Tuesday, May 26, 2009

JADUAL KEMPEN ANWAR DI DUN PENANTI

Jadual Kempen Anwar di DUN Penanti
27 MEI 2009 - RABU 10.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Guar Jering
(Penceramah: YB Azmin Ali, YAB Tuan Guru Dato’ Seri Nik Aziz, Anwar Ibrahim)

28 MEI 2009 - KHAMIS 10.00 – 12.00 pagi – Perjumpaan Dengan Jentera Pilihanraya
4.30 – 8.30 mlm – PROGRAM DI KUALA PERLIS
11.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Markaz PAS Mengkuang Titi
(YB Husam Musa, YB Saifuddin Nasution, Anwar Ibrahim)

29 MEI 2009 – JUMAAT 12.00 – 2.30 ptg – Tazkirah dan Solat Jumaat - Masjid Haji Saad – Tanah Liat
5.00 – 6.30 ptg – Pjumpaan dan Dialog dengan Warga Pendidik dan NGO – Yayasan Aman
7.30 – 8.30 mlm – Solat dan Tazkirah Maghrib – Masjid Ara Kuda
8.45 – 10.00 mlm – Jamuan Makan DAP – Tanah Liat
10.00 – 11.00 mlm – Ceramah Kelompok – Kampong Terus
11.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Kubang Ulu
(Dato’ Mustafa Ali, YB Tien Chua, YB Nga Kok Meng, Anwar Ibrahim)

30 MEI 2009 – SABTU 9.30 – 11.00 pg – Rondaan ke kedai-kedai kopi
11.00 – 4.30 ptg – Kenduri kendara
5.30 – 6.30 ptg – Program with Chinese Community – Bkt Mertajam – Bomba Sukarela
7.30 – 8.30 mlm – Solat dan Tazkirah Maghrib – Surau Kg Terus
8.30 – 10.00 mlm – Solat Isyak, Hajat dan Tazkirah – Masjid Kubang Semang
10.00 – 11.30 mlm - Ceramah Grand Finale – Taman Guar Perahu
(Penceramah YB Azmin Ali, YAB Dato’ Seri Nizar, Ybhg Mat Sabu, YAB Tan Sri Khalid , YAB Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim)

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Monday, May 25, 2009

PASUKAN BERAYAN DITUBUHKAN DI TG KARANG

Pakatan Rakyat Tanjung Karang mengorak satu lagi langkah kehadapan bagi memastikan perkhidmatan kepada rakyat terus diutamakan. Melalui kerjasama Pusat Khidmat Rakyat DUN Permatang dan Sungai Burong satu kumpulan yang dinamakan BERAYAN akan ditubuhkan. Berayan merupakan pasukan petugas khas yang akan memberikan khidmat kepada masyarakat khususnya bagi urusan pengendalian jenazah, kenduri, bencana alam dan kemalangan.
Pasukan BERAYAN pertama akan diketuai oleh Sdr Hassan Sani yang akan mengendalikan urusan khidmat Jenazah. Pasukan BERAYAN akan dilancarkan selepas Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat. Ketua Bahagian Tg Karang Tuan Haji Abdul Kudus Omar menganggap penubuhan pasukan yang pertama di Malaysia ini akan menjadi tunjung utama dalam kekuatan Kerajaan Pakatan Rakyat memberi khidmat kepada masyarakat dan rakyat di Tanjung Karang dan Selangor umumnya.
Pasukan Berayan akan memulakan aktivitinya dengan membuat lawatan-lawatan ke wad-wad di hospital Daerah Tanjung Karang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah juga bagi pesakit yang terlantar di rumah. Bila berlaku kematian Pasukan Berayan ini akan membatu dalam urusan membuat laporan kepada Balai Polis, urusan kain kafan, urusan tanah kubur, mandi jenazah, solat jenazah, kenderaan jenazah serta urusan pengkebumian. Pasukan Berayan ini juga akan membatu dalam urusan tahlil arwah juga urusan kenduri dan yang lebih utama bagi urusan sumbangan mesra usia emas turut dibantu oleh Pasukan Berayan.
BERAYAN .BERAYAN. BERAYAN

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Khir Toyo berhak cabar keputusan Speaker

Khir Toyo berhak cabar keputusan Speaker
KUALA LUMPUR 24 Mei - Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berhak mencabar keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) di mahkamah jika merasakan penggantungannya dibuat tanpa mengikut peruntukan udang-undang.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Noh Omar yakin Mohamad Khir akan mengambil langkah terbaik dalam menyelesaikan isu tersebut.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu menyokong dan mengalu-alukan hasrat Mohamad Khir yang mahu mengambil tindakan mahkamah dalam isu itu.
"Saya percaya peguam-peguam beliau (Mohamad Khir) sudah beri nasihat, itu hak mereka.
"Sekarang kita juga perlu ambil tindakan undang-undang jika dapati kerajaan negeri buat keputusan tidak mengikut peraturan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan seminar keusahawanan anjuran Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM) di Ampang dekat sini hari ini.
Pada 19 Mei lalu, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Selangor yang dipengerusikan oleh Speaker DUN, Teng Chang Khim memutuskan menggantung Mohamad Khir dan empat lagi wakil rakyat BN selama setahun serta menggantung elaun mereka atas dakwaan menghina Dewan.
Mohamad Khir didapati bersalah kerana gagal menghadiri pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) pada Mac lalu.
Empat lagi Ahli DUN (ADUN) BN iaitu Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam); Datuk Warno Dogol (Sabak); Mohd. Isa Abu Kasim (Batang Kali) dan Datuk Marsum Paing (Dengkil) didapati bersalah apabila mengkritik Selcat di media baru-baru ini.
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Sunday, May 24, 2009

PKR nafi dakwaan beri ganjaran, cabar Aminah kemuka bukti

PKR nafi dakwaan beri ganjaran, cabar Aminah kemuka bukti

BUKIT MERTAJAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR), hari ini menafikan dakwaan seorang daripada calon Bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti bahawa parti itu memujuk atau memberi ganjaran kepada calon Bebas supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya kecil itu, 31 Mei ini. Ketua Penerangan PKR, Tian Chua, mencabar mana-mana calon Bebas yang bertanding, termasuk Aminah Abdullah yang membuat dakwaan itu supaya mengemukakan bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jika benar wujud penyelewengan sedemikian. "Jika ada sebarang bukti bahawa ada pemimpin atau mana-mana daripada kami (PKR) menawarkan ganjaran kewangan, laporkan kepada SPRM atau SPR," katanya di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Aminah semalam yang mendakwa akan mendedahkan bukti bahawa PKR cuba memberi ganjaran kepadanya supaya menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil itu yang akan menyaksikan pertandingan empat penjuru. Aminah, 57, bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Nasional (KeAdilan) Pulau Pinang, adalah seorang daripada tiga calon Bebas yang akan bertanding. Dua calon lain ialah Pengurus syarikat yang juga bekas Ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai-Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi, Kamarul Ramizu Idris, 42.
Pengurus pilihan raya kecil Penanti dari PKR, Nasaruddin Nasution berkata, dakwaan Aminah itu mungkin disebabkan rasa tidak puas hati dengan mana-mana pihak dalam parti. - Bernama Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

DUN Penanti: Hanya 4 layak tanding, satu pencalonan ditolak




DUN Penanti: Hanya 4 layak tanding, satu pencalonan ditolak
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
CALON DI PENANTI... Mereka yang turun gelanggang pilihan raya kecil DUN Penanti (dari kiri) pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris; Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah dan Pengurus syarikat yang juga bekas Ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti Nai Khan Ari Nai Keow.
CALON Bebas, Nai Khan Ari (empat dari kanan) bersama penyokongnya ketika tiba di kawasan pusat penamaan calon.
CALON PKR, Mansor Othman (tengah) bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim.
CALON Bebas, Aminah Abdullah
BUKIT MERTAJAM: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang hanya melibatkan persaingan empat penjuru ekoran satu pencalonan ditolak.
Pencalonan Mohd. Saberi Othman, 49, ditolak, demikian diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahya mengumumkan status pencalonan pada pukul 11.50 pagi semalam.
SPR juga menerima enam bantahan.
Roslan berkata, pencalonan Saberi ditolak kerana tidak cukup syarat.
Beliau tidak mengulas lanjut manakala Saberi pula terus beredar dari kawasan penamaan calon tanpa memberikan sebarang komen.
Pengundian akan diadakan pada 31 Mei ini.
Setakat pukul 10 pagi, lima orang ada menyerahkan kertas pencalonan masing-masing untuk bertanding kali ini - pilihan raya kecil keenam selepas Mac 2008.
Terdahulu laporan Bernama menyebut, bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Aminah Abdullah, 56, merupakan calon pertama menyerahkan kertas pencalonannya sejurus selepas pusat penamaan calon dibuka pada pukul 9 pagi.
Berbaju kurung putih dan bertudung merah jambu, pencalonan Aminah sebagai calon Bebas itu dicadangkan oleh Yaacob Ali dan disokong Jamaliah Hashim.
Selepas Aminah, Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman, 56, menyerahkan kertas pencalonannya diikuti tiga lagi calon Bebas iaitu ahli perniagaan, Saberi; pengurus syarikat NaiKhan Ari Nai Keow, 41, dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.
Pencalonan Mansor dicadangkan oleh Ibrahim Ahmad dan disokong Hasan Othman manakala Mohd Saberi dicadangkan oleh Talib Hamid dan disokong Rohayati Akop.
NaiKhan Ari dan Kamarul Ramizu pula masing-masing dicadang oleh Boon Sisawang Nai Choy dan Norizan Abdul Razak manakala pencalonan mereka disokong oleh masing-masing Nah Lee Boon Yoo dan Nor Halimah Ahmad.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan wakil rakyat kawasan berkenaan, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu.
Barisan Nasional (BN) tidak bertanding pada pilihan raya kecil ini kerana menganggap pilihan raya itu hanyalah satu permainan politik pembangkang dan bukan disebabkan keperluan mengikut kehendak perlembagaan.
Di kalangan empat layak yang bertanding ini, Mansor merupakan calon yang sudah tiga kali bertanding iaitu pada pilihan raya umum 1999, 2004 dan 2008 di Pulau Pinang tetapi kesemua usahanya gagal.
Dalam pada itu, Kamarul Ramizu pernah bertanding atas tiket Bebas pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang bulan lalu.
Bagi Aminah, Saberi dan Nai Khan Ari, pilihan raya kecil DUN Penanti ini merupakan percubaan pertama mereka bertanding pada pilihan raya di negara ini.

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

PASUKAN PETUGAS PILIHANRAYA TG KARANG DI PENANTI

Alhamdullilah Pilihanraya Kecil N 12 Penanti kali ini meyaksikan satu persaingan yang cukup lemah seolah-olah semua tiada perlawanan. Saya mengungkapkan macam lawan tapi setiap kali tumbuk, tumbuk angin penat bang...letih..semangat tiada...namun begitu bahagian Tg Karang tetap dengan misi untuk menjadikan PRK ini sebagai medan untuk latihan pilihanraya.

Sejumlah 20 orang petugas sepenuh masa telah sampai di Penanti pada 22 Mei 2009 jam 9.00 malam. Petugas berani mati buat pertama kalinya ini adalah:
1. Hassan Sani Shahri
2. Mohd Iskandar
3. Wan Farith Azriq
4. Mohd Azwandi
5 . Mohd Qayyum
6.Muhammad Qarlis
7. Zulhilmi
8.Mohd Khalif Fazree
9.Mohd Nor
10. Mohd Azam
11. Mohd Fazele
12.Mohd Azmir
13. Darmawan
14. Muhad Solihi
15. Mohd Ahlam
16. Muhaad Firdaus
17.Zainal Abidin Samad
18. Jackie
19. Uda Sharif
20. Yahya Sahri

Pertugas berkubu di Kampung Kuala Mengkuang
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Jadual Program Anwar di Penanti pada 22-24 Mei 2009

Jadual Program Anwar di Penanti pada 22-24 Mei 2009

22 Mei 2009, Jumaat
1. Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pemuda Pakatan Rakyat
Tempat:Padang Ibu,Penanti/JDM 01
Masa:10:45 malam
Bersama: YB Dato Seri Anwar Ibrahim,YB Salahuddin Ayub,YB Anthony Loke,Sdr.Shamsul Iskandar dan YBhg Mohd Sabu.

23 Mei 2009, Sabtu
1.Masa: 9:00 - 12:00 tghari
Tempat: IKBN Berapit
Program:Penamaan Calon
2. Masa: 4:30 Ptg
Tempat: Mengkuang Mat Sulong/JDM O2
Program:Majlis Penerangan
3. Masa: 7:25 mlm
Tempat: Surau Pondok Penanti/JDM 06
Program: Solat Maghrib/Tazkirah
4. Masa: 8:30 mlm
Tempat: Surau Guar Jering/JDM 01
Program: Solat Isya/Tazkirah
5. Masa: 9:30 mlm
Tempat: Bukit Berangan/ JDM/01
Program: Majlis Penerangan
6. 10:45 mlm
Tempat:Padang Berapit (Berhadapan Rumah Cikgu Ibrahim) JDM 10
Program: Ceramah Perdana
Bersama: YB.Dato Seri Anwar Ibrahim,YAB Dato Seri Nizar Jamaluddin dan YAB Sdr.Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang.

24 Mei 2009,Ahad
1. Masa: 10:30 pagi
Tempat: Dewan JKKK Mengkuang Semarak JDM/04
Program: Sambutan Hari Ibu( Program AMK)
2. Masa: 4:30 ptg
Tempat: Bilik Gerakkan Telok Wang
Program: Majlis Mesra bersama penduduk Telok Wang
3. Masa: 7:45 mlm
Tempat: Masjid Kg Pelet
Program: Solat Maghrib dan Tazkirah
4. Masa: 8:30 mlm
Tempat: Perkampungan Sungai Lembu
Program: Majlis makan malam
5. Masa: 9:45 mlm
Tempat: Markas Mengkuang Semarak
Program: Majlis Penerangan
6. Masa: 10:45 mlm
Tempat: Padang Taman Guar Perahu
Program: Ceramah Perdana
Bersama: YB Dato Seri Anwar Ibrahim,YB Tuan Guru Hj.Abdul Hadi Awang dan YB Lim Kit Siang
PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Thursday, May 21, 2009

Hashim Suboh tak tolak kemungkinan sertai pembangkang


Bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata, beliau sedang memikirkan sama ada akan kekal dalam Umno atau menyertai pembangkang.

"Saya sedang menilai hala tuju politik saya, ke manakah arah politik saya.

"Tak kan saya hendak tunggu saya naik ke atas. Apa yang berlaku ini sedang menjadi perhatian saya.

"Bukan soal saya menunggu tawaran, jika keadaan sudah tidak sesuai, mahu tunggu apa lagi" katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Menurut Hashim, pemimpin pembangkang sudah banyak kali menghubunginya supaya menyertai parti mereka.

Bagaimanapun, katanya, ketika ini beliau sedang melihat perkembangan terbaru dalam Umno sebelum membuat keputusan muktamad.

"Seboleh-bolehnya saya tidak mahu perkara yang telah dibina iaitu hubungan saya dengan menteri dan majlis tertinggi (MT) Umno rosak.

'Tiada usaha rapat semula'

"Tetapi saya tidak tolak sebarang kemungkinan (menyertai pembangkang)," katanya lagi.

Hashim berkata, pemimpin Umno yang kalah dalam pemilihan parti tahun lalu telah dipinggirkan.

"Saya juga jadi pariah walaupun rasanya saya tidak bersalah kepada Umno," katanya.

Beliau berkata, pemimpin yangi menang dalam pemilihan parti tidak berusaha untuk merapatkan semula kepimpinan parti selepas berlakunya pertandingan jawatan utama peringkat bahagian di Perlis.

Hashim berkata, sebaliknya mereka bersikap "orang menang dapat semua dan orang kalah hilang semua".

"Penyokong bekas Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim dipinggir dan disisihkan.

"Menteri Besar Datuk Md Isa Sabu tidak memberi ruang kepada kumpulan Datuk Seri Shahidan.

"Isu Perlis ialah bukan sahaja melibatkan dua pemimpin utama itu tetapi juga membabitkan penyokong Datuk Seri Shahidan dan Datuk Md Isa," katanya.

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

PKR Perlis sah terima kemasukan ahli Umno

Pengerusi Perhubungan PKR Perlis, Johari Shafie berkata memang terdapat ahli Umno di negeri itu, yang memohon borang keahlian untuk menyertai parti tersebut sejak bulan lalu."Kebanyakannya dari bahagian Kangar, terutama sekali di DUN Kuala Perlis," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.Sehingga ini, kata beliau, pihaknya telah menerima semula hampir 200 borang keahlian untuk menyertai PKR."Dijangka masih ada lagi yang akan hantar. Kita akan berusaha untuk tambah lagi ahli. Lagi banyak lagi bagus," katanya.Bagaimanapun, beliau tidak dapat memastikan berapa ramai lagi ahli Umno yang akan menyertai PKR."Saya tak berani nak cakap, terpulang kepada mereka. Kita tunggu borang," katanya.Pemimpin hasrat sertai UmnoJohari berkata demikian sebagai mengulas laporan bahawa kira-kira 1,000 ahli-ahli Umno melompat parti menyertai PKR secara terbuka di Perlis, khususnya di Kangar, bulan lalu.Perkara tersebut menimbulkan tandatanya apakah ianya tanda membantah pelantikan Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu sebagai pengerusi Umno negeri yang baru.Dr Md Isa yang juga ADUN Bintong, merupakan ketua Umno bahagian Kangar.Dalam perkembangan berkaitan, Johari berkata, beliau juga turut dihubungi seorang pemimpin Umno yang menyatakan hasratnya untuk menyertai PKR.Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti pemimpin Umno tersebut."Kita terima siapa sahaja, tak ada masalah," katanya.Cawangan baru DAPSemalam, Malaysiakini melaporkan bahawa bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata, beliau sedang memikirkan sama ada akan kekal dalam Umno atau menyertai pembangkang.Sementara itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan DAP bagi Kedah dan Perlis, Vincent Wu menjelaskan enam cawangan baru DAP ditubuhkan di Perlis.Katanya, ia termasuk dua cawangan - masing-masing satu di Kangar dan Parlimen Padang Besar - dengan lebih 150 ahli.Bagaimanapun, beliau tidak dapat memastikan sama ada ahli baru itu datang dari kalangan ahli MCA ataupun tidak.Manakala empat cawangan lagi masih dalam proses pengumpulan ahli untuk membolehkan penubuhan secara rasmi.Katanya, keempat-empat cawangan tersebut, masing-masing satu di DUN Kuala Perlis dan DUN Beseri, manakala dua lagi cawangan di Parlimen Arau.Majlis penyerahan borang keahlian dan penubuhan cawangan telah disempurnakan oleh ahli parlimen Ipoh Barat, Lim Kit Siang dua minggu lalu, tambahnya.

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Pertarungan akhir Nizar-Zambry

Perebutan kuasa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan Datuk Seri Zambry Abd Kadir berada di peringkat akhir di Mahkamah Rayuan hari ini. Selepas pembentangan hujah peguam menteri besar BN itu selesai pagi tadi, yang diikuti hujah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai pencelah, petang ini giliran peguam Mohammad Nizar berbuat demikian. Jika tiada pembentangan lain selepas itu, panel tiga hakim dijangka akan membuat keputusan seawal-awalnya esok.Mahkamah mendengar rayuan Zambry terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur awal minggu lalu yang mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah.

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Wednesday, May 20, 2009

8 faktor BN tewas lawan Anwar

Bahagian I 'Malaysia Baru' Anwar pukau pengundi

Berdasarkan senario semasa, BN berdepan dengan satu tentangan yang amat luar biasa dan peluang untuk menguasai kerusi tersebut amat sukar berdasarkan faktor-faktor berikut:

Pertama, Umno sama ada di peringkat Permatang Pauh mahupun di peringkat negeri berada dalam keadaan yang amat lemah. 

Transformasi politik di peringkat negeri telah melemahkan kedudukan Umno Pulau Pinang dan sehingga kini masih belum pulih dan terus bergolak. 

Misalnya Umno Jelutong parah sehingga sumber berita menyatakan ahli-ahli cawangan meninggalkan parti untuk menyertai PKR. 

Begitu juga dengan bahagian-bahagian lain yang lemah dan mempunyai hubung kait dengan kelemahan dan perebutan kuasa dalaman yang sedang berlaku di peringkat persekutuan kesan daripada keputusan pilihanraya umum lepas. 

Transformasi kerajaan negeri daripada BN kepada Pakatan Rakyat telah menyebabkan punca pendapatan pemimpin-pemimpin Umno di peringkat bahagian tergendala. 

Pemimpin-pemimpin peringkat ini tidak lagi mempunyai apa-apa peranan dalam negeri - dan keadaan ini turut menyumbang kepada kelemahan pentadbiran peringkat bahagian. 

Berbeza sama sekali dengan Pakatan Rakyat yang semakin kukuh dari segi pengurusan organisasi.

Kedua, faktor calon akan menyumbang kepada prestasi parti dalam pilihanraya kecil namun sehingga kini calon umno belum diumumkan. Malah tawaran diri untuk bertanding oleh Mohamad Ezam Mohd Nor telah ditolak oleh Umno Permatang Pauh. 

Manakala mufti Perlis walaupun ditawarkan untuk bertanding telah menolak. 

Calon tempatan bersesuaian, namun kemungkinan besar akan berlaku sabotaj di peringkat bahagian sendiri kerana sekiranya calon BN dari Umno menang, beliau akan menjadi pemimpin besar baik di peringkat bahagian mahupun persekutuan. 

Pemimpin bahagian yang tidak terpilih pula akan berusaha untuk menghalang kemenangan tersebut. 

Calon PKR iaitu Anwar sendiri dilihat sebagai seorang calon gergasi - berbanding keupayaan berpidato calon BN yang amat kurang dalam kalangan pemimpin BN buat ketika ini.

Ketiga, keputusan kerajaan Persekutuan menangguhkan atau membatalkan beberapa projek mega yang dijanjikan kepada rakyat Pulau Pinang telah meningkatkan perasaan tidak berpuas hati di kalangan rakyat negeri. 

Walaupun perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi sendiri anak negeri itu, tindakan kerajaan pimpinannya telah ditafsirkan sebagai satu keputusan politik untuk "membalas dendam". Perkara ini dijangka menjadi satu isu dan akan diinterpretasikan dalam bentuk undi. 

Kerajaan negeri, walaupun dikuasai oleh Pakatan Rakyat, namun masih terlalu awal untuk menilai keupayaan dan kebolehan pentadbiran. 

Pemimpin-pemimpin negeri akan mengadu bahawa kerajaan persekutuan menganaktirikan kerajaan negeri dan gagal memberikan bantuan sewajarnya walaupun rakyat Pulau Pinang turut menyumbang dari segi bayaran cukai.

Keempat, kenaikan harga barang, petroleum dan situasi ekonomi yang tidak menentu juga turut menjadi isu. Walaupun pilihanraya umum telah berlalu, namun setakat ini kerajaan persekutuan masih belum bergerak dengan pantas kerana perebutan kuasa dalam Umno.
Perebutan kuasa dan usaha-usaha berterusan untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing dalam parti telah menghalang penumpuan dalam tugas-tugas kerajaan. Hasilnya, usaha-usaha untuk menangani kemelesetan ekonomi dan isu-isu yang mempunyai kepentingan rakyat terbantut. 

Keadaan ini menyebabkan taraf kehidupan rakyat semakin terancam dan terganggu. Ia akan menimbulkan ketidakpuasaan hati yang akan mendorong pemilih untuk tidak mengundi calon BN. 

Isu-isu projek mega yang gagal dan isu komisen akan turut berkumandang. Misalannya projek MRR2. Projek tersebut dibina dengan kos RM238 juta, kemudian baik pulihnya menelan lagi kos RM70juta dan kini lebuhraya jejambat itu kembali retak.

Kelima, kes moral yang ditimbulkan semula mempunyai kesan timbal balas kepada parti pemerintah. Majoriti tidak bersetuju dan tidak percaya tuduhan terbaru terhadap Anwar. 

Kajian Merdeka Center membuktikan masyarakat tidak menerima tuduhan tersebut dan menganggap laporan polis ke atas Anwar satu konspirasi politik. Dalam situasi yang sedemikian, Umno sebenarnya terperangkap. 

Sekiranya tuduhan dikenakan ke atas Anwar sebelum tarikh penamaan calon, maka dunia akan melihat tindakan tersebut sebagai satu usaha kerajaan BN untuk menghalang beliau daripada kembali ke dalam arus perdana politik negara tetapi sekiranya Pejabat Peguam Negara berpendapat, tidak ada fakta untuk didakwa di mahkamah, maka dunia akan turut menyalahkan parti pemerintah kerana cuba membina kes palsu untuk menghalang kebangkitan Anwar. 

(Anwar telah dituduh di mahkamah atas tuduhan mengadakan hubungan seks luar tabii sehari selepas Suruhanjaya Pilihan Raya [SPR] mengumumkan tarikh 16-26 Ogos untuk pilihanraya kecil Permatang Pauh - editor)

Keenam, tidak dilupakan juga pengundi Cina dan India. Gabungan dua kumpulan pemilih tersebut 17,826 undi yang merupakan satu jumlah yang agak besar. 

Dalam situasi sekarang, tidak keterlaluan sekiranya dinyatakan sebilangan besar daripada dua kumpulan masyarakat tersebut tidak akan mengundi parti pemerintah. Tahap ketidakpuasaan hati mereka lebih tinggi terhadap Umno daripada MCA atau MIC. 

Sikap pemimpin Umno yang celupar dan menghina kumpulan pengundi bukan Melayu dengan memanggil sebagai 'penderhaka' kerana mengundi pembangkang akan ditiupkan sebagai satu isu. 

Malah keengganan pemimpin MIC untuk menetapkan tarikh peralihan kuasa akan turut menjauhkan masyarakat India daripada MIC dan BN. Kedudukan MIC baik di peringkat negeri mahupun bahagian juga lemah. 

Kemasukan masyarakat Cina bersama PKR dan masalah dalaman MCA juga akan turut menyumbang undi pengundi cina kepada PKR. Manakala Gerakan dan PPP berada dalam situasi yang sangat lemah untuk memberikan apa-apa impak untuk memenangi hati pengundi.

Ketujuh, Badan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) tetap merupakan satu kuasa politik masyarakat India yang akan membantutkan usaha untuk memenangi hati pengundi India. Keengganan kerajaan untuk membebaskan kelima-lima pemimpinnya ditafsirkan sebagai keengganan Umno, dan bukan keputusan BN. 

Anggapan ini muncul kerana kesemua komponen BN dari Semenanjung telah menggesa kerajaan agar membebaskan kelima-lima pemimpin Hindraf kecuali Umno. 

Anwar menjanjikan pembebasan kelima-lima pemimpin tersebut dan sudah tentu ia akan mempengaruhi minda pemilih India. Oleh yang demikian sudah tentu pengundi India akan melihat Umno dari perspektif negatif. 

Malah kedudukan dari segi jawatan kerajaan untuk masyarakat India bawah kerajaan Pakatan Rakyat lebih menonjol berbanding kerajaan persekutuan.

Kelapan, walaupun BN masih mempunyai kelebihan kerana menguasai media, sumber kewangan dan jentera kerajaan, namun P44 bukanlah satu laluan mudah untuk dimenangi. 

Sekiranya kerajaan persekutuan membuat pelaburan secara besar-besaran seperti yang dilakukannya dalam pilihanraya Ijok atau menumpukan terlalu banyak masa untuk menonjolkan isu moral atau melaksanakan strategi serangan peribadi ke atas Dr Wan Azizah, ia akan mengundang lebih banyak tindak balas negatif daripada pemilih.

Berdasarkan analisis ini, saya berpendapat Anwar akan memenangi kes beliau di "mahkamah rakyat" dengan kuasa majoriti sekurang-kurangnya 20,000 undi. 

Bagaimanapun tidak dinafikan kedua-dua pihak mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kedua-dua parti yang bertanding harus bekerja untuk memenangi hati rakyat. Sebarang kesilapan atau tindakan keterlaluan boleh menyebabkan kekalahan. 

Pendekatan bersopan wajar menjadi pegangan. Pilihanraya ini sebenarnya satu medan yang terbaik untuk penganalisis politik menjalankan kajian akan peranan kuasa rakyat.
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Umno mungkin taja calon bebas di Penanti

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Umno tidak bertanding di Penanti kerana parti itu tidak sedia bertarung dan menyerahkan kuasa kepada rakyat untuk membuat pilihan.

gantang by election 050409 anwar and nizar dialogue with voters 03Beliau, yang juga ketua umum PKR berkata, alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak munasabah kerana ini pertama kali Umno tidak bertanding apabila ada kekosongan kerusi.

"Dalam apa jua alasan, jika ada kekosongan Pakatan Rakyat menyerahkan kepada kebijaksanaan dan keputusan rakyat.

"Hujah ini satu helah kerana Umno selalu tabik dada (mengaku) kuat dan relevan," katanya kepada wartawan selepas ceramah di Taman Medan Petaling Jaya malam tadi, sempena pelancaran kempen penerangan "Krisis Perak: Kembali Pada Rakyat".

Semalam, Dewan Tertinggi BN memutuskan tidak akan bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti. Perdana menteri memberi tiga sebab BN menolak bertanding kerusi tersebut.

bullet buttonPertama, kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

bullet buttonKedua, pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

bullet buttonKetiga, BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara.

Najib juga menafikan BN takut tewas di kerusi tersebut.

Ceramah dapat permit

Mengulas lanjut, Anwar bagaimanapun berkata, Pakatan menghadapi kemungkinan Umno akan menaja calon bebas di Penanti.

"Itu belum pasti, bagaimanapun Pakatan akan terus bekerja untuk menghadapi pilihanraya tersebut," katanya.

Sementara itu ketika berucap di majlis tersebut, Anwar mengulangi pendirian Pakatan yang mahukan DUN Perak dibubarkan dan menyerahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan.

Katanya, Pakatan menghormati Istana tetapi yang membuat keputusan bukan Istana, bukan hakim tetapi rakyat.

"Di Perak kita yakin akan menang lebih besar kerana (rakyat) mahukan perubahan," katanya.

Selain Anwar, beberapa pemimpin Pakatan turut berucap di majlis tersebut.

Kira-kira 5,000 orang membanjiri kawasan lapang di Taman Medan untuk mendengar ceramah mengenai krisis politik di Perak.

Ceramah tersebut mendapat permit polis.

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

DUN Selangor: Khir Toyo Digantung Setahun

Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor telah menggantung ketua pembangkang dan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo daripada menghadiri sidang DUN selama setahun.

Tindakan itu diambil ekoran kegagalan beliau menghadiri siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor Mac lalu berhubung perbelanjaan dana agensi kerajaan negeri.

Jawatankuasa itu - di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor - juga mendapati beliau bersalah terhadap tiga tuduhan membuat kenyataan yang menghina legitimasi Selcat, dalam media dalam dalam blognya.

khir toyo and selangor state assemblyEkoran itu, Dr Mohd Khir yang juga ketua pembangkang di DUN Selangor digantung selama setahun daripada menghdiri sidang DUN kerana gagal menghadiri siasatan awam tersebut, dan digantung masing-masing enam bulan bagi setiap tuduhan tersebut.

Kesemua elaun dan keistimewaan yang diterima Dr Mohd Khir Toyo sebagai seorang ADUN, juga digantung.

Jawatankuasa itu juga menggantung empat lagi ADUN BN Warno Dogol (Sabak), Isa Abdul Kasim (Batang Kali), Marsum Paing (Dengkil) dan Mohamad Idris Abu Bakar (Hulu Bernam) selama enam bulan kerana mempersoalkan integriti Selcat.

Elaun dan keistimewaan mereka juga turut digantung sepanjang tempoh hukuman tersebut.

Ia diumumkan oleh Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa hak dan keistimewaan tersebut di Shah Alalm untuk membincangkan perkara tersebut.

Bagaimanapun, Teng berkata, hukuman itu merupakan syor yang dibuat jawatankuasa tersebut.

Syor tersebut, katanya, akan dibentang di sidang DUN Julai depan untuk dibahas dan setiap wakil rakyat termasuk Dr Mohd Khir akan diberi peluang membahaskannya.

Dalam siasatan Selcat selama lapan hari Mac lalu, para saksi memberi keterangan bahawa berjuta-juta ringgit dana syarikat pelaburan kerajaan negeri, telah disalahguna oleh Balkis - Badan Kebajikan dan Amal Isteri Wakil-wakil Rakyat BN Selangor - yang dipengerusikan oleh isteri Dr Mohd Khir - Datin Zaharah Kechik - sewaktu beliau menjadi menteri besar.

Sementara itu, ketika dihubungi selepas pengumuman tersebut dibuat, Dr Mohd Khir berkata beliau belum menerima surat berhubung hukuman tersebut.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan meminta peguamnya mengkaji perkara itu sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Tuesday, May 19, 2009

Letter of Demand sent to Anifah Aman

S N NAIR & PARTNERS
Your Ref: Please Advise
Our Ref: SNN/DSAI/Anifah/09

Date: 18th May 2009

Y.B. DATUK ANIFAH BIN HJ. AMAN
By Fax 03-8889 1717
03-8889 2816

Menteri Luar Negeri,                                     Certificate of Posting
Kementerian Luar Negeri,
Aras 3, Wisma Putra, No. 1, Jalan Wisma Putra,
Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62602 PUTRAJAYA.

YB,

Re:      Libellous Statement

We act for Datuk Seri Anwar Ibrahim who is the Former Deputy Prime Minister and is presently the Leader of the Opposition in the Malaysian Parliament.

We are instructed that on or about 16th May 2009, you uttered and or made a statement at the State Department in Washington during a joint press conference with US secretary of State Mrs. Clinton, that was published and/or caused to be published by Associated Press and was consequently carried by The Star Newspaper (and several local print and electronic media), which was captioned as “Anwar offered me the DPM’s post, says Anifah” which is reproduced in full and verbatim hereinbelow:

“Anwar offered me the DPM’s post, says Anifah

Washington: Foreign Minister Datuk Anifah Aman has revealed that Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim had offered him the post of Deputy Prime Minister as bait to switch sides after the general election last year.

“Just for the information of the audience here, Anwar said he would form a government on Sept 16 but he has changed the dates many times. And he was trying to entice Members of Parliament.

“I was personally offered a very lucrative position, like a deputy prime ministership.  These facts are not known to the world at large,” he said during a joint press conference with US Secretary of State Hillary Clinton, which was packed with American and foreign journalists.

“And he has started trying to buy other legislative members. I think he has not accepted the result of the last elections.

“We (Barisan Nasional) have lost five states and we willingly accept the people’s verdict.”

A Reuters journalist had earlier asked Clinton whether she raised the Anwar issue at her meeting with Anifah as the State Department’s annual human rights report had mentioned that charges against Anwar were politically motivated.

Clinton replied that she had raised the rule of law issues and larger questions concerning institutional reforms that Malaysia had been pursuing.

Anifah, who was clam throughout, said he had faith in Malaysia’s judicial system, citing the case of Perak where the High Court had reinstated Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin as Perak Menteri Besar although it was a ruling made against the Federal Government.

Anifah said Anwar was tarnishing the image of Malaysia.

“It is our wish and hope that he will respect the democratic system in Malaysia.”

Anifah told another journalist that Malaysia would use the “good office” of the Asean secretariat to find a solution to the case involving Myanmar’s pro-democracy leader Aung San Suu Kyi who faces new charges less than two weeks before her house arrest was due to end after an American man swam across a lake and entered her home.

On improving US relations with Islamic countries, Clinton said that United States would seek out partners like Malaysia and the Organisation of the Islamic Conference for guidance.” (hereinafter called “the Impugned Article”).

Inter alia, the Impugned Article contained the following defamatory words uttered and or quoted by you about our client:

i. “Foreign Minister Datuk Anifah Aman has revealed that Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim had offered him the post of Deputy Prime Minister as bait to switch sides after the general election last year.”

ii. “Just for the information of the audience here, Anwar said he would form a government on Sept 16 but he has changed the dates many times. And he was trying to entice Members of Parliament.”

iii. “I was personally offered a very lucrative position, like a deputy prime ministership.  These facts are not known to the world at large,” he said during a joint press conference with US Secretary of State Hillary Clinton, which was packed with American and foreign journalists.”

iv. “And he has started trying to buy other legislative members. I think he has not accepted the result of the last elections.”

v. “Anifah said Anwar was tarnishing the image of Malaysia.”(collectively hereinafter called “the Impugned Words”)

The Impugned Article and the Impugned Words were and are defamatory and or libellous of our Client and in their natural and ordinary meaning and or by implication mean, meant and were understood to, inter alia, mean that:

i) our Client is a dishonest person both in his private and official capacity;

ii) our Client is a liar;

iii) our Client is an untrustworthy person as well as an unfit politician;

iv) our Client is unfit to hold public office;

v) our Client is unprincipled and corrupt;

vi) our Client has committed a criminal offence punishable with imprisonment;

vii) our Client is unethical; and

viii)our Client wantonly abuses his position in public and private office.

By innuendo, the Impugned Article and the Impugned Words were and are defamatory and or libellous of our Client and were meant and were understood to, inter alia, mean that:

i) our Client is a dishonest person both in his private and official capacity;

ii) our Client is a liar;

iii) our Client is an untrustworthy person as well as an unfit politician;

iv) our Client is unfit to hold public office;

v) our Client is unprincipled and corrupt;

vi) our Client has committed a criminal offence punishable with imprisonment

vii) our Client is unethical; and

viii) our Client wantonly abuses his position in public and private office.

Inter alia, our client contends the following in that, the Impugned Article and the Impugned Words published by you in respect of our client:-

a) are bereft of any truth, vexatious, specious, fallacious and wholly uncalled for;

b) are and were grossly negligent, reckless, irresponsible, deliberate, malicious and aimed to lower our client’s esteem in the eyes of the public, both locally and internationally, and expose our client to public hatred, scorn, odium, opprobrium, contempt and ridicule;

c) are wholly untrue, motivated by malice, mala fides, distortion of facts suggesting moral and legal impropriety on the part of our client and are principally done in your pursuit of seeking cheap publicity /sensationalism for political and other purposes; and

d) are pre-mediated and calculated to tarnish, malign, defame and seriously injure the good name and character of our client.

We are further instructed that you have republished or caused it to be republished the abovementioned Impugned Article and Impugned Words and the libellous comments.

The Impugned Words uttered and published by you in respect of our client and the comments against our client by you, amounts to a very serious libel on our client and have caused our client considerable distress and embarrassment. These Impugned Words published by you in respect of our client and comments made against our client are false, malicious and your attack on our client is wholly unjustified.

We are therefore instructed to demand from you, which we hereby do:

1) An immediate and unequivocal public retraction of the Impugned Article and the Impugned Words and the removal and retraction of all the offending and defamatory comments, forthwith;

2) An apology in the terms to be approved by us as solicitors to be published in newspapers of our client’s choice.

3) An undertaking by you not to repeat the above allegations and comments such as the Impugned Words or the likes of the same.

Our client has also instructed us to demand damages of RM100 million from you for the injury caused to our client’s reputation.

Our client has also requested us to demand payment of all legal costs that has been incurred with regard to this matter.

This letter is written in accordance with the pre-action protocol prior to the institution of a libel action. We look forward to hearing from you without delay. If we do not receive a satisfactory reply within seven (7) days of the receipt of this letter, our instructions are to institute legal proceedings against you. In the meantime, our client reserves all our client’s rights in this matter.

Please acknowledge receipt accordingly.

Thank you.

 

Yours faithfully,

S N NAIR & PARTNERS

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

PR yakin kerajaan bakal bubar DUN

Pakatan Rakyat (PR) yakin pihak kerajaan akan akur dan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak melalui 'Kempen Sejuta Tandatangan Wanita Pakatan Rakyat' bagi mengadakan pilihan raya baru negeri itu.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, PR percaya dan yakin DUN Perak akan dibubarkan sekiranya pihak kerajaan melaksanakan keputusan berlandaskan undang-undang dengan mengambil kira suara dan pandangan rakyat.

"Saya yakin, jika ikut kepada landasan perundangan dan pandangan suara rakyat, sultan yang berjiwa rakyat akan mengambil kisah tentang perihal rakyat," katanya.

Menurutnya, sejuta tandatangan yang dikumpulkan itu adalah sebagai gambaran suara hati sebenar rakyat untuk mendesak supaya DUN dibubarkan segera bagi membolehkan pilihan raya baru diadakan.

"Kempen tandatangan ini bertujuan mengembalikan mandat kepada rakyat untuk menentukan kerajaan negeri berdasarkan pilihan mereka," katanya.

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Mahkamah Tinggi: Sultan tidak boleh pecat MB

Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak boleh memecat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari jawatannya kerana beliau (menteri besar) tidak memegang jawatan itu atas perkenan baginda.     
    
Ini keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim pada 11 Mei lalu, bila beliau mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah.

Dalam penghakiman 78-muka yang dikeluarkan kepada media hari ini, Abdul Aziz berkata sebaik saja menteri besar dilantik, beliau dan majlis exconya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri dan tiada siapa lain.   
    
Beliau berkata ini menurut fasal (2), (5), (6) dan (7) Artikel 16 Undang-undang Tubuh Negeri Perak, lapor Bernama.
    
"Sebaik saja menteri besar dilantik, menteri besar mentadbir negeri menerusi Majlis Eksekutif dan menasihatkan Sultan mengenai hal ehwal negeri sebagaimana diperuntukkan di bawah Artikel 18 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.    

Hakim Abdul Aziz berkata Sultan bertindak atas nasihat kecuali dalam perkara di mana Undang-undang Tubuh Negeri Perak memperuntukkan bahawa Baginda boleh bertindak atas budibicara baginda semata-mata.  

Beliau berkata berdasarkan peruntukan dalam Artikel 16, ia mensyaratkan bahawa dewan undangan adalah pihak yang menentukan sama ada ia menaruh keyakinan terhadap menteri besar selaku ketua majlis eksekutif menerusi undi tidak percaya terhadap menteri besar.   
    
"Saya berpendapat bahawa pemecatan menteri besar oleh Baginda atau oleh sesiapa lain tidak sekali-kali dipertimbangkan di bawah Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak," katanya. 

Beliau berkata fasal 7 Artikel 16 undang-undang tubuh itu memperuntukkan bahawa kecuali menteri besar, anggota-anggota lain Majlis Eksekutif memegang jawatan atas perkenan Sultan dan mereka (anggota eksekutif) boleh dipecat dari jawatan oleh Sultan yang bertindak atas nasihat menteri besar.   
    
Abdul Aziz berkata Sultan Perak telah menemui dan menginterbiu tiga anggota dewan negeri yang menjadi anggota bebas dan seorang lagi anggota dewan yang sebelumnya keluar dari Barisan Nasional (BN) tetapi kemudian menyertai semula parti itu dan mereka memberitahu Sultan tentang sokongan mereka kepada BN secara sukarela tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak.

Abdul Aziz, bagaimanapun berkata, walaupun menerusi pertanyaan Sultan, Baginda berpendapat Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mendapat sokongan majoriti anggota dewan undangan negeri, ini tidak bermakna Baginda boleh membuat keputusan bahawa Mohammad Nizar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti dewan berkenaan. 
    
Beliau berkata pendapat peribadi atau keputusan Sultan tidak relevan kepada maksud Artikel 16 (6) yang memperuntukkan bahawa "jika menteri besar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti anggota dewan undangan, maka, kecuali atas permintaannya, Baginda membubarkan dewan, beliau dikehendaki mengemukakan peletakan jawatan majlis eksekutif".    
    
Abdul Aziz mendengar prosiding semakan kehakiman yang dibawa oleh Nizar, 52, memohon writ "quo warranto" dikeluarkan terhadap Zambry untuk memberi sebab atas asas apa atau kuasa apa beliau adalah menteri besar yang sah.  

Abdul Aziz kemudian mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar yang sah selepas memutuskan bahawa beliau (Nizar) tidak pernah melepaskan jawatan menteri besar oleh kerana beliau tidak kehilangan keyakinan majoriti dewan undangan negeri.  
    
Nizar, dilantik sebagai menteri besar pada 17 Mac tahun lepas selepas pakatan DAP-PKR-PAS memenangi 31 kerusi dalam plihanraya umum ke-12.  
    
Kedua-dua pihak, bagaimanapun, mempunyai 28 kerusi masing-masing, selepas tiga anggota dewan dari pakatan itu keluar parti untuk menjadi anggota bebas dan yang keempat melompat semula dari PKR kepada Umno.

Sultan kemudian meminta Nizar meletak jawatan menteri besar dan Zambry mengangkat sumpah selepas mengisytiharkan bahawa BN mempunyai majoriti di dewan undangan negeri.   

Mahkamah Rayuan, pada 12 Mei, membenarkan perintah penangguhan keputusan itu kepada Zambry dan menetapkan Khamis ini untuk mendengar bersama permohonan Nizar mengetepikan perintah penangguhan.  

Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Aziz juga berkata beliau tidak meragui bahawa Sultan mempunyai budibicara mutlak berhubung pelantikan menteri besar dan tidak memperkenan permintaan bagi pembubaran dewan undangan negeri.   
    
"Saya tidak pernah meragui tentang pelaksanaan prerogatif diraja untuk melantik seorang menteri besar mengikut Artikel 16 (2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak semata-mata berdasarkan pendapat peribadi Baginda.   
    
"Dan bahawa Baginda boleh memilih apa carapun bagi memuaskan hati dan membuat keputusan sewajarnya tentang siapa yang mendapat keyakinan majoriti dewan undangan negeri hingga beliau boleh dilantik sebagai menteri besar untuk memimpin majlis eksekutif," katanya.   
    
Abdul Aziz bagaimanapun berkata perkara yang sama tidak boleh dilakukan berhubung Artikel 16 (6) dalam memutuskan sama ada menteri besar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti anggota dewan undangan.   
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/