KEADILAN GESA KERAJAAN PERTIMBANG TUNTUTAN CUEPACS DAN PAKATAN RAKYAT
Parti Keadilan Rakyat terbuka dengan tuntutan terbaru CUEPACS agarkerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2500 untukpekerja-pekerja di dalam perkhidmatan awam gred 1 hingga gred 54menerusi skim yang sedia ada sebelum melaksanakan sebarang pembaharuanmenerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Di dalam Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat 2012 yang dibentangkansebelum Bajet 2012 Kerajaan Persekutuan, Datuk Seri Anwar Ibrahimtelah memberi komitmen bahawa sekiranya Pakatan Rakyat memegang tampuk kerajaan pusat, gaji minima pada kadar RM1,100 akan dikuatkuasakanbuat penjawat awam.
Ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 300,000penjawat awam yang masih menerima gaji di bawah kadar tersebut dibawah skim saraan sedia ada.Pakatan Rakyat juga komited untuk menyelaraskan tangga gajiperkhidmatan awam secara lebih saksama berikutan pengenalan gaji minima tersebut, selain insentif khas RM500 sebulan bagi setiap gurusebagaimana dijanjikan di dalam Buku Jingga.
Ini berbeza dengan syor awal SBPA yang dibentangkan kerajaan di manaseorang penjawat tertinggi kerajaan di dalam kategori Premier akanmenerima sehingga RM80,000 sebulan sedangkan kenaikan pemandu serendahRM170 sebulan.Mengikut maklumat dari laporan 2006 United Nations (UN) PublicAdministration Network Public Service, Malaysia mempunyai nisbah jurang gaji antara yang tertinggi dan terendah yang paling tinggi berbanding negara-negara jiran, iaitu sekitar 19.5:1. Ini bermaknagaji penjawat tertinggi adalah 19.5 kali lebih tinggi dari gajipegawai kerajaan yang terendah.
Oleh itu, KEADILAN menyeru agar jurang nisbah gaji di antara yang tertinggi dan terendah dirapatkan, danbersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak untuk merealisasikanvisi ini.KEADILAN turut menyarankan agar semakan gaji dimandatkan supaya dibuat setiap 5 tahun, agar kenaikan yang selaras dengan inflasi akan dapat dilaksana dengan lebih mudah dan adil.Justeru KEADILAN menggesa Perdana Menteri untuk mengkaji syor terbaru yang dibentangkan CUEPACS serta saranan Pakatan Rakyat sebelum ini demi membela nasib penjawat awam.
NURUL IZZAH ANWAR
NAIB PRESIDENPARTI KEADILAN RAKYAT
layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment