Ucapan
YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
MAJLIS PERASMIAN
PROGRAM JELAJAH PEMERKASAAN DESA (PERSADA)
2011 PERINGKAT DAERAH SABAK BERNAM
(1) Syukur Alhamdulillah, dengan izin dan perlindungan Allah jua kita dapat berhimpun dan bertemu di sini, dalam Program Pemerkasaan Desa Tahun 2011, Daerah Sabak Bernam. Pada minggu lepas, program yang sama kita jayakan di Daerah Kuala Selangor. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua petugas, termasuk penduduk setempat yang menjayakan program ini.
(2) Kita tambah-tambah bersyukur kerana pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri Selangor yang didukung oleh majoriti rakyat pelbagai latar belakang, sudah melepasi tempoh tiga tahun. Dalam tempoh itu, Kerajaan Negeri sudah berjaya melaksanakan 10 program pembangunan dalam dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dari Jun 2008 hingga akhir tahun 2010.
Dato’-Dato’, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang Saya Hormati;
(3) Antara kejayaan dalam dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor adalah Tabung Warisan Anak Negeri Selangor apabila sehingga kini seramai 27 ribu menerima bantuan kewangan yang berjumlah lebih RM2 juta.
(4) Menerusi program Mesra Usia Emas, sehingga kini sebanyak 60 peratus daripada 236 ribu warga emas sudah berdaftar dan seramai 16 ribu diberikan bantuan. Bagi kalangan pesakit buah pinggang, Kerajaan Negeri menyediakan Pusat Dialisis Rakyat di Sementa, Taman Medan, Hulu Klang, Ampang dan Jalan Kebun.
(5) Bagi penjagaan kesihatan kaum wanita Kerajaan Negeri mengadakan program pemeriksaan mamogram percuma dan sehingga kini lebih tiga ribu orang menggunakannya terutama bagi mengesan tanda-tanda awal kanser payudara.
(6) Seterusnya, Kerajaan Negeri sekarang dalam tempoh yang singkat ini berjaya menunaikan janji dengan memberi bantuan pendidikan kepada Sekolah Agama Rakyat, sekolah Cina dan sekolah Tamil, dengan agihan bantuan sebanyak RM16 juta setiap tahun. Gaji guru KAFA pula dinaikkan kepada RM1,300 sebulan. Rumah ibadat bukan Islam juga diberi bantuan sebanyak RM7.35 juta sejak tahun 2008.
(7) Kerajaan Negeri juga berjaya menyelesaikan 23 projek rumah terbengkalai yang melibatkan 9,000 unit rumah sedang menyelesaikan tujuk projek yang melibatkan 4,000 unit rumah. Bagi golongan fakir miskin pula sebanyak 350 buah dibinakan untuk mereka dan sebanyak 400 buah rumah dibaiki menerusi Program Kerajaan Prihatin. Lebih 700 orang rakyat miskin yang lain pula menerima pelbagai bantuan yang berjumlah RM3 juta.
(8) Jelaslah, walaupun dalam tempoh tiga tahun ini tidak mungkin kita dapat memuaskan keinginan setiap orang di negeri Selangor, namun, kami yakin rakyat sudah dapat menilai tahap keprihatinan dan kepedulian Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dalam usaha menyejahterakan rakyat pelbagai kaum terutama golongan yang berpendapatan bulanan RM1500 atau kurang.
(9) Bermula pada tahun 2011 ini, sejumlah program baharu untuk kesejahteraan rakyat bakal diteruskan lagi. Antaranya, bantuan berupa skim pinjaman untuk rakyat di luar bandar menceburi bidang perniagaan dan industri kecil-kecilan, dan pinjaman wang untuk golongan miskin di bandar-bandar menambah pendapatan.
Para Hadirin yang Dihormati;
(10) Sebenarnya, sektor pertanian menyumbang terhadap pembangunan ekonomi negeri Selangor kira-kira 4.2 peratus sahaja daripada Keluaran Negeri Kasar. Namun, Kerajaan Negeri tetap memberikan fokus terhadap usaha memperkasa sektor pertanian melalui pendekatan pertanian moden dan berorientasikan eksport bagi meningkatkan kualiti dan produk pertanian bermutu tinggi.
(11) Ini demikian, kerana Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat percaya fungsi dan peranan sektor pertanian di Selangor amat penting sebagai sumber makanan dan merupakan sumber pendapatan utama golongan petani, penternak dan nelayan khususnya di kawasan luar bandar. Nilai tambah sektor ini dijangka terus meningkat berbilion ringgit tahun demi tahun sejak peningkatan RM3.5 bilion pada tahun 2009.
(12) Matlamat menjadikan “pertanian suatu perniagaan” perlu diteruskan melalui konsep berasaskan pengetahuan yang boleh mendatangkan keuntungan berlipat ganda kepada golongan petani, penternak dan nelayan. Salah satu alternatif, melalui program transformasi kumpulan petani, penternak dan nelayan agar menjadi usahawan tani.
(13) Selain itu, Kerajaan Negeri terus memberi keutamaan terhadap program membantu golongan petani, penternak dan nelayan yang berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan. Bagi golongan petani, penternak dan nelayan yang sedang memulakan usaha pertanian dan pendapatan mereka melebihi RM1500 sebulan, mereka perlu pula dibantu untuk meningkatkan produktiviti agar memperoleh pendapatan melebihi RM3,000 sebulan.
Para Hadirin yang Berbahagia;
(14) Belia merupakan tenaga penggerak utama yang menjadi sandaran dan harapan dalam arus pembangunan negeri Selangor. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri menjalankan langkah-langkah untuk menggembleng tenaga muda ini secara bersepadu, melibatkan golongan pelajar yang masih dahagakan ilmu dengan kumpulan pekerja yang produktif dan kreatif. Kerajaan Negeri turut menubuhkan Sekretariat Belia Negeri Selangor dan penggerak belia tempatan bagi membantu kerajaan merancang, menggerak dan memantapkan lagi program-program belia di negeri ini.
(15) Dalam konteks pembangunan pendidikan, golongan remaja dan belia yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), disediakan “Tuisyen Rakyat” dan kemudahan untuk mengikuti kelas-kelas tambahan SPM dan STPM anjuran Kerajaan Negeri di setiap daerah. Kita berharap golongan anak muda ini berjaya menyambung pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah.
(16) Golongan belia yang tercicir dalam pembelajaran bakal diberi latihan kemahiran dan teknikal menurut bidang yang sesuai dengan pasaran pekerjaan. Bagi membantu melahirkan pekerja-pekerja mahir dan separuh mahir, Kerajaan Negeri melalui Yayasan Selangor menubuhkan Institut Kemahiran Yayasan Selangor, contohnya di Bagan Terap, Sabak Bernam. Institut ini menawarkan program kepada lepasan SPM atau STPM dalam bidang kemahiran elektrik.
(17) Kita percaya Program Pembangunan Belia ini dapat menimbulkan kesedaran kepada belia-belia, terutamanya dalam usaha memperoleh pendapatan tambahan dalam bidang keusahawanan. Program ini juga memberi ruang serta peluang kepada kalangan belia untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi atau dalam bidang kemahiran yang bersesuaian dengan minat dan kelayakan.
Sidang Hadirin yang Dihormati;
(18) Kerajaan Negeri turut memperkasa wanita dan keluarga negeri Selangor melalui dasar “daripada kebajikan kepada berdikari”. Pelbagai kemahiran dan ilmu sedang dan bakal diberikan kepada golongan pekerja wanita, ibu tunggal, pekerja ladang, wanita orang asli, warga emas dan suri rumah. Ia termasuk golongan wanita di kawasan pedalaman dan luar bandar.
(19) Antara ilmu dan kemahiran bagi meningkatkan taraf ekonomi keluarga, termasuklah bidang keusahawanan, kesihatan, motivasi, pembangunan jati diri, dan seni kraf. Kerajaan Negeri berusaha golongan wanita ini mendapat pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM1500. Kerajaan Negeri juga membantu graduan wanita yang berminat dalam bidang keusahawanan dengan diberikan bimbingan sewajarnya.
(20) Pada masa sama Pusat Komuniti Wanita di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri dijadikan pusat aktiviti bagi menjana ekonomi setempat. Kita harap wanita di kawasan sekitar menggunakan kemudahan ini untuk berkumpul dan berbincang-bincang berkongsi pengalaman serta kemahiran bagi manfaat diri dan keluarga.
(21) Kemudahan ini terutamanya memanfaatkan kalangan ibu tunggal, kerana Kerajaan Negeri memang menyediakan bantuan kepada mereka supaya berupaya menjana pendapatan sendiri melalui kursus-kursus kemahiran seperti jahitan, masakan dan penjagaan bayi. Usaha-usaha Kerajaan Negeri juga meliputi langkah pemberian 90 hari cuti bersalin bagi wanita yang bekerja dengan kerajaan, cuti sebulan bagi wanita yang kematian suami, serta cuti 14 hari bagi suami yang bekerja yang isteri bersalin sejak awal tahun 2009.
Para Hadirin yang Berbahagia;
(22) Melalui pelbagai laporan dan tinjauan, saya amat memahami situasi dan tekanan yang terpaksa dihadapi oleh kepemimpinan di peringkat akar umbi. Kita terpaksa menjalankan tugas dengan penuh keterbatasan. Ini semua berpunca daripada ketidakadilan layanan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada negeri-negeri yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Situasi ini sebenarnya merangsang kita untuk menjadi lebih kreatif bagi menangani permasalahan rakyat dan isu-isu semasa.
(23) Maka, perkara yang boleh mengeluarkan kita daripada perangkap kezaliman ini adalah dengan menguasai ilmu dan gerak kerja yang terancang rapi. Dengan ilmu dan gerak kerja yang mantap kita menjadi lebih cekap dan berkesan. Dengan ilmu, perkara yang sukar menjadi mudah.
(24) Lantaran itu, program memperkasakan desa ini dilaksanakan agar mampu membina akal dan hati setiap pimpinan dan ahli masyarakat di bandar-bandar kecil dan atau di kampung-kampung. Kita mempunyai dasar yang bukan hanya memberi fokus pada pembangunan fizikal dan kebendaan semata-mata, tetapi yang lebih diutamakan adalah pembangunan insan.
(25) Allah berfirman dalam surah ar-Ra’ad, ayat 11, mafhumnya; “ Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri mengubah apa yang ada dalam jiwa mereka, iaitu akal dan hati”. Hakikat ini sebenarnya menjadi formula untuk kita sebagai asas membina tamadun. Ia harus bermula dengan pembangunan jiwa tentang cara untuk membangun jiwa, iaitu dengan penerapan ilmu ke dalam diri.
(26) Selaku Dato’ Menteri Besar, saya memastikan supaya kepesatan pembangunan negeri Selangor turut melimpah ke Daerah Sabak Bernam ini dan dinikmati sama oleh semua lapisan penduduk. Penggunaan peralatan berteknologi tinggi dapat mempercepat lagi proses ini. Pada masa sama, warga desa perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi arus gelombang pembangunan ini, agar tidak ketinggalan dan dipinggirkan.
(27) Adalah amat penting bagi setiap warga desa khususnya para pemimpin desa, ketua kampung, ahli-ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), AJK Masjid dan surau, persatuan wanita dan belia i untuk merancang dan menggiatkan usaha di kawasan masing-masing agar tidak tercicir ditengelami arus pembangunan. Setiap warga desa juga perlu berusaha untuk menguasai penggunaan teknologi maklumat agar seiring dengan peredaran zaman.
Para Hadirin yang Budiman;
(28) Bagi mengakhiri ucapan ini, saya menyeru marilah kita bersama-sama menggembleng tenaga dan menjana idea agar rakyat pelbagai lapisan dan latar belakang dapat memperoleh segala manfaat dan kemewahan daripada kemajuan negeri Selangor selari dengan prinsip Merakyatkan Ekonomi Selangor. Saya berdoa semoga kita terus mendapat taufik dan hidayah dalam usaha melaksanakan tugas dan tanggungjawab meneruskan pembangunan negeri ini demi manfaat bersama.
(29) Sekianlah sahaja ucapan saya. Dengan lafaz Bismillahirrahamirraham, saya dengan sukacitanya merasmikan Program Pemerkasaan Desa Daerah Sabak Bernam bagi Tahun 2011. Semoga kita semoga beroleh manfaat dan keberkatan.
Wassalamualaikum warahamatullahitaala wabarakatuh, dan Salam Mesra.
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

No comments:
Post a Comment