Friday, March 26, 2010

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2009 TG.KARANG
























Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

MP Hulu Selangor meninggal dunia

MP Hulu Selangor meninggal dunia
Mac 25, 10 9:40pm
Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.

Beliau meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak.

Zainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, beliau merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.

Antara jawatan exco yang dipegangnya termasuk
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.

Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.

Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.

Kerusi itu berjaya dirampasnya untuk PKR dengan hanya majoriti 198 undi.

Asal sebagai cikgu

Zainal Abidin adalah seorang ahli akademik sebelum menceburi dunia politik sepenuh masa.

Dilahirkan di Cheras pada 10 Oktober 1939, beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Tinggi Kajang (1961-1968) dan kemudiannya Pengetua, Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru dari 1972-1973, sebelum dilantik sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1974.

Zainal yang mendapat Doktor Falsafah Sains Politik dari University of California, Los Angeles, pada 1980 pernah menjadi Dekan, Fakulti Pendidikan UKM sebelum meninggalkan dunia akademik dan menyertai politik pada 1989.

Dalam Umno, Zainal Abidin pernah menjadi Pengerusi, cawangan Umno Cheras (1987) serta pernah mengetuai Umno Bahagian Hulu Langat untuk beberapa penggal.

Zainal Abidin menyertai PKR pada tahun 2005 dan menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu bagi penggal 2007/2010.

Beliau turut aktif dalam pelbagai pertubuhan dan pernah menjawat jawatan seperti Pengerusi Persekutuan Pelajar Melayu, Pengerusi Majlis Pemuda Hulu Langat dan Naib Presiden Persatuan Olahraga Amatur Selangor.

Semasa dalam Umno, Zainal memenangi tiga penggal berturut-turut kerusi Dewan Undangan Negeri Dusun Tua atas tiket Barisan Nasional (BN), pada pilihan raya umum 1990, 1995 dan 1999.

Kerusi jadi rebutan

Pilihan raya umum ke-11 pada 2004, Zainal digugurkan daripada menjadi calon.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Zainal membuat kejutan dengan merampas kerusi selamat BN di Hulu Selangor daripada penyandang Datuk G.Palanivel yang juga merupakan Timbalan Presiden MIC, dengan majoriti tipis 198 undi.

Mengikut

peraturan, pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari setelah speaker Dewan rakyat dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi berkenaan.

Kematian Zainal Abidin dilihat ramai penganalisis memburukkan lagi keadaan di PKR yang baru-baru menghadapi masalah apabila tiga ahli parlimennya berpaling tadah manakala seorang lagi dipecat.

Bagaimanapun, kekosongan kerusi Hulu Selangor juga bukan berita gempira bagi Barisan Nasional yang menghadapi dilema untuk mencari calon yang sesuai.

Sejak bekas menteri besar Selangor itu dilaporkan uzur, khabar angin bertiup kencang bahawa Umno cuba mendapatkan kerusi itu semula yang secara tradisinya diserahkan kepada sekutunya, MIC.


Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Tuesday, March 23, 2010

Selamat Datang Ke Mesyuarat Agung Tg Karang



Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2009 TG.KARANG











Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Anwar perlu minta maaf - Timbalan Speaker

Selasa Mac 23, 2010
Anwar perlu minta maaf - Timbalan Speaker
NURUL AIN MOHD. HUSSAIN
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi tempoh seminggu untuk memohon maaf dan menarik semula kenyatannya bahawa konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditiru daripada konsep 1Israel.
Jika Anwar gagal berbuat demikian wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu akan dihadapkan ke Jawatankuasa Hak Kebebasan dan Keistimewaan Parlimen seperti yang diusulkan oleh ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).
Usul tersebut dibawa oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) dan disokong oleh semua 137 Ahli Parlimen BN ketika berbahas sesi soalan lisan di Parlimen semalam.
Ketika membawa usul tersebut beberapa wakil rakyat pembangkang, antaranya, Gobalakrishan (PKR–Padang Serai) , Yusmadi Yusof (PKR-Balik Pulau), Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) bangun dan mencelah sehingga menimbulkan suasana tegang dalam dewan.
Bagaimanapun, Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee, menegur beberapa Ahli Parlimen pembangkang supaya memberi peluang untuk wakil Kota Belud) berbahas.
Pertelingkahan yang berlaku hampir 25 minit itu akhirnya reda apabila Timbalan Speaker berkata, Anwar perlu hadir ke dewan memohon maaf dan menjawab kembali dakwaan yang dibuat terhadap kerajaan minggu lalu.
“Yang Berhormat Permatang Pauh diberi tempoh seminggu untuk membuat permohonan maaf atau menarik semula kenyataan. Jika tidak barulah YB akan dirujuk ke Jawatankuasa Kebebasan dan Keistimewaan Parlimen,” katanya.
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Friday, March 19, 2010

PKR balas salakan 'anjing penyerang' BN

PKR balas salakan 'anjing penyerang' BN
Hazlan Zakaria Mar 18, 10 3:31pm
Setiauasaha agung PKR Saifuddin Nasution (bawah) hari ini melabelkan empat bekas ahlinya yang kini menjadi ahli parlimen bebas, khususnya Datuk Seri Mohd Zahrain Hashim (Bayan Baru) sebagai ‘anjing penyerang’ Barisan Nasional."Mereka digunakan sebagai ‘anjing penyerang’, ‘askar upahan’,” kata Saifuddin ketika sidang media di lobi parlimen.Katanya, MP bebas itu kini adalah senjata terbaru BN untuk menyerang Pakatan Rakyat kerana terlalu sedikit MP Bn yang mampu berbuat demikian.Semalam, ucapan sulung Zahrain selaku wakil rakyat Bebas yang mendedahkan punca beliau meninggalkan PKR, menyebabkan suasana persidangan Dewan Rakyat bertukar kecoh.Malah kurang lima minit selepas bekas pengerusi PKR Pulau Pinang itu berucap mulai jam 5.05 petang semalam, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak keluar Dewan selepas Zahrain (bawah) mengaitkan Anwar dengan kegagalan pakatan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan Persekutuan melalui perancangan "16 September".
'Pemimpin Umno hidangkan arak'Bagaimanapun menurut Saifuddin, fenomena itu hanya halangan kecil dan tidak akan mengalihkan perhatian Pakatan daripada musuh sebenar mereka - Umno dan BN.“BN adalah musuh politik utama kita. Kita berdepan dengan pembunuh Altantuya, kita menghadapi mereka yang merompak kekayaan rakyat dan kita berdepan juga dengan kerajaan yang mengamalkan rasuah,” katanya.Saifuddin juga mendakwa dia didatangi oleh seorang anggota kanan MP Umno yang juga seorang menteri kabinet dan diberi amaran agar menghentikan membuat pendedahan yang memalukan Umno dan BN.Menteri kanan itu dikatakan tidak senang dengan kenyataan Saifuddin di Dewan Rakyat semalam bahawa ada pemimpin Umno yang menghidangkan minuman keras pada ulang tahun perkahwinannya.Saifuddin juga memberitahu Dewan Rakyat dalam satu lawatan yang dianjurkan oleh Umno ke amerika syarikat, seorang pemimpin parti itu tertidur di kasino dan gagal mengikuti rombongan berkenaan.
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Wednesday, March 17, 2010

Pilihanraya PBT: SPR Putuskan Minggu Depan

Rabu Mac 17, 2010
Pilihan Raya PBT: SPR Putuskan Minggu Depan
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan pendiriannya minggu depan berhubung pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang disyorkan oleh kerajaan negeri, Pulau Pinang dan Selangor.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata kajian teliti perlu dilakukan dari segi Perlembagaan dan undang-undang berkaitan sebelum menjawab dua surat yang diterima daripada kedua-dua kerajaan negeri tersebut.
Katanya langkah itu bagi memastikan jawapan yang akan diberikan kepada mereka tepat dan betul dan mereka benar-benar faham mengenai kedudukan perkara itu pada masa ini.
"Kita akan hantar surat jawapan kepada kerajaan negeri itu terlebih dahulu sebelum mengumumkan pendirian SPR selewat-selewatnya minggu depan," katanya pada sesi dialog bersama media pada majlis jamuan teh SPR bersama media di sini semalam.
Abdul Aziz juga berkata sebagai badan bebas dan profesional, SPR tidak terikat dengan sesiapa sama ada pendapat Perdana Menteri, pihak pembangkang atau sesiapa sahaja dalam memutuskan perkara itu.
Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah menulis surat kepada Pengerusi SPR pada 8 Mac lalu dengan memberi kuasa kepada mereka untuk mengadakan pilihan raya PBT.
Semalam, kerajaan Selangor meminta SPR mengkaji peraturan dan memberi pandangan mengenai tindakan mengadakan pilihan raya PBT di negeri itu.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini berkata pilihan raya PBT yang sudah dimansuhkan sejak sekian lama itu tidak perlu diwujudkan semula.
Katanya proses pemilihan ahli majlis PBT tidak semestinya menjamin mutu perkhidmatan PBT yang lebih baik.
Dalam perkembangan lain, Abdul Aziz berkata SPR menerima banyak cadangan dan permohonan untuk mendaftarkan rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun sebagai pengundi secara automatik.
Bagaimanapun, katanya, cadangan itu memerlukan kajian teliti kerana melibatkan pindaan undang-undang dan peraturan pilihan raya. -BERNAMA
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Monday, March 8, 2010

Anwar rela tak jadi ketua pembangkang

Anwar rela tak jadi ketua pembangkang
Jimadie Shah Othman Mar 7, 10 6:12pm
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jika perlu beliau sanggup melepaskan jawatan ketua pembangkang kepada DAP yang kini mendominasi jumlah kerusi Pakatan Rakyat di parlimen.“Oleh kerana jumlah kerusi PKR sekarang kurang, saya pelawa (tokoh popular DAP) Lim Kit Siang yang lebih banyak pengalaman. Saya tidak akan pertahankan. “(Bergurau) Saya lebih pengalaman sebagai menteri. Tetapi Lim awal-awal lagi berkata, perkara itu bukan isu,” katanya.Setelah kehilangan empat ahli parlimen - 3 keluar parti dan 1 dipecat - parti itu kini hanya memiliki 26 kerusi berbanding DAP sebanyak 28. PAS pula mempunya 23 wakil dalam Dewan Rakyat.Pada lazimnya, pembangkang yang terkuat dalam parlimen akan melantik seorang wakil mereka sebagai ketua pembangkang.Ketika menyampaikan ucapan perdana sempena Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor di Shah Alam hari ini, Anwar juga berkata, usaha Umno yang mahu mengambil kesempatan atas keadaan tersebut tidak akan berjaya.“Umno pening macam mana hendak lagakan ketiga-tiga parti ini. Mereka tidak tidur. (Kalau tidur dan) mimpi pun, (mimpi) macam mana hendak gaduhkan kita,” katanya disambut gelak-ketawa para perserta.Sementara itu, Lim (bawah) yang juga ahli parlimen Ipoh Timur yang berucap sebelum itu turut menyatakan pendirian yang sama.“DAP komited pada satu matlamat, (iaitu) menuju ke Putrajaya. Anwar akan terus menjadi ketua pembangkang sehinggalah beliau menjadi perdana menteri (pada suatu hari nanti),” katanya.PKR, DAP dan PAS Selangor hari ini menganjurkan konvensyen pertama mereka dekat bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri bagi mengukuhkan persefahaman antara mereka. Konvensyen bertemakan “Bermuafakat Menjunjung Amanah Rakyat” itu berjaya menghimpunkan kira-kira 500 peserta daripada ketiga-tiga anggota parti masing-masing di seluruh Selangor.Berdasarkan ucapan-ucapan pemimpinnya, konvensyen tersebut dilihat cuba mentententeramkan penyokong Pakatan Rakyat supaya tidak bimbang dan panik dengan fenomena keluar parti seorang demi seorang yang melanda wakil rakyat mereka.

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Ceramah PR di Kelab Sultan Sulaiman Kecoh Bila Polis Arah Henti

Isnin Mac 8, 2010
Ceramah PR di Kelab Sultan Sulaiman Kecoh Bila Polis Arah Henti
KUALA LUMPUR: Kekecohan meletus di ceramah Pakatan Rakyat (PR) malam Ahad apabila pihak polis menyerbu ke pentas utama dan menghalang ceramah daripada dilangsungkan.
Ceramah yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman dekat Kampung Baru itu adalah untuk memperingati ulang tahun kedua kejayaan PR dalam pilihan raya umum 2008.
Pada pilihan raya yang lalu, PR telah berjaya menawan empat buah negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor di samping memenangi 82 buah kerusi parlimen - iaitu yang paling besar dalam sejarah pilihan raya Malaysia sejak pilihan raya umum 1969.
Majlis malam tadi dihadiri oleh Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Naib Presiden PKR, Azmin Ali,Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
Kekecohan mula timbul apabila sepasukan anggota polis daripada Unit Simpanan Persekutuan menuju ke arah Azmin Ali yang sedang berucap dan meminta beliau menghentikan ucapannya.
Ini kerana menurut polis, perhimpunan malam ini tidak mempunyai permit.
Situasi menjadi kecoh kerana Azmin yang tetap meneruskan ucapannya dengan menyeru pihak polis supaya menyokong perjuangan pembangkang dengan berjanji jika pihak pembangkang berjaya menawan Putrajaya mereka akan menjaga kebajikan pihak polis.
Bagaimanapun seruannya itu tidak diendahkan dan pihak polis tetap menjalankan tanggungjawab mereka dengan meminta Azmin menghentikan ucapannya itu.
Azmin bagaimanapun enggan berbuat demikian dan berkata Kelab Sultan Sulaiman bukanlah milik UMNO tetapi hak milik Kerajaan Negeri Selangor yang diperintah oleh PR.
Polis kemudian tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa menghantar trak FRU dengan pancutan air ke arah orang-ramai.
Tetapi Tian Chua yang terkenal dengan reputasi sering menghalang trak polis dengan menjadikan dirinya sebagai 'perisai' kali ini menyeru orang-ramai supaya mengikuti arahan polis dengan memasuki premis Kelab Sultan Sulaiman.
Polis tidak membenarkan orang-ramai memenuhi padang kelab berkenaan.
Ini adalah insiden kedua polis menghentikan ceramah PR kerana tidak memiliki permit berhimpun.
Semalam satu majlis anjuran DAP di Kepong, telah dihentikan atas sebab yang sama.
Ceramah di Kelab Sultan Sulaiman ini juga dilihat sebagai satu usaha untuk menaikkan moral PR selepas tiga ahli Parlimen PKR mengisytiharkan keluar parti manakala seorang lagi dipecat sebagai ahli semalam.
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Tuesday, March 2, 2010

Siapa pengganti Anwar?

Siapa pengganti Anwar?
Mar 2, 10 4:20pm

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, buat masa ini biarlah isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail yang menerajui PKR kerana ia membolehkannya menumpukan perhatian kepada tugas-tugas lain."Azizah tidak mahu serahkan jawatan itu. Apa boleh saya buat? (Ketawa) Lebih senang jika Azizah teruskankannya sebab saya boleh tumpukan perhatian pada perkara lain. (Setakat ini) saya sudah cukup terlibat. "Saya bertemu dengan biro politik (PKR) setiap minggu walaupun tidak terlibat dengan urusan remeh-temeh," katanya ketika ditanya sama ada beliau akan menggantikan Wan Azizah sebagai presiden pada penghujung tahun ini.Setelah Anwar dibebaskan daripada penjara enam tahun lalu, teka-teki sama ada beliau akan mengambil alih jawatan nombor satu dalam PKR daripada isterinya sentiasa disebut-sebut. Banyak pihak tertanya-tanya langkah seterusnya, apabila Wan Azizah pada tahun lalu mengosongkan kerusi Permatang Pauh bagi membolehkan Anwar bertanding dan memasuki parlimen, seterusnya dilantik sebagai ketua pembangkang.Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini baru-baru ini, Anwar disoal pelbagai perkara berhubung proses peralihan dalam PKR, termasuk pengganti-penggantinya dan kedudukan pemimpin nombor dua dalam parti itu Syed Husin Ali.Nasib baik saya bukan Dr Mahathir...Mengulas soal penggantinya, Anwar yang juga ketua pembangkang mahu mahu membiarkan perkara itu ditentukan melalui proses biasa parti, iaitu pemilihan parti.Justeru, beliau tidak akan menyatakan sokongan mana-mana pihak yang mungkin bertanding merebut jawatan tertinggi dalam parti - antara yang disebut-sebut naib presiden Azmin Ali dan anggota biro politik Datuk Zaid Ibrahim."Nasib baik saya bukan (bekas perdana menteri) Dr Mahathir (Mohamad). Kamu bercakap tentang peralihan dan pengganti... (Ketawa)


Kita ada proses pemilihan dalam parti. "Jadi biarkan ia tentukannya. Azmin telah lama dan dikenali akar umbi. Zaid pula masuk disambut dengan tangan terbuka." katanya.Dalam temubual di pejabatnya di Damansara, Anwar yang tidak lagi berkaca mata selepas membuat rawatan pembedahan laser berkata, beliau percara PKR sudah cukup matang bagi memilih pemimpin mereka.Beliau juga berkata, timbalan presiden Syed Husin Ali - yang telah beberapa kali menyatakan hasratnya berundur - akan kekal di kedudukan nombor dua kerana banyak pihak tidak mahu kehilangannya."Saya bukan cuma mengenetepikan (persoalan tentang pengganti). Pada saya, ia bukan masalah. Saya minta pada mereka, bekerjalah dalam satu kumpulan. Mereka patut kerja keras dan turun padang," katanya.


Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Monday, March 1, 2010

Ahli Parlimen Nibong Tebal Keluar PKR


Ahli Parlimen Nibong Tebal Keluar PKR

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng hari ini mengumumkan beliau keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuatkuasa serta merta kerana "kecewa dengan kepimpinan parti itu".
Tan berkata, beliau kesal dengan sikap kepimpinan PKR yang sanggup mengorbankan maruah dan prinsip parti hanya kerana mahu memastikan impian mereka tercapai.
"Malah mereka sanggup mengambil sikap menutup mata dengan masalah yang dihadapi oleh PKR Pulau Pinang akibat keangkuhan Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang).
"Saya tidak faham mengapa kepimpinan PKR Pulau Pinang terlalu tunduk kepada Lim sehingga sanggup menutup segala kelemahan beliau," katanya membaca kenyataan lima muka surat dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Tan, yang turut mengumumkan meletakkan semua jawatan dalam parti dan menjadi wakil rakyat Bebas berkata, beliau tidak sanggup tunduk kepada sikap diktator dan cara kerja Lim kerana keangkuhan Setiausaha Agung DAP itu yang didakwanya "sangat melampau sehingga melayan wakil rakyat PKR seperti anjing".
"Beliau suka mempolitikkan semua isu-isu remeh dan langsung tidak boleh menerima teguran dan kritikan serta cuba menjadikan kerajaan Pulau Pinang sebagai kerajaan milik keluarganya.
"Malangnya ramai yang memilih untuk berdiam diri dan menjadi pak sanggup, tiada sesiapa berani bersama saya untuk menyatakan kebenaran," katanya yang ditemani penyokong kuatnya, Datuk Salahuddin Hashim, bekas Setiausaha Agung PKR.
Pada Rabu lepas, Tan menghadap Lembaga Disiplin PKR berhubung kenyataannya yang mengecam Lim, dan juga kritikannya yang mempertikaikan kedudukan Dr Syed Husin Ali sebagai Timbalan Presiden PKR.
Bagaimanapun selepas dua jam menghadap lembaga disiplin, Tan akhirnya bersetuju memohon maaf kepada timbalan presiden parti, namun enggan meminta maaf kepada Lim.
Tan turut bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Lim, Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy yang mengatakan bahawa Tan mencampuri urusan tender terbuka.
"Saya telah mengambil inisiatif hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat laporan mengenai tohmahan itu, saya percaya itu sudah cukup untuk membuktikan kepada rakyat akan ketelusan saya.
Tan berkata, keputusan untuk meninggalkan parti juga diambil kerana ketiadaan saluran khusus dalam PKR untuk mengemukakan masalah serta apa yang terjadi membuktikan bahawa kepimpinan parti tidak boleh disentuh langsung.
"Bukan sahaja mereka gagal menyelesaikan masalah, mereka mengenakan tindakan disiplin terhadap saya tanpa menyiasat aduan yang saya kemukakan, malahan saya diberi amaran untuk tidak mengkritik secara terbuka. Ini adalah sangat tidak adil," katanya.
Tan berkata, PKR dan parti pakatan tidak akan membawa apa-apa perubahan seperti yang dilaungkan, dan beliau kesal kerana tiada sebarang tindakan yang jelas diambil oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Ketua Pembangkang untuk menyelesaikan masalah dalaman parti dan pakatan yang ketara.
Walaupun telah menjadi ahli Parlimen Bebas tanpa menyebelahi mana-mana parti, Tan berharap beliau akan dapat membuktikan kepada rakyat Nibong Tebal bahawa tindakan ini membawa faedah kepada mereka.
"Rakyat tidak sepatutnya menjadi korban perbezaan politik. Saya tidak rela melihat rakyat Nibong Tebal dinafikan nikmat pembangunan dan membiarkan harapan mereka disia-siakan dengan pelbagai slogan dan retorik kosong," katanya.
Tan juga memohon kepada Kerajaan Persekutuan supaya memberi layanan yang adil dan saksama dengan menyalurkan peruntukan pembangunan kepada kawasannya agar beliau dapat melaksanakan tugasnya dengan berkesan dan lebih efisien untuk membantu rakyat dan warga yang memerlukan.
Sementara itu, Salahuddin berkata, selepas ini beliau menjangkakan lebih 10 wakil rakyat PKR akan keluar parti, bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut.
"Saya rasa ada (keluar parti), jumlahnya kira sahajalah dari jumlah sedia ada, tolak sosialis, tolak NGO liberal, tolak kroni, pada pendapat saya itulah yang akan menjadi jumlahnya," katanya.
Pada 12 Februari lepas, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengumumkan keluar dari PKR berkuatkuasa serta merta kerana kecewa dengan kepimpinan Lim serta kesal dengan perjuangan PKR dalam parti pakatan.
Semalam, bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Mohammad Fairus Khairuddin mengumumkan keluar PKR dan menyertai Umno kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan PKR yang gagal memperjuangkan kepentingan bangsa, agama dan negara. - BERNAMA

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Lagi gelora melanda PKR

Lagi gelora melanda PKR
Mar 1, 10 11:51pm
Selepas dilanda gelora awal bulan ini ekoran tindakan ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohd Hashim meninggalkan PKR, kini ada lagi turut melompat parti.Media melaporkan 77 ahli Pemuda PKR dari kawasan parlimen ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh - keluar parti dan menyertai Umno.Antara mereka, menurut laporan tersebut, ialah timbalan ketua AMK cawangan Guar Jering, Fakhrul Che Umar dan bendahari cawangan yang sama, Hesabudin Md Isa.Fakhrul dilaporkan berkata, selepas dua tahun memerintah, pergeseran antara parti-parti komponen Pakatan semakin parah."Bolehkan anda bayangkan sekiranya Pakatan menguasai kerajaan pusat?" Fakhrul dilaporkan berkata semalam, dalam satu majlis yang turut dihadiri pengerusi Umno negeri itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.Fakhrul dilaporkan berkata, AMK tidak menerima sebarang peruntukan daripada PKR untuk menganjurkan majlis untuk rakyat.Hesabudin pula berkata, Pakatan telah mengabaikan kebajikan rakyat dan ekonomi kerana sibuk bertelagah sesama mereka.Hesabudin dan Fakhrul menyerahkan borang permohonan menyertai umno bersama yang lainnya kepada ketua Umno cawangan Guar Jering, Saiful Hassan.Ahmad Zahid pula dilaporkan berkata di majlis tersebut bahawa anggota sayap Pemuda PKR itu kini telah menyedari bahawa Anwar tidak lagi 'relevan'.Katanya, mereka sebelum ini menyokong Anwar kerana percayakan bahawa perjuangannya adalah untuk Islam dan hak orang Melayu.Bagaimanapun, katanya, mereka kini sedar bahawa ketua umum PKR itu telah mengelirukan mereka.Dan malam ini pula, bekas timbalan ketua menteri 11 Pulau Pinang dan bekas ADUN Penanti, Mohd Fairus Khairuddin pula menyertai Umno.Fairus membuat pengumuman tersebut di majlis yang turut dihadiri Perdana Menteri yang juga presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Ampang.
Fairus berkata bahawa beliau mengambil keputusan keluar dari PKR atas dasar untuk mempertahankan prinsip perjuangan untuk agama, bangsa, tanahair dan kepentingan rakyat Malaysia."Saya umumkan penyertaan saya dalam Umno dan BN dan keluar dari PKR atas dasar hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinannya," kata Fairus.Katanya, keputusannya untuk menyertai Umno dibuat selepas mempertimbang perkembangan sejak tiga bulan lalu ekoran kontroversi isu Allah.Beliau mendakwa bahawa pendirian PKR dalam isu tersebut adalah mengecewakan dan bercanggah dengan perjuangan parti itu.Najib pula mengalu-alukan penyertaan Fairus ke dalam Umno selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan PKR.katanya, beliau selaku presiden Umno menerima dengan hati terbuka kemasukan Fairus ke dalam Umno.Di majlis tersebut, Fairus menandatangani borang permohonan menyertai Umno dan ahli Seni Silat Gayong.Dua minggu lalu, Zahrain yang juga bekas pengerusi PKR Pulau Pinang, keluar parti itu, atas alasan kecewa dengan kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan perjuangan PKR dalam Pakatan.
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Bekas peguam Petronas kecewa royalti Kelantan dinafi



M Faqih & Mohd Nor Yahya
KOTA BHARU, 28 Feb: Bekas Ketua Jabatan Undang-Undang Petronas, Nik Syaghir Nik Mohd Nor (gambar bawah) melahirkan rasa dukacita apabila ada pemimpin menafikan hak Kelantan ke atas royalti minyak.

Beliau berkata, pemimpin terbabit dianggap menafsir undang-undang tanpa melihat kepada maksud dan tafsiran sebenar Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA).
Katanya, akta tersebut menyebut dengan jelas perkataan onshore (daratan sehingga tiga batu nautika) dan offshore (perairan negeri).
“Saya hairan mengapa mereka termasuk juga yang bergelar profesor di universiti tidak merujuk kepada perkataan tersebut.
“Saya cukup sedih dengan tindak tanduk mereka yang cuba mengelirukan rakyat.
“Sedangkan pada 1975 Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Nasir memberi hak kepada Petronas mencarigali minyak yang di kawasan onshore dan offshore,” katanya pada taklimat mengenai tuntutan royalti petroleum kepada wakil-wakil rakyat di Bilik Gerakan Negeri di sini, petang tadi.
Hadir sama bekas peguam kanan di Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman dan peguam kes tuntutan royalti minyak Terengganu, Thommy Thomas.
Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Tuntuan Royalti Minyak Kelantan, Datuk Husam Musa, dua Adun BN iaitu Datuk Norzula Mat Diah (Paloh) dan Mohd Yusoff Abdul Ghani (Nenggiri) serta wakil-wakil rakyat lain.
Turut hadir pegawai-pegawai kerajaan negeri, pusat serta wartawan tempatan.
Nik Syaghir berkata, kesanggupannya menjelaskan perkara sebenar di sebalik tuntutan royalti minyak Kelantan semata-mata bagi menegak kebenaran setelah ada pihak yang mengelirukan rakyat dalam isu berkenaan.
Beliau yang juga pernah berkhidmat sebagai pegawai undang-undang Perbendaharaan Negara dan Jabatan Peguam Negara memberitahu sebelum ada PDA kerajaan Sabah dan Sarawak sudah menandatangani perjanjian dengan Shell.
Katanya, ketika itu Shell dikehendaki membayar royalti kepada Sabah dan Sarawak sebanyak 8 hingga 12 peratus mengikut jarak lokasi carigali dengan pantai.
“Mengambil kira perkara tersebut saya ketika itu dipertanggungjawab merangka draf mengenai PDA telah mengambil jalan tengah dengan memutuskan Petronas perlu membayar royalti 10 peratus iaitu 5 peratus kepada pusat dan 5 peratus lagi kepada negeri.
“Lagi pun Tun Razak tidak mahu ada keistimewaan tertentu dalam PDA. Kesemua negeri mempunyai hak yang sama di bawah PDA dan jelas tidak ada keistimewaan seperti digambarkan pihak tertentu,” ujarnya.
Abdul Aziz (gambar kiri) juga menegaskan pembayaran royalti kepada negeri tidak menggunakan kaedah 3 batu nautika seperti yang diuar-uarkan pemimpin kerajaan pusat sekarang.
Katanya, pembayaran yang dibuat berdasar kepada istilah onshore dan offshore serta tidak berbangkit sama sekali kaedah 3 batu nautika.
“Kalau ada pendapat menyebut royalti hanya dibayar apabila carigali dijalankan kurang 3 batu nautika, itu pendapat yang salah.
“Kerajaan pusat, negeri, Sabah dan Sarawak semua mendapat 5 peratus. Tidak benar sama sekali ada perbezaan royalti di antara Sabah dan Sarawak dengan negeri di semenanjung dalam soal ini,” ujarnya.
Thomas pula menjelaskan biar pun isu royalti diketengahkan ke mahkamah bagi mendapat keadilan, kerajaan negeri atau mana-mana pihak masih boleh untuk memperkatakan isu berkenaan.
Katanya, tidak ada subjudis kepada mahkamah dalam isu berkenaan biar pun hakim belum membuat apa-apa keputusan.
“Ini sama seperti berlaku di Perak baru-baru ini. Isu berkenaan diperkatakan secara meluas dalam ceramah, forum dan seminar,” ujarnya.
Sementara itu Husam berkata, Kelantan akan menggunakan rundingan bagi menuntut royalti dan tindakan mahkamah merupakan jalan terakhir.
Bagaimanapun katanya, kerajaan akan mendapat pandangan dari semua Adun terlebih dahulu sebelum kes berkenaan dibawa ke mahkamah.
Ditanya kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Wang Ihsan, Datuk Dr Awang Adek Hussin yang tetap mahu menghantar surat jemputan pelantikan wakil kerajaan negeri dalam jawatankuasa berkenaan kata Husam surat tersebut tidak ada dilayan.
“Kita berpendapat jawatankuasa itu haram dan tiada dalam undang-undang, bahkan bayaran 5 peratus yang mereka ambil itu juga haram,” katanya selepas mesyuarat Exco sebelum itu.

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/