Friday, November 27, 2009

Perutusan Eid Al Adha


26 Nov

Saya, mewakili keluarga dan segenap lapisan kepimpinan & akar umbi Parti Keadilan Rakyat ingin mengucapkan selamat menyambut eid al adha dan menjalankan ibadah korban kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Ibadah korban mengajar erti taat kepada perintah Allah SWT, sabar dengan ujian, mendidik untuk terus membina keyakinan diri juga kepada mereka yang berada di sekeliling kita.
Kita diseru untuk mengambil iktibar dari tawarikh para anbiya dan solihin. Ini kerana, pada mereka ada petunjuk buat kita yang mahukan melaksanakan perintah Tuhan Yang Maha Adil, ibarat bintang gemerlapan menunjuki pelayar di lautan luas. Mereka melalui rintangan dan ujian yang dahsyat, namun inshaallah kejayaan akan dikecapi akhirnya.

Marilah kita berdoa moga umat Islam yang pergi menunaikan ibadah haji kekal dalam keselamatan dan tidak ditimpa sebarang kemalangan.

ANWAR IBRAHIM
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Wednesday, November 25, 2009

Laporan Siasatan Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa

Laporan Siasatan Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa

KENYATAAN MEDIA23 NOVEMBER 2009
Kerajaan Negeri Selangor menghormati hak penduduk Bukit Antarabangsa untuk mengetahui kandungan laporan yang mengakibatkan terjadinya tragedi tanah runtuh pada 6 Disember 2008 yang mengorbankan lima nyawa penghuni di situ. Bagi menjamin kepentingan terhadap keselamatan penduduk berkenaan, Kerajaan Negeri menerusi kuasa Menteri Besar pada Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi, mengambil keputusan untuk mengubah semula status laporan tersebut yang diklasifikasikan sebagai “rahsia” oleh Kementerian Kerja Raya.
Kerajaan Negeri sekarang berazam supaya salinan-salinan laporan tersebut diedarkan kepada orang awam dan mengarahkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) membuat beberapa salinan dan menjual kepada penduduk terlibat dengan harga berpatutan bermula hari ini. Bagaimanapun, ekoran pengumuman Kerajaan Negeri pada mingggu lepas, Kerajaan Persekutuan lantas mencabar keputusan tersebut dan memberi amaran supaya Kerajaan Negeri jangan mengubah status laporan berkenaan.
Sebelum ini Kerajaan Negeri ada menulis kepada Kementerian Kerja Raya mengenai keputusannya itu dan meminta Kementerian berkenaan melakukan perkara yang serupa demi kepentingan orang awam. Bagaimanapun, Kementerian hari ini mengatakan ia tidak boleh membuat keputusan mengenai perkara tersebut kerana yang klasifikasi rahsia telah dibuat oleh Jemaah Kabinet. [ Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri tidak boleh meneruskan keputusan untuk mengumumkan perincian laporan tersebut.]
Dengan yang demikian, kami menyeru kepada Kerajaan Persekutuan supaya membenarkan penyiaran laporan tersebut oleh sebab kandungannya sangat penting diketahui oleh orang ramai bagi perbincangan dalam usaha mempercepatkan proses mengeluarkan peraturan bagi pembangunan di kawasan cerun Bukit Antarabangsa dan kawasan tanah tinggi lainnya di Selangor.
Setelah membaca laporan tersebut, Kerajaan negeri percaya ianya tidak bersifat prejudis kepada kepentingan dan keselamatan negara. Sebaliknya, pendedahan kandungan laporan boleh menjaga kepentingan dan keselamatan orang ramai.
Sesungguhnya, kejadian tanah runtuh pada 6 Disember 2008 itu merupakan suatu tragedi. Namun, ia boleh menjadi tragedi yang lebih besar sekiranya Kerajaan Persekutuan gagal menunjukkan sikap kebertanggungjawaban dan melakukan tindakan yang sewajarnya bagi melindungi keselamatan orang awam.
Kerajaan negeri Selangor, sebaliknya, sangat komited dalam usaha menjamin kepentingan rakyat Selangor dan sedia melakukan apa sahaja bagi memastikan keselamatan mereka terpelihara.
TAN SRI DATO’ ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Monday, November 16, 2009

Anwar isytihar perang pertahan S'gor

Anwar isytihar perang pertahan S'gor
Abdul Rahim Sabri Nov 15, 09 1:27pm

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengisytiharkan perang terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bercita-cita untuk merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat.
"Serangan daripada pusat, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kata nak rampas, walau tidak secara langsung tapi maksudnya begitu. Najib bukan saingan kepada menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.."Sekarang silakan Najib. Masuk sahaja dan sentuh Selangor, kita bertempur habis habis-n," katanya.
Najib juga merupakan pengerusi perhubungan Umno Selangor dan pengerusi BN.Anwar berkata demikian dalam ucapatama dalam konvesyen PKR Selangor di Dewan Jubli Perak Shah Alam pagi ini.Kira-kira 1,500 perwakilan daripada 22 cabang PKR di negeri ini memberi tepukan gemuruh ekoran pengisytiharan perang itu.
Anwar yang juga ketua pembangkang berkata serangan untuk merampas Selangor, dapat dilihat daripada beberapa isu yang cuba ditimbulkan untuk melemahkan kepimpinan Khalid yang juga pengerusi PKR negeri."Hari-hari serang Tan Sri Khalid. Tak habis dengan isu lembu untuk hari raya korban, dia serang dengan isu kepala lembu. Kita jangan ingat (serangan) selesai. Kalau kita rasa selesai, kita silap."Bila PM (perdana menteri) nak serang dan rampas, dia akan guna segala jentera. Mungkin dia gunakan kata-kata yang lunak, ia manis bagaikan madu tetapi ia umpama racun bisa bagaikan hempedu," katanya.Katanya, perkara itu juga menjadi antara sebab utama beliau menerima tawaran Khalid yang juga pengerusi PKR Selangor untuk menjadi penasihat ekonomi negeri itu."Saya datang untuk bantu kerajaan negeri dan rakyat dan tidak mahu menimbulkan ketegangan politik.
Saya mahu (tugas) menteri besar menjadi lebih kukuh."Jangan ada anak-anak kecil yang nak bermain-main di sini, saya datang kerana ada pengalaman. Kalau ada anak kecil main-main, kita tangkap dan lempar keluar," katanyaAnwar juga berjanji untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan mempertahankan ekonomi negeri itu.Beliau berkata, ini kerana laporan ketua audit negara menjelaskan bahawa prestasi dan rekod baik telah ditunjukkan oleh Khalid dan ia tidak pernah dicatatkan oleh menteri besar sebelum ini.
Dalam ucapan itu juga Anwar optimis bahawa kerajaan Selengor di bawah Pakatan Rakyat dapat dipertahankan dalam pilihanraya akan datang dan prestasinya juga akan jauh lebih baik daripada pilihanraya Mac tahun lalu."Ini markas kita, ini kubu kita. Dia datang sentuh, kita lesing dia," katanya yang sekali lagi mendapat tepukan gemuruh hadirin.Dalam sidang media selepas itu, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh menjelaskan bahawa pengisytiharan perang itu adalah tindak balas terhadap pengisytiharan Umno untuk merampas kembali Selangor.
Bagaimanapun beliau tidak menolak kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang melibatkan pembangunan dan kepentingan rakyat."Kita tentunya akan bertahan dan serang balas (jika ada serangan). Dan pendekatan kita dari awal, dari segi kerajaan adalah kerjasama, bukan lawan. Dan kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan."Kalau urusan pembangunan ikut lunas yang baik dan lunas demokrasi, kita ikut dan bukan bermaksud untuk melawan," katanya.

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

KONVENSYEN KEADILAN SELANGOR

Hujung minggu ini jadual saya padat dengan acara Konvensyen KEADILAN di Ipoh, Shah Alam dan Kota Bharu. Sebelum ke Ipoh, sempat saya meluangkan masa melawat Permatang Pauh.
Pagi tadi di Shah Alam, saya sampaikan ucaptama di Konvensyen KEADILAN. Antara intipati ucapan, ditekankan Selangor adalah “pengkalan” penting merealisasikan agenda Perubahan KEADILAN dan Pakatan Rakyat.

Oleh itu ahli mesti beriltizam dengan agenda parti. Mereka adalah agen perubahan yang seharusnya meresap sehingga ke akar umbi dan seterusnya menjadi penyambung lidah serta penyampai dasar pentadbiran Pakatan Rakyat.

Justeru ahli mesti memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan parti baik di peringkat pusat mahupun negeri dengan maksud menjayakan cita-cita perjuangan.

Saya ulangi teguran bahawa tidak ada kompromi terhadap mereka yang melanggar disiplin parti dan perjuangan. Kepada mereka yang angkuh seolah olah diri lebih utama dari perjuangan, silakan sahaja mengundur diri. Perjuangan ini dibina dari keringat dan air mata mereka yang teguh kepada prinsip perjuangan; untuk menegakkan Keadilan buat semua, merentasi batas kaum dan kepercayaan.

Adalah tanggungjawab kita semua; ahli parlimen, adun, senator, ahli majelis dan pendokong untuk memastikan hala tuju parti tidak tersasar. Perjuangan ini adalah untuk memerdekakan bangsa dari terus diperintah regim lemah dan gagal mengagihkan kekayaan secara adil.
Marilah kita bersama sama merenung nasihat ini: “kemerdekaan berkehendak juga kepada pengetahuan, tetapi kita tidak percaya bahawasanya pengetahuan yang ditaburkan…ada mengandungi benih kemerdekaan itu.”

Kata kata tersebut dimuatkan dalam majalah Seruan Azhar yang mulai terbit pada tahun 1926 di Mesir, inisiatif pelajar-pelajar Melayu. Benar, ianya bertujuan menyemarakkan kemahuan menambah ilmu untuk memerdekakan bangsa dari penjajah asing. Walaupun begitu kata kata tersebut masih membekas manakala nasib bangsa seolah olah masih diperintah regim penjajah.
Segenap lapisan pendokong, baik kepimpinan ataupun aktivis di cabang, mesti mempunyai kefahaman dan kesedaran mengenai apa yang kita perjuangkan. Cara berfikir dan bertindak pendokong tidak boleh sama sekali mirip umno-barisan nasional.

Penyelewengan kuasa serta budaya rasuah harus segera dibanteras. Pembudayaan rasuah yang melahirkan generasi kebergantungan dan mentaliti subsidi tidak akan memangkin Perubahan, jauh sekali kemenangan.

Wahai ananda cahaya mata,
Kokohkan tegak jangan beralih,
Manfaatkan segala sendi anggota,
Kemampuan sendiri jadikan benih.

Kepimpinan juga mestilah tidak mengabaikan kebajikan pendokong dan penyokong. Tanpa mereka parti ini akan gagal berfungsi sekaligus menggagalkan cita-cita perjuangan. Pengorbanan mereka tidak harus dipandang remeh. Keberanian dan kesetiaan menempuh saat-saat sukar akan dihargai dan diingati.
Kalau kuncup sudah mengembang
Banyaklah kumbang datang menyeri
Kalau hidup berkasih sayang
Tuahnya merata di seluruh negeri
ANWAR IBRAHIM
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

Monday, November 9, 2009

KONVENSYEN KEADILAN SELANGOR

Konvensyen Parti Keadilan Rakyat Negeri Selangor
Tarikh : 15 November 2009 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan Jubli Intan, Shah Alam
Tetamu Kehormat : YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

MENGILAP HARAPAN RAKYAT

09 Nov
Menggilap Harapan Rakyat
“Tidaklah kami mahu melainkan untuk melakukan islah sekuat daya kami.”
Petikan ayat ke-88 dari Surah Hud di atas menjadi pembuka kata Perisytiharan Permatang Pauh yang telah sama-sama kita lafazkan pada tanggal 12 September 1998.
Agenda Reformasi yang menjadi asas perjuangan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) hari ini bukanlah untuk menyanjung dua tiga kerat pimpinan yang dipilih tetapi untuk mengangkat harapan rakyat yang dahagakan perubahan.
Bertemakan “Menggilap Harapan Rakyat”, Konvensyen Negeri di Pulau Pinang memulakan siri konvensyen negeri KeADILan di seluruh negara.
Saya membawa ingatan semua yang hadir agar kembali kepada Perisytiharan Permatang Pauh akan dasar dan asas perjuangan Reformasi yang telah kita mulakan lebih 10 tahun dulu.
Komitmen dan kesetiaan kita kepada asas prinsip perjuangan parti kita – yang berjuang dengan gagasan Ketuanan Rakyat dan keadilan sejagat serta mendukung cita-cita negara bangsa Malaysia yang berbilang bangsa dan agama – harus digarap dan dihadam oleh setiap pimpinan dan aktivis parti.
Saya juga dengan tegas memberikan amaran kepada seluruh anasir-anasir ‘pengacau’ dalam parti yang gagal untuk patuh pada disiplin dan ideologi parti, mereka harus undur sebelum disingkir.
Turut diingatkan tentang tipu daya parti pemerintah yang begitu ghairah melaungkan slogan 1Malaysia – kononnya membela rakyat seluruhnya tetapi hakikatnya masih terus membiarkan rasuah berleluasa, ketirisan perbelanjaan yang makin parah, sistem kehakiman yang nazak menanti ajal dan kezaliman serta salahguna kuasa yang terus menekan kehidupan rakyat.
Hak rakyat di negeri-negeri Pakatan terus dinafikan. 1Malaysia hanyalah sekadar slogan lunak dan enak bak madu namun di dalamnya terlarut racun bisa yang busuk, jijik dan meloyakan.
Saya menyeru seluruh pimpinan untuk sama-sama mengembleng tenaga dan upaya untuk terus komited dan setia dalam perjuangan Reformasi ini.
Semangat perjuangan baru perlu terus dicari. Anak muda mesti berani untuk terus melawan rasuah dan salahguna kuasa. Wanita srikandi Reformasi perlu bersungguh meraih sokongan dan menyampaikan mesej perjuangan yang kita bawa. Reformasi harus terus!
Di akhir pidato, saya lontarkan pantun ini buat hadirin:
Telur tembakul disimpan rapi,Sekian lama sudah kempunan;Akan kuredah lautan api,Asal rakyat memberi perkenan.
ANWAR IBRAHIM
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/