleh Anggota Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat di Bernama berkenaan penyusutan bekalan dan ketiadaan sumber baru air mentah di Negeri Selangor adalah tidak tepat memandangkan usaha-usaha sedang giat dijalankan. Menurut beliau, melalui pemantauan LUAS, sehingga 20 Disember 2012, kapasiti air bagi Empangan Tasik Subang, Empangan Semenyih, Empangan Langat, Empangan Klang Gates dan Empangan Batu adalah penuh pada tahap 100%. Limpahan air juga berlaku bagi Empangan Tasik Subang, Empangan Langat serta Empangan Semenyih. Manakala kapasiti air bagi Empangan Sungai Tinggi pada tarikh yang sama adalah pada tahap 93.33%. Bagi Empangan Sungai Selangor pula, katanya, sehingga 20 Disember 2012, kapasiti air empangan tersebut telah meningkat kepada tahap 90.17% iaitu sebanyak 207.40 juta meter padu pada ketinggian 216.65 meter. Peningkatan ini adalah berbanding dengan kapasiti air empangan tersebut pada 11 Oktober 2012 iaitu sebanyak 52.02% dengan jumlah 119.65 juta meter padu pada ketinggian 199.3 meter. Selain itu, baki aliran (residual flow) di Baraj Bestari Jaya pada 20 Disember 2012 adalah sebanyak 4611 juta liter sehari (JLH). Jumlah aliran air sungai mampu untuk membekalkan keperluan air mentah bagi lima loji pembersihan air (LPA) di Rasa, Rantau Panjang dan Bestari Jaya. Bacaan harian baki aliran ini adalah tinggi berbanding dengan jumlah minima keperluan aliran sebanyak 300 JLH. Manakala pelepasan air dari Empangan Sungai Selangor telah dikurangkan sehingga 91.34 JLH pada 20 Disember 2012. Pengurangan pelepasan air ini adalah berbanding 521.3 JLH pada 11 Oktober 2012. Corak dan purata paras air Empangan Sungai Selangor dari bulan Januari sehingga November 2012 ditunjukkan di graf di bawah. Menurut Haji Md. Khairi lagi, kapasiti Empangan Sungai Selangor dan Sungai Tinggi ini dijangkakan akan terus meningkat hasil daripada kadar hujan yang banyak ketika Monson Timur Laut daripada bulan November sehingga Mac. "Berdasarkan kadar peningkatan takungan, kapasiti kedua-dua empangan ini dijangka akan kembali penuh sebelum bulan Februari 2013," katanya. Kerajaan Negeri Selangor melalui LUAS, katanya, telah mengambil langkah untuk meningkatkan lagi kebolehdapatan sumber air di kawasan lembangan sungai selain daripada empangan sedia ada. LUAS telah mengenalpasti lokasi yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai sumber air tambahan seperti Kolam Projek Tebatan Banjir Sungai Rasau di Lembangan Klang dan juga Kolam Bestari Jaya di Lembangan Selangor yang akan bertindak secara dwifungsi dimana ianya akan berfungsi sebagai kawalan tebatan banjir dan juga kolam penstoran air ketika berlakunya aliran banjir/flood flow. Kolam penstoran air ini juga akan digunakan jika berlakunya aliran rendah/low flow. LUAS telah mengenalpasti sebanyak dua puluh (20) kolam takungan samada kolam takungan banjir atau kolam bekas lombong yang juga berpotensi untuk dijadikan sumber air tambahan di Daerah Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Langat. Kolam-kolam berkenaan adalah merupakan rizab simpanan air mentah yang boleh dibangunkan sebagai sumber air tambahan tertakluk kepada kualiti airnya. Jumlah anggaran kapasiti kolam-kolam tersebut ialah 325 juta meter padu. Selain itu, beberapa lokasi lain yang mempunyai potensi yang sama sebagai sumber air tambahan dikenal pasti oleh LUAS, seperti kolam bekas lombong MC8 dan MC9 di Lembangan Langat. Kajian kemungkinan yang terperinci akan dilaksanakan bagi memastikan kebolehdapatan sumber air berkenaan. Kriteria yang perlu dilihat untuk kolam-kolam ini digunakan sebagai sumber air tambahan adalah keluasannya yang perlu melebihi 10 hektar, kualiti airnya yang perlu mencapai piawaian air minuman oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, lokasinya yang berhampiran dengan sungai dan muka sauk/LPA, serta ianya adalah tanah milik kerajaan dan anak syarikat kerajaan. (Paras air di empangan Sunfai Tinggi pada Oktober 2012) Di dalam masa yang sama juga, kata Haji Md. Khairi, LUAS sedang di dalam proses pelaksanaan aplikasi River Bank Filteration (RBF) dan juga pembangunan sumber air bumi (sehingga 15%) yang dijangkakan mampu menyumbang kepada peningkatan kebolehdapatan sumber air di Negeri Selangor. "Sekiranya segala inisiatif ini mendapat kerjasama daripada semua pihak, bekalan air mentah di Negeri Selangor adalah mencukupi untuk menampung peningkatan permintaan air," kata Pengarah LUAS itu penuh keyakinan. Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Enggan patuhi gaji minima, 37 hilang pekerjaan

Enggan patuhi gaji minima, 37 hilang pekerjaan

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

BN S'gor digesa jelas keluaran air mineral

BN S'gor digesa jelas keluaran air mineral: An Example Description

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Sime Darby digesa bela nasib pekerja - PKR

Sime Darby digesa bela nasib pekerja - PKR: An Example Description

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

PKR tampil pertikai air mineral BN Selangor

PKR tampil pertikai air mineral BN Selangor 1:42PM Dis 24 2012 Demam pilihan raya kebelakangan ini semakin dirasai apabila PKR hari ini tampil mendakwa air mineral yang diedar BN Selangor semasa program-programnya tidak mematuhi peraturan air mineral. Pengerusi biro kepenggunaan PKR, Yahya Sahri mendakwa air dengan label Barisan Nasional dan bertulisan 'Nurani Rakyat' serta mempunyai bendera Selangor itu, tidak mematuhi Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Halal dan Akta Makanan. Menurutnya di bawah Seksyen 360 Akta Makanan, mana-mana air yang dibotol dan dilabel sebagai air mineral perlu dinyatakan sumber perolehan dan alamat kilang yang membotolkannya. Yahya kemudian menunjukkan botol yang didakwa sebagai air mineral BN yang tidak mempunyai kedua-dua butiran itu pada labelnya. Menurutnya, tindakan itu boleh menyebabkan pengguna bakal berhadapan kesukaran untuk membuat tuntutan kepada BN jika mengalami kejadian tidak diingini akibat meminum air berkenaan. "Kalau kita minum air (ini), kita sakit, tuntutan itu boleh dibuat kepada syarikat yang menjualnya," katanya mempersoal ketiadaan alamat pengilang pada air berkenaan. Beliau turut mempertikai air mineral itu yang didakwanya menggunakan logo halal tanpa kebenaran daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Beliau menggesa Jakim bertindak kerana langkah itu didakwa menyalahi Seksyen 28 Akta Halal dan sekaligus menyalahi Akta Perihal Dagangan 2011. Penyelaras BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed sewaktu dihubungi terkejut dengan tindakan PKR mempertikaikan air mineral yang diedarkan BN Selangor pada programnya. Tegasnya, air mineral itu diberikan percuma kepada rakyat dan beliau yakin ia bukan barang dagangan yang tertakluk kepada Akta Perihal Dagangan seperti didakwa PKR. "Kami tak jual, (air ini) kami bagi percuma. Ia bukan barang dagangan dan saya tak rasa air mineral Nurani Rakyat ini tertakluk kepada akta ini," katanya dalam SMS kepada Malaysiakini. Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Sunday, December 23, 2012

Mat Indera Sipejuang: EKSKLUSIF... PENDEDAHAN DOKUMEN BERKAITAN PEMINDAH...

Mat Indera Sipejuang: EKSKLUSIF... PENDEDAHAN DOKUMEN BERKAITAN PEMINDAH...: Dimasa CERITA tentang DAKWAAN PEMINDAHAN WANG HARAM terhadap KOORDINATOR BARISAN NASIONAL (BN) NEGERI SELANGOR Dato' Seri Ir. Mohd Z...

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Ustaz Rahmat Safie Tokoh Budaya Kuala Selangor Dalam Jelajah Budaya Selangor

Ustaz Rahmat Safie Tokoh Budaya Kuala Selangor Oleh Razali Endun Tanjung Karang, 15 Disember – Ustaz Rahmat Safie, 71 tahun, seorang penulis khat, telah dianugerahkan sebagai Tokoh Budaya Daerah Kuala Selangor, dalam suatu majlis yang agak luar biasa pernah diadakan. Beliau adalah di antara 11 orang tokoh budaya di daerah Kuala Selangor yang disenarai pendekkan sebagai calon penerima anugerah tersebut oleh sebuah jawatankuasa pemilih. Anak kelahiran Jeram tahun 1941 ini pernah menjadi guru agama selama 38 tahun sebelum bersara pada tahun 2001. Beliau juga pernah mengajar di Kajian Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Majlis penganugerahan ini dianggap suatu peristiwa luar biasa kerana ia merupakan sebahagian daripada acara Malam Jelajah Budaya, yang dibuat bersama dengan suatu majlis perkahwinan, di rumah Torin bin Pejoh, Kampung Seri Tiram Jaya, Tanjung Karang. Dengan persetujuan tuan kenduri (Torin bin Pejoh), majlis perkahwinan itu digabungkan dengan program Jelajah Budaya Selangor siri ketiga, anjuran bersama Seniman Paksi Rakyat (Paksi) dengan Pusat Khidmat Penyelaras DUN Permatang (Hj Yahya Sahri), dan Kerajaan Negeri Selangor. Menurut Presiden Paksi, Shamsudin Othman atau lebih dikenali Dinsman, seingatnya inilah julung-julung kali pernah diadakan persembahan seni-budaya dalam majlis kenduri kahwin. Selama dua hari pada 14 dan 15 Disember, Paksi berkampung di rumah Torin bin Pejoh, bagi mengisi misi Jelajah Budaya mereka. Pada pagi Sabtu, para jemputan dihidangkan dengan nyanyian nasyid oleh kumpulan Dhuha yang dipimpin oleh Ustaz Shazly Abdullah, bekas imam masjid KLCC. Turut diadakan pada pagi itu ialah pertandingan mewarna di kalangan kanak-kanak tempatan antara 6-12 tahun. Sebelum itu, Prof Dr Shaharil Mohd Zain telah menyampaikan kuliah maghrib bertajuk “Bagaimana kini al-Quran menjadi sumber ilmu”, bertempat di surau Ehsaniah kampung tersebut. Diikuti selepas isyak malam Jumaat itu dengan persembahan teater “Menunggu Kata Dari Tuhan’ karya Dinsman, yang disampaikan dalam versi bercerita, oleh Bob Lokman. Persembahan bersahaja ini dibuat di rumah Torin bin Pejoh. Malam Jelajah Budaya ialah kemuncak kepada program dua hari tersebut. Ia diisi dengan persembahan muzik dan deklamasi puisi. Dua kumpulan muzik yang membuat persembahan menghiburkan malam itu ialah kumpulan Warisan Cempuling dari Bukit Kapar, Klang; dan kumpulan ghazal Gambus Warisan, Tanjung Karang. Turut menghiburkan malam itu ialah persembahan Kompang Berirama dari Bukit Belimbing, mengiringi upacara pengantin bersanding, yang juga menjadi sebahagian acara Malam Jelajah Budaya. Seramai lima orang penyaer mengisi slot pembacaan sajak. Mereka ialah Razali Endun dengan sajaknya ‘Kampungku’; Pyanhabib dengan sajaknya ‘Surat kepada PM’; Dinsman dengan sajaknya ‘Apakah yang kita cari pada puisi’; Ahkarim (dari Kedah) dengan sajaknya berjudul ‘Pisau’; dan seorang gadis deklamator tempatan. Kemuncak acara malam itu ialah pengumuman dan penyampaian anugerah Tokoh Budaya Daerah Kuala Selangor, yang disampaikan oleh Hj Yahya Sahri, Penyelaras Pusat Khidmat DUN Permatang. Penerima anugerah, Ustaz Rahmat Safie membawa pulang wang tunai RM1,000 bersama sijil dan plaq. Beliau merupakan budayawan yang ketiga dipilih untuk anugerah tersebut. Budayawan pertama yang telah dipilih ialah pelakon veteran Ruminah Sidek, sebagai Tokoh Budaya Daerah Klang; manakala tokoh kedua ialah penyair-pelukis terkenal Prof Dr Siti Zainon Ismail, sebagai Tokoh Budaya Daerah Gombak. Program Jelajah Budaya Selangor dengan tema “Ilmuwan Budaya Bersama Rakyat” adalah dalam siri penjelajahannya ke sembilan daerah di negeri Selangor. Program ini diusahakan oleh Seniman Paksi Rakyat (Paksi) dengan mendapat kerjasama sepenuhnya Kerajaan Negeri Selangor. Tujuannya selain membudayakan rakyat ialah menyemai keilmuan, supaya rakyat mendekati dan memahami konsep dan pengertian budaya itu dalam erti yang lebih luas.
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/