Tuesday, June 2, 2009

Ulasan Najib Yang Kelakar....

Keputusan Penanti bukan kayu ukur populariti parti - Najib
PULAU JEJU (Korea Selatan): Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kemenangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Penanti semalam bukanlah kayu ukur populariti mana-mana parti politik.
Perdana Menteri berkata ia juga satu kemenangan yang tidak merangsangkan daripada dua segi iaitu bilangan pengundi yang keluar mengundi menurun kepada kurang 50 peratus, dan majoriti yang diperoleh PKR merosot kira-kira 1,300 undi.
Beliau turut menyifatkan kemenangan PKR mengalahkan calon Bebas itu sebagai bukan satu kemenangan mutlak atau kemenangan yang boleh dibanggakan.
Najib berkata demikian kepada wartawan Malaysia selepas beliau menyampaikan ucap utama pada Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif AseanKorea yang diadakan sempena Sidang Kemuncak AseanKorea di Pusat Konvensyen Antarabangsa Jeju di sini hari ini.
Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman, 59, memenangi pilihan raya kecil itu dengan majoriti 5,558 undi.
Mansor yang memperoleh 6,052 undi mengalahkan tiga calon Bebas iaitu Aminah Abdullah, 56, yang mendapat 392 undi, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41, (494 undi) dan Kamarul Ramizu Idris, 42, (56 undi).
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin, kerana hendak melanjutkan pelajaran di peringkat pasca ijazah pada 16 April lepas.
Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu kerana Dewan Tertinggi BN memutuskan bahawa kekosongan kerusi itu tidak ada kena mengena dengan peruntukan perlembagaan dan hanya merupakan satu permainan politik pembangkang.
Najib berada di sini sejak Ahad kerana menghadiri Sidang Kemuncak itu yang berlangsung dua hari. BERNAMA


Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment