Monday, August 31, 2009

DSAI:Perutusan Merdeka

Apabila mendekati tarikh 31hb Ogos, ingatan kita akan mengimbas kembali rentetan peristiwa dan perjuangan rakyat yang berkemuncak dengan Kemerdekaan. Tarikh tersebut terungkap sebagai tarikh keramat ,menjanjikan kebebasan daripada cengkaman penjajah dan menyelamatkan martabat hidup rakyat.
Persoalan yang menerjah kita semua ialah; bagaimana kita menghayati makna tarikh tersebut hari ini. Pergulatan ini menjadi penentu kepada persoalan makna diri kita sebagai rakyat Malaysia.Tekad baru untuk memahami makna diri Malaysia sebagai bangsa merdeka juga menuntut kita untuk memahami bagaimana kita menjadi tidak merdeka; bagaimana kita hilang kemerdekaan sebelum kita memperolehinya kembali.
Lebih dua ribu tahun yang lalu, Brutus bertanya warga Kota Rom “siapakah yang begitu hina sehingga mahu hidup sebagai hamba ?” Ceasar mahu memiliki kuasa yang tidak terbatas. Nafsunya sebegitu besar dan mahu memastikan Rom dalam genggamannya.
Pertentangan antara Brutus dengan Ceaser adalah pertentangan antara kebebasan menentang nafsu kekuasan tidak terbatas. Sejak negara kita merdeka kita masih bergelut dengan pertentangan ini. Kebebasan – kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan institusi kehakiman sentiasa mahu disekat oleh penguasa. Oleh itu kita menginsafi hanya bangsa yang pernah melalui gelita penjajahan akan mengerti makna cahaya kemerdekaan. Bagitu juga, hanya diri yang pernah kebebasannya diragut akan menghargai nilai kebebasan.
Syarahan Perdana Professor Dr. Syed Muhammad Naguib al-Attas yang berjudul Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu juga menghuraikan dengan panjang lebar peranan paksi tauhid sebagai aqidah menambat keyakinan baru yang menolak faham tahyul dan perhambaan, seterusnya menjadi pelantar kepada pemikiran yang berakar dengan tradisi aqliyah dan mencernakan budaya segar dengan bahasa Melayu sebagai pertuturan kepustakaan(lingua franca) rantau ini. Ratusan tahun berlalu yang sewajarnya tambah memperkukuh dan memantapkan semangat dan keyakinan baru tersebut.

Cantik sungguh puteri Palembang,
Sayang bersunting bunga pudak;
Betapa keras dilambung gelombang,
Kucacak tiang, kulayar jua.

Manakala melangkaui separuh abad kemerdekaan, kita rakyat Malaysia sewajarnya mempunyai kesedaran betapa Bahasa Melayu bukan sekadar bahasa pasar, bahasa komunikasi basahan untuk berjual beli. Bahasa Melayu adalah bahasa ilmu, bahasa tamadun dan bahasa untuk mengungkapkan pengalaman kemanusian yang paling mendalam dan luhur. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa intelektual dan kerohanian untuk umat Islam, makanya Bahasa Melayu juga seharusnya menjadi bahasa intelektual dan kerohanian umat Budha, Hindu, Kristian dan lain-lain keyakinan.
Bahasa Melayu yang saya sebutkan di sini bukanlah bahasa milik orang Melayu semata-mata. Bahasa Melayu adalah milik rakyat dan bangsa Malaysia yang berketurunan Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak dan lain-lain. Bahasa Melayu adalah milik semua rakyat Malaysia.
Kemerdekaan mestilah tidak terperangkap dengan bahana dari politik sempit dan kelam sesebuah parti politik tertentu. Kemerdekaan perlu di lihat dari perspektif rakyat keseluruhannya; perjuangan pelbagai kaum, menggunakan pelbagai wadah, dan melibatkan pelbagai aliran pemikiran. Sejarah ternyata mengajar kita bahawa Perjuangan Menuntut Kemerdekaan menerbitkan kesatuan semangat untuk menentang penjajah dan imperialisme Barat ketika itu.
Generasi terdahulu yang sama-sama berjuang untuk kemerdekaan, dan mereka yang menempuh zaman mudanya di masa awal kemerdekaan menjadi saksi kepada kepelbagaian aliran dan wadah perjuangan rakyat. Tetapi penulisan sejarah kemerdekaan yang disampaikan kepada generasi hari ini masih belum berlaku adil kerana fakta yang bercampur propaganda. Ini merupakan beban dan tanggungjawab kepada ahli-ahli sejarah kerana tanpa pensejarahan yang adil, kita tidak akan dapat melihat dan menemui makna dan rupa diri bangsa kita yang sebenarnya. Nama pejuang kemerdekaan seperti Dato’ Onn Jaafar, Ustaz Abu Bakar Baqir, Dr Burhanuddin al Helmy, Ahmad Boestamam, Mat Salleh, Panglima Rentap dan Rosli Dhobi tidak sewajarnya digelapkan dari sejarah menuntut kemerdekaan.
Kemerdekaan adalah untuk kebebasan dan keadilan. Inilah yang dijanjikan kepada kita pada 31 Ogos 1957. Sekiranya kita mahu berdegil untuk meneruskan saki baki peninggalan feudal, atau mahu memperkokohkan lembaga-lembaga sistem otoritarianisme, sudah pasti kita menjadi bangsa yang terpinggir. Bangsa Malaysia tidak miskin dengan sumber daya manusianya. Dengan paras pembangunan yang telah dicapai dan kekayaan yang kita miliki Malaysia boleh menjadi negara yang besar. Dan kita perlu yakin bahawa Malaysia boleh menjadi bangsa yang besar. Tetapi kita tidak boleh menjadi bangsa yang besar sekiranya rakyatnya tidak bebas dan merdeka.
ANWAR IBRAHIM
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Sunday, August 30, 2009

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!



Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Saturday, August 29, 2009

SURAT MISTERI???

KEGIATAN RASUAH, SALAHLAKU DAN PENYELEWENGAN PEGAWAI ATASAN SPRM SELANGOR.

Dengan segala hormatnya, kami merujuk kepada perkara di atas.
Adalah dimaklumkan bahawa kami pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) rasa terpanggil untuk mendedahkan tentang salahlaku dan amalan rasuah seorang Pegawai Atasan SPRM iaitu TIMBALAN PENGARAH (TP) SPRM Selangor yang bernama PKPj I HISHAMUDDIN BIN HASHIM yang mana ianya adalah bersangkutan dengan kes TEOH BENG HOCK dan kes yang melibatkan pemilikan rumah banglo DATO’ SERI DR MOHAMAD KHIR BIN TOYO di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
2. Untuk pengetahuan Y. Bhg. Tan Sri / Dato / Tuan / Puan, TP sememangnya terlibat secara langsung dengan siasatan kes penyelewengan dana Kerajaan Negeri Selangor bagi peruntukan YB Ean (Adun Seri Kembangan). Penglibatan beliau bukan hanya untuk arahan rasmi sahaja, bahkan beliau juga memberikan arahan kepada pegawai bawahan untuk mencari sedaya mungkin tentang kesalahan yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor sekarang. Beliau bertindak sedemikian adalah kerana beliau ada membuat pakatan dengan Khir Toyo untuk menjatuhkan kerajaan negeri Selangor sekarang. Ekoran daripada tindakan beliau yang gelojoh, maka kematian Teoh Beng Hock telah terjadi. Timbul beberapa persoalan yang mencurigakan kepada kami pegawai-pegawai SPRM Malaysia tentang macammana Teoh Beng Hock boleh mati. Kami semua mengesyaki TP yang bertanggungjawab dengan kematian Teoh Beng Hock berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:
i) TP telah memberikan arahan kepada semua pegawai-pegawai SPRM yang terlibat dalam operasi itu, untuk tidak melibatkan beliau langsung dalam kes ini. Sebenarnya beliaulah yang memberikan semua arahan di dalam operasi ini dan juga operasi-operasi lain di SPRM Selangor. Sebenarnya beliau takut untuk dikaitkan kerana ini boleh merungkaikan komplot beliau dengan Khir Toyo.
ii) Pihak kimia telah menjumpai kesan cap jari dan DNA lelaki misteri pada sebelah depan di bahagian 2 sisi tali pinggang Teoh Beng Hock. Mengikut pada pengetahuan kami pegawai-pegawai SPRM Malaysia, TP mempunyai teknik soalsiasat yang tersendiri iaitu beliau selalu menyoalsiasat seseorang dengan cara memegang di bahagian hadapan tali pinggang individu dan mengangkatnya beberapa kali serta menggoncangnya.
iii) Proses pengambilan DNA ke atas pegawai-pegawai SPRM Selangor telah dilakukan sebanyak 2 sesi. Pada sesi pertama pengambilan sampel DNA dibuat, TP telah bergegas melarikan diri untuk tidak memberikan sampel DNAnya. Walaubagaimanapun, TP dikatakan telah memberikan sampel DNAnya semasa sesi yang kedua tetapi keraguan yang timbul ialah TP telah memberikan sampel DNAnya di dalam bilik pejabatnya, sedangkan semua pegawai SPRM termasuk pengarah SPRM sendiri telah memberikan sampel DNA masing-masing di dalam bilik mesyuarat secara beramai-ramai. Kenapa TP memberikan sampel DNA secara tersembunyi? Adakah DNA yang diberi itu adalah DNA beliau? Kami pegawai-pegawai SPRM Malaysia merasa pelik kerana tiada seorang pun sampel DNA yang berpadanan dengan DNA lelaki misteri? Kami mengesyorkan supaya ujian DNA terhadap TP mestilah dilakukan sekali lagi dengan disaksikan oleh orang-orang yang boleh dipercayai.
iv) Kami mendapat maklumat mengatakan bahawa TP telah mengarahkan pegawai bawahannya untuk mengelap / mengesat kesan cap cari pada tingkap yang dipercayai tempat Teoh jatuh. Ini terbukti apabila pihak polis tidak menjumpai apa-apa kesan cap jari baru atau lama pada tingkap tersebut. Persoalannya, kenapa TP mengarahkan untuk bertindak sedemikian?
v) Kami mengesyaki berdasarkan maklumat yang diperolehi bahawa TP tidak mengetuk kad perakam waktunya (punch-card) semasa beliau hendak balik daripada pejabat pada 16hb Julai 2009, jam 6.10 pagi. Ini penting kerana ia boleh membuktikan bahawa TP adalah orang yang terakhir melihat Teoh. Persoalannya, kenapa beliau tidak mengetuk kad perakamnya sedangkan beliau adalah seorang yang selalu mengetuk kadnya.. Untuk rekod, beliau adalah seorang yang teliti dengan kad perakamnya.
3. Untuk pengetahuan Y. Bhg. Tan Sri / Dato / Tuan / Puan, TP berkenaan adalah sangat berkuasa dalam menjalankan operasi siasatan di Sekitar Selangor, mahupun seluruh Malaysia. Di SPRM Selangor sahaja, beliau adalah orang yang paling penting untuk membuat keputusan samada sesuatu kes dituduh ataupun tidak walaupun kuasa tersebut sepatutnya dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP). Keputusan yang dibuat oleh beliau itu cenderung kepada kepentingan peribadi dan konco-konconya. Jadi tidak hairanlah jika beliau meneraju Unit Siasatan SPRM / BPR Selangor sejak belasan tahun lagi iaitu semenjak daripada kerajaan Negeri Selangor diperintah oleh Kerajaan Barisan Nasional (Khir Toyo) dan sehingga Kerajaan Negeri Selangor sekarang. Beliau telah dinaikkan pangkat dengan begitu cepat sekali iaitu daripada Gred 41 hingga Gred 54 dengan hanya memakan masa lebih kurang 16 tahun sahaja tanpa bertukar ke tempat lain dan kekal di SPRM Selangor sehingga sekarang. Jika diikutkan kepada dasar jabatan SPRM / BPR, setiap pegawai yang dinaikkan pangkat atau bertugas melebihi 5 tahun di suatu negeri, pegawai tersebut akan ditukarkan ke tempat lain bagi mengelakkan pegawai tersebut terjerumus dengan masalah rasuah setempat. Salah satu sebab beliau tidak ditukarkan ke mana-mana adalah kerana beliau ditugaskan untuk "menjaga" kepentingan Dato" Seri Dr Khir Toyo di Selangor. Oleh yang demikian, sebagai balasan, Khir Toyo juga perlu "menjaga" kepentingan beliau di Selangor.
4. Kesan daripada keadaan beliau yang selesa di BPR / SPRM Selangor dari dulu hingga sekarang, beliau telah terlibat dengan pelbagai perlakuan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Antara perlakuan rasuah dan penyalahgunaan kuasa TP yang dapat kami kesan / siasat adalah seperti berikut:
i) Menutup kes Khir Toyo berkenaan dengan keluluskan projek pembinaan jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hamper disenaraihitamkan, Meram Holdings. Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalankan semua projek berkenaan ialah Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, iaitu tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang member keuntungan minimum RM20 juta.
ii) Memiliki aset yang melebihi emolumennya seperti:
a. Mempunyai beberapa buah rumah sewa yang mana salah satunya adalah Rumah Teres 2 tingkat (Mewah) yang dibeli dengan harga istimewa daripada Pemaju Kumpulan Lebar Daun Development Sdn Bhd, hasil daripada penutupan kes yang disiasat ke atas Group Executive Chairman, Dato' Noor Azman @ Noor Hizam bin Mohd Nurdin. Kes tersebut disiasat oleh BPR Selangor dalam beberapa tahun yang lepas serta beberapa buah rumah lagi yang beliau miliki. Untuk mengaburi mata awam dan pegawai-pegawai bawahan, beliau hanya tinggal di Kuarters Kerajaan di Kg. Atap, Kuala Lumpur.
b. Mempunyai sebuah stesen Minyak Petronas di sebelah kiri Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway) KM 8.6 – KM 8.7, Seksyen 1, Lebuh Raya Persekutuan, Shah Alam, 40000 Selangor berdekatan dengan Bulatan Melati, yang menghala dari Shah Alam ke Klang, didaftarkan diatas nama abang beliau. Stesen minyak tersebut adalah baru beroperasi pada tahun ini (2009) yang mana ianya dibina di atas (sebahagian daripada) kawasan perkuburan cina. Beliau berjaya mendapat tapak bagi membina stesen minyak tersebut hasil daripada kuasa yang beliau ada dan juga daripada zaman pemerintahan Khir Toyo di Selangor.
c. Mempunyai beberapa bidang tanah di sekitar Shah Alam, yang mana salah satunya dipercayai di sebelah SACC Mall yang baru yang mana ianya didaftarkan di atas nama isteri kepada seorang pemandu di SPRM Selangor bernama Abdullah b Azim, seorang suri rumah sepenuh masa dan berumur lewat 30-an.
iii) Pernah ditangkap berkhalwat dengan Pegawai Bawahan berpangkat Penyiasat bernama Nor Azlina bt Mustafa di tepi Tasik Shah Alam pada awal tahun 2009 oleh 2 orang anggota polis, sebaliknya beliau menunjukkan kad kuasa beliau dan memaklumkan kepada anggota polis berkenaan bahawa beliau dan pegawai tersebut sedang menjalankan operasi dan mereka telah dilepaskan. Setelah beberapa siri ‘keintiman’ beliau bersama dengan Penyiasat tersebut telah diketahui oleh banyak pihak termasuklah isterinya sendiri. Tindakan yang diambil oleh Jabatan hanyalah menukarkan penyiasat tersebut ke SPRM Ibu Pejabat, Putrajaya. Tindakan ini tidaklah berkesan kerana Azlina masih lagi selalu bersama dengan TP di pejabat Selangor.
5. Tujuan Surat ini dibuat adalah untuk menegakkan keadilan dan mencegah penganiayaan khususnya di dalam SPRM dan amnya di Malaysia. Kami di SPRM sudah tidak tahan melihat kerenah beliau yang mendapat restu daripada pihak atasan seperti kata pepatah “beraja dimata, bersultan dihati”. Kami di SPRM sendiri sudah hilang punca untuk mencari jabatan / institusi / NGO yang boleh mengenegahkan isu ini agar tindakan yang sepatutnya dapat diambil.
6. Kami pegawai-pegawai SPRM amat berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak Y. Bhg. Dato’ / tuan / puan yang boleh mewar-warkan perkara ini kepada rakyat dan pihak yang bertanggungjawab agar ada satu organasasi / NGO yang boleh mengambil tindakan yang sepatutnya atau independent investigation sehingga perkara ini boleh dibawa ke kabinet. Perkara ini sangat penting kerana ia melibatkan integriti seorang pegawai yang berkhidmat di sebuah jabatan yang menguatkuasa undang-undang tentang kesalahan integriti manusia. TP sekarang cenderung dan berusaha sedaya upaya dengan mengerahkan pegawai bawahannya untuk mencari kesalahan PKR yang memerintah negeri Selangor sekarang dengan harapan PKR akan tumbang di Selangor dan rahsianya akan selamat. Untuk pengetahuan pihak Y. Bhg. Dato’ / tuan / puan juga, TP sekarang takut apabila berita tentang Dato’ Seri Khir Toyo telah keluar di media dan beliau amat takut jika kes tersebut akan membongkarkan tentang kesnya.
7.. Harapan kami adalah, ada pihak yang berani menyuarakan maklumat kami agar tindakan kami ini mendapat perhatian daripada pihak yang berwibawa dan tindakan yang adil dapat dikenakan kepada beliau dan dihadapkan ke muka pengadilan. Kami sendiri sudah tidak mampu untuk mengambil tindakan ke atas beliau kerana beliau mempunyai “cable” dengan pihak atasan.
8. Kerjasama daripada pihak Y. Bhg. Tan Sri / Dato’ / tuan / puan amatlah dihargai dan diharapkan daripada tindakan Y. Bhg. Tan Sri / Dato’ / tuan / puan ini, banyak lagi maklumat-maklumat yang boleh membongkarkan manusia-manusia yang tidak berintegriti disalurkan agar SPRM dan pegawai-pegawainya bersih daripada rasuah.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK SPRM/NEGARA YANG DICINTAI"
Kami yang menurut perintah,
PEGAWAI-PEGAWAI SPRM MALAYSIA
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Thursday, August 27, 2009

BN SEMAKIN MENGHAMPIRI 'DUE DATE'

BN semakin menghampiri tarikh 'padamnya'. Antara petanda yang jelas ialah seperti di bawah :-
1) Ditolak oleh majoriti rakyat khasnya di Semenanjung pada PRU 2008 lalu.
2) Tewas di kesemua 7 kali Pilihanraya Kecil di Semenanjung selepas PRU 2008
3) Krisis dalaman MCA semakin memuncak dengan pemecatan Timbalan Presiden MCA
4) Krisis keyakinan orang India kepada MIC semakin hebat berikutan tindakan Samy Vellu
terus mahu menjadi Presiden MIC sedangkan MIC jelas gagal membela orang India
5) Umno sudah hamcur berikutan masalah rasuah, akhlaq pemimpin dan masalah dalaman yang semakin teruk
6) Rakyat semakin faham, celik dan cerdik dalam menilai siapa yang seharusnya diangkat menjadi pemimpin dan kerajaan. BN dijangka tewas pada PRU 13 nanti dan seterusnya berkubur.

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Hancur Negara Kalau Muhyiddin Jadi PM

SUMBER: http//:skuaddunbatucaves.blogspot.com

Menurut Muhyiddin, semasa perbicangan antara Dr. Mahathir, Menteri Kewangan ketika itu, Tun Daim Zainuddin, Lee dan beliau, Lee mahukan bekalan air yang mencukupi disalurkan kepada republik itu dari Johor.

“Lee berkata Singapura bersedia untuk berperang sekiranya Malaysia tidak mahu membekal air yang mencukupi dan melahirkan rasa kesal berhubung projek bekalan air dari Sungai Lingu yang tertangguh.

Muhyiddin semasa berceramah di Tanjung Putus, Permatang Pauh semasa kempen pilih raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, menjelaskan perkara itu sebagai menolak dakwaan pembangkang bahawa beliau telah menjual sekeping tanah kepada Singapura berhubung loji rawatn air di Sungai Lingu, Bandar Tenggara Johor.

Ini pula komen Dr. Mahathir dalam blognya:

“Tan Sri Muhyiddin bercakap benar mengenai desakan saya kepadanya untuk membekal air kepada Singapura, tetapi Lee Kuan Yew tidak mengancam untuk berperang sekiranya kita tidak membekalkan air.

“Sekiranya beliau (Lee) melakukan itu, saya fikir saya akan menghentikan sebarang bekalan air seterusnya,” kata Dr. Mahathir

Dr. Mahathir berkata, beliau tidak mengetahui mengenai penjualan tanah kepada Singapura, tetapi kerana telah dipersetujui bahawa loji rawatan air akan dibina oleh Singapura di Johor, maka tanah perlu disediakan.

“Namun setelah kita memeterai perjanjian bekalan air, Singapura menimbulkan banyak isu mengenai tanah kereta api kita, pusat kastam, imigresen dan kuarantin di Tanjong Pagar, latihan pesawat perang Singapura di kawasan udara Malaysia dan Kumpulan Wang Simpanan Pusat.

“Pada ketika itu, saya sedar bahawa berbaik-baik dengan Singapura adalah tidak berbaloi,” kata Dr. Mahathir.

Kerajaan Rakyat :- Muhyiddin jual tanah Johor kepada Singapura dengan mudah, kemudian menggunakan isu yang sama untuk terus membekalkan sumber air kepada Singapura.

- Kerana kepentingan peribadi dan kaum kerabatnya, Muhyiddin Yassin mengorbankan hak dan kepentingan Rakyat Johor. Malangnya masih ramai manusia bahalol di Johor yang mati hati dan menyokong si perompak Muhyiddin.

- Baru perintah satu negeri Johor, hampir separuh tanah Johor digadai, dilelong dan dijual oleh Muhyiddin Yassin. Bayangkan jika si Muhyiddin ini jadi Perdana Menteri - Hancur Negara, Musnah Bangsa. Rosak Agama dibuat oleh manusia perakus bernama Muhyiddin Yassin.

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

DUN PERAK BAKAL BERGEGAR LAGI

Sidang DUN Perak pada 2 September ini bakal mencatatkan satu lagi sejarah dunia. Kalau sebelum ini Perak telah mencatatkan beberapa rekod dunia seperti :-
1) Ada 2 Menteri Besar
2) 2 barisan Exco
3) 2 Speaker
4) Speaker di halang masuk Dewan
5) ADUN dihalang masuk Dewan
6) Speaker dinafikan kuasa
7) Speaker diseret dari kerusinya
8) Berpuluh-puluh Polis mencemarkan DUN
9) Pistol dibawa masuk DUN
10)ADUN dicederakan
11) Sidang DUN bawah pokok
Antara rekod yang mungkin dicipta ialah :-
1) 2 Speaker mengendalikan 2 Sidang DUN berasingan
2) Kerusi speaker dipatahkan
3) Meja speaker diusung
dan lain-lain .....kita tunggu dan lihat nanti

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Kenapa Kartun dan kartunis Zunar Berbahaya dan Membahayakan Najib?


Apabila Biaqpilah bertanya “Mengapa Najib dan Rosmah takut sangat dengan Zunar? dan teman Pro Erdogan mengeluh mengenai dasat betoi malaysia,majalah kartun pun dirampas... apabila segerombolan pegawai dari KDN "memecah masuk"pejabat majalah Gedung Kartun yang diterajui oleh bekas kartunis dari majalah gila gila yang juga kartunis politik terkenal tanah air Zulkiflee Anwar Haque atau lebih popular dengan nama pena Zunar..

Dikhabarkan beberapa ratus nashkah majalah ini dirampas bagi kesalahan bawah Seksyen 5(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan atau penerbitan tanpa permit.menurut Zunar,pihaknya telah mendapat kelulusan lisan dari KDN untuk menerbitkan majalah tersebut, yang jelas dikatakan sebagai rampasan bermotif politik.

Apa bahayanya Zunar dan kartun-kartunnya?

Saya tercari-cari juga kenapa dan apabahayanya kartun. Menurut sejarah, pengharaman terhadap penerbitan majalah atau bahan berbentuk karikatur yang menghentam ahli politik telah dilakukan kerajaan Perancis semenjak tahun 1814 lagi. Sebuah jurnal yang bertajuk La Rradiot telah diharamkan kerajaan Perancis pada ketika itu.(Robert Justin Goldstei-Censorship of political caricature in nineteenth-century France).

Walau pun di sekat dan dilabelkan sebagai penjenayah, jumlah kartunis terus bertambah melebihi 380 orang di Perancis pada zaman itu. Pelukis karikatur terus berkembang dan telah banyak menyumbang kearah pembangunan kebebasan suara di Perancis.

Pelukis karikatur Perancis, Honorĕ Daumeir telah dipenjarakan kerana kartunnya yang menyerang King Louis Philippe ketika itu. Fobia terhadap imej karikatur berlarutan sepanjang zaman di mana dua kartunis telah dihukum bersalah kerana menyerang dan menghina Presiden de Gaulle pada tahun 1959.

Walaupun kartunis dianggap sebagai penjenayah oleh kerajaan, pelukis karikatur tetap dijulang dan dikenang sebagai pejuang sebaris dengan pejuang kebebasan dan keadilan yang lain oleh rakyat di Perancis dan serata dunia.

Kenapa Karikatur amat digeruni ahli politik?

Robert Justin Goldstein, seorang ahli politik berbangsa Perancis pada tahun 1830 telah menyifatkan Karikatur atau kartun sebagai satu medium yang memiliki nilai bahasa yang tulus, menpunyai impak komunikasi yang paling berbisa serta luarbiasa dan paling digeruni oleh ahli politik

Chalse Duchatel merupakan seorang menteri perundangan dalam era pemerintahan King Louis Philippe beranggapan bahawa karikatur memberikan kesan “produce the most deadly effect”. Menurut beliau lagi, tidak ada apa yang lebih membahayakan selain daripada karikatur. Stroke dan lakaran pada karikatur menimbulkan mood dan kesan komunikasi kepada pembaca dengan lebih berkesan dan berbahaya berbanding tulisan biasa.

Karikatur dikatakan mempunyai nilai komunikasi yang mampu terpahat dan menusuk ke sanubari seseoang anggap dan kesannya kekal berpanjangan dan lengkap dengan emosinya.

Ilustrasi karikatur juga dianggap sebagai satu gaya bahasa yang mampu berinteraksi secara langsung kepada emosi san sesibiliti manusia. Kerana itu kesannya amat mendalam.

Sistem Monarki Perancis berjaya ditumbangkan oleh kebangkaitan generasi muda yang berani menentang arus dan tidak disangkal Karikatur berperanan sama dalam membantu menjayakan usaha itu.

Setelah melihat fakta-fakta ini, tidak hairanlah kenapa Majalah Gedung serta kartun lakaran Zunar amat digeruni oleh Najib mahu pun Rosmah. Permit lulus penerbitan tidak penting lagi tetapi yang penting ialah sejarah telah membuktikan bahawa karikatur mampu dan berkesan menumbangkan seseorang dan Najib tidak mahu sejarah itu berulang terhadapnya

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Monday, August 24, 2009

ANWAR IBRAHIM: Mengkhianati Amanah Rakyat Hanya Mengamit Jalan Buntu

23 Aug
Mengkhianati Amanah Rakyat Hanya Menggamit Jalan Buntu
By Anwar Ibrahim
Hari ini saya difahamkan Adun Lunas Sdr Radzhi Salleh telahpun mengisytiharkan keluar dari parti. Pimpinan parti sememangnya memandang serius prestasi beliau yang terbukti lemah sepanjang menjawat jawatan dalam kerajaan negeri. Turut mengecewakan pimpinan ialah tuntutan perbelanjaan beliau yang tidak munasabah dan masalah perkahwinannya di Thailand. Amaran keras telahpun diberikan agar segera meningkatkan prestasi kerja dan memperkukuh khidmatnya di kawasan. Nampaknya nasihat dan amaran kami tidak beliau endahkan, lalu mengambil tindakan mengistiharkan keluar dari parti hari ini. Apapun alasan yang diberikan oleh beliau, saya berharap Sdr Radzhi sedar bahawa jangan sesekali bertindak mengkhianati amanah rakyat. Kerana “sesiapa yang menyemai angin, dia pastinya menuai badai.”
Berhubung kedudukan Sdr Razhi selaku Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kedah, saya yakin YAB Menteri Besar Dato’ Seri Ustaz Azizan akan membuat keputusan yang terbaik selepas membuat pertimbangan sewajarnya. Seperti yang dijangkakan, mendekati tarikh mengundi Selasa ini, pastinya ada serangan bertujuan mengalih pandangan bersertakan cita-cita menggugat kerjasama kempen Pakatan Rakyat di Permatang Pasir. Adakah episod ini membabitkan tawaran sogokan jutaan ringgit? Saya tidak yakin SPRM yang dicurigai kewibawaannya mampu menjalankan siasatan tanpa ditunjuki serta berupaya memberi sebarang penjelasan memuaskan.
Izinkan saya menghimbau peristiwa pada tarikh 15 Disember 2008 yang menyaksikan ahli-ahli Dewan Rakyat mula menyertai perbahasan rang undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dengan harapan akan wujud sebuah institusi bebas memerangi rasuah serta penyalahgunaan kuasa. Ternyata ada banyak kelemahan yang ketara terkandung di dalam rang tersebut, malahan telah kami perbahaskan dengan sabar agar ianya dapat diperbaiki demi kemaslahatan negara dan rakyat.
Dinukilkan peringatan Sayidina Ali r.a kepada Malik Ashtar ketika berbahas buat menjadi peringatan kepada diri saya dan rakan-rakan ahli Dewan Rakyat semua agar tidak memandang enteng tanggungjawab yang dipikul, kerana sesungguhnya jawatan ini adalah amanah dan bukannya satu keistimewaan.
Selepas berbahas panjang lebar, makanya Dewan Rakyat meluluskan satu Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008. Riuh rendahlah kononnya kita menuju ke satu era baru yang menjanjikan perubahan. Tidak sampai setahun wujudnya SPRM, institusi tersebut terpalit dengan pelbagai tuduhan yang serius seumpama kematian Teoh Beng Hock serta skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang(PKFZ)
Hatta pendedahan saya ketika menjunjung kasih titah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong juga menemui jalan buntu. Laporan Adun Kulim, Sdr Lim Soo Nee bahawa bekas Menteri Besar Kedah Dato Mahadzir Khalid cuba menyogok beliau dengan jumlah wang sekitar RM 4-5 juta untuk menyertai barisan nasional seumpama mencurah air di daun keladi.
Rakyat turut marah apabila SPRM gagal bertindak terhadap penyelewengan pimpinan umno-bn yang dikatakan memiliki mahligai jutaan ringgit, pembelian pangsapuri mewah menggunakan duit kerajaan negeri dan kemungkinan terlibat menggadai tanah berpuluh ribu hektar kepada negara asing. Timbul pertanyaan kepada rakyat jelata adakah SPRM yang asas penubuhannya untuk berfungsi sebagai sebuah badan bebas dari kongkongan telah menjadi satu lagi perkakas pemerintah?
ANWAR IBRAHIM
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Thursday, August 20, 2009

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN


Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Sunday, August 16, 2009

PERTANDINGAN BOLASEPAK 9 SEBELAH






TANJUNG KARANG- 16 Ogos 2009, Pusat Khidmat Rakyat DUN Permatang telah menganjurkan kejohanan Bolasepak 9 Sebelah. Kejohanan ini telah disertai sebanyak 10 pasukan dari kawasan-kawasan yang berhampiran. Kejohanan ini telah dimenangi oleh pasukan dari Pasir Penambang yang mana lawanya pasukan dari Batang Berjuntai. Hadiah bagi tempat pertama adalah wang tunai sebanyak RM1000.00 dan Piala iringan. Tempat kedua sebanyak RM750.00 dan piala iringan, tempat ketiga sebanyak RM500.00 dan keempat sebanyak RM300.00. Kejohanan telah dirasmikan oleh Sdr Mohd Yahya Mat Sahri dan penyampaian hadiah oleh Sdr Shahibudil Akmar Abdul Kudus, Sdr Bathumalai dan Dato Hj Mazlan Hasan. Insyaalah selepas Hari Raya Aidilfitri nanti akan kami anjurkan lagi satu kejohanan yang sebegini di Ladang Sg Tinggi.

PENGUKUHAN CABANG...

Hari ini 15 Ogos 2009 bersama dalam bengkel pengukuhan cabang, bengkel berlangsung selama dua hari hari ini dan esok 16 Ogos 2009. Wakil cabang ketua cabang dan setiausaha cabang kehadiran 80%. Cabang yang tidak ada langsung wakil Kuala Selangor, Selayang, Sepang & Kota Raja. Ketua cabang yang tidak hadir Gombak, Hulu Langat, Sabak Bernam, Serdang dan Puchong.
Dato' Salehuddin Hashim bersama Hasrul telah membentang laporan serta saranan untuk mengukuhkan cabang. Selangor yang menjadi negeri utama Parti Keadilan Rakyat mesti kuat dan mantap.

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Friday, August 14, 2009

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN. PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG TANJUNG KARANG MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA.

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Wednesday, August 12, 2009

Umno semakin terdesak, kata Anwar

Umno semakin terdesak, kata Anwar
Ogos 11, 09 6:49pm
Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduhkan Umno 'semakin terdesak' ekoran serangan terbaru parti itu terhadapnya.AKhbar Utusan Malaysia milik Umno memetik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai berkata Anwar seorang "pengkhianat" kepada orang Melayu dan "memutarbelit fakta".Dalam satu kanyataan hari ini, Anwar berkata, kepimpinan Umno bersungguh-sungguh untuk menyebar propaganda yang memanipulasikan simbol kaum, agama dan institusi raja dengan niat untuk mengekalkan pandangan sempit mengenai hubungan kaum.Menurut ketua umum PKR itu, ini bukan kali pertama beliau dilabelkan sebagai 'pengkhianat orang Melayu'.Sebelum ini pun, tambahnya, ada percubaan yang sama dan "usaha terbaru ini jelas menunjukkan bahawa Umno semakin terdesak".Anwar yang dipecat daripada jawatan timbalan presiden Umno pada 1998 berkata, beliau tidak mahu terbabit dengan pertikaian peribadi dengan Muhyiddn dan beliau hanya memberi respons "berdasarkan fakta dan prinsip"."(Pakatan Rakyat) dengan jelas menyatakan (bahawa kami komited) dalam memelihara prinsip-prinsip yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.Ini, katanya, termasuk status Islam sebagai agama rasmi, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sambil membenarkan penggunaan bahasa-bahasa lain, kedaulatan institusi Raja-raja Melayu, hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera, dan hak semua kaum yang dijamin di bawah perlembagaan.
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

6 maut hidu ammonia

6 maut hidu ammonia
Oleh azian aziz
Pasukan Hazmat Jabatan Bomba dan Penyelamat memeriksa kawasan yang dicemari gas ammonia di jeti persendirian di Bagan Pasir, Tanjong Karang, Kuala Selangor, semalam.
KUALA SELANGOR 11 Ogos - Enam maut dan lima lagi tidak sedarkan diri akibat terhidu gas ammonia dalam kejadian kebocoran gas di sebuah kilang memproses baja ikan di jeti persendirian di Bagan Pasir, Tanjong Karang, di sini hari ini.
Kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu dipercayai berpunca daripada kerosakan kompresor pada sistem penyejuk di kolah tempat simpanan ikan sehingga menyebabkan berlaku kebocoran gas tersebut.
Dua daripada enam mangsa yang maut merupakan warga Bangladesh iaitu Sekendar Ali, 36, dan Mumin Mia, 20. Empat lagi ialah warga tempatan iaitu Lim Kean Chew, 35, Lim Kim Soon, 58, Sia Liang Huat, 33, dan Gan Ayong, 30.
Lima lagi mangsa yang tidak sedarkan diri ialah tiga warga Bangladesh dikenali sebagai Abdul Rashid, 32; Waduk, 36; dan Samsul Hud, 40.
Dua lagi merupakan warga tempatan iaitu Teh Ah Low, 54, dan Yeon Kok Teng, 43.
Difahamkan, tiga daripada mangsa yang mati tersebut merupakan pekerja kilang dan tiga lagi merupakan penduduk kampung berdekatan.
Salah seorang daripada pekerja yang maut iaitu Kean Chew adalah merupakan adik kepada pemilik kilang tersebut.
Kean Chew dan tiga penduduk kampung dikatakan cuba menyelamatkan dua pekerja warga asing itu yang pengsan di dalam kolah selepas terhidu gas ammonia.
Bagaimanapun sebaik berjaya membawa dua mangsa ke atas mereka berempat turut mengalami nasib serupa. Kesemua mereka disahkan mati di Hospital Tanjong Karang.
Lima lagi mangsa yang terselamat pula dikatakan melihat Kean Chew menyelamatkan dua pekerja Bangladesh di tebing kolah sebelum mereka juga pengsan akibat terhidu gas.
Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Soiman Jahid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.59 pagi dan sebuah jentera bersama lapan anggota tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian.
Beliau berkata, ketika pihaknya tiba di tempat kejadian, pihaknya menemui dua mangsa yang telah terbaring di lantai kilang berhampiran kolah.
"Kami mengambil tindakan awal dengan menyembur air di tempat kejadian untuk melarutkan gas ammonia itu. Mangsa yang pengsan kemudian dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk rawatan lanjut.
"Pasukan Unit Pasukan Menangani Bencana Bahan Kimia (Hazmat) juga dipanggil untuk meneutralkan gas ammonia dengan menggunakan abu soda.
"Pihak hospital kemudian mengesahkan enam mangsa maut dan lima lagi menerima rawatan kerana tidak sedarkan diri," kata beliau ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.
Menurut Saimon, siasatan pihaknya mendapati kebocoran gas ammonia itu berlaku di salah sebuah daripada empat kolah sebesar 3 meter x 4.5 meter lebar dan 2.5 meter dalam yang dijadikan tempat menyimpan ikan untuk dibuat baja di kilang tersebut.
Ujar beliau, siasatan juga percaya kebocoran mungkin akibat kerosakan sistem penyejuk di kilang itu yang mempunyai 10 pekerja.
Katanya lagi, ekoran kejadian itu, pihaknya telah mengarahkan kira-kira 15 keluarga yang tinggal kira-kira 100 meter dari tempat kejadian agar mengosongkan rumah masing-masing sebagai langkah pencegahan.
Bagaimanapun tinjauan di tempat kejadian mendapati kerja-kerja pembersihan gas ammonia oleh pasukan bomba selesai dijalankan kira-kira pukul 2 petang.
Bomba juga mengesahkan ini adalah kali pertama kebocoran gas berlaku di kawasan tersebut.
Sementara itu, Pengarah Hospital Tanjong Karang, Dr. Roniyuzan Abd. Malek berkata, mayat enam mangsa yang maut akan dibedah siasat oleh pakar patologi dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan lima mangsa yang terselamat telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Supritendan Zulkifli Jonit pula berkata, kejadian gas ammonia bocor itu diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut (SDR).
Jelasnya, pihaknya juga telah menerima laporan polis daripada pemilik kilang tersebut, Lim Kian Boon, 38, dan sedang menunggu laporan patologi untuk siasatan lanjut.
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Tuesday, August 11, 2009

KEBOCORAN GAS DI JETI BAGAN PASIR TANJUNG KARANG

Kerosakan pada sistem penyejukkan tempat simpanan ikan menyebabkan gas amonia bocor dan mengorbankan enam mangsa termasuk pemilik kilang pembekuan ikan itu pagi tadi. Pegawai dari Pusat Khidmat Dun Permatang telah datang untuk melawat tempat kejadian.Tuan Haji Abdul Kudus selaku Pengarah Pusat Khidmat Rakyat DUN Permatang telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada keluarga mangsa. Exco Kerajaan Negeri Selangor, Tuan Ean Yong Hian Wah turut hadir dalam kejadian tersebut. Berita sepenuhnya akan menyusul

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com

Sunday, August 9, 2009

Santapan Di Raja DPIM



Pada 8.8.2009 Pimpinan Tg Karang telah dijemput utk menghadiri jamuan makan malam bersama Sultan Perlis di "Annual Dinner " DPIM ( Dewan Perniagaan Islam Malaysia ). Majlis tersebut telah diadakan di PWTC
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Tuesday, August 4, 2009

SKIM MESRA USIA EMAS DUN PERMATANG

04/08 .MESYUARAT PELAKSANAAN PROGRAM PENYAMPAIAN MANFAAT KALI KE 2 SMUE BERLANGSUNG DIBILIK MESYUARAT PDKS BERMULA JAM 9.30 HINGGA JAM 11.30 PAGI. PDKS DI WAKILI OLEH EN ABD RAZAK BIN MAKSUD PPD (KHIDMAT MASYARAKAT) DAN EN MUBARAK SYAH BIN MANSUR (PENOLONG AKAUNTAN)RMSB DIWAKILI OLEH EN KAMSANI BIN NASIR,EN WAHAB BIN HALID PEG KERJA DUN PERMATANG ,WAKIL DUN JERAM DAN DUN MALAWATI.MESYUARAT MENETAPKAN PEMBAYARAN MANFAAT SKIM MESRA USIA EMAS KALI KE 2 SEBANYAK RM 1500 TUNAI DUN PERMATANG AKAN DIADAKAN PADA 13/08/09 HARI KHAMIS JAM 2.30 PETANG BERTEMPAT DI BALAI JKKK KAMPONG PARIT SERONG.KEPADA WARGA PERMATANG YANG TELAH GENAP BERUMUR 60 TAHUN DI MINTA UNTUK MENDAFTAR DENGAN KADAR SEGERA.PENDAFTARAN ADALAH PERCUMA.PENDAFTARAN BOLEH DI LAKUKAN DI PUSAT KHIDMAT RAKYAT DUN PERMATANG,KETUA-KETUA KAMPONGSELURUH PERMATANG,PEJABAT DAERAH TANAH,MAJLIS DAERAH DAN PEJABAT RMSB.SILA BAWA SALINAN KAD PENGENALAN AHLI,SALINAN KAD PENGENALAN PENJAGA DAN SALINAN KAD PENGENALAN PENAMA(WARIS).TQ


Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/
Pada 14 ogos 2009.. Program Pemimpin Turun Padang yg akan diadakan di Kg Bestari Jaya ( Dewan Orang Ramai ) harap datang beramai2. Pemimpin yg akan dtg insyallah ialah YB Zuraidah, YB Haniza Talha, Irene Fernandez dan pemimpin Cabang Tg Karang.
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Saturday, August 1, 2009

PERTANDINGAN MEMASAK ANJURAN PUSAT KHIDMAT RAKYAT DUN PERMATANG & WANITA CABANG TG KARANG










Pusat Khidmat Rakyat DUN Permatang dengan kerjasama Wanita Cabang Tanjong Karang telah berjaya menjayakan Pertandingan Memasak DUN Permatang. Pertandingan ini telah disertai seramai 13 kumpulan dari kampung di dalam DUN Permatang. Tuan Haji Abdul Kudus bin Haji Omar selaku Pengarah Pusat Khidmat Rakyat Dun Permatang merangkap Ketua Cabang Tg Karang telah merasmikan upacara pembukaan dan Puan Sri Datin Salbiah Bte Tunut, Isteri kepada Dato Menteri Besar Selangor telah menutup pertandingan ini. Kepada pemenang-pemenang, syabas dan tahniah diucapkan dah diharapkan Wanita Cabang Tg Karang dapat meneruskan program seperti ini dimasa akan datang.
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/