Saturday, December 31, 2011

Sokongan Kepada YB.Suhaimi



Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

UMNO ketandusan idea menciplak Selangor Kini (Selangor Terkini)



Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

MAJLIS PENUTUP KASURA KE 2 2010



Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

CALON NAIB PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT NO.16 YAHYA SAHRI



Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

PROGRAM DI BESTARI JAYA



Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT TG KARANG



Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI DUN PERMATANG 1431H



Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI DATO' SERI ANWAR 1431H



Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

AMANAT DSAI UNTUK PARLIMEN TANJONG KARANG



Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

MONTAJ SEKRETARIAT KOMUNIKASI KEADILAN CABANG TG.KARANG



Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

PEMILIHAN PARTI KEADILAN 2010



Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

PKR Tg.Karang



Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Pilihanraya BERSIH ke 13



Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H DUN Permatang



Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Produk HALAL : Isu dan Penyelesaian



Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Isu Pengguna ( Kos Barang Keperluan Yang Meningkat )



Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

SKIM MESRA USIA EMAS FASA KE 2 Sg.Yu



Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Program MES DUN Permatang (Tg.Karang) Bhg 01



Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

SelangorKu @Astaka Tg.Karang 2



Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

SelangorKu @Astaka Tg.Karang 1



Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

MES Jom Shopping DUN Permatang 2011



Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

MES Bantuan Rumah Kerajaan Perihatin



Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Pelancaran Jentera Pilihanraya PRU13 Tg Karang Bhg1



Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Pelancaran Jentera Pilihanraya PRU13 Tg Karang Bhg2



Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Almarhumah Adik Annisa Affandy, Al Fatihah .... Hope 2 Walk



Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Penyampaian Skim Mesra Usia Emas Fasa 1 RM1000



Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Program Pecutan SPM 2011 SMKTJ 2



Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Program Pecutan SPM 2011 SMKTJ 1



Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Ucapan sebelum sumpah laknat Dato Eskay.



Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Orang Munafik Suka Bersumpah



Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Sumpah Laknat



Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Saturday, December 17, 2011

Menangani masalah kemiskinan bandar dan ketidakseimbangan sosio-ekonomi nasional

Menangani masalah kemiskinan bandar dan ketidakseimbangan sosio-ekonomi nasional
Azrul Azwar Dec 15, 2011 04:10:36 pm

Seperti kebanyakan negara membangun yang lain, Malaysia telah mengalami proses urbanisasi pesat, salah satu faktor yang banyak membantu melayakkan Malaysia menjadi negara berpendapatan pertengahan atas (upper middle-income) pada hari ini. Ini adalah kerana di kawasan bandarlah selalunya aliran pengetahuan, ilham, bakat, pelaburan dan sebagainya berada pada tahap paling optimum bagi sesebuah negara, suatu pra-syarat penting bagi mencetus innovasi, kreativiti dan semangat keusahawanan sekaligus membantu memacu pertumbuhan ekonomi.Dianggarkan lebih kurang 72.2% rakyat Malaysia menetap di kawasan bandar pada 2010 dan nisbah ini dijangka mencecah 76% menjelang tahun 2015 berdasarkan satu unjuran yang dibuat oleh United Nations (UN) atau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Menurut unjuran PBB juga, penduduk bandar dijangka tumbuh pada kadar 2.4% secara purata di antara 2010 dan 2015, jauh lebih pesat berbanding 1.5% yang diunjurkan bagi pertumbuhan purata populasi Malaysia.
Sebenarnya, pembentukkan "urban agglomerations" atau kelompok-kelompok bandar adalah penting dan selari dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi ekonomi maju, berpendapatan tinggi kerana salingkait yang tinggi di antara kepesatan proses urbanisasi dengan peningkatan pertumbuhan ekonomi, produktiviti, kemewahan dan kemajuan secara keseluruhan. Maka, tidaklah menghairankan apabila "Greater Kuala Lumpur" atau Lembah Kelang yakni Kuala Lumpur dan bandar-bandar satelit di sekitarnya telah dikenalpasti sebagai salah satu daripada 12 National Key Economic Areas (NKEAs) di bawah "New Economic Model" atau Model Ekonomi Baru kerana ia dianggarkan menyumbang hampir satu pertiga kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.Tahap urbanisasi di Malaysia adalah berbeza-beza mengikut:•Negeri, dari serendah 35% sehingga 90% bagi negeri maju seperti Selangor•Kumpulan etnik di mana majoriti kesemua kumpulan etnik berada di kawasan bandar kecuali Bumiputera lain (other Bumiputera)Walau bagaimanapun, dalam keghairahan kita mengejar pembangunan bandar sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhan, kita sering terlepas pandang kesan-kesan sampingan akibat proses urbanisasi yang tidak terkawal. Tanpa suatu pelan induk atau rangka kerja jangka panjang yang holistik, kepesatan proses urbanisasi tanpa kawal bakal mengundang pelbagai permasalahan terutamanya berkaitan sosio-ekonomi seperti migrasi luar bandar ke bandar dan kebanjiran pekerja warga asing untuk mencari peluang pekerjaan yang mengakibatkan meningkatnya kepadatan penduduk bandar dan kemunculan kawasan setinggan atau penempatan daif, sekaligus memberi tekanan kepada prasarana-prasarana awam, pasaran buruh, pasaran barangan dan perkhidmatan terutamanya bagi keperluan utama, bekalan perumahan, alam sekitar dan sebagainya di kawasan bandar.
Fenomena seperti ini mengakibatkan kenaikan harga yang mendadak dan persaingan melampau di kawasan bandar sehingga terbentuknya suatu situasi "inequality" atau ketidaksamaan di kalangan penduduk bandar dalam pelbagai segi terutamanya peluang pekerjaan, pendapatan dan pengumpulan kekayaan, selanjutnya melebarkan jurang di antara yang kaya dan yang miskin di bandar.Kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya warga kota merasakan bahawa perangkaan inflasi rasmi yang diterbitkan oleh Jabatan Statistik tidak mencerminkan gambaran sebenar betapa hebatnya kenaikan kos sara hidup sejak separuh tahun kedua 2009 akibat kenaikan harga barangan dan perkhidmatan terutamanya berkaitan dengan makanan, tenaga, perumahan, pendidikan, pengangkutan dan penjagaan kesihatan. Sebagai contoh, menurut Indeks Kos Sara Hidup terkini yang diterbitkan oleh Economist Intelligence Unit(EIU), kedudukan Kuala Lumpur di kalangan bandaraya termahal di dunia naik 15 anak tangga ke tempat 86 pada akhir Jun 2011 berbanding tahap 101 dua tahun yang lalu. Kajian setiap dua tahun ini yang menjadikan New York sebagai penanda aras membandingkan 400 harga individu bagi lebih 160 barangan atau perkhidmatan, menunjukkan bahawa Tokyo merupakan bandaraya termahal manakala bandaraya termurah adalah Karachi.Berdasarkan data tahun 2009, kategori 40% isirumah terbawah (bottom 40%) yang berpendapatan kasar kurang daripada RM2,300 sebulan (berbanding pendapatan kasar bulanan purata sebanyak RM4,025 bagi seluruh Malaysia iaitu RM4,705 di bandar dan RM2,545 di luar bandar) terdiri daripada 2.4 juta isirumah yang mana:•1.8% dalam golongan miskin tegar (yakni isirumah yang berpendapatan kasar bulanan kurang daripada RM440 secara purata bagi seluruh Malaysia)•7.6% dalam golongan miskin relatif (yakni isirumah yang berpendapatan kasar bulanan kurang daripada RM800 secara purata bagi seluruh Malaysia)•90.6% dalam golongan berpendapatan rendahPada tahun 2009, lebih kurang 51.4% daripada 40% isirumah terbawah tinggal di kawasan bandar yang mana 59.1% adalah di kalangan Bumiputera, 29.2% masyarakat Cina dan 11.4% kaum India. Memandangkan bahawa jumlah warga bandar di kalangan 40% isirumah terbawah adalah lebih besar daripada di kawasan luar bandar (48.6%), semua pihak yang berkenaan sama ada di peringkat Kerajaan Pusat, kerajaan-kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan perlu duduk semeja dan bekerjasama untuk menggariskan suatu kerangka ekonomi spesifik yang mementingkan pembangunan saksama dan inklusif untuk merapatkan jurang di antara kaya dan miskin bandar serta menangani isu kemiskinan bandar kerana kehidupan golongan miskin bandar adalah jauh lebih mencabar berbanding golongan miskin luar bandar. Sebagai contoh, jika golongan miskin luar bandar masih berpeluang mencari makan dengan memancing atau bercucuk tanam sendiri, peluang sebegini hampir tidak wujud bagi golongan miskin bandar.Menurut Jabatan Statistik, isirumah bandar di Malaysia memerlukan sekitar RM2,500 sebulan secara purata untuk cukup membiayai kos sara hidup berdasarkan harga pada tahun 2010.Berikut adalah antara beberapa langkah yang boleh dipertimbangkan untuk meningkatkan penglibatan golongan miskin bandar dalam ekonomi dan menaikkan pendapatan kasar purata golongan 40% isirumah terbawah melebihi RM2,500 sebulan supaya cukup untuk menampung kos sara hidup bagi isirumah bandar:• Memastikan akses kepada pendidikan hingga ke peringkat tertinggi bagi anak-anak golongan miskin bandar memandangkan hubungkait terbalik di antara kemiskinan dan pencapaian akademik.• Menyediakan peluang kepada pendidikan seumur hidup, latihan dan penambahbaikan kemahiran bagi golongan miskin bandar untuk meningkatkan keupayaan dan daya tarikan mereka supaya mudah mencari peluang pekerjaan yang lebih baik terutamanya yang menjanjikan gaji yang lebih lumayan.• Menyediakan program perumahan mampu milik yang berkualiti di kawasan bandar di lokasi yang tidak terlalu jauh daripada nukleus aktiviti ekonomi; dihubungkan dengan sistem pengangkutan awam yang murah, cekap, mudah akses, mampan dari segi alam sekitar, selamat dan boleh diharap; skim pembiayaan pembelian berdasarkan syarat-syarat munasabah yang tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana di bandar pada kemudian hari kelak terutamanya bagi pembeli rumah buat pertama kali; keprihatinan kepada warga emas, golongan kurang bernasib baik seperti orang kurang upaya atau yang mempunyai keperluan khas, ibu tunggal dan sebagainya.• Memupuk minat keusahawanan di kalangan 40% isirumah terbawah di kawasan bandar untuk menggalakkan mereka menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan terutamanya berasaskan kemahiran sebagai satu cara menambah pendapatan melalui:i. kemudahan untuk memulakan perniagaan dengan menyemak semula keperluan perlesenan yang membebankan oleh pelbagai pihak berwajib atau agensi kerajaanii. pelbagai insentif percukaian dan bukan cukai khusus bagi syarikat-mikro atau perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bandariii. program latihan teknikal dan keusahawanan merangkumi semua aspek perniagaan seperti pengurusan kewangan, pengurusan operasi, teknik jualan dan pemasaran,dan sebagainyaiv. program pembiayaan mikro atau skim permodalan lain yang direkayasa khusus untuk memudahkan pengumpulan modal permulaan atau sebagai modal kerja bagi perniagaan milik golongan miskin dan sederhana bandarv. inisiatif-inisiatif lain seperti mentor-mentee, syarikat induk dan sebagainyaKetidakseragaman atau kepelbagaian kumpulan di kalangan 40% isirumah terbawah merentasi kaum, agama dan beberapa aspek latar belakang lain di bandar memerlukan pendekatan yang berbeza dalam usaha kita menangani isu "inequality" atau ketidaksamaan. Dalam usaha menangani masalah kemiskinan bandar dan mempertingkatkan mobiliti sosial ini, apa yang penting adalah kita berikan mereka joran untuk memancing ikan dan bukannya ikan semata-mata. Maka, untuk mencapai cita-cita menjadi negara maju, berpendapatan tinggi yang inklusif dan menitikberatkan keadilan sosial sejagat, kita memerlukan suatu pelan tindakan bagi "affirmative action" atau tindakan afirmatif yang mampan dan menyeluruh.Berbincang mengenai tindakan afirmatif atau diskriminasi positif (positive discrimination) di Malaysia, kita tidak boleh lari daripada berdebat tentang New Economic Policy (NEP) atau Dasar Ekonomi Baru (DEB), diperkenalkan oleh Barisan Nasional sebagai polisi tindak balas selepas peristiwa 13 Mei 1969 dengan strategi serampang dua mata, yakni "mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum" dan "mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat untuk memperbetulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi, seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi dan aktiviti ekonomi ke arah mengukuhkan perpaduan negara”.Persoalannya, di manakah silap kita sekiranya meskipun sudah 40 tahun tindakan afirmatif tajaan Barisan Nasional ini dilaksanakan sejak 1971 dalam pelbagai nama dan bentuk, bermula dengan DEB (1971-1990), diikuti oleh National Development Policy atau Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) dan National Vision Policy atau Dasar Visi Nasional (2001-2010), kaum Bumiputera masih gagal mencapai sasaran pegangan ekuiti korporat sekurang-kurangnya sebanyak 30%. Sedarkah kita sebenarnya pegangan ekuiti oleh pelabur asing yang melonjak kepada 37.9% daripada milikan saham keseluruhan pada tahun 2008 (2006: 30.1%) merupakan antara penyebab utama pegangan saham Bumiputera kekal rendah pada paras 21.9% (2006:19.4%) sedangkan pegangan saham bukan Bumiputera telah merosot kepada 36.7% (2006: 43.9%)?Sebenarnya, obsesi kerajaan Barisan Nasional pada nombor ajaib 30% dalam pegangan saham Bumiputera sebagai "ultimate target" menyebabkan kita lupa dan leka sebenarnya terdapat banyak isu kemiskinan, ketidaksamaan dan ketidakseimbangan lain yang lebih mendesak dan perlu diatasi segera seperti yang berikut:• Jurang pendapatan mutlak antara "quintile" isirumah terbawah dan teratas telah melebar hampir 93% dalam masa 20 tahun kepada RM8,000 pada 2009 berbanding RM4,150 pada 1989 berdasarkan paras harga 2009.• Penambahbaikan yang kecil dalam masa 20 tahun kepada pekali Gini, satu kayu ukur ketidaksamaan, kepada 0.473 pada 2009 berbanding 0.482 pada 1989 bagi Malaysia secara keseluruhan. Malah, jika dibandingkan dengan paras 0.471 pada tahun 2007, ketidaksamaan bertambah teruk di Malaysia.• Kadar kemiskinan keseluruhan di Malaysia meningkat ke paras 3.8% pada 2009 berbanding 3.6% pada 2007, jauh daripada sasaran Rancangan Malaysia Kesembilan untuk turun ke paras 2.8%. Malah, kadar kemiskinan di kalangan Bumiputera lain (bukan Melayu) juga meningkat mendadak ke paras 17% pada tahun 2009 berbanding 14% pada 2007.• Jumlah isirumah hidup dalam kemiskinan (di bawah paras pendapatan garis kemiskinan) meningkat 8.7% kepada 228,000 pada 2009 berbanding 210,000 pada 2007.Fokus yang berlebihan Barisan Nasional terhadap agenda mengurangkan ketidaksamaan antara kumpulan etnik (inter-ethnic groups) telah mengakibatkan jurang yang semakin melebar di kalangan suatu kumpulan etnik (intra-ethnic groups) itu sendiri. Semakin jelas hari ini bahawa belenggu kemiskinan, kesempitan hidup dan ketidaksaksamaan dalam peluang dirasai oleh semua kaum dan lapisan masyarakat di Malaysia meskipun 73% di kalangan 40% isirumah terbawah merupakan kaum Bumiputera berdasarkan pada statistik bagi tahun 2009.Untuk memastikan pengagihan kekayaan yang lebih adil dan perkongsian pembangunan ekonomi yang lebih saksama ke arah keterangkuman dan keadilan sosial untuk semua tanpa menjejaskan daya saing negara di peringkat global, sudah tiba masanya Malaysia beralih kepada polisi tindakan afirmatif mesra pasaran yang baharu, berdasarkan keperluan dan meritokrasi, bukannya kaum untuk memperbetulkan ketidaksamaan secara keseluruhan dengan menyasarkan beberapa kumpulan spesifik di kalangan 40% isirumah terbawah seperti berikut:• Orang Asal di Semenanjung dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak terutamanya kumpulan etnik minoriti.• Pekerja estet atau mereka yang tinggal di kawasan ladang kelapa sawit atau getah, kebanyakkannya terdiri daripada kaum India.• Peneroka Felda yang rata-ratanya terdiri daripada kaum Melayu.• Petani, peladang dan nelayan persendirian di luar bandar yang diwakili oleh hampir kesemua kumpulan etnik di Malaysia.• "Urban settlers" atau peneroka bandar yang meliputi hampir kesemua kaum terutamanya masyarakat Melayu, Cina dan India.• Penduduk di perkampungan baharu Cina, kebanyakannya kaum Tionghua.

*Azrul Azwar ialah ahli Lawyers For Liberty (LFL).
http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=12541
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Mengekonomikan rakyat:RM 500 diberikan, RM 250 juta dilembukan

Mengekonomikan rakyat: RM500 diberikan, RM250 juta dilembukan
Ooi Heng Dec 16, 2011 12:15:34 pm

Legasi gerakan Reformasi yang bermula pada tahun 1998 terserlah apabila bumi Malaysia menyaksikan tiga perhimpunan massa penuh bermakna pada tahun 2007 - perarakan peguam, HINDRAF dan BERSIH - sehingga membawa kepada tsunami politik semasa Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU 12).Impak gerakan massa yang bermula ekoran penganiayaan secara melampau terhadap seorang Timbalan Perdana Menteri oleh seorang Perdana Menteri demi kelangsungan hayat diri, keluarga dan UMNO-putra semasa krisis kewangan melanda Asia masih terasa hari ini khususnya apabila perhimpunan BERSIH 2.0 mengambil bentuk gerakan massa sebagai kesinambungan semangat rakyat berhimpun demi sesuatu agenda yang membawa kemajuan kepada masyarakat dan bumi Malaysia.Dengan kata lain, gerakan Reformasi berkembang menjangkaui penganiayaan seorang insan dan memuncak sebagai gerakan massa yang mahukan perubahan dan pembaharuan secara dasar bumi Malaysia.Makna lebih penting yang dikongsi bersama oleh gerakan Reformasi dan BERSIH 2.0 ialah perubahan mendalam yang melibatkan agenda merentasi kepentingan kaum dan manifestasi hak asasi manusia khususnya hak berhimpun, berorganisasi dan bersuara sejajar dengan semangat zaman (zeitgeist).Semangat zaman ialah senjata paling kuat yang berada dalam genggaman tangan rakyat jelata apabila berlaku penindasan atau ketidakadilan sosial. Sejarah tamadun manusia banyak memaparkan pemberontakan rakyat jelata yang tertekan. Dunia hari ini juga menyaksikan insiden-insiden seumpama khususnya kerana penindasan pemerintah bersifat kuku besi dan menyeleweng wang rakyat atau kegagalan elit berkepentingan dalam menguruskan ekonomi negara. Daripada gerakan rakyat mengguling pemerintah korup yang bermula di Tunisia dan Mesir kepada gerakan "Occupy Wall Street" yang bermula di Amerika Syarikat dan menular ke merata tempat di bumi ini, hak asasi manusia kini terjelma dalam bentuk gerakan massa yang tidak terhad kepada tuntutan politik.Sesungguhnya, tuntutan ekonomi melalui gerakan massa sedang berkembang dalam konteks di mana kehidupan rakyat jelata semakin perit dalam banyak negara ketika krisis ekonomi yang bermula di Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah memberi kesan negatif kepada negara lain termasuk Malaysia. Dr.Yılmaz Akyüz, bekas Ketua Ahli Ekonomi dan Pengarah, Bahagian Globalisasi dan Strategi Pembangunan di UNCTAD, dalam recana "The Global Economic Crisis and Asian Developing Countries: Impact, Policy Response and Medium-Term Prospects" menunjukkan bahawa, semenjak krisis kewangan Asia 1997/98, ekonomi Malaysia biarpun mengalami pertumbuhan tetapi pertumbuhan sebenar tidak mampu mencecah paras pertumbuhan sebelum krisis tersebut.Menurut Dr.Yılmaz Akyüz, purata Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi Malaysia sepanjang tahun 1991-2000 ialah 7.1%, lebih tinggi daripada purata dunia iaitu 3.1%, tetapi purata KDNK sepanjang tahun 2002-2007 ialah 5.9%, biarpun lebih tinggi daripada purata dunia iaitu 4.4%, masih jauh lebih rendah berbanding purata KDNK sebelum krisis. Kemudian, Malaysia telah berdepan dengan krisis ekonomi sedunia 2008/09 dan ketidaktentuan yang besar dalam tempoh setengah tahun akan datang, apakah sebuah parti pemerintah yang begitu ghairah dengan kerja melembukan kekayaan negara mampu mengurus ekonomi negara secara berhemat tanpa perlu membebankan rakyat dalam jangka masa pendek dan panjang?Ekonomi Malaysia banyak bergantung kepada eksport. Sebagai sebuah negara perdagangan terbuka, Malaysia bukan sahaja harus berwaspada kepada perkembangan dasar dan situasi ekonomi di Amerika Syarikat dan Eropah, malahan perkembangan dasar dan situasi ekonomi negara utama dalam rantau ini khususnya China juga mempengaruhi perkembangan ekonomi negara kita. Lebih rumit lagi, apabila eksport sebuah negara melibatkan import produk perantaraan sebuah negara lain yang digunakan oleh negara tersebut untuk aktiviti eksportnya; eksport negara tersebut yang terjejas juga akan memberi kesan negatif kepada negara dari mana produk perantaraan diimport. Kitaran perdagangan dunia dan serantau bakal berubah apabila dasar ekonomi sesebuah negara berubah.Hakikat hari ini ialah, sedangkan negara besar seperti China yang mempunyai populasi dalam jumlah bilion berhadapan dengan tekanan ketidaktentuan ekonomi yang besar meskipun pasaran domestiknya dianggap besar, ini kan Malaysia, sebuah negara kecil dengan populasi dalam jumlah jutaan. Apabila eksport menjadi terlalu lemah sehingga merencatkan pertumbuhan ekonomi dan menjejaskan pekerjaan khususnya pengangguran pekerja asing, kalau bukan pinjaman dan defisit yang semakin tinggi risikonya (yakni di luar landasan tatakelola hutang dan defisit berhemat), apakah kerajaan yang melembukan kekayaan negara dapat mempertahankan pertumbuhan ekonomi dalam kadar 5-6% seperti yang diuar-uarkan oleh si Menteri Kewangan bangsawan?Krisis ekonomi hari ini juga mengambil pelbagai bentuk sama ada melibatkan kerumitan sektor kewangan, tatakelola hutang awam, gelumbung hartanah (property bubble) dan sebagainya. Sebab itu, setiap krisis ekonomi besar lazimnya memperlihatkan tuntutan rakyat ekoran tekanan hidup yang besar dan juga terserlahnya masalah struktur yang dikaburkan pada keadaan biasa.Malahan, dalam konteks menjelang PRU13, parti pemerintah yang berdepan dengan krisis kelangsungan hayat mengorak langkah bukan untuk melakukan perubahan secara dasar, meningkatkan produkviti dan memajukan ekonomi negara tetapi memberikan wang kepada golongan tertentu, yang terkini RM500 untuk keluarga berpendapatan kurang daripada RM3,000. Yang tidak berkelayakan mesti tidak gembira, yang berkelayakan jangan pula membiarkan diri berada dalam keadaan gembira yang terlalu lama. Hal ini kerana kita sebagai rakyat negara ini tidak terlepas daripada pembayaran balik pada masa depan, khususnya apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan selepas PRU13. Tanpa pelaksanaan GST untuk mengambil balik wang rakyat yang kini diberikan kepada rakyat selepas PRU13, bagaimana sebuah kerajaan yang berada dalam defisit 14 tahun berturut-turut dan hutang awam mencecah 53% dapat bertahan lama? Lebih malang lagi, demi RM500 yang cukup sedikit berbanding dengan RM250 juta yang dilembukan, kita terpaksa menanggung beban yang lebih besar selepas PRU 13.Apabila ditinjau dengan lebih lanjut, biarpun negara tidak berhadapan dengan krisis ekonomi, tamadun manusia memperlihatkan tuntutan masyarakat yang mahukan kemajuan. Konsep kebebasan dan keadilan menjadi penting dan cukup fundamental dalam konteks ini. Apabila dibicarakan isu hak asasi manusia, kita tidak memandang ringan keperluan pemeliharaan ketenteraan awam, tetapi konteksnya biar tidak tersimpang hanya kerana kita hendak membezakan diri daripada tamadun masyarakat yang lain.Dalam mana-mana tamadun, pemerintahnya cuba mengaburkan isu hak asasi manusia dan mengaitkannya dengan isu ketenteraman awam, padahal yang dipentingkan oleh pemerintah ialah soal kelangsungan kuasa yang diperolehinya. Meninjau balik Malaysia, ini kan parti yang berdepan dengan krisis kelangsungan hayat terbesar pasca 8 Mac 2008. Akan dilakukan segala yang kotor dan segala yang masih mampu mengaburkan mata rakyat terbanyak demi kelangsungan hayat, kuasa dan seterusnya mencari kesempatan melembukan wang rakyat untuk kepentingan diri.Pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Oon Jaafar pernah memimpin gerakan massa untuk menentang Malayan Union. Kini anak seorang Perdana Menteri yang juga seorang bangsawan cuba menutup ruang rakyat jelata berhimpun dan bersuara hanya kerana ketakutan. Takut kepada ulangan gerakan yang kita saksikan di Mesir atau BERSIH 3.0 maka dilembukan hak berhimpun dengan Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman 2011 yang kononnya untuk memelihara ketenteraman awam. Takut kerana dituduh bersekongkol dalam kes Fitnah II maka dimatikan kemungkinan gerakan Reformasi II dengan pendekatan preemptory yang tidak demokratik.Legasi gerakan Reformasi dapat diteliti dalam pelbagai dimensi. Tuntutan politik hanyalah sebahagian daripadanya. Apabila ditinjau kembali sejarah pembangunan Malaysia, pembangunan teknologi maklumat khususnya yang berkaitan dengan perkembangan Internet didorong kuat oleh gerakan Reformasi. Kalau perkembangan Internet di negara lain menyaksikan faktor ekonomi memainkan peranan utama, di bumi Malaysia, anehnya, faktor politik dan sosial yang mengangkat pembangunan masyarakat bermaklumat. Gerakan Reformasi telah menyumbang kepada perkembangan pesat Internet, sehingga hari ini, Malaysia berdiri teguh sebagai salah satu negara yang mempunyai bilangan pengguna Facebook yang paling ramai dengan perkembangan yang dinamik.Tetapi ketakutan menular dalam hati sanubari elit UMNO yang mendominasi Kerajaan Barisan Nasional (BN). Ini bukanlah UMNO yang Oon Jaafar kenali apabila beliau memimpin gerakan menentang Malayan Union. Ini UMNO yang mampu mengorbankan hak rakyat berhimpun dan bersuara dengan RUU Perhimpunan Aman dan RUU Lembaga Juru Komputer Profesional 2011 kerana ketakutan. Tidak cukup sekadar melembukan hak rakyat berhimpun, dikorbankan juga kebajikan rakyat terbanyak apabila pembangunan masyarakat bermaklumat dijadikan kepunyaan segelintir konglomerat sekali gus mematikan legasi gerakan Reformasi.Tidak apa gerakan yang membebaskan rakyat terbanyak daripada kekaburan dan kebutaan maklumat dimatikan. Yang penting kelangsungan hayat, kuasa dan kepentingan elit politik dan UMNO-putra dapat dipertahankan. Namanya juga indah: Kononnya UMNO demi ketenteraman awam! Kononnya UMNO demi maruah Melayu! Tetapi apa hakikatnya? Digadaikan maruah rakyat terbanyak, khususnya Melayu yang tergolong dalam kategori 60% berpendapatan rendah dan mahukan kemajuan termasuk pembelajaran Internet tanpa dikuasai golongan kepentingan golongan tertentu. Dengan wujudnya RUU Perhimpunan Aman yang menghalang gerakan yang bertentangan dengan kepentingan UMNO dan UMNO-putra, biarpun Melayu dilembukan peluang untuk mempelajari segala ilmu teknologi maklumat selaras dengan konsep merakyatkan ekonomi, jangan berharap untuk berhimpun demi kemajuan Melayu bermaruah! Kerana UMNO-putra mengekonomikan rakyat bukan merakyatkan ekonomi, sementara UMNO mewakili kepentingan UMNO-putra, bukan kepentingan Melayu bermaruah. Bukan juga semangat perjuangan UMNO yang asal.
*Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview.
http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=12543
--
Best regards,
Ooi Heng
Parliamentary Research Head
KEADILAN Parliamentary Research Unit
Office of the Leader of the Opposition
Level 14, Tower Block
Parliament of Malaysia
Kuala Lumpur.
Email: ooheng@hotmail.com
Save a tree. Don't print this e-mail unless it's really necessary.

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

SAAT SAYA MENGENALI ANWAR DAN KENAPA DIA PERLU DISOKONG - PART II

SAAT SAYA MENGENALI ANWAR,
DAN KENAPA DIA PERLU DI SOKONG – PART II.
(Saya akui tajuk ni saya ciplak dari sdr Zunar)

Saya Ahmad bin Kasim, kini Ahli Parlimen bagi Kawasan Kuala Kedah mewakili Parti Keadilan Rayat (Keadilan) mula mengenali DSAI sejak zaman menuntut di UPM sekitar tahun 80an. Oleh kerana latar belakang saya yang terlibat secara langsung dengan ABIM, maka nama DSAI telah menjadi sinonim dengan gerakan ini. Seingat saya tidak pernah terlepas kami membincangkan isu yang berkaitan dengan DSAI samada dalam usrah, tamrin atau perbincangan tertutup mahupun terbuka. Membicarakan isu DSAI adalah sebahagian daripada tarbiyah siasah yang menjadi model “political experiment” dalam kerajaan pada ketika itu.
Kadang-kadang serangan dari sahabat-sahabat Islam (khususnya PAS) ketika DSAI dalam kerajaan, menjadikan tekanan minda yang sangat sukar untuk dipertahankan segala pendirian atau tindakan beliau semasa dalam kerajaan. Biasanya orang-orang ABIM yang menjadi ‘punching beg’ oleh sahabat PAS. Namum kami cuba mencari jawapan-jawapan yang ‘significant’ atau nas-nas yang ada untuk mempertahankan beliau. Ada kalanya amat memenatkan, namun terus bersangka baik, dengan harapan ijtihad yang beliau buat menyertai kerajaan adalah betul.
Beberapa bulan sebelum peristiwa hitam September 98, ketika belum ada pokok yang bergoyang dari tiupan angin yang belum nampak dari arah mana datangnya. Saya menerima panggilan dari pimpinan kanan ABIM pusat supaya bersiap siaga kerana DSAI akan di tangkap di bawah ISA. Saya binggung, amat binggung, kusut pemikiran, kaku pergerakan, mana mungkin seorang yang berjawatan Timbalan Perdana Menteri akan di tangkap di bawah ISA. Saya diminta untuk memaklumkan pada Dato’ Ust Fadzil Noor (Presiden PAS) yang berada di Alor Setar dan pimpinan kanan ABIM Kedah. Ini arahan ABIM Pusat, suara itu mengarahkan saya. Demikian watak ABIM dalam isu berkaitan insan yang bernama Anwar bin Ibrahim.
Tanpa melengah masa, saya yang dalam perjalanan satu urusan membuat pusingan U, untuk bertemu dengan Ust Nia’mat Yusof bersama dengan seorang rakan pimpinan ABIM. Hanya air mata sahaja yang membasai pipi Ust Niamat selepas kami menyampaikan maklumat tersebut. Kunjungan ke rumah Ust Fadzil Noor tidak berhasil kerana ia berada di Kuala Lumpur. Plan tindakan seterusnya adalah menunggu ketibaan Ust Fadzil Noor di Lapangan Terbang Kepala Batas. Saya yang menjadi pemandu dan Ust Niamat Yusof dan Ust Fadzil Noor menjadi penumbang mulia saya pada malam itu. Perbincangan hanya dalam kereta, arahan Ust Fadzil Noor saya akur, hampir sejam saya hanya memutar-mutar kereta saya sekitar Bandar Alor Setar, sambil membincangkan maklumat yang di terima siang tadi. Saya nampak Ust Fadzil membisu terlalu lama, saya tidak tahu samada itu ‘stye’ dia, atau dia memikirkan sesuatu untuk memberikan reaksi pada kami berdua. Saya tak berani menyampok walau sepatah, apatah lagi kedua-dua mereka adalah guru yang sering membimbing saya secara langsung.
Akhrnya dia bersuara “ Mat kita kena siap sedia, Dr Mahathir pasti akan menangkap Anwar”,kenyataan itu menyebabkan sendi lutut saya semakin longgar. Saya mengharapkan jawapan yang positif dari Ust Fadzil supaya boleh melegakan perasaan saya namun beliau memberikan jawapan sejujurnya. Perbincangan kami sekitar watak Dr Mahathir dan watak Anwar. Pesan Ust Fadzil pada kami berdua, kita mesti pertahankan Anwar dengan apa cara sekali pun. Selepas itu saya hanya mendengar perbincangan tertutup di buat banyak kali dengan Ust Fadzil dan Anwar dihadiri ramai kenalan ABIM pusat.
Segala-galanya berubah, menjelang 1998, saat gemilang nama beliau yang gah dipersada dunia, menjadi Menteri Kewangan terbaik buat Malaysia diakui seantaro dunia , kemahuan untuk melakukan islah (perubahan) dalam pentadbiran kerajaan, pelbagai dasar-dasar yang pro Islam khususnya dalam sistem perbankkan, dan dasar serta program yang mesra rakyat, selangkah menuju puncak kuasa, namun ketentuan Allah swt mengatasi segalanya. Dia dipecat dari jawatan dan disingkirkan dari tampok kuasa dan parti secara sadis dan amat memilukan.
Kami menjadikan rangkaian ABIM untuk meneruskan perjuangan yang dirintis oleh DSAI. Hajat DSAI untuk mengempur kubu kuat Dr Mahathir di Kedah disampaikan melalui Sdr Saufudin Nasution kepada saya untuk mencari tempat samada di Baling atau Kubang Pasu. Selepas berkubu lama di rumah beliau di Damansara Utama. tidak ada siapa yang berani memberikan tempat pada Anwar pada ketika itu. Namun saya tekad DSAI mesti dibawa ke Kedah. Hanya Pondok Ust Niamat di Derang, Pokok Sena yang tidak ada kena mengena dengan kerajaan yang berani menawarkan premis buat beliau. Keputusan itu saya buat sendiri tanpa merujuk kepada Ust Niamat, kerana saya tahu Ust Niamat pasti akan setuju. Belum pernah saya mengendalikan majlis yang sebesar itu dalam sejarah umur saya. Kehadiran mencecah puluhan ribu orang dalam tempat yang sangat terhad.
Istiqamah memperjuangkan nasib DSAI oleh Ust Fadzil Noor pada saya amat luar biasa, walaupun pada saat awal beliau di kecam oleh pimpinan PAS di banyak peringkat, namun jawapan politik Ust Fadzil menyebabkan pandangan negatif pada Anwar Ibrahim berjaya di redakan, pada ketika itu. Saya tumpang bersyarah atas kapasiti sebagai Yang Dipertua ABIM Kedah , jawatan rasmi pada masa itu di pentas-pentas parti politik. Sifat ABIM yang ‘non-partisan’ sukar dibezakan bila bersyarah mengenai nasib rakyat dan apa yang menimpa DSAI.
Semasa DSAI dalam penjara, pelbagai versi yang kami terima, sumber-sumber dalaman dan luaran menyebabkan perjuangan kini semakin manis. Penjara bukan segala-galanya. DSAI mengajar kita untuk berjuang walau dari dalam tembok besi. Semasa beliau dalam penjara, sempat saya menghadiahkan sebuah buku yang telah saya khatam bacaannya ‘ Mencapai Maqam Siddiqun dan Rabbaniyyun’ oleh Sheikh Said Hawwa. Sebuah buku dari syarah kitab Hikam (Sheikh Ibnu Atil’llah As-Sakandari) yang saya tekuni membaca dan merasai kelazatan ilmunya. Saya hanya mampu menghantar pada DSAI yang berada di dalam penjara Sg. Buluh pada ketika itu dengan sedikit surat kiriman dari seorang adik kepada abangnya yang sedang menghadapi kesulitan di penjara. Hanya tawakal kepada Allah moga buku itu dapat sampai ketangan beliau.
Menghadiahkan buku itu adalah nazar saya, apabila saya habis membaca maka saya akan menghadiahkan kitab tersebut padanya. Alhamdulilllah, walaupun beliau tak mengenali saya dengan dekat, namun hajat dan hasrat saya termakbul juga akhirnya. Beliau membalas surat saya dengan mengungkapkan cacatan perjuangan bersama-sama rakan-rakan ABIM Kedah. Nama-nama Ust Niamat, Sheikh Azmi, Cikgu Ibrahim, Ust Azizan Hamid diungkapkan dengan sorotan perjuangan mesti diteruskan walau dimana kita ditempatkan.
Reformasi politik yang diketengahkan oleh Anwar sebelum beliau terhumban dalam penjara, digenggam kemas. Pilhanraya 1999 adalah cacatan manis apabila Ust Fadzil Noor Berjaya di bawa ke Parlimen sekaligus menjadi Ketua Pembangkang. Ramai pimpinan ABIM yang dihantar untuk bertanding atas tiket PAS termasuk Ust Nia’mat Yusof yang bertanding di DUN Tanjung Seri. Dato Sheikh Azmi Hj Ahmad bertanding di Parlimen Kulim Bandar Baharu atas tiket Parti Keadilan Nasional pada masa itu. Saya terlibat secara langsung dalam rundingan , mencadangkan nama-nama ABIM bersama pimpinan ABIM Pusat di rumah Ust Fadzil Noor.
Ketika penubuhan Parti Keadilan Nasional, oleh kerana Dato’ Sheikh Azmi menjadi pimpinan kanan di pusat dan Pengerusi Perhubungan Keadilan Kedah , selepas meletakkan jawatan 24 jam dari jawatan Ketua Hakim Syare’ Malaysia, kerana tidak setuju dengan pentadbiran Dr Mahathir memecat Anwar Ibrahim. Saya menjadi‘budak suruhan’ Sheikh Azmi. Beberapa penubuhan Bahagian Keadilan di Kedah , saya terlibat dengan aktif dan agresifnya. Meminta rakan-rakan ABIM memegang jawatan atau menganggotai Jawatankuasa penaja, atau menjadi ahli parti. Saya sendiri menjadi ahli di Bahagian Langkawi.
Tahun 2008, ketika DSAI akan memimpin pilihanraya yang beliau tidak boleh bertanding, beberapa nama sahabat, dan pimpinan ABIM di ketengahkan. Saya turut di pinang pada ketika itu, Namun jawatan saya dalam pertubuhan menyebabkan keputusan perlu dirujuk pada Majlis Syura Negeri. Walaupun telah ada rundingan yang telah berlaku dengan DSAI untuk bertanding pada ketika itu. Namun keputusan Majlis Syura Negeri menolak cadangan saya. Saya terpaksa membuat rayuan pada Pimpinan Pusat yang lebih atas (Macam mahkamah rayuan pula), Alhamdulillah permohonan saya diterima, Pimpinan pusat merestui hasrat saya dan akan memaklumkan pada pimpinan Kedah untuk membantu saya sedaya mungkin.
Kini setelah bergelar ahli parlimen dan ahli majlis pimpinan pusat parti, saya berkesempatan mendampingi DSAI secara lebih dekat. Masih banyak lagi yang perlu saya pelajari daripada beliau. Jauh pemikiran beliau dalam semua bab termasuk agama, politik, pentadbiran, kewangan, falsafah, siasah syare’yah, hubungan antarabangsa, bahasa, komunikasi, kebudayaan dan lain-lain. Menjadikan saya insan kerdil disisinya. Apa yang saya milik hanyalah kudrat tulang empat kerat bagi membantu beliau sedaya mungkin. Kita masih berhutang pada Anwar Ibrahim, demikian kata-kata Dato’ Dr Siddiq Fadhil pada satu majis anjuran ABIM. Pada saya menjadi ahli parlimen pun belum terbayar hutangnya yang telah mengagaskan perjuangan dan fikrah murni Islam yang sedang kita nikmati ini.
Berhadapan dengan kes fitnah liwat siri I dan II, serta fitnah jahat video sex, sedikitpun tidak menggugat kepercayaan, penghormatan saya pada DSAI. Saya amat yakin berdasarkan tarbiyyah dalam perjuangan ABIM yang di asaskan oleh beliau bersama rakan-rakan pimpinan, bahawa hakikat perjuangan mesti menempuh mehnah, ujian dan cubaan. Kitab Ust Mustaffa Mashyur mengenai ‘Tribulasi Perjuangan’ yang dijadikan teks usrah dahulu masih relevan kini. Allah swt akan menempatkan kita pada posisi yang sesuai dengan tahap keimanan kita kepada Allah swt. Prinsip agama yang saya pegang menolak bulat-bulat fitnah jahat pada beliau.
Pada Allah juga saya berserah, padaNya juga saya mohon kekuatan, ketabahan, kesabaran untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku pada 9 Januari 2012 nanti. Di hadapan kita ada bahtera negara Malaysia yang perlu dikemudi dengan keperibadian unggul, pemikiran tinggi, akhlaq yang terpuji, kegigihan usaha, keyakinan diri dan memiliki integriti serta sejumlah ciri-ciri kepimpinan yang tiada tolok bandingnya untuk membawa Malaysia kemercu kejayaan. Siapa lagi yang perlu kita sokong dan kita tolong, kalau bukan insan itu bernama Anwar bin Ibrahim.

Catatan sanubari :
Ahmad bin Kasim,
(Ahli Parlimen Kuala Kedah).
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

KEADILAN : MANSUH, BUKAN PINDA AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI

KENYATAAN MEDIA
16 Disember 2011

KEADILAN: MANSUH, BUKAN PINDA AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI

Keputusan Mahkamah Rayuan November lalu bahawa AUKU bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan merupakan satu keputusan yang benar-benar bersejarah.
Di dalam responsnya, Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan bahawa Seksyen 15 AUKU akan dipinda untuk membenarkan mahasiswa aktif di dalam parti politik. Namun di dalam ucapan yang sama, PM mengumumkan politik tetap akan diharamkan daripada kampus.
Malangnya cadangan pindaan AUKU ini nampaknya sama seperti kegagalan agenda transformasi Najib selama ini seperti yang kita lihat di dalam reformasi ISA dan Akta Perhimpunan Aman – pengumuman yang Nampak berani pada mulanya tetapi apabila diteliti secara dekat Nampak berani tetapi sebenarnya meneruskan dasar-dasar lapuk yang sedia ada.
Kita lihat sahaja kekeliruan respons terhadap isu ini sendiri oleh anggota kabinet Najib sendiri serta pentadbir-pentadbir university yang berakhir dengan penangkapan 15 mahasiswa daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia yang mengadakan flash mob di KL Sentral bagi membantah AUKU.
KEADILAN telah dijemput untuk turut serta di dalam Sidang Meja Bulat mengenai pindaan AUKU yang dianjurkan oleh Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri II Pengajian Tinggi. Kami akan diwakili oleh Nik Nazmi Nik Ahmad dan input kami akan berasaskan pendirian berikut.
Seksyen 15 sebenarnya hanya merangkumi kebebasan berpersatuan mahasiswa.
Tetapi, seksyen-seksyen lain yang sebenarnya:
a) membolehkan pemusatan kuasa pentadbiran universiti di Malaysia, termasuk perlantikan naib-naib canselor oleh Menteri;
b) mengadakan prosedur disiplin yang tidak adil bagi kesalahan-kesalahan di bawah AUKU;
c) menyekat kuasa Majlis Perwakilan Pelajar.
Kebebasan akademik sudah mati selama empat puluh tahun di Malaysia. Hanya dengan memansuhkan AUKU, budaya ketakutan yang sudah berakar umbi di universiti-universiti negara kita dapat diatasi.
PM mesti menunjukkan keazaman politik jika beliau benar-benar serius tentang kebebasan dan kecemerlangan akademik dengan memansuhkan AUKU keselurhannya dan memperkenalkan undang-undang baru yang menjamin otonomi universiti, pensyarah dan mahasiswa.
Pada masa yang sama, kami mahukan negeri-negeri Pakatan yang menguasai universiti dan kolej tertentu untuk menunjukkan komitmen yang lebih mendalam kepada kebebasan akademik. Mahasiswa kritikal di dalam cara Kerajaan Negeri Kedah menghadapi isu Kolej Universiti Insaniah dan bagaimana Kerajaan Negeri Selangor tidak mengambil tindakan terhadap cadangan menjadikan Universiti Selangor sebagai institusi bebas-AUKU dari segi semangatnya.
Komitmen kita untuk memansuhkan AUKU dan mengembalikan kebebasan akademik sudah wujud sekian lama dan tekandung di dalam Buku Jingga. Kita harus berbuat demikian di negeri-negeri Pakatan dan terus mendesak perkara yang sama daripada pentadbiran Najib sehingga universiti-universiti kita benar-benar bebas dan menjadi simbol kecemerlangan seperti suatu ketika dahulu.

NURUL IZZAH ANWAR (NAIB PRESIDEN)
SHAMSUL ISKANDAR MD AKIN (KETUA ANGKATAN MUDA)
NIK NAZMI NIK AHMAD (PENGARAH KOMUNIKASI)

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Friday, October 14, 2011

(4) Facebook

(4) Facebook

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Tuesday, July 26, 2011

TVS NEWS

TVS NEWS
Tindakan kerajaan Malaysia menaikkan kadar faedah untuk mengawal masalah inflasi bakal memberi kesan kepada rakyat terutama golongan muda yang berkeluarga.
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Tuesday, July 5, 2011

Iktibar Kepemimpinan Tulen Untuk Najib

Malaysiakini
Oleh Wira Arjuna
Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai BERSIH 2.0 memperlihatkan ketokohan dan kepemimpinan yang didahagakan oleh rakyat sekian lama.
Kematangan Seri Paduka Baginda dalam menyampaikan pendirian berhubung perhimpunan aman itu sekaligus mendinginkan hati rakyat dan menyejukkan keadaan yang semakin panas akibat kenyataan-kenyataan Perdana Menteri dan tangkapan-tangkapan polis terhadap penyokong BERSIH 2.0.
Dalam kenyataan yang ringkas tetapi padat, Tuanku Mizan menintahkan supaya adalah lebih elok perhimpunan BERSIH 2.0 dibatalkan kerana ia membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan, walaupun niatnya baik.
Pada masa sama, Seri Paduka Baginda mengingati Najib dan kerajaan pimpinan beliau terhadap keperluan menggalas amanah yang diberikan oleh rakyat secara adil dan bertanggungjawab.
Titah baginda: “Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasanpun.
“Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu “Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran”.
“Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik”.
Tersasar hayati ucapan
Walaupun media arus perdana menganggap titah Tuanku sebagai tamparan kepada penganjur perhimpunan BERSIH, mereka tersasar dalam menghayati semangat ucapan Seri Paduka Baginda.
Apa yang dinyatakan oleh Baginda amat jelas: biarlah segala permasalahan diselesaikan menerusi dialog dan rundingan yang telus dan adil supaya ia tidak mencetuskan sesuatu keadaan yang tidak diingini.
Sayugia diingati BERSIH telah berunding dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk lebih setahun sebelum memutuskan untuk menganjur perhimpunan aman pada Sabtu ini.
Namun SPR tidak melayan rungutan-rungutan 62 Pertubuhan Bukan Kerajaan yang bergabung di bawah naungan BERSIH.Justeru, masalah seperti puluhan pengundi berlainan kaum berdaftar menggunakan alamat sama, pengundi biasa ditukar menjadi pengundi pos tanpa pengetahuan mereka hanya secebis daripada kepincangan yang dikesan dalam daftar SPR.
Apabila rundingan antara SPR dan BERSIH gagal, sepatutnya Perdana Menteri sendiri harus mengambil iktibar untuk memberikan perhatian kepada rungutan-rungutan yang dibawa oleh BERSIH.
Namun ini tidak dilakukan. Perdana Menteri sebaliknya menfitnah pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga sebagai musuh Islam semata-mata kerana menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang peguam dalam kes murtad Lina Joy.
Mencetuskan ketegangan
PERKASA dan Pemuda Umno digerakkan untuk menganjur perarakan bagi menandingi perhimpunan BERSIH hanya untuk mencetuskan ketegangan.
Masjid-masjid di Kuala Lumpur dan Putrajaya pula diwajib membaca khutbah Jumaat yang melabelkan penganjur BERSIH sebagai pelampau yang sanggup mencederakan anggota pasukan keselamatan.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam pula mendakwa beliau tidak dapat mengawal pesilat pertubuhan kebangsaan yang dipimpinnya daripada bertindak keras terhadap peserta BERSIH 2.0.
Rasanya tidak perlu mengulas mengenai kenyataan-kenyataan Ibrahim Ali atau dalang-dalang yang melancarkan demostrasi jalanan di Pulau Pinang atau yang membuat laporan polis terhadap BERSIH 2.0.
Pada masa sama, polis turut dikerah untuk menangkap beramai-ramai sesiapa sahaja yang memakai baju berlogo BERSIH. Lebih 200 orang ditahan dan pejabat seketariat BERSIH diserbu dan ratusan baju T dirampas.
Pemimpin-pemimpin pembangkang yang menyokong gerakan BERSIH disoalsiasat di bawah Akta Polis dan Akta Hasutan. Enam orang termasuk ahli parlimen Sungei Siput Dr D Jayakumar ditahan di bawah Ordinan Darurat yang menetapkan penahanan tanpa perbicaraan.
Rakyat terima padah
Tanpa menunggu hasil siasatan, Jeyakumar dan rakan-rakannya dituduh oleh polis sebagai cuba menghidupkan fahaman komunis menerusi BERSIH.
Siapakah yang harus bertanggungjawab kerana menimbulkan ketegangan ini?
Apakah yang dilakukan oleh BERSIH sehingga mengundang tohmahan dan tindakan polis sebegitu?
Adakah BERSIH melancarkan walaupun satu perhimpunan yang menggunakan kekerasan atau memusnahkan harta benda sebagai tindak balas? Tidak. Namun mereka yang menyokong gerakan itu menerima padah kerana terpalit dengan tohmahan yang direkayasa.
Ketika Malaysia memerlukan kebijaksanaan, kematangan dan kepemimpinan untuk menangani tuntutan-tuntutan yang dibawa oleh BERSIH, Perdana Menteri memilih untuk menggalakkan budaya samseng dalam cubaan terdesak untuk menakut-nakutkan pendokong BERSIH 2,0.
Fitnah disebarkan menerusi khutbah Jumaat dan media arus perdana. Ugutan demi ugutan dibuat oleh persatuan pesilat dan “patriot-patriot” lain dengan restu Perdana Menteri dan Menteri Umno yang lain.
Amat sukar untuk meneka kenapa Najib tidak memilih untuk berdialog dengan penganjur BERSIH 2.0 tetapi bertindak untuk melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap mereka dengan menggunakan institusi media, polis dan masjid.
Aktivis tersohor
Jika beliau begitu bingkas berdialog dengan pemimpin-pemimpin Kristian tidak lama dahulu untuk meredakan kemarahan penganut agama berkenaan bersabit fitnah penubuhan negara Kristian, kenapa pula Perdana Menteri menjauhkan diri daripada penganjur BERSIH 2.0?
Harus diingati, BERSIH 2.0 bukan merangkumi Pertubuhan Bukan Kerajaan sembarangan. Ia dibarisi oleh aktivis-aktivis tersohor yang sudah lama bergiat menyuburkan proses demokrasi di negara ini dan memerangi rasuah serta mendokong keadilan.
Selain daripada bekas Presiden Majlis Peguam S Ambiga, nama-nama seperti Maria Chin Abdullah, Marina Mahathir dan Zaid Kamaruddin harus meyakinkan kita akan keikhlasan gabungan ini mahukan sebuah pilihanraya bebas dan adil demi manfaat rakyat.
Nama-nama ini juga tentunya memberi keyakinan bahawa mereka bukan golongan yang sanggup bergerak di bawah telunjuk mana-mana pihak, khususnya pembangkang.
Sayang, Najib kehilangan peluang keemasan untuk memperlihatkan kepemimpinan pada saat yang amat diperlukan.
Beliau berpeluang untuk meredakan keadaan, dan mengajak BERSIH 2.0 untuk berdialog secara ikhlas dengannya.
Tawaran jengkel
Namun beliau memilih jalan mudah untuk “melepaskan” segala aparatus kerajaan bagi menanam hasad dengki rakyat terhadap Bersih 2.0 dan menzalimi penyokong tertentu gabungan itu.
Rakyat hanya menarik nafas lega apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tampil untuk mengemudi jalan keluar daripada sebuah keadaan yang semakin gawat dengan pancaroba dan bahaya.
“Berdialog secara ikhlas dan elakkan tindakan yang boleh merugikan negara,” itu antara teras titah Tuanku Mizan.
Apa pula jawapan Najib kepada titah diRaja itu:
“Kumpullah di stadium, berpekiklah sampai tak larat… buatlah, tidak menjadi masalah”
Kenyataan itu yang dibuat di depan pegawai-pegawai kerajaan semalam adalah tawaran yang menjengkelkan kepada penganjur BERSIH 2.0. Ia juga menyerlahkan kualiti kepemimpinan Perdana Menteri Malaysia keenam Datuk Seri Najib Razak.


Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Sunday, June 26, 2011

'Larangan polis tak sah, langgar perlembagaan'

'Larangan polis tak sah, langgar perlembagaan'
("Hazlan Zakaria")
Hazlan ZakariaJun 25, 111:23pm

Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat tindakan pihak polis malarang perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan bukan sahaya tidak sah, malah melanggar perlembagaan."Mereka bertindak secara tidak sah apabila secara umum memaklumkan tidak akan mengeluarkan permit. "Sebagai pihak berkuasa awam, mereka hanya boleh membuat keputusan apabila permohonan dibuat," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu kepada Malaysiakini.Abdul Aziz (kanan) menjelaskan, bawah perlembagaan, polis perlu menimbangkan setiap permohonan permit dan tidak patut membuat sebarang pertimbangan tidak wajar.Beliau berhujah, polis membuat penghakiman awal berhubung perkara itu dan sekali gus menentang undang-undang. Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan.Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Perskutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin."Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya," kata pensyarah undang-undang itu.
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Umno BN sangat bimbang 8 tuntutan Bersih

Umno BN sangat bimbang 8 tuntutan Bersih

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Ben Kingsley juga 100% mirip Gandhi

Ben Kingsley juga 100% mirip Gandhi

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Pendakwaan trio Umno satu konspirasi?

Pendakwaan trio Umno satu konspirasi?

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Wednesday, June 22, 2011

Tuesday, June 21, 2011

Perbahasan Belanjawan Tambahan Pertama 2011 Oleh Yb Ketua Pembangkang

Perbahasan Belanjawan Tambahan Pertama 2011
Oleh Ketua Pembangkang

PENDAHULUAN
1. Belanjawan Tambahan ini mewakili suatu peningkatan sejumlah 8.2% daripada belanjawan asal 2011 sebanyak RM162.8 billion. Perbelanjaan tambahan RM13.2 billion ini digunakan selepas hanya tiga bulan pusingan belanjawan tahun ini selesai. Tidak mustahil menjelang akhir tahun ini peningkatan mungkin mencecah 15%. Ini menimbulkan suatu tanda tanya berhubung keupayaan kerajaan untuk merangka belanjawan negara, yakni salah satu tugas asas mengurus ekonomi negara selain memunculkan persoalan terhadap keupayaan mereka untuk membuat unjuran, penjelasan atau bertanggungjawab dan mengurus perbelanjaan yang telah diluluskan dalam Dewan Yang Mulia ini.

2. Sesebuah kerajaan bertanggungjawab terhadap rakyatnya dan wakil yang dipilih mereka manakala urusan berkaitan perbelanjaan wang rakyat itu mestilah diurus serta ditadbir dengan cekap dan baik kerana itulah ciri ciri sebuah kerajaan yang berwibawa serta demokratik.



3. Hutang negara kian meningkat(peratusan hutang negara dari Keluaran Dalam Negara Kasar ialah pada kadar 54%), Malaysia tidak boleh mengambil risiko kehilangan keyakinan dan kepercayaan para pelabur, terutamanya yang melabur dalam bon kerajaan.

4. Saya khuatir kegagalan untuk membuat suatu unjuran yang tepat, tidak berupaya untuk menjelaskan perbelanjaan belanjawan dan lemah mengurus ekonomi sekiranya dibiarkan akan mengheret negara berhadapan dengan keadaan sukar. Kita perlu mengambil iktibar dari kegagalan negara akibat kecuaian pengurusan malah juga memutarbelitkan angka petunjuk ekonomi seperti mana berlaku di Greece.

5. Peningkatan perbelanjaan belanjawan berlaku akibat dari tindak balas pergerakan harga komoditi yang buruk. Namun yang dimusykilkan adalah peningkatan sebanyak 5% emolumen sedangkan ianya sepatutnya mudah untuk diunjurkan. Apakah muslihat meninggalkan peruntukan emolumen yang wajib dimasukkan.

6. Sejumlah RM1.009 bilion diperuntukkan bagi menampung kekurangan emolumen pada tahun 2011 untuk Pegawai Perubatan pelbagai gred dan skim. Begitu juga RM1.3 bilion bagi menampung pembayaran emolumen kakitangan awam di bawah Kementerian Pelajaran yang meningkat berpunca daripada pengisian jawatan, pembayaran gaji ’time-based’ untuk guru serta kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma.

SUBSIDI
7. Belanjawan tambahan ini melibatkan pembayaran subsidi barangan petroleum sebanyak RM5.6 billion dan RM150 juta untuk pembayaran subsidi bagi pengecualian bil elektrik bulanan bagi pengguna RM20 dan ke bawah untuk 2011. Jumlah belanjawan tambahan untuk subsidi kepada rakyat ialah RM5.75 billion.

8. Saya sentuh mengenai subsidi ini kerana menurut laporan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, daripada Januari hingga Oktober 2011, subsidi untuk petrol, diesel dan Liquid Petroleum Gas, dianggarkan RM7.4 billion. Subsidi untuk gula pula dianggarkan RM800 juta setahun.

9. Tetapi subsidi gas untuk IPP, dianggarkan sehingga RM20 billion untuk 2010 dan RM22 billion untuk 2011. Sekiranya subsidi untuk IPP ini dikurangkan atau dihapuskan, sudah tentu belanjawan tambahan RM13 billion ini tidak diperlukan sama sekali.

10.Manakala diakui kegelisahan rakyat dan kontroversi bersabit isu IPP. Makasewajarnya didedahkan kepada rakyat seluruh fakta, kaedah, perjanjian agar dinilai secara telus dan terbuka

11. TNB yang merupakan PEMBELI terpaksa menghenti operasi mereka untuk memberi laluan kepada PEMBEKAL iaitu IPP menjana letrik pada kadar kapasiti penuh termasuk kadar rezab kelebihan 40% yang dikira tidak munasabah dan membebankan TNB serta rakyat. Ini bermakna TNB terpaksa menanggong kerugian menutup operasi atau mengurang penjanaan letrik yang jauh lebih murah dan terpaksa membeli daripada IPP yang jauh lebih mahal. Kerugian yang ditanggong oleh TNB ini juga merupakan subsidi yang dinikmati oleh IPP.

12.Saya pohon kerajaan menngguhkan kenaikkan tarif letrik dan mengkaji segera perjanjian konsesi IPP yang bukan sahaja merugikan TNB dan kerajaan tetapi juga rakyat keseluruhannya. Pendirian kerajaan untuk mempertahankna kepentingan syarikat2 konsesi ini turut disanggah oleh Bekas KSU Perbendaharaan, Bekas Ketua Eksekutif Petronas dan bekas Ketua Eksekutif TNB

13.Former Tenaga Nasional Berhad (TNB) chief executive Tan Sri Ani Arope is blaming the Economic Planning Unit (EPU) for rising electricity tariffs, saying the powerful agency forced the national power company to sign lopsided purchase deals nearly 20 years ago.
Ani said EPU, which he sarcastically dubbed "Economic Plundering Unit", forced Tenaga to buy electricity from an independent power producer (IPP), believed to be Genting Sanyen, at 14 sen per kilowatt hour (kWh) despite an existing offer of 12 sen/kWh then; other IPPs then were charging 16 sen/kWh.
Genting Sanyen became the first IPP to transfer 15 million watts (MW) in electricity to TNB’s national grid on April 15 and is scheduled to complete a RM1.8 billion upgrade on its existing gas-fired plant with a capacity for 720 MW by June next year.
“You don’t need to go to a fanciful business school to figure out why we need a tariff hike — just revisit the terms given to some IPPs,” Ani, who helmed the utility company between 1990 and 1996, said in his last Facebook posting three days ago.
“With the take-or-pay clause and with the 40 per cent excess reserve that we have today, one only has to produce half of one’s capacity and be paid 80 per cent of the agreed capacity. Well done the then-EPU — Economic Plundering Unit,” he added, mocking the economic unit under the Prime Minister’s Department.

14. Kenaikan tarif letrik bukan sahaja melibatkan kenaikan bil penggunaan tetapi juga melibatkan kenaikan kos pengeluaran barangan pengguna. Begitu juga dengan kenaikan harga diesel akibat penarikan subsidi baru-baru ini. Keduanya merupakan nadi pengeluaran dan pengedaran barangan pengguna. Kenaikan kedua kos ini akan menaikkan harga barangan pengguna yang membebankan rakyat dan mengurangkan “competitiveness” barangan keluaran Negara.

15. Mengikut laporan UNDP terbaru harga barangan pengguna di Malaysia sudah meningkat lebih daripada 30% tetapi gaji masih ditahap lama atau meningkat tak sampai 10% . Kerajaan cuba manipulasi kadar inflasi yang rendah dengan mengawal harga barangan “basket goods” atau “bakul barangan” yang dibuat kiraan untuk kadar inflasi. Hakikatnya banyak barangan “basket goods” tidak relevan lagi dan banyak barangan kegunaan harian yang tidak termasuk dalam bakul barangan dan perkhidmatan melambung begitu tinggi.

16. Kerajaan boleh mengekalkan harga petrol dan harga gula sekiranya subsidi untuk korporat baik atas nama subsidi, tax holiday, pampasan, “cost overrun”, “variation order” yang berlipat kali ganda dari kontrak asal dan sebagainya diimbangkan dan diagih untuk barangan pengguna.

1 MALAYSIA DEVELOPMENT BERHAD
17. Saya ingin menyentuh berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dilaporkan telah mengeluarkan bon berjumlah RM5 billion dan akan mengeluarkan RM10 billion lagi hingga tahun 2013, menjadikan keseluruhan bon yang akan dikeluarkan bernilai RM15 billion.

18.Perdana Menteri telah mengumumkan 1MDB mencatat keuntungan RM425 juta pada tahun pertama operasinya yang berakhir 31 Mac 2010 tanpa memberi sebarang butiran bagaimana keuntungan ini diperolehi.

19.Bila disemak penyata kewangan 6 bulan pertama 1MDB hingga 30 September 2010 menunjukkan 1MDB mengalami kerugian sebanyak RM158.3 juta dan kos operasinya untuk 6 bulan mencecah RM20.5 juta.

20.Pengumuman keuntungan 1MBD oleh PM amat disangsikan kerana bila saya amati penyata kewangannya menunjukkan keuntungan yang diperolehi bukan hasil pelaburan atau operasi perniagaan sebenar tetapi melalui “paper shuffling”.

21.1MDB memperolehi keuntungan sebanyak RM615 juta hasil jualan balik pelaburan yang dibuat tidak sampai 5 bulan. Pelaburan ini melibatkan usahasama dengan PetroSaudi International Limited dikenali sebagai 1MDB PetroSaudi Limited dengan pelaburan berjumlah RM3.5 billion yang dibayar secara tunai. 1MDB menjual semula pelaburannya dalam 1MDB PetroSaudi Limited kepada PetroSaudi International Limited dengan harga RM4.1 billion menyebabkan 1MDB memperolehi keuntungan sebanyak RM615 juta. Transaksi penjualan pelaburan ini dibuat pada 31 Mac 2010 iaitu hari akhir akaun tahunan 2010 1MDB ditutup.

22.Bayaran pelaburan yang dibuat oleh 1MDB sebanyak RM3.5 billion kepada PetroSaudi International Limited secara tunai. Walaubagaimana pun bayaran oleh PetroSaudi International Limited kepada 1MDB atas pembelian balik pelaburan yang dibuat oleh 1MDB dengan harga RM4.1 billion secara ansuran selama 11 tahun. Ini bermakna bayaran akan langsai hanya pada 31 Mac 2023.

23.Saya mahu PM jelaskan samaada bayaran RM4.1 billion ini dibuat secara ansuran untuk 11 tahun atau bayaran yang ditangguhkan untuk 11 tahun atau dalam bentuk lain seperti “loan stock”, “convertible loan stock” atau kaedah lain yang diberikan kepada PetroSaudi International Limited.

24.Persoalannya apa jaminan 1MDB akan memperolehi semula wang tunai RM3.5 billion yang dilaburkan dalam usahasama 1MDB PetroSaudi Limited bersama keuntungan RM615 juta hasil jualan balik pelaburan tersebut kepada PetroSaudi International Limited dengan harga RM4.1 billion.

25.Menurut laporan odit yang dibuat oleh KPMG keatas akaun 1MDB yang berakhir 31 Mac 2010 –
“The Group and the Company held notes receivable amounting to RM4,139,125,000 as at 31 March 2010. A valuation was performed by an independent financial advisory firm to support the assessment of the appropriateness of the carrying value of the notes receivable as at 31 March 2010. This valuation was carried out based on certain sets of assumptions. It should be noted that these assumptions are critical to the result of the assessment. The notes receivable are backed by a corporate guarantee issued by the ultimate holding company of 1MDB PetroSaudi Limited, PetroSaudi International Limited PSI). Management believes that PSI is in good financial standing and has the ability to meet all obligations required as documented in the Corporate Guarantee Agreement”.

26.Kenyataan juruodit KPMG ini jelas menunjukkan hanya pihak pengurusan 1MDB sahaja yang mengesahkan bahawa PetroSaudi International Limited mempunyai kedudukan kewangan yang baik sedangkan KPMG sendiri tidak dapat memberi kepastian kedudukan sebenar kewangan PetroSaudi International Limited dan samaada hutang RM4.1 billion yang tertunggak dapat diperolehi dari mereka.

27.Syarikat PetroSaudi dan syarikat-syarikat sekutunya pula diperbadankan di Cayman Islands dan British Virgin Islands. Maka segala maklumat kedudukan kewangan dan transaksi syarikat mereka akan terselindung dari pengetahuan umum.

28.Saya percaya 1MDB PetroSaudi Limited dan PetroSaudi International Limited bukan Syarikat operasi minyak sebenar atau Syarikat yang dimiliki oleh individu atau organisasi atau kerajaan dari Arab Saudi. Ia merupakan saluran untuk menggelap wang pinjaman melalui pengeluaran bon 1MDB yang dijamin oleh kerajaan untuk kegunaan pihak tertentu samaada organisasi politik, syarikat, kumpulan atau individu tertentu.

29.Oleh kerana pengeluaran bon oleh 1MDB dijamin oleh kerajaan dan wang tunai sebanyak RM3.5 billion telah dilaburkan dalam 1MDB PetroSaudi Limited dan bayaran jualan balik pelaburan sebanyak RM4.1 billion dibuat secara ansuran selama 11 tahun daripada PetroSaudi International Limited, maka saya pohon kerajaan membentangkan penyata kewangan 1MDB PetroSaudi Limited dan PetroSaudi International Limited dalam Dewan ini.

30.Saya percaya kerajaan dan 1MDB berupaya memperolehi semua maklumat ini kerana bagaimana mereka dapat membuat keputusan melabur secara tunai RM3.5 billion dalam 1MDB PetroSaudi tanpa menilai kedudukan kewangan mereka? Dan bagaimana pula kerajaan boleh memberi jaminan atas penerbitan bon 1MDB tanpa rujukan kepada penyataan kewangan dalam syarikat mereka melabur?

31.Saya pohon juga Jawatankuasa Odit Parlimen dan Jabatan Odit Negara mengambil langkah segera menyiasat transaksi kewangan 1MDB.

32.Kerajaan juga diminta membeku segala jaminan dan usaha penerbitan bon yang dicadangkan oleh 1MDB sehingga siasatan menyeluruh dijalankan terhadap perolehan dan transaksi 1MDB.

33.Kerajaan juga digesa menahan serta menarik balik pada kadar segera segala jaminan yang dikeluarkan kepada 1MDB.

34.Saya bimbang berlaku penipuan secara besar-besaran dalam penggunaan wang hasil penerbitan bon oleh 1MDB yang dijamin oleh kerajaan yang boleh menyebabkan kerajaan kerugian berbillion ringgit sepertimana berlaku dalam skandal PKFZ.

Amanah Raya Berhad

1. Saya ingin juga membangkitkan kedudukan pentadbiran harta pusaka yang diuruskan oleh Amanah Raya Bhd. Ini kerana ia melibatkan 309,696 unit wasiat dan jumlah tabung amanah yang diuruskan bernilai lebih daripada RM250 billion mengikut laporan tahunan Amanah Raya Berhad 2009.

2.Amanah Raya Berhad dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pemegang Amanah Raya dan Pegawai Pentadbir Pusaka telah ditubuhkan sejak tahun 1921 dan dikorporatkan pada 1 Ogos 1995 di bawah Akta Syarikat 1965. Amanah Raya adalah syarikat milik penuh Kerajaan dengan pegangan saham oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan).

3.Saya dimaklumkan dengan bukti nyata bahawa Amanah Raya tidak lagi membayar dividend kepada wang pesaka yang dipegang dan dilaburkan oleh Amanah Raya Berhad sejak dua tiga tahun kebelakangan ini yang selama ini diberi agak kompetitif. Malah segala dividend yang diperolehi dipotong sebagai “Acceptance Fees”.

4.Dari apa yang saya faham Amanah Raya Berhad dikorporatkan pada 1995 adalah dengan tujuan untuk melabur wang pesaka yang terbeku samaada di Pejabat Pesaka atau Mahkamah Tinggi untuk memberi faedah hasil pelaburannya kepada pewaris-pewaris sementara menunggu penyelesaian pembahagian harta pesaka.

5. Bukti:
i.Pada 9 Jun 2011 seorang hamba Allah menerima 2 keping cek bernilai RM466,961.00 dan RM314,400.00 dari Amanah Raya Berhad. Cek pertama yang bernilai RM466,961.00 adalah hasil wang pampasan tanah arwah bapa beliau yang diserahkan oleh Pejabat Tanah Kuala Terengganu kepada Amanah Raya pada 1 Julai 2008. Daripada penyata yang beliau terima dividend yang diagihkan untuk bulan Ogos, September, Oktober, November dan Disember 2008 berjumlah RM6813.39 atau purata RM1362.00 sebulan. Semua dividend ini walaubagaimana pun dipotong sebagai “Acceptance Fees”.

ii.Tidak ada langsung rekod pengagihan dividend untuk tahun 2009, 2010 dan sehingga Jun 2011 sedangkan dalam Laporan Tahunan Amanah Raya Berhad 2009 dividend sebanyak RM1.8 juta diagihkan. Berdasarkan purata dividend RM1632.00 sebulan bermakna hamba Allah ini sepatutnya menikmati dividend lebih daripada RM54,000.00 sehingga akhir Mei 2011, iaitu jumlah yang agak besar untuk orang kampong.

iii.Cek kedua pula bernilai RM314,400.00 juga merupakan hasil pampasan tanah yang diserahkan oleh Pejabat Tanah Kuala Terengganu kepada Amanah Raya pada 18 Ogos 2010. Penyata menunjukkan hanya dividend untuk bulan September dan Oktober 2010 berjumlah RM1440.00 atau purata RM720.00 sebulan diagihkan. Sekali lagi semua dividend berjumlah RM1440.00 ini dipotong sebagai “Acceptance Fees”. Tidak ada rekod langsung pengagihan dividend untuk bulan November, Disember 2010 dan Januari hingga Jun 2011. Berdasarkan purata RM720.00 sebulan sepatutnya beliau menerima dividend sebanyak RM6,480.00 hasil pampasan yang diuruskan oleh Amanah Raya ini.

iv.Kes yang saya ungkitkan ini bertentangan dengan “Mission Statement” Amanah Raya Berhad yang diantaranya:

1) To ensure efficiency and profitability at par with other private trust companies.
2) To ensure the highest standards of services to all our customers.

v.Persoalannya kemana perginya dividend yang sepatutnya diagihkan kepada pewaris-pewaris simati yang wajar dinikmati hasil pelaburan Amanah Raya ini? Bagaimana pula prestasi pelaburan wang amanah yang diuruskan oleh Amanah Raya Berhad kerana ia melibatkan lebih daripada 309,000 unit wasiat dan wang amanah lebih daripada RM250 billion? Bayangkan jumlah dividend yang tidak diagihkan kepada pewaris-pewaris simati. Dengan penarikan subsidi kepada rakyat adakah kerjaan juga menggunakan wang dividend pewaris-pewaris simati untuk pengurusan kewangannya?

NATIONAL KEY RESULTS AREA (NKRA) DAN ECONOMICS TRASFORMATION PLAN (ETP)

1. Pada 14 Jun 2011 akhbar The STAR melaporkan pelaburan telah mencatat RM170 billion. Saya difahamkan pelaburan yang diwar-warkan ini hasil daripada sesi “brainstorming” yang dikelolakan oleh Ethos Consulting dengan peserta ETP di Akademi MAS, Kelana Jaya dan bukannya pelaburan konkrit.

2.Pelaksanaan polisi ETP membimbangkan kerana banyak cadangan yang diusulkan sebenarnya tidak viable tetapi akan digunakan untuk memaksa GLC melaksanakan kerjasama dengan syarikat-syarikat yang sedang melobi di peringkat atasan.

3.Sebagai contoh saya difahamkan Felda telah disaran untuk bekerjasama dengan sebuah syarikat Singapura, Premium Renewable Energy (PRE) melalui anak syarikatnya di Malaysia melabur dalam projek bioteknologi untuk memproses pelepah kelapa sawit kepada tenaga letrik dan menjual kepada TNB pada kadar 32 sen sekilowatt. Projek ini menelan belanja ratusan juta ringgit sedangkan kos TNB menjana letrik hanya 6 sen sekilowat. Sekiranya projek sebegini dilaksanakan sekali lagi TNB akan dibebankan kos pembelian letrik yang tinggi dan akhirnya dibebankan kepada rakyat sebagai pengguna.

4.Keupayaan Ethos Consulting merangka polisi ETP amat disangsikan. Beberapa polisi yang dicadangkan tidak memberangkan. Sebagai contoh National Auto Policy (NAP) yang banyak mendapat kritikan. Sebagai konsultan kepada Felda Global Venture Sdn Bhd dalam pelaburan luar Negara yang mengalami kerugian besar mencecah RM500 juta.

5.Saya juga difahamkan Ethos Capital juga cuba mendapat dana dari KWSP untuk diuruskan. Saya menaruh kebimbangan sekiranya ini berlaku wang KWSP juga akan mengalami nasib yang sama seperti Felda Global Venture.


Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Thursday, June 16, 2011

Khutbah Jumaat tiada motif politik, kata mufti S'gor

Khutbah Jumaat tiada motif politik, kata mufti S'gor
Jun 15, 11 7:24pm
Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid menegaskan khutbah Jumaat mengenai dosa fitnah yang dibacakan di masjid-masjid seluruh negeri Selangor minggu lalu, tidak mempunyai motif politik sebagaimana yang didakwa oleh Utusan Malaysia.


Beliau menjelaskan, khutbah itu sekadar mendidik ummah negeri ini tentang bahaya gejala fitnah dan syarat-syarat Islam yang perlu dipatuhi dalam menuduh seseorang berzina. "Saya bersangka baik bahawa khatib bertujuan mahu memberikan penjelasan kepada masyarakat agar kita lebih berhati-hati supaya jangan sampai membuat sebarang tuduhan yang tidak ada bukti (atau) saksi kerana jika seseorang itu membuat tuduhan zina ataupun qazaf mestilah ada bukti (dan) saksi,” kata beliau kepada TV Selangor.

Justeru, Tamyes menyifatkan tindakan Utusan Malaysia menggambarkan masjid di Selangor 'diperkudakan' demi kepentingan politik pihak tertentu adalah tidak benar dan bertujuan mencetuskan kontroversi semata-mata. Artikel 'Masjid Selangor diperkudakan' ditulis oleh Pengarang Utusan, Zulkifli Jalil. Beliau mendakwa khutbah itu bertujuan membersihkan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dikaitkan dengan isu video lucah Datuk T.


Khutbah Jumaat itu menyifatkan tindakan umat Islam yang membuat kenyataan berbentuk fitnah bercanggah dengan syariat Islam.“Perhatian ini wujud kerana ada kecenderungan sebahagian umat Islam membuat kenyataan berbentuk fitnah yang sangat jelas bercanggah dengan syariat Islam tidak kisah sama ada ia dilakukan sama ada oleh individu, kumpulan, persatuan dan pihak-pihak lain,” kata khutbah standard yang disampaikan di masjid-masjid di seluruh negeri Selangor itu.“Fitnah ialah mengadakan satu berita palsu atau bohong terhadap seseorang yang mempunyai perasaan permusuhan dengan motif-motif yang buruk.“Fitnah boleh menimbulkan qazaf dan ia bererti membuat pertuduhan terhadap seseorang melakukan zina atau liwat tanpa empat saksi adil dan orang yang menuduh telah melakukan jenayah qazaf dan fitnah,” menurut khutbah rasmi itu.

Tamyees hari ini berkata tuduhan melulu yang dibuat oleh Zulkifli dan pihak-pihak tertentu dalam Umno kononnya khutbah itu berbau politik adalah tersasar.Beliau berkata kandungan teks khutbah yang dibaca oleh khatib disemak dan diteliti oleh Jawatankuasa Panel Khutbah yang dilantik oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebelum diedarkan kepada masjid-masjid untuk dibaca setiap minggu. "Sebenarnya kandungan khutbah ini adalah yang disemak oleh satu lajnah ataupun jawatankuasa penilai khutbah di Jabatan Agama Islam Selangor yang dipengerusikan Pengarah JAIS sendiri, ahli jawatankuasanya terdiri daripada ahli akademik."Tamyes bersetuju bahawa khutbah Jumaat tidak harus memecah-belahkan umat Islam namun "kalau niat imam atau khatib yang membacanya adalah sebagai peringatan kepada kita agar lebih berhati-hati apabila membuat tuduhan, itu suatu perkara yang digalakkan oleh agama."
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/