Thursday, July 9, 2009

PENUBUHAN MAJLIS PAKATAN RAKYAT TG KARANG





















Pakatan Rakyat Tg Karang mencipta satu sejarah tersendiri kerana telah berjaya menubuhkan satu Majlis Pakatan Rakyat Parlimen Tg Karang. Mesyuarat telah dilaksankan pada 26 Jun 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat JKKK Kg Parit Serong. Bagi menyelaras aktiviti dan program JK Sekretariat PR Tg Karang telah ditubuhkan.






Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Tuesday, July 7, 2009

PERTANDINGAN NASYID : KAMPUNG BESTARI JAYA














































JKKK Kampung Bestari Jaya dengan kerjasam pelajar UNISEL telah berjaya menganjurkan pertandingan Nasyid peringkat Kg Bestari Jaya. Pertandingan di adakan pada 4 Julai 2009 bertempat di Dewan Orangramai Kg Bestari Jaya. Seramai 10 kumpulan menyertai pertandingan.









PROGRAM PKR TG KARANG JULAI 2009

Beberapa program Pusat Khidmat DUN Permatang yang akan dilaksanakan.
1. Program Dialog Kepimpinan Bersama YB Dato' Seri Anwar Ibrahim di UNISEL Bestari Jaya pada 9 Julai 2009 (Khamis)
2. Program Penerangan dan Taklimat OSCC di Dewan Masyarakat Bukit Belimbing pada 12 Julai 2009 (Ahad) anjuran Wanita Tg Karang .
3. Talkshow bersama Nik Nur Madihah untuk pelajar SPM di Dewan Sek Men Agama Kuala Selangor pada 18 Julai 2009 (Sabtu) anjuran Koordinator Pembangunan Insan DUN Permatang.
4. Majlis pelancaran Si Manja Tawas di Dewan Masyarakat Kg Seri Tiram Jaya Tg Karang pada 25 Julai 2009 (Sabtu)

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Sunday, July 5, 2009

PROGRAM TASAAWUR ISLAM BERSAMA USTAZ ZAMRI MANTOP
















Program bersama masyarakat di Kg Sg Yu dengan menampilkan Ustaz Zamri Personaliti TV 9 dalam pembelajaran Al Quran telah dilaksanakan pada 26 Jun 2009. Program anjuran JKK Kg Sg Yu bersama Sekolah Rendah Agama Sg Yu patuh dijadikan contoh. Kehadiran ibubapa dan anak-anak yang tekun mendengar syarahan ustaz Zamri dalam kepentingan Alquran dalam kehidupan cukup memberangsangkan.





Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

SUMBANGAN MESRA USIA EMAS
















Agenda Memasyarakatkan Ekonomi Selangor (MES) dimana salah satu programnya adalah sumbangan berjumlah RM 2,500 kepada wargaemas yang meninggal , pada 28 Jun yang lepas dua keluarga telah kehilangan ketua keluarga iaitu Alyarham Abd Rani Kg Seri Tiram Jaya dan Mendiang Ah Loo Kg Tiram Setia. Sumbangan disampaikan terus pada hari pengebumian berjumlah RM 1,000.00





Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

MAJLIS PELANCARAN KELAB ANAK MUDA MAYANG SARI
















Kampung Blok Q Sawah Sempadan mencipta sejarah tersendiri kerana dapat menubuhkan kelab anak muda Mayang Sari. Aktiviti kelab yang telah terlaksana adalah penubuhan pasukan kompang dan pasukan sepak takraw. Syabas sdr Helmi Sanusi selaku pengerusi kelab.





Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Wednesday, July 1, 2009

PKFZ: PAC siasat laporan dalam 3 bulan

PKFZ: PAC siasat laporan dalam 3 bulan
Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB
KUALA LUMPUR: Laporan penuh siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai isu projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dijangka siap dalam tiga bulan.
Ia akan dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang.
Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, pihaknya tidak mahu mengambil masa yang terlalu panjang untuk menyelesaikan laporan itu.
"Kita dah buat keputusan, setiap minggu pada Julai kita akan adakan mesyuarat. Kita nak selesaikan laporan ini kalau boleh sebelum Parlimen akan datang bersidang.
"Kita ada tiga bulan tapi kita tak mahu nak mengambil masa terlalu panjang.
"Pada akhirnya, PAC hanya boleh membuat laporan kepada Parlimen dan memberikan cadangan. Kita tak ada kuasa lain," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Azmi berkata, mesyuarat PAC yang diadakan tengah hari tadi turut memutuskan supaya lebih ramai individu dipanggil memberi penjelasan berhubung isu itu termasuk bekas menteri.
Katanya, PAC menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan dan pihaknya akan membantu jika diperlukan.
Beliau berkata, mesyuarat hari ini turut merangka soalan berkaitan undang-undang mengenai isu PKFZ bagi tujuan untuk diperjelaskan oleh pihak pendakwa raya.
"Kita harap akan dapat jawapan dalam tempoh dua minggu supaya PAC dapat melihat dan meninjau sejauh mana pihak tertentu telah melanggar undang-undang... di manakah yang boleh diteruskan," katanya.
Ketika ditanya sama ada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail perlu dipanggil untuk memberi keterangan berhubung penyelewengan dalam PKFZ, Azmi berkata, ia tidak perlu buat masa ini.
"Kita perlu dapatkan pandangannya dulu. Kalau kita berasa kita perlu dapat penjelasan, kita akan jemput beliau untuk beri penjelasan.
Minggu lalu, Timbalan Pengerusi PAC, Dr. Tan Seng Giaw berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan memanggil Peguam Negara bagi memberi keterangan berhubung penyelewengan yang didakwa berlaku dalam PKFZ.
Katanya, keterangan Peguam Negara amat diperlukan bagi mengesahkan mengenai nasihat perundangan yang diberikan kepada Kabinet pada masa itu supaya pengambilan tanah di Pulau Indah, Selangor dilakukan mengikut Seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah (APT).


Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/