Fitnah II: Pakar Kimia Akui ‘Cantikkan’ Resume
post info
By Anwar Ibrahim
Dari Keadilan Daily
Pakar kimia dari Jabatan Kimia, Nor Aidora Saidun yang juga saksi keenam perbicaraan Fitnah II mengaku telah ‘mencantikkan’ resume beliau di dalam mahkamah hari ini.
Ia dibuat sewaktu peguam Ram Karpal bertanya tentang kursus pemeriksaan DNA helaian rambut yang tertera sebagai salah satu daripada kursus yang pernah dijalankannya.
“Anda menulis di dalam CV anda, anda mengadakan kursus tersebut. Anda mempunyai pengetahuan tentang pemeriksaan (DNA) rambut?” tanya Ram Karpal.
“Saya ada sedikit pengetahuan tapi…” balas Aidora.
“Bagaimana anda boleh ada cuma sedikit pengetahuan sedangkan anda mengadakan kursus tersebut?” tanya Ram Karpal lagi.
“Saya ‘conduct’ tapi bukan saya yang beri ceramah, tetapi dua orang pegawai polis dari Australia,” kata Aidora.
“CV anda menyatakan anda ‘conduct’ kursus tersebut tetapi anda tidak memberi ceramah. Jadi anda terlibat dengan perkara seperti penyediaan kopi, langsir yang sesuai, meja…begitu?” tanya Ram Karpal.
“Anda boleh katakannya lebih kurang begitu,” kata Aidora.
Aidora merupakan pakar kimia kedua dari Jabatan Kimia dan beliau kali pertama dioal balas pada Rabu lalu.
Beliau adalah Ketua Unit Paterniti DNA, Jabatan Kimia sejak 2008 dan menyertai Jabatan Kimia, Kementerian Sains dan Teknologi sejak 1998.
Namun, disebabkan beliau mengemukakan dokumen kompilasi statistik populasi di Malaysia sebanyak tiga muka surat yang sebelum ini tidak pernah dikemukakan di mahkamah, pasukan peguam Anwar memohon sedikit masadaripada Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah untuk meneliti dokumen tersebut.
Semalam pasukan peguam Anwar berjaya menimbulkan keraguan terhadap peralatan analisa DNA yang digunakan Jabatan Kimia Malaysia.
Ini kerana tiga peralatan tersebut, Genetic Analyser 3XL300, Sequence Detector 7000 dan Thermo Cycler 9700, diselenggara pada kali terakhir sekitar Mei 2008. Semenjak tarikh itu, ia tidak pernah lagi diselenggara.
Demikian dinyatakan Pengurus Projek dan Servis ATP Service, Alan Tiang kepada mahkamah semalam. Alan adalah individu yang bertanggungjawab menyelenggara peralatan tersebut.
Lebih menghairankan, selenggaraan yang dilakukan Alan tidak pernah diiktiraf oleh Applied Biosystem Sdn Bhd, syarikat berpengkalan di Amerika yang berhenti beroperasi sejak tahun 2005.
Satu-satunya ‘kelayakan’ Alan adalah beliau pernah berkhidmat dengan Applied Biosystem.
Namun, beliau tidak pernah diberikan tauliah oleh syarikat tersebut untuk menyelenggara peralatan itu selepas mereka menghentikan operasi pada 2005.
Beliau memberitahu mahkamah selenggaraan yang dilakukan menerusi ATP Service adalah berdasarkan ‘pengalaman’ dan ‘kepakaran’ sahaja.
Mahkamah semalam juga ditunjukkan rakaman CCTV tempat yang didakwa berlakunya Fitnah II tersebut.Laporan langsung
12.05 pm – Mahkamah ditangguhkan dan bersambung semula 3 petang.
11.00 am – Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff tiba di galeri awam.
10.53 am – Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar turut hadir di galeri awam.
11.30 am – Nurul Izzah beredar meninggalkan galeri awam.
10.52 am – Mahkamah bersidang semula.
10.25 am – Mahkamah berehat sebentar.
10.10 am – Aidora meminta Ram Karpal bercakap dengan nada sederhana dan tidak meninggikan suara kerana beliau (Aidora) hadir ke mahkamah untuk membantu mahkamah.
“Bolehkah anda tidak menjerit? Kehadiran saya di sini adalah untuk membantu mahkamah,” kata Aidora.
Pada waktu inilah mahkamah mendapat tahu Aidora ‘mencantikkan’ resume beliau apabila menyatakan dirinya terlibat dalam ‘menjalankan’ kursus analisa helaian rambut tetapi tidak menyampaikan syarahan dalam kursustersebut sebaliknya terlibat dalam pengurusan logistik.
9.45 am- Aidora memberitahu mahkamah beliau menerima panggilan daripada Ketua Pengarah Jabatan Kimia untuk menjalankan analisis ke atas sampel tersebut yang diterima selepas waktu pejabat pada 17 Julai 2008.
9.35 am – Menurut Aidora, kebiasaannya polis akan menyerahkan Borang POL 31 di kaunter Jabatan Kimia Malaysia sebelum kes-kes berkenaan diagihkan kepada Ketua Jabatan, Lim Keng Boon, kepada ahli kimia di Jabatan Kimia.
9.30 am – Hadirin ketawa apabila Ram Karpal berkata beliau terganggu dengan celahan DPP Yusoff dan terpaksa ‘berfikir semula’ untuk menyambung soal balas. Hadirin sekali lagi tergelak kecil apabila Aidora cuba menenangkan Ram Karpal.
9.01 am – Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution tiba di galeri awam dan mengambil tempat duduk di barisan paling belakang.
8.55 am – Mahkamah mula bersidang. Menurut Aidora, beliau pernah memberi keterangan dalam kes mahkamah sivil dan syariah. Keterangannya di mahkamah syariah melibatkan kes berkaitan paterniti.
8.39 am – Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di mahkamah bersama isteri, DatukSeri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/
Saturday, February 26, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment