Monday, December 27, 2010

PERLANTIKAN SUK SELANGOR BELUM MUKTAMAD

PERLANTIKAN SUK SELANGOR BELUM MUKTAMAD
Pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebenarnya belum muktamad.
Ini kerana cadangan pelantikan Dato’ Khusrin Munawi oleh Ketua Setiausaha Negara tidak pernah dimaklumkan kepada YAB Dato Menteri Besar, Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim. Justeru itu, Dato Menteri Besar telah menghantar surat kepada DYMM Sultan Selangor memaklum bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut.Dalam pada itu Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan proses pemilihan bagi jawatan tersebut dengan menubuhkan sebuah panel temuduga sejajar dengan nota amalan (practice note). Panel tersebut telah memilih tiga nama yang difikirkan sesuai untuk menjawat jawatan tersebut.Dato’ Menteri Besar kemudiannya telah menghantar tiga namatersebut kepada DYMM Tuanku Sultan untuk mendapat perkenan. Sehubungan itu, Dato Menteri Besar akan mengadap DYMM Tuanku Sultan pada 29 Disember 2010.

Sekretariat AkhbarPejabat Dato’ Menteri Besar Selangor

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment