Tuesday, January 19, 2010

Kerajaan Pakatan tiada hak

Kerajaan Pakatan tiada hak
Oleh ZULKIFLI JALILutusanputrajaya@utusan.com.my
PUTRAJAYA 18 Jan. - Kerajaan-kerajaan negeri campuran parti pembangkang tiada kuasa mengisytiharkan sendiri pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing berlainan dari tarikh pembubaran Parlimen.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof (gambar) berkata, Menteri Besar atau Ketua Menteri hanya memperakukannya tetapi kuasa mutlak di tangan Sultan atau Yang Dipertua Negeri sahaja.
"Katakan Selangor dan Pulau Pinang hendak mengadakan pilihan raya negeri sendiri, dalam soal ini kedua-dua negeri ini tidak boleh sewenang-wenangnya membubarkan DUN.
"Ini kerana kuasa mutlak membuat keputusan terletak pada perkenan Sultan, Raja atau Yang Dipertua Negeri, sama juga seperti berlaku di Perak tempoh hari yang mana DUN tidak boleh dibubarkan tanpa perkenan Sultan Perak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Semalam, Setiausaha BN Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, BN negeri tidak menolak kemungkinan kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang diterajui DAP akan mengadakan pilihan raya lebih awal.
Abd. Aziz bagaimanapun berkata, setakat ini SPR belum menerima sebarang pandangan, permintaan atau cadangan rasmi daripada parti-parti pembangkang yang menguasai empat negeri berhubung ura-ura untuk menjalankan pilihan raya negeri yang berasingan daripada pilihan raya umum.
"Setakat ini kita hanya mendengar desas-desus atau spekulasi yang diuar-uarkan menerusi media mengenai kemungkinan Selangor dan Pulau Pinang mahu mengadakan sendiri pilihan raya negeri," katanya.
Menurut beliau, implikasi yang dijangkakan oleh SPR sekiranya negeri-negeri tadbiran campuran pembangkang berbuat demikian ialah kemungkinan ia mengakibatkan kesukaran untuk mengawal kelancaran proses pilihan raya.
"Ia akan menelan belanja besar, malah kemungkinan dari aspek kawalan keselamatan dan ketenteraman awam sukar dikendalikan kerana para penyokong parti-parti bertanding akan bergerak dari satu negeri ke satu negeri untuk menunjukkan kekuatan," katanya.
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Sunday, January 17, 2010

Siapa biayai PWTC? ANDALAH - buku Barry Wain



Siapa biayai PWTC? ANDALAH - buku Barry Wain
Jan 16, 10 3:57pm
Sebuah buku yang menceritakan kehidupan dan politik Tun Dr Mahathir Mohamad, membuat satu tuduhan yang mengejutkan bahawa ibupejabat Umno - Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) - dibiayai, sebahagiannya, oleh pembayar cukai.Dalam buku bertajuk Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, penulisnya Barry Wain menulis bahawa kerajaan telah "memujuk" bank-bank milik kerajaan supaya tidak menuntut jumlah pinjaman yang besar untuk membiayai projek tersebut.Penulis, yang merujuk maklumat tersebut kepada wawancara pada 2007 dengan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin, berkata bank-bank berkenaan telah melupuskan sekurang-kurangnya RM140 juta faedah terkumpul.Menurut satu laporan sulit akauntan yang ditugaskan oleh Umno pada 1985, yang diperolehi oleh Wain, harga siap sepenuhnya PWTC ialah RM360 juta.Laporan itu berkata, jumlah yang dibiayai melalui pinjaman ialah RM199.5 juta dari bank milik kerajaan 0 Bank Bumiputera Malaysia Berhad dan RM64.9 juta dari Malayan Banking Bhd.Selain itu, laporan akauntan tersebut menyatakan bahawa sehingga Mac 1989, syarikat yang dilantik oleh Umno untuk membina bangunan itu, Khidmat Bersatu Sdn Bhd, hanya membayar faedah sebanyak RM51,570."Dan laporan tersebut... menyatakan dengan jelas bahawa syarikat tersebut tidak akan bayar apa-apa lagi," tulis Wain dalam bab lima bukunya itu yang bertajuk A Volatile Mix of Business and Politics.


Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Saturday, January 9, 2010

Bakar gereja, di mana polis? sampai 3 dalam tempoh 24 jam.....!

Sirah Nabawiyyah adalah mutiara perjalanan mukmin. Ketika Rasulullah menghantar bala Tenteranya 3,000 orang menuju Mu'tah untuk menghadapi Tentera Rom yang menganut Kristian seramai 200,000, baginda memberi beberapa pesanan. Antaranya :


1) Jangan membunuh wanita, orang tua dan kanak-kanak.

2) Jangan tebang pokok dan merobohkan bangunan.

3) Jangan menganggu paderi-paderi di Gereja mereka.


Itulah pesanan Rasulullah di saat menuju medan perang.

Kini, kita di Malaysia berada dalam zon aman, tenteram dan harmoni. Mengapa perlu mengebom Gereja ? Adakah ini ajaran yang diajar oleh Rasulullah kepada umatnya.

Insiden membakar 3 gereja semalam benar-benar memalukan kita sebagai Umat Islam. Ini bukan ajaran Islam. Ini ajaran puak-puak perkauman. Versinya sama seperti peristiwa pijak kepala lembu. Dulu mereka menghina agama Hindu. Kini menghina ugama Kristian.

Puak-puak perkauman tiada modal berhujah. Modal mereka hanya "ISA", pijak kepala lembu dan kini bakar gereja.

Pelik kita melihat aksi polis. Jika demo BERSIH dan GMI anti ISA tempoh hari, polis dengan kekuatan SB, FRU dan ribuan anggota "celik mata" 24 jam pantau pergerakkan demo dengan membuat roadblock sekitar ibukota beberapa hari sebelum demo.

Tapi reaksi polis dalam kes ini tidak begitu proaktif. Bermula tiada tindakan tegas ketika puak perkauman pijak kepala lembu kemudian diraikan oleh Menteri Polis Hishamudin di Putrajaya lepas itu baru didakwa.

Begitu juga aksi demo semasa bantah penggunaan Kelimah ALLAH di perkarangan luar Masjid Sultan Salehudin. Ada yang melaung "bakar gereja". Mana anggota polis? Tiada tangkapan. Bahkan perhimpunan itu tiada permit polis.

Sepatutnya, pihak polis sudah membuat persiapan mengawal gereja apabila terdapat ancaman membuat demo seluruh negara. Janganlah polis hanya bertindak cepat jika yang mengancam parti pemerintah UMNO seperti demo BERSIH dan GMI.

Itulah yang rakyat nampak sekarang. Polis hanya jaga parti pemerintah.

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Munafiq : Sayang Kalimah Allah Tapi Tolak Hukum Allah

Imam Besar Masjid Negara menitiskan air mata dan tersedu-sedan ketika membacakan doa di akhir khutbah Jumaat hari ini yang menyentuh isu penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam.

Tetapi, kenapa dia tidak pernah menitiskan air matanya atau tersedu-sedu tatkala melihat perilaku para pembesar negara meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara @ Tugu Negara dimana mengikut Majlis Fatwa Kebangsaan , perbuatan itu adalah haram dan menyalahi akidah.

Lebih baik gi baca khutbah yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang berjudul 'Akidah benteng kekuatan ummah' itu kepada PM Najib dan juga Pak Lah Imam Hadhari itu!

Dan sejak bilakah kerajaan Satu Malaysia ini mengguna pakai fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan ?

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Lebur RM 2 Juta Untuk Program ‘UMNO Juara Rakyat’

Pemimpin umno sekarang kebanyakkannya meletakkan kepentingan perut mereka dan kuasa mereka.Tidak pandang lagi samada duit itu duit rakyat atau duit parti…janji mereka dapat manfaatkan untuk perut dan kuasa mereka.

Rakyat bawahan ini kais pagi makan pagi kais petang makan petang….sedikitpun tidak mereka hiraukan.

Ekonomi negara yang semakin teruk tetapi pemimpin-pemimpin umno ini masih lagi dengan berlagak dan angkuh.

JATUHKAN PEMIMPIN UMNO YANG ZALIM INI….ADA TELINGA MEREKA PEKAKKAN TELINGA…ADA MATA MEREKA BUTAKAN MATA…..ADA HATI MEREKA BATUKAN HATI……ADA AKAL MEREKA TOLAKKAN AKAL MEREKA…JANJI MEREKA DAPAT APA YANG PERUT DAN BAWAH PERUT MEREKA MAHUKAN…
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

UMNO SEMAKIN TERDESAK

Semakin sukar untuk Malaysia menjadi sabuah Negara aman damai selagi UMNO terus memerintah. UMNO bila tersepit mempergunakan isu kaum dan agama di negara ini. UMNO yang ada hari ini tak sama dengan UMNO zaman Tunku Abdul Rahman dahulu yang lebih terbuka dan dihormati banyak pihak. Hari ini cara politik UMNO telah meluaskan jurang perbezaan kaum dan agama. Jika UMNO dibiarkan terus memerintah, ia akan menyebabkan negara dan rakyat sentiasa dilagakan kerana kesempatan ini akan diambil oleh pemimpin mereka untuk mempolitikkan perbezaan kaum dan agama. Kita tahu bukan semua ahli UMNO setuju dengan permainan politik seperti ini. Tapi kita juga tahu ada golongan dalam UMNO mahu orang Melayu mengangkat mereka menjadi wira pembela agama. Golongan ini melalui kuasa kerajaan telah melarang akhbar The Herald, yang hanya dijual di gereja-gereja Katolik saja, daripada menggunakan perkataan “Allah”, dan mereka yakin Mahkamah Rayuan akan “memperbetulkan” keputusan yang ada sekarang.

Kita mesti sentiasa waspada bila ada kumpulan menggelarkan diri mereka pembela agama dan Allah. Seperti kata Allahyarham Gus Dur, bekas presiden Indonesia dan pemimpin besar Nahdatul Ulama; Tuhan yang Maha Besar, Maha Agung dan Maha Berkuasa tidak perlu dibela, yang memerlukan pembelaan adalah manusia yang dianiayai dan ditindas. Jadi bila ada kumpulan NGO yang dibiayai oleh UMNO ini berkumpul dan berteriak “Islam dinodai” atau “Selamatkan agama kita”, rakyat mesti berhati-hati dan perlu waspada tentang apa motif sebenar mereka.

Soal penggunaan perkataan Allah (God) atau Tuhan Allah (the Lord God) oleh orang Kristian Bumiputera di Sabah dan Sarawak mesti difahami dari perspektif sejarah pra-Merdeka dan sebelum mereka menyertai Malaya untuk membentuk Malaysia pada tahun 1963. Semasa membaca doa di gereja, ramai penganut Kristian di sana tidak tahu berbahasa Inggeris; lagi pula mereka dari berbagai kaum seperti Iban, Kadazandusun, Bidayuh, Murut, Melanau, Kelabit, Kedayan dan sebagainya yang mempunyai bahasa dan dialek yang berbeza. Jadi mereka memilih satu bahasa yang difahami semua pihak, iaitu Bahasa Melayu. Kitab Bible berbahasa Melayu yang mereka gunakan datangnya dari Indonesia. Bible mereka menggunakan perkataan Allah. Sejak zaman-berzaman orang Islam di Sabah dan Sarawak tidak menghadapi apa-apa masalah tentang hal ini. Begitu juga orang UMNO di Semenanjung yang tak rasa sensitif. Kalau benar orang UMNO marah, mengapa isu ini tak timbul pada masa dahulu?

Mungkin kerana sebelum ini kuasa UMNO dan Barisan Nasional di Parlimen sangat kuat, maklumlah mereka ada 2/3 kerusi, iaitu boleh buat apa saja yang mereka suka. Sekarang banyak hal dengan tiba-tiba menjadi “sensitif”. Ini kerana kedudukan politik UMNO sudah goyang. Persoalannya ialah, mengapa UMNO membenarkan nama Allah digunakan sejak sekian lama. Mengapa tidak arahkan semua doa dan percakapan dalam gereja supaya jangan guna nama Allah? Bila orang bukan Islam diminta menyayi Ya Allah Selamatkan Sultan Kami adakah mereka melakukan kesalahan? Mengapa hanya The Herald diharamkan daripada menggunakan perkataan Allah? Sudah tentu The Herald tidak akan menggunakan perkataan itu kalau penganut dan pembacanya menggunakan perkataan lain dalam ritual sembahyang dan doa mereka. Jadi Perdana Menteri Najib dan Menteri Dalam Negeri Hishamuddin kena semaklah doa orang Kristian di Sabah dan Sarawak – jika didapati mereka menggunakan perkataan Allah, mungkin tindakan keras harus diambil.

Tapi sebelum mengambil tindakan keras, kena semak juga sejarah. Saya difahamkan bahawa pada abad ke-17 sudah ada perkataan Allah untuk Tuhan dalam kamus Melayu-Latin. Allah juga disebut dalam kitab doa Katolik yang dibawa ke Tanah Melayu pada abad ke-19. Persoalannya, jika tindakan keras diambil, adakah ia akan membantu usaha dakwah Islamiah atau mencacatkan imej Islam semata-mata kerana ada orang tertentu mahu jadi wira agama tanpa kajian yang mendalam.

Para alim ulamak seluruh dunia Islam sudah lama menerima orang dari agama lain menggunakan nama Allah sebagai nama Tuhan. Antaranya yang diguna pakai oleh umat Kristian Koptik di Mesir dan Kristian di Lubnan, Palestin, Iraq dan beberapa negara umat Islam yang lain. Sudah tentu ulamak-ulamak UMNO juga sedar perkara ini kerana mereka sudah jauh berjalan dan banyak pengalaman. Tak kan lah ulamak UMNO yang amat tinggi ilmu agama mereka buat-buat tak faham semata-mata nak “bersihkan” Islam dari segala unsur-unsur kaum, budaya dan agama lain. Tak kan mereka tak sedar Bahasa Melayu kita masih lagi mengekalkan Bahasa Sanskrit dari asal usul Hindu untuk Islam seperti perkataan sembahyang, puasa, syurga, neraka, dosa, pahala dan sebagainya.

Kita telah ada cukup undang undang melarang sesiapa sekali pun yang berusaha untok menarik minat orang Islam kapada agama lain. Ini larangan yang jelas. Kepercayaan kapada ajaran agama kita yang tulin adalah benteng untuk kita memberhentikan mana mana usaha untuk membawa orang Islam keluar dari akidah Islam. Kalau ini belum cukup itu bererti pegangan agama kita lemah. Siapa yang perlu disalahkan?

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Friday, January 8, 2010

Pegawai SPRM kena tindakan hina mahkamah

Pegawai SPRM kena tindakan hina mahkamah
Jan 7, 10 11:05am
Laporan polis yang dibuat seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap ahli patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, menjadi isu yang mengundang ketegangan dalam prosiding inkues Teoh Beng Hock di Mahkamah Koroner Shah Alam.Peguam Karpal Singh yang mewakili abang Beng Hock, Teoh Meng Kee, mendakwa laporan polis itu sengaja dibuat bagi menakut-nakutkan dan mengugut Dr Pornthip daripada memberi keterangan berhubung bedah siasat kedua ke atas Beng Hock baru-baru ini.Katanya, mahkamah perlu mendengar permohonan Meng Kee yang memfailkan usul pada Selasa lepas, supaya pegawai SPRM Raub Ghani dikenakan tindakan menghina mahkamah dahulu, sebelum meneruskan prosiding.
Karpal berkata Dr Porntip memerlukan satu jaminan agar beliau tidak ditangkap oleh pihak imigresen ketika tiba di negara ini.Koroner Azmil Muntapha Abas pada awalnya tidak bersetuju dengan cadangan Karpal untuk mendengar permohonan itu kerana berpendapat ia adalah isu luar daripada inkues dan berhasrat meneruskan prosiding dengan menetapkan tarikh untuk membolehkan doktor yang terlibat dalam bedah siasat kedua memberi keterangan.Bagaimanapun ekoran desakan daripada Karpal dan peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh, beliau akhirnya bersetuju dan menetapkan 15 Jan untuk mendengar hujahan.Katanya, prosiding inkues akan disambung semula selepas kesemua pihak berhujah.Mereka yang terbabit dalam bedah sisat kedua adalah Ketua Patologi Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor, Dr Prashant Naresh Samberkar dan Dr Khairul Azman Ibrahim manakala pakar patologi, K Saravanan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, ditugaskan merakamkan gambar bedah siasat itu.Pemerhati pakar forensik bebas Prof Dr Peter Vanezis dari United Kingdom mewakili SPRM dan Dr Porntip mewakili kerajaan Selangor.Pada pagi ini hanya laporan daripada Dr Shahidan diserah kepada mahkamah.Terdahulu peguam SPRM Datuk Abdul Razak Musa membantah permohonan Gobind kerana laporan polis itu dikatakan dibuat atas kapasiti peribadi dan bukannya SPRM.Penegasan Abdul Razak itu ditempelak Karpal dengan mendakwa ia adalah sesuatu yang mustahil kerana Raub membuat laporan itu bagi pihak SPRM.
Peguam Malik Imtiaz Sarwar, yang mewakili kerajaan Selangor, juga menegaskan perkara yang sama dan pihaknya meminta SPRM menyerahkan salinan laporan polis itu secepat mungkin bagi membolehkan semua pihak berhujah.Katanya, Dr Porntip berhak untuk tahu apa yang akan berlaku sekiranya beliau datang ke negara ini dan beliau juga boleh melantik peguam yang boleh membantunya menghadapi situasi sekarang dan sekurang-kurangnya pihak Peguam Negara boleh memberi jaminan penangkapan tidak akan berlaku.Karpal berkata permohonan itu dibuat mengikut Perkara 26, Jadual Ketiga Akta Mahkamah-mahkamah Rendah 1948 dan Dr Pornthip perlu dibenarkan memberikan keterangan tanpa sebarang ancaman daripada mana-mana pihak.
Di akhir prosiding, Abdul Razak berkata beliau akan memaklumkan perkara tersebut kepada pihak terbabit dan bersedia menyerahkan laporan polis yang telah dibuat itu bagi mengetahui sejauh mana ia menimbulkan unsur ketakutan ke atas DrPorntip.
Pada 1 Jan lepas, Raub dan seorang lagi pegawai SPRM Hisyam Mohd Yusoff membuat laporan polis berhubung satu laporan akhbar tabloid tempatan Suara Keadilan yang bertajuk 'Pornthip sahkan Beng Hock dibunuh'.Hisyam, dari Cawangan Siasatan Putrajaya mendakwa akhbar itu menyiarkan satu berita yang dianggapnya subjudis, melampaui kuasa satu inkues sedang berlangsung, manakala Raub yang juga dari cawangan yang sama membuat laporan polis mengenai tindakan pakar patologi itu yang beliau syaki membocorkan maklumat mengenai laporan forensik kepada pihak yang tidak sepatutnya.-
Bernama
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Thursday, January 7, 2010

Bekas ahli majlis minum racun, ADUN ancam keluar parti

Bekas ahli majlis minum racun, ADUN ancam keluar parti
Jan 6, 10 6:54pm
Seorang ahli majlis perbandaran dari DAP yang tidak dilantik semula, telah dimasuk ke hospital selepas ditemui meminum racun paraquat, manakala seorang ADUN DAP pula mengancam keluar parti.Teong Ai Ling, 33, yang merupakan ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai, dirawat di sebuah hospital di Kuala Lumpur selepas dia ditemui di rumah seorang saudara maranya.Difahamkan bahawa keadaannnya adalah stabil, tetapi anggota keluargnya tidak membenarkan sebarang pemimpin DAP menziarahinya.
Awal hari ini, perkhidmatan Teong sebagai ahli majlis tersebut tidak diperbaharui oleh kerajaan negeri yang ditunjangi DAP kerana didakwa tidak cekap.Difahamkan dia kecewa berhubung satu laporan akhbar yang memetik sumber-sumber yang mengkritik perkhidmatannya.Teong - ketua bahagian Nibong Tebal - merupakan satu-satunya ketua bahagian wanita DAP di Pulau Pinang.
Sementara itu, ADUN Jawi, Tan Beng Huat, mengancam untuk keluar dari DAP dan menjadi wakil rakyat bebas sekiranya kerajaan negeri masih berkeras untuk mengenakan bayaran letak kereta di Nibong Tebal.Tan berkata beliau kecewa dengan keputusan tersebut dan meminta Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya menimbangkannya semula."Jika mereka enggan (menarik balik sistem letak kereta berbayar), saya akan (letak jawatan dan jadi calon bebas)," katanya kepada pemberita di pusat perkhidmatannya hari ini.Sebelum itu, kira-kira 50 wakil penduduk dan ahli NGO berhimpun secara aman untuk membantah keputusan mengenakan bayaran letak kereta, berkuatkuasa 1 Januari.Sebelum ini, tiada bayaran letak kereta yang dikenakan.

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Wednesday, January 6, 2010

PENGGUNAAN KALIMAH "ALLAH"

Kenyataan Media
PENGGUNAAN KALIMAH “ALLAH"
Merujuk kepada kenyataan kami pada 22 November 2009 mengenai perkara di atas, maka Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama (BIPPA) Parti KeADILan Rakyat sekali lagi ingin menjelaskan pendirian kami mengenai hal ini.

Kami berpendirian bahawa, keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang positif dan perlu diterima secara terbuka dan tidak perlu pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menjadikan isu ini sebagai agenda politik untuk menampakkan bahawa merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini.

Sesungguhnya, kami melihat fenomena ini adalah manifestasi dari fitrah insani bahawa manusia memperakui penciptaan dunia oleh Allah SWT sebagaimana firmannya yang bermaksud:
"Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah..." (Az-Zumar 39:38)

Adalah jelas bahawa penggunaan kalimah Allah untuk mengiktiraf dan membesarkan Allah sebagai Tuhan, adalah hak asasi setiap insan. Ini adalah serasi dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1) yang menjamin kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan lain-lain agama boleh diamalkan dengan aman dan damai. Sesungguhnya, ini juga bersesuaian dengan muafakat Pakatan Rakyat yang diputuskan baru-baru ini.

Selanjutnya, kami berpandangan perjuangan untuk menegak makruf dan mencegah mungkar akan menjadi lebih mudah dan selesa berasaskan firman Allah:
"Katakan wahai Ahli Kitab, mari tegakkan kalimah yang sama antara kami dan kamu iaitu bahawa kita tidak akan menyembah selain Allah dan tidak mensyirikkan (associate) Allah dengan satu apapun serta janganlah ada antara kita yang mengambil tuhan-tuhan selain Allah. Dan jika mereka berpaling maka katakanlah bahawasanya kami adalah orang Islam (menyerah diri pada Allah)" (Ali `Imran 3:64)

Sehubungan itu, demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara semua pihak perlulah menyelesaikan konflik ini dengan menyuburkan budaya dialog antara agama secara matang dan bijaksana (hikmah) sebagaimana saranan Allah mengenainya:
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk” (An Nahl 16:125)

“Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka dan katakanlah (kepada mereka), Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri” (Al Ankabut 29:46)

Media Statement
USE OF WORD “ALLAH”

We refer to our previous statement dated 22 November 2009 pertaining to the above matter. Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA), Parti KeADILan Rakyat once again would like to affirm our view on the issue.
It is our view that the wish of the non-Muslims to call their God as “Allah” is a positive turn of events and should respectably be recognized. There is no necessity for any faction in the society to take advantage of the current circumstances and turn the dispute into a narrow political propaganda to show off as if they are really the champion and guardian of Islam in this country.
Certainly, we view this phenomenon as a manifestation of the inherent human nature to reckon that this universe is undoubtedly the creation of Allah.
If indeed thou ask them who it is that created the heavens and the earth, they would be sure to say: "Allah." … (Az Zumar 39:38)
It is without doubt that to worship and glorify Allah as the God is a fundamental right of every person. This is parallel to the provision of the Federal Constitution, Article 3(1) which guarantees the status of Islam as the Official Religion of the Federation while at the same time concedes that other religions may be practiced in peace and harmony. Unmistakably, it is also consistent with the recently affirmed Declaration of Understanding of the Pakatan Rakyat.
Additionally, we are of the opinion that the strive to advocate virtues and prevent misdeeds (amar makruf nahi mungkar) will be eased. Allah says:
Say: "O people of the Book! come to common terms as between us and you: that we worship none but Allah; that we associate no partners with Him; that we erect not from among ourselves Lords and patrons other than Allah." If then they turn back, say: ye! "Bear witness that we (at least) are Muslims (bowing to Allah's will)." (Ali Imran 3:64)
Therefore, to maintain harmony and peace it is crucial for all parties to resolve the conflict by encouraging the culture of interfaith discourse with the highest level of maturity and wisdom. Allah commands:
Invite (all) to the way of thy Lord with wisdom and beautiful preaching; and argue with them in ways that are best and most gracious: for thy Lord knoweth, best who have strayed from His Path, and who receive guidance. (An Nahl 16:125)
And dispute ye not with the People of the Book, except with means better (than mere disputation) unless it be with those of them who inflict wrong (and injury): but say "We believe in the Revelation which has come down to us and in that which came down to you; Our God and your God is one; and it is to Him we bow (in Islam)." (Al Ankaboot 29:46)
PROF DR MUHD NUR MANUTY
Biro Pemahaman & Pemantapan Agama
Parti KeADILan Rakyat
06 Januari 2010
Dicatat oleh Dr Muhammad Nur Manuty
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Monday, January 4, 2010

Tiada ustaz Umno layak dilantik jadi ketua ulama

'http://www.harakahdaily.net/v2/
Tiada ustaz Umno layak dilantik jadi ketua ulama
M Faqih
KOTA BHARU, 3 Jan: Umno dianggap benar-benar ketandusan kepemimpinan ulama sehingga terpaksa menawarkan jawatan Ketua Ulama Umno kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Nik Aziz bimbang perkataan Allah disalahguna
Salmah Mat Husain
KOTA BHARU, 3 Jan: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kebimbangan penggunaan perkataan Allah disalahgunakan biarpun tidak salah untuk diguna kesemua agama samawi.
Maulidur Rasul di Kubang Menerong pecah kebimbangan
Mohd Sabri Said
KEPALA BATAS, 3 Jan: Usaha pihak tertentu untuk menggagalkan program Ma'al Hijrah anjuran Surau Taman Seri Menerong, Kepala Batas akhirnya buntu apabila program yang dirancangkan dua bulan lalu mendapat sambutan hangat para hadirin.
PKR denies Hulu Selangor MP has resigned
Harakahdaily
SHAH ALAM, Jan 2 : PKR has denied a news report that its Hulu Selangor member of Parliament Zainal Abidin Ahmad had resigned and a by-election was on the cards.
Lagi Berita...
Kedah berjaya kurangkan kadar kemiskinan sepanjang 2009
Tiada masalah orang Islam bangsa lain, jadi MB
Lembaga Disiplin PAS belum buat keputusan
Guna Kalimah Allah secara tepat tanpa seleweng
Forum E-Undi: Aziz Bari tarik diri
Elias YDP, Salleh Man Timbalan YDP MAIPP
2010 - Another politically-charged year but Pakatan confident of advancing
Naik harga gula: 'Kapitalis didahulukan, keuntungan diutamakan'
Kerajaan diharap sokong usaha dakwah terhadap golongan muda
Ziarah Kasih: Ibarat doktor temui pesakit

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/