Monday, October 19, 2009

Selamat Menyambut Hari Deepavali

17 Oct Selamat Menyambut Hari Deepavali
Saya sekarang berada di Sri Lanka dan dijadualkan memberi syarahan sempena memperingati Dudley Sinanyanke; mantan Perdana Menteri Kedua, Sri Lanka. Tatkala di Kerala, pernah dicoret bagaimana saya terkenang bacaan karya klasik seumpama mahabharata dan hikayat ramayana.

Sudah tentu teladan dan nasihat yang sarat terkandung diambil menjadi pengajaran dan sempadan. Berpeluang menelaah dan merenung karya klasik dari pelbagai warisan dan tamadun membantu saya mengolah agenda kalimat as sawa.’

Ketika ini masih terkesan kupasan Sheikh Ighsan Hendricks, bagaimana akhirnya kezaliman ditundukkan jua serta pesanan almarhum Maulana Syed Abul Hassan Ali Hasani Nadwi yang dirangkumkan dalam jilid Saviours of Islamic Spirit.

Bumi Sri Lanka menyorot saya kepada kisah terkenal kemenangan Rama terhadap Ravana; Raja Pulau Lanka(nama purba Sri Lanka) yang menculik Sita. Rama diperikan dalam kisah Ramayana susunan Rishi Valmiki sebagai seorang yang tulus, ikhlas, bijak dan menjunjung prinsip Keadilan.

Makanya kemenangan Rama menumpaskan Ravana itu umpama kemenangan Keadilan ke atas kezaliman dan seperti cahaya mengalahkan kegelapan.

Buat semua yang meraikan hari Deepavali di Malaysia, saya mengucapkan Deepavali Nal Valthukal!

ANWAR IBRAHIM


Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment