Monday, October 19, 2009

Kewajaran Permuafakatan Antarabangsa Selesaikan Isu Palestin

18 Oct
Kewajaran Permuafakatan Antarabangsa Selesaikan Isu Palestin

Saya menyambut baik keputusan Majlis Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) yang mengiktiraf serta menyokong laporan Goldstone. Laporan yang disediakan oleh Richard Goldstone, mantan hakim dari Afrika Selatan bersama tiga lagi rakan beliau mendakwa berlakunya jenayah perang di Gaza, samada ianya dilakukan tentera serta kerajaan Israel ataupun dari pihak Hamas sendiri.
Laporan tersebut juga menyarankan agar Majlis Keselamatan membenarkan Mahkamah Antarabangsa(International Court of Justice)mengendalikan kes tersebut sekiranya pentadbiran Israel dan Hamas gagal menunjukkan iltizam serta kesungguhan di dalam mengenalpasti serta menghukum dalang jenayah perang di Gaza.
Sekiranya saranan ini diterima, pastinya dapat mengembalikan keyakinan masyarakat Muslim terhadap kewibawaan Majlis Keselamatan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang kelihatannya acapkali gagal mendapatkan keadilan buat rakyat Palestin serta orang awam lainnya. Saya juga berpendapat ini adalah salah satu peluang terbaik bagi menggerakkan satu permuafakatan antarabangsa untuk memperkukuhkan peranan Mahkamah Antarabangsa sebagai salah satu forum sejagat yang disegani serta dihormati.
ANWAR IBRAHIM
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment