Wednesday, January 18, 2012

Siapakah yang menderita sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor? RESPON KEPADA AMANAT PM NAJIB

KENYATAAN MEDIA

18 Januari 2012

RESPON KEPADA AMANAT PM NAJIB

Siapakah yang menderita sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor?

Oleh Yahya Sahri Ketua Cabang Tg. Karang Parti Keadilan Rakyat

Sebenarnya, yang menderita adalah kalangan pemimpin Umno dan segelintir pemimpin MCA/MIC/Gerakan kerana sejak Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan baharu di Selangor pada 9 Mac 2008, kalangan pemimpin Umno terutamanya (baik yang bertaraf MP, Adun, Ketua Bahagian, Ketua Cawangan mahupun barisan pemimpin di peringkat bawahan) semakin sukar untuk “membolot” kekayaan negeri Selangor bagi faedah diri, isteri dan anak-anak, ahli keluarga mahupun rakan-rakan rapat mereka.

Malahan kini, dilaporkan, terdapat kalangan pemimpin Umno yang tidak mampu lagi memberikan angpow kepada para pengikut sempena sambutan Tahun Baru Cina , Adilfitri atau perayaan-perayaan lain di Selangor khususnya.

Sesungguhnya, kita yakin, sebahagian besar rakyat Selangor daripada pelbagai keturunan dan lapisan berasa senang hati hidup dalam pemerintahan kerajaan sekarang Pakatan Rakyat – yang diterajui Parti Keadilan Rakyat, di Selangor. Mereka semakin menikmati pelbagai bantuan hasil pembangunan dan kemajuan negeri Selangor yang disalurkan menerusi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Seorang guru berijazah yang tinggal di rumah sendiri di Bestari Jaya bersama keluarga dengan gembiranya mengatakan, sejak tiga tahun lebih ini beliau tidak perlu membayar bil air bernilai RM11.40 setiap bulan kerana semuanya ditanggung oleh Kerajaan Negeri sekarang.

Seorang ketua keluarga di Kg. Sg Yu bersyukur kerana pada tahun 2010 sudah mendapat geran milikan tanah yang disampaikan sendiri oleh Dato’ Menteri Besar, walhal sejak lebih 18 tahun urusan pemberian geran tersebut hanya “tinggal janji” ketika Selangor diterajui oleh Umno/BN.

Seorang ustaz yang juga ahli JK Surau dan masjid di Sungai Leman, melahirkan tanda syukur kerana suaru dan masjid di situ menerima pelbagai bantuan daripada Adun Pakatan Rakyat yang bukan beragama Islam.

Di Pasir Panjang, keluarga kepada seorang warga emas yang meninggal dunia melahirkan rasa syukur dan mengucapkan jutaan terima kasih Kerajaan Pakatan Rakyat kerana mendapat bantuan “khairat kemaian” berjumlah RM1000 pada hari bapanya meninggal, dan baki RM1500 dua minggu kemudian.

Seorang pemaju perumahan, dengan bangga melahirkan rasa puas kerana beliau tidak perlu “menderma” ribuan RM kepada pemimpin Umno untuk mempengaruhi Pejabat Daerah bagi meluluskan permohonan untuk memulakan projek perumahan di Balakong sebagaimana amalan Kerajaan Umno/BN dahulu.

Demikian, antara ribuan “rasa syukur”, “rasa puas” dan “ucapan terima kasih” rakyat kepada Kerajaan Negeri sekarang kerana mereka menerima bantuan dan layanan adil daripada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Sebaliknya, percayalah, sekiranya negeri Selangor kembali dikuasai oleh Umno/BN, semua atau hampir semua bantuan dan program untuk rakyat menerusi agenda MES itu bakal lenyap daripada diperoleh dan dinikmati oleh sebilangan besar rakyat Selangor. Dan pada masa sama, perlahan-lahan golongan pemimpin Umno/BN, termasuk keluarga dan rakan-rakan rapat mereka bakal kembali membolot hasil daripada limpahan kemajuan dan pembangunan negeri Selangor ini yang sedang ditadbir urus oleh kerajaan Pakatan Rakyat dengan telus, bertanggungjawab, adil, berhemah dan mesra rakyat.

Kita harap, rakyat Selangor, berfikirlah dan bertindaklah dengan bijak semasa pilihan raya ke-13 yang bakal dihadapi tidak beberapa lama lagi. Barisan kepemimpinan Pakatan Rakyat Selangor pula memang komited meneruskan segala usaha gigih untuk menyejahterakan rakyat Selangor dengan melaksanakan pelbagai program, skim dan insentif yang dirancang menerusi MES dan slogan Selangorku, dan pada masa sama memperbaik segala kelemahan dan kekurangan yang demi kepuasan hati majoriti rakyat.

Akhir kata, kepada rakyat Selangor (sama ada ahli atau penyokong Umno/BN, mahupun ahli-ahli/kalangan penyokong Keadilan, PAS, DAP, marilah renungkan persoalan ini:

Ø Adakah rakyat Selangor pada ini “terus termakan bujukan dan habuan” jangka pendek daripada PM dan kalangan pimpinan Umno/BN, yang sebenarnya mahu rakyat membantu mereka merampas Selangor pada PRU Ke-13?

Ø Mahukah rakyat Selangor membiarkan kalangan pemimpin Umno/BN yang rakus ini kembali berkuasa dan membolot semula harta dan kekayaan negeri ini yang berjaya dikumpul oleh Kerajaan Pakatan Rakyat, yang bernilai ratusan bilion ringgit untuk agihkan kepada seluruh rakyat, sedangkan nanti rakyat terbanyak kembali dipinggirkan apabila Umno/BN memerintah negeri Selangor jika menang manoriti pada PRU Ke-13?

Ø Relakah rakyat Selangor bersubahat dengan pemimpin yang rasuah dan yang mengamalkan pemerintahan untuk kepentingan diri, keluarga (nepotisme) dan rakan rapat (nepotisme)? Bagi orang Islam khususnya, adakah anda sanggup bersubahat dengan pemimpin yang mengamalkan rasuah dan zalim?

Sekali lagi, wahai rakyat Selangor, fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah, antara ‘amanat dan janji Najib’ dengan pelbagai program kebajikan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang sedang dikecapi oleh rakyat di Selangor sekarang, dan insya-Allah bantuan berganda bakal diterima selepas PRU Ke-13 nanti.

Jangan “untung segenggam rugi seguni selepas PRU Ke-13…” akibat terpesona dengan kata-kata Datuk Seri Mohd Najib yang dikenal sebagai pemimpin yang ‘bukan lelaki sejati’!

YAHYA SAHRI

Ketua Cabang Tg.Karang Parti Keadilan Rakyat

Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment