Wednesday, January 18, 2012

TAHNIAH & SYABAS PERLANTIKAN YB DR AHMAD YUNUS SEBAGAI AHLI MMKN BAHARU KERAJAAN NEGERI SELANGOR

PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG TANJONG KARANG
KENYATAAN MEDIA

18 Januari 2012/ 24 Safar 1433
Oleh Haji Mohd Yahya bin Haji Mat Sahri

TAHNIAH & SYABAS PERLANTIKAN YB DR AHMAD YUNUS SEBAGAI AHLI MMKN BAHARU KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Parti Keadilan Rakyat Cabang Tg.Karang mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada Sdr YB Dr Ahmad Yunus bin Hairi sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang Baharu bagi mengantikan YB Dato’ Dr Hassan bin Mohd Ali yang telah digugurkan daripada menjadi Ahli MMKN Negeri Selangor selepas dipecat keahliannya daripada PAS.
Kami Ahli Jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat Tg.Karang bersama anggota Cabang serta para pendokong Pakatan Rakyat mengangkat ibu jari tanda ucapan Syabas dan Tahniah kepada YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Negeri Selangor kerana bertindak cepat, segera dan betul dalam menyelesaikan konflik politik yang dicipta oleh UMNO dan Barisan Nasional.
Kami yakin dan percaya Sdr YB Dr Ahmad Yunus ADUN Sijangkang akan dapat menjalankan tugas dengan amanah, telus dan bertanggungjawab. Profesion beliau sebagai Doktor Perubatan jelas dapat membatu beliau member khidmat terbaik kepada rakyat. Pengalaman serta latar belakang serta keperibadian beliau pastinya akan dapat menjadikan beliau menjadi Ahli MMKN yang efisyen dan profesional.

Portfolio Adat Resam Melayu dan Belia dan Sukan yang dipertanggungjawabkan kepada Sdr YB Dr Yunus pastinya akan menjadi cabaran besar kepada beliau. Seluruh rakyat Selangor mengharapkan perlantikan ini akan menjadikan kegiatan belia menjadi aktif dan segar serta kegiatan sukan akan menjadi lebih maju. Tentunya pasukan bolasepak Merah Kuning akan terangsang dengan penampilan Exco muda yang mendampingi pasukan Selangor.
Kami juga merakamkan ucapan Tahniah kepada ADUN Meru, Sdr YB Dr Abd Rani bin Osman yang dilantik sebagai Pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (SKIMSEL) serta ADUN Bandar Baru Bangi, YB Dr Shafie Abu Bakar yang dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Adat Istiadat Melayu (PADAT
Sekali lagi kami rakamkan ucapan Tahniah dan Syabas kepada YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Negeri Selangor yang telah menyelesaikan isu perlantikan Ahli MMKN yang Baharu serta dapat memimpin dengan cemerlang reformasi pentadbiran dan pengurusan negeri

HAJI MOHD YAHYA BIN HJ MAT SAHRI
KETUA CABANG TANJONG KARANG PARTI KEADILAN RAKYAT
Tel: 019-322 3737 Email: yahyasahri@gmail.com, Twitter : yahyasahri FB: yahyasahri

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment