Monday, April 23, 2012

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT 2008 TERTUNAI DENGAN TAMBAHAN KEBAJIKAN KEPADA RAKYAT



MANIFESTO PAKATAN RAKYAT 2008 TERTUNAI DENGAN TAMBAHAN KEBAJIKAN KEPADA RAKYAT


KENYATAAN AKHBAR
20 APRIL 2012
MANIFESTO PAKATAN RAKYAT 2008 TERTUNAI DENGAN TAMBAHAN KEBAJIKAN KEPADA RAKYAT
 
Sebagai pengenalan, teks ini dihasilkan dan disebarkan  untuk menafikan tohmahan kalangan pemimpin Umno–BN semasa bercakap dalam setiap perhimpunan bersama rakyat di negeri Selangor khususnya. Mereka sepatutnya lebih berhemah dan bersopan apabila berucap di hadapan rakyat Selangor yang rata-rata lebih bermaklumat, bijak dan matang untuk menerima atau menolak antara ucapan yang dipenuhi fakta yang benar dengan ucapan merapu dan dipenuhi fitnah serta rasa dengki kesumat. Semoga penyebaran teks yang ringkas tetapi dipenuhi fakta dan angka ini kepada semua pihak, dapat segera menjawab segala tohmahan dan kebohongan kalangan pemimpin Umno-BN yang mengatakan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor  gagal menunaikan janji-janji dalam Manifesto Pilihan Raya Ke-12 lalu.
      
Tujuan manifesto dirangka pada setiap Pilihan Raya Umum ( PRU ) adalah untuk memberi gambaran kepada rakyat apakah model pentadbiran yang akan dilaksanakan oleh sesebuah parti politik atau gabungan parti-parti politik jika mereka diberi mandat memerintah. Manifesto merupakan iltizam pemimpin dan kepemimpinannya mentadbir negeri jika berjaya membentuk kerajaan. Dalam bahasa mudah manifesto adalah janji-janji pilihan raya.


Walau apapun yang terdapat  dalam manifesto, setiap parti politik yang bertanding  dalam PRU, rata-rata rakyat mahukan sebuah kerajaan yang mengamalkan amalan bersih, tidak rasuah dan berhemat berbelanja. Hanya program yang memberi kepentingan rakyat akan menjadikan bayaran cukai yang mereka bayar, mempunyai nilai sebenar. Sebuah kerajaan yang baik pula ialah kerajaan yang berjaya mengutip cukai dengan efisien dan menggunakan cukai tersebut untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat termasuk meningkatkan tahap ekonomi negeri agar pembangunan dapat dilakukan.


Begitulah yang ditekankan PR apabila menerajui negeri Selangor pada 2008. Pertumbuhan ekonomi negeri menjadi tumpuan agar semua janji  dalam Manifesto dapat dilaksanakan sebaik mungkin dan hasil pembangunan negeri dapat dirasai oleh setiap rakyat negeri ini.


Draf di bawah adalah data yang menunjukkan pencapaian ekonomi negeri Selangor semenjak 2008.
Pencapaian Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)
 
 
 
Keseluruhan Negeri
Perubahan % Tahunan
 
 
 
2008
2009
2010
 
 
 
1
Johor
4.6
-4.0
9.3
 
 
 
2
Kedah
0.1
-1.8
4.4
 
 
 
3
Kelantan
7.4
2.7
4.1
 
 
 
4
Melaka
4.0
0.2
5.6
 
 
 
5
Negeri Sembilan
4.7
1.1
5.3
 
 
 
6
Pahang
5.3
-1.2
4.5
 
 
 
7
P. Pinang
5.8
-10.8
10.0
 
 
 
8
Perak
6.7
-0.9
5.7
% Dari KDNK Nasional
9
Perlis
2.7
-2.9
5.4
2008
2009
2010
10
Selangor
8.4
-1.0
10.8
22.1
22.3
23.0
11
Terengganu
3.1
-3.2
4.3
 
 
 
12
Sabah
7.3
3.8
2.4
 
 
 
13
Sarawak
0.8
-1.5
4.5
 
 
 
14
WP KL
7.0
3.9
9.2
 
 
 
15
WP Labuan
-6.9
-0.1
6.0
 
 
 
16
Supra*
-8.0
-10.3
-2.3
 
 
 
KDNK Nasional
4.8
-1.6
7.2
 
 
 
* Supra State merangkumi aktiviti pengeluaran yang melangkaui pusat kepentingan ekonomi utama bagi mana-mana negeri
 
PENCAPAIAN PELABURAN DI SELANGOR
Tahun
Bil. Proj.
Peluang Pekerjaan
Pelaburan Tempatan (RM)
Pelaburan Luar Negeri (RM)
Jumlah pelaburan (RM)
2008
302
30,980
2,866,163,788
9,004,746,225
11,870,910,013
2009
278
20,753
2,752,526,769
4,007,064,182
6,759,590,951
2010
325
27,865
5,494,986,553
5,146,848,848
10,641,835,401
2011
218
15,415
3,064,233,034
3,748,185,313
6,812,418,347
Jumlah
1,123
95,013
14,177,910,144
21,906,844,568
36,084,754,712
 
Negeri
Bil. Proj.
Peluang Pekerjaan
Pelaburan Tempatan (RM)
Pelaburan Luar Negeri (RM)
Jumlah pelaburan (RM)
%
1
W. P. KL
4
332
55,046,132
0
55,046,132
0.12%
2
W. P. Labuan
1
30
14,866,935
0
14,866,935
0.03%
3
Selangor
325
27,865
5,494,986,553
5,146,848,848
10,641,835,401
22.56%
4
Penang
128
21,618
1,786,853,018
10,451,105,860
12,237,958,878
25.94%
5
Perak
49
5,396
1,393,042,344
1,646,663,971
3,039,706,315
6.44%
6
Johor
172
14,915
4,861,167,970
2,603,746,673
7,464,914,643
15.82%
7
N. Sembilan
35
4,227
219,289,190
1,073,317,852
1,292,607,042
2.74%
8
Melaka
37
4,345
437,191,905
1,193,937,900
1,631,129,805
3.46%
9
Kedah
49
5,056
359,894,257
1,600,741,840
1,960,636,097
4.16%
10
Pahang
13
745
30,880,756
1,007,856,425
1,038,737,181
2.20%
11
Kelantan
5
1,328
87,331,000
82,224,000
169,555,000
0.36%
12
Terengganu
9
688
2,110,937,930
216,994,000
2,327,931,930
4.93%
13
Perlis
1
210
31,440,000
0
31,440,000
0.07%
14
Sabah
39
3,481
849,333,698
476,277,179
1,325,610,877
2.81%
15
Sarawak
43
7,083
388,156,720
3,556,890,253
3,945,046,973
8.36%
Total
910
97,319
18,120,418,408
29,056,604,801
47,177,023,209
100.0%
 
 
 
KEDUDUKAN KEWANGAN SELANGOR TAHUN 2005 Hingga 2011 (RM Juta)
2005
2006
2007
2008
2009
2010
2011
Akaun Hasil Disatukan
420.46
492.99
624.86
673.97
      608.01
732.25
912.75
Akaun Amanah Disatukan
393.15
498.76
761.88
750.70
      711.96
854.63
1,031.25
Akaun Pinjaman Disatukan
-  
-  
-  
-  
               -  
-  
-  
Wang Tunai
415.63
570.54
776.44
733.64
      617.20
458.27
390.89
Pelaburan
397.98
421.21
610.30
691.03
      702.77
1,128.61
1,553.11
Wang Awam
813.61
 991.75
1,386.74
1,424.67
1,319.97
1,586.88
1,944.00
 
Setelah meletakkan kedudukan kewangan negeri dalam keadaan yang kukuh maka barulah janji-janji manifesto dapat direalisasikan kerajaan. Saya galurkan di sini 23 janji utama Pakatan Rakyat (PR) ketika PRU12 yang lalu yang kebanyakan daripadanya berjaya dilaksanakan.  
 
Pentadbiran
1
1
Memastikan Exco dan ADUN sentiasa bersih daripada penyelewengan sepanjang perkhidmatan.
ü
2
2
Menubuhkan badan khas untuk menyiasat segala penyelewengan yang berlaku berkaitan pentadbiran tanah dan sumber-sumber negeri.
ü
3
3
Memberhentikan projek-projek membazir yang merugikan dan tidak memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.
ü
 
 
Sosial dan Kebajikan Rakyat
4
1
Memberi hadiah sebanyak RM1,000 seorang kepada setiap anak Selangor sebaik menerima tawaran kemasukan ke mana-mana institusi pengajian tinggi.
ü
5
2
Memberi bantuan atau biasiswa menurut merit kepada anak Selangor di semua peringkat pendidikan.
ü
6
3
Membuka tabung permulaan bernilai RM100 bagi setiap kelahiran anak Selangor.
ü
7
4
Memberi pendidikan prasekolah percuma kepada anak Selangor berusia 5-6 tahun.
WIP
8
5
Mengurangkan bebanan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke nurseri tanpa had bilangan dengan memberi subsidi antara RM50 – RM100 seorang.
ü
9
6
Mencarumkan skim perlindungan insurans (takaful) warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan anak yatim.
ü
10
7
Memberikan elaun ibu tunggal yang layak menurut tanggungan masing-masing.
WIP
11
8
Memberi elaun khas antara RM150-RM250 sebulan utk wanita tanpa pekerjaan tetap yg memilih utk menjadi suri rumah bagi menjaga anak-anak kecil mereka (di bawah 12 tahun).
WIP
12
9
Memastikan setiap keluarga memiliki sebuah rumah dalam skim perumahan rakyat.
WIP
13
10
Mewujudkan institusi untuk menyelaraskan hal-ehwal agama selain agama Islam demi mewujudkan perpaduan dan persefahaman antara kaum dan agama.
 
 
 
Kesihatan Rakyat
14
1
Memberi cuti bergaji selama 90 hari bagi wanita bersalin (kakitangan kerajaan negeri).
ü
15
2
Memberi cuti selama 14 hari kepada suami (kakitangan kerajaan negeri) bagi menjaga isteri yang baru bersalin.
ü
16
3
Memberi cuti bergaji selama satu bulan bagi wanita (kakitangan kerajaan negeri) yang kematian suami.
ü
17
4
Memberikan perkhidmatan perubatan di hospital kerajaan dan pengangkutan awam percuma kepada semua warga emas berusia 65 tahun ke atas.
WIP
 
 
Ekonomi Rakyat
18
1
Memudahkan dan mempercepat kelulusan dan pembaharuan lesen perniagaan.
ü
19
2
Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10%.
WIP
20
3
Membela kehidupan rakyat miskin terutama petani dan nelayan bagi memperolehi pendapatan minimum RM1,200 sebulan.
WIP
 
 
Keselamatan Rakyat
21
1
Menguatkuasa & memantau projek-projek pembangunan agar mematuhi syarat-syarat perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan kejadian seperti tanah runtuh & banjir.
ü
22
2
Mengkaji semula sistem Rukun Tetangga untuk diganti dengan sistem baharu yang lebih berkesan di bawah penyeliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
WIP
23
3
Mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes-kes jenayah dan keganasan terhadap wanita.
ü
 
Selama empat tahun memerintah Selangor, dengan tema Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan Kerajaan PR telah melaksanakan hampir semua janji dalam Manifesto PRU 2008. Memandangkan Selangor adalah nadi pembangunan dan pemacu utama ekonomi Negara atau lebih tepat lagi penyumbang 23% kepada KDNK negara maka rakyat Selangor berhak mendapat bahagian yang besar dari kemajuan negeri dan Negara.
Justeru itu, Kerajaan PR telah melakar pembangunan negeri melalui program yang memberi kesan langsung kepada kebajikan rakyat di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan tidak hanya tertakluk pada Manifesto 2008. Di bawah adalah data yang menunjukkan janji dan perlaksanaan oleh kerajaan PR di bawah MES;
 
  
STATUS TERKINI PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES) SEHINGGA 31 DISEMBER 2011
 
BIL
PROGRAM
JUMLAH PERBELANJAAN (RM)
TAHUN 2008
TAHUN 2009
TAHUN 2010
TAHUN 2011
JUMLAH
1
Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
-
1,029,700
1,179,700
715,500
2,924,900
2
Hadiah Anak Masuk Universiti
3,200,000
5,667,028
7,699,000
7,167,000
23,733,028
3
Skim Mesra Usia Emas
870,000
19,761,000
21,515,500
20,700,500
62,847,000
4
Tabung Pendidikan Anak-Anak Pekerja Ladang
354,200
1,118,540
1,905,815
928,121
4,306,676
5
Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu (M3) Pertama
68,674,733
131,468,341
136,217,651
140,738,976
477,099,700
6
Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel)
-
-
1,615,500
15,718,550
17,334,050
7
Skim Kesihatan Wanita (MammoSEL)
-
-
227,700
1,014,590
1,242,290
8
Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR)
-
-
-
3,422,000
3,422,000
9
Pusat Dialisis Rakyat
-
-
-
-
-
10
Cuti Bersalin 90 Hari
-
-
-
-
-
11
Cuti Untuk Suami Yang Isterinya Bersalin Selama 14 Hari
-
-
-
-
-
12
Cuti Kematian Suami Selama 30 Hari
-
-
-
-
-
13
Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC)
-
-
-
-
-
 
 
73,098,933
159,044,609
170,360,866
190,405,237
592,909,645
 
Program MES telah dilebarkan menerusi program-program Hasil Negeri Untuk Rakyat kerana menyedari bahawa sekian lamanya hasil negeri terkaya ini dikutip namun pengagihannya tidak menitikberatkan kebajikan rakyat marhaen; hanya berlegar dalam kalangan pemimpin dan suku sakat mereka. Pelbagai program telah dilaksanakan di bawah Hasil Negeri Untuk Rakyat ini, antaranya;
·         Jom shopping bagi warga emas,
·         Pembiayaan pendidikan kepada warga kerja Selangor yang mahu melanjutkan pelajaran.
·         Program Pendidikan - SPIES, GEMS, Tuisyen Rakyat
·         Skim Perumahan Pekerja Ladang
·         Bantuan pengurusan bangunan, lif & pusat komuniti.
·         Bonus Selangorku- Jom Shopping anak YAWAS yang berusia 4 tahun (lahir 2008).
 
Selama empat tahun mengamalkan pentadbiran reformasi; bersih telus dan berhemah PR telah berjaya mengutip hasil negeri tanpa berlaku ketirisan. Menyedari bahawa selama 50 tahun pentadbiran terdahulu; tanpa adanya proses semak dan imbang yang berkesan, pastinya terlalu banyak kepincangan dan ketirisan yang berlaku. Justeru, kehadiran PR tepat pada masanya. 

Ini terbukti apabila banyak lubang ketirisan berjaya dibendung. Hutang lapuk syarikat kroni yang mencecah hampir RM400juta dan berusia sedekad lamanya telah berjaya dikesan dan dikutip. Sejumlah wang yang mengikut kelaziman pemerintah terdahulu akan masuk ke dalam poket pemimpin, kini berjaya disalurkan semula kepada rakyat melalui Geran Selangorku. Satu dana besar berupa bonus kepada rakyat Selangor.

Terdapat 17 program yang telah dirancang dan sebahagian besarnya sedang berjalan lancar. 17 program tersebut menyentuh setiap segmen rakyat di Selangor; golongan pekerja, belia, wanita, warga emas, anak kecil, OKU, di bandar mahupun di desa. Bonus RM300 juta ini merupakan julung-julung kali diterima rakyat negeri ini melalui program berikut;
Bil
Geran
Geran
(RM ‘juta)
Sasaran
Rasional
Cadangan Program
1
Pengenalan Gaji Minima
10
Kakitangan Syarikat Milik Negeri
Merapatkan jurang pendapatan
Kursus kemahiran (‘competency’), kemahiran baru (‘re-skilling’)
2
Program Pembasmian Rasuah  & Penyelewengan
15
Membenteras rasuah melalui NGO Transparency International
Membantu mana-mana pihak ke arah Selangor Bebas Rasuah
NGO untuk mengemukakan cadangan dan kertas kerja
3
Pemerkasaan Wanita
30
Wanita
Menggalakkan keadilan ‘gender’, mengurangkan pengantungan kepada bantuan kebajikan
Program latihan, keusahawanan
4
Daripada Kebajikan Kepada Bekerja
20
Penerima Bantuan Kebajikan (melalui Agensi Pusat Zakat, dll )
Membuka peluang pekerjaan bagi mengubah kehidupan dan membentuk jati diri
Program latihan vokasional
5
Program Keusahawan Muda
30
Belia
Membantu belia berdikari dan berdaya maju
Kursus perniagaan, tapak perniagaan
6
Program Sokongan Pendidikan
30
Pelajar Insitusi Pendidikan (Sekolah, Kolej, Universiti)
Menaikkan Taraf Pendidikan termasuk golongan kurang upaya
Tuisyen, komputer, perpustakaan, peralatan pembelajaran
7
Infrastruktur
50
Pengguna Kemudahan Awam
Meningkatkan keselesaan hidup untuk rakyat terbanyak
Pembaikan jalan raya, parit dan longkang dll
8
Pembinaan Infrastruktur Sukan
30
Ahli dan Peminat Sukan
Menggalakkan budaya sihat
Menambah infrastruktur sukan seperti elanggang futsal, dll
9
Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar
5
Sumber semulajadi Permatang Kuartza, Pokok Bakau
Memastikan pemuliharaan alam sekitar terjamin
Kajian dan program pemuliharaan
10
Program Jangkaan Kehidupan Bandar
10
Penduduk Kawasan Luar Bandar
Mendedahkan penduduk luar bandar dengan kemajuan moden
Wifi percuma, dll
11
Program Pejabat ke Rakyat
20
Rakyat yang berurusan dengan Pejabat Kerajaan
Mengurangkan belanja mengurus sehingga membawa kepada pengurangan cukai
Pembangunan sistem maklumat on-line contohnya Pejabat Tanah
12
Program Pengukuhan Budaya
3
Pencinta dan Pengiat Seni
Memajukan program kesenian di Selangor
Program-program kesenian, mendapatkan artifak dll
13
Program Pengukuhan Demokrasi
5
Pengundi-pengundi di Selangor
Meningkatkan kesedaran rakyat tentang hak demokrasi mereka
Program pendaftaran pengundi, bantahan SPR, dll
14
Penerangan Maklumat Negeri
10
Rakyat Selangor yang tidak mendapat maklumat seimbang
Memberi rakyat maklumat yang tepat dan seimbang
Program  penerangan, bilbod, famplet
15
Program Peningkatan Kualiti Hidup Rakyat
5
Rakyat Selangor terutama Warga Emas dan Kurang Upaya
Meningkatkan taraf kesihatan rakyat
Mengkaji dan merancang program meningkatkan taraf kesihatan
16
Program Peningkatan Kemahiran Penjawat Awam
5
Penjawat awam
Meningkatkan tahap kemahiran dan kecekapan penjawat awam
Program latihan, bengkel dan kursus
17
Penggerak Pembangunan Luar Bandar
22
Petani, Nelayan
Menjana kehidupan yang lebih makmur untuk golongan luar bandar
Pembinaan infrastruktur, program pemasaran
 
Melihat kepada program-program MES, Hasil Negeri Untuk Rakyat dan Geran Selangorku di atas rakyat dapat melihat meskipun ada di antara Manifesto 2008 yang belum dilaksanakan antaranya penurunan cukai pintu, pemberian wang masuk tadika dan wang saku suri rumah, namun program-program tambahan yang dilaksanakan jauh lebih memberi manfaat kepada rakyat. Umpamanya program Pemerkasaan Wanita berjumlah RM30 juta bakal menyediakan prasarana dan peluang yang jauh lebih cerah kepada golongan wanita dan suri rumah.


Begitu juga dengan Program Daripada Pejabat Kepada Rakyat dengan peruntukan sejumlah RM20 juta di bawah Geran Selangorku, adalah satu projek penyediaan data digital geran-geran tanah di seluruh Selangor dengan tujuan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat bagi jangka panjang. Rakyat tidak perlu lagi mengunjungi pejabat tanah untuk berurusan kerana semua urusan boleh dilakukan melalui teknologi internet. Secara langsung program ini dapat mengurangi kos yang ditanggung rakyat. Projek ini merupakan projek pertama yang pernah diadakan di Asia.


Jika mahu dibongkar dan diungkit perkara yang dilakukan pemerintah terdahulu maka terlalu banyak yang boleh diperkatakan. Namun kerajaan PR mengambil pendekatan bahawa rakyat Selangor sesungguhnya maklum perkara tersebut  lantas rakyat memilih untuk menolak mereka pada PRU yang lalu. Justeru itu, PR tidak menoleh ke belakang dengan menonjolkan perlakuan mereka sejak 50 tahun lalu. Sebaliknya PR melaksanakan pentadbiran maju ke hadapan dengan melakukan perubahan dan reformasi pada setiap segmen pentadbiran; politik, ekonomi dan sosial.


Puluhan program telah dilaksanakan hanya dalam tempoh 4 tahun memerintah. Selain menghalang kenaikan tarif air hingga mencecah 71%, PR berjaya memberikan air percuma 20 meter padu kepada setiap isi rumah sejak 2008 yang lalu. Usaha giat dijalankan untuk menyelamatkan air Selangor daripada terus diancam kroni pemerintah Persekutuan. Setelah PR memerintah, barulah rakyat Selangor mengetahui bahawa aset air negeri Selangor yang selama ini digunakan secara percuma oleh syarikat kroni, bernilai RM12 billion apabila Kerajaan Negeri melakukan audit besar-besaran terhadap aset-aset tersebut. Dengan penemuan nilai aset yang setinggi itu ia mampu menambah iltizam kita untuk terus mempertahankan air Selangor.


PR yakin dengan semua program kebajikan di atas, rakyat Selangor akan terus memberikan mandat kepada PR untuk memerintah negeri ini. Pentadbiran secara telus, bersih dan bebas rasuah adalah yang didambakan oleh rakyat. Konsep “Value For Money” yang diperkenalkan oleh pentadbiran PR kini benar-benar mendapat tempat di negeri termaju dan terkaya di Malaysia ini. Selangor adalah model terbaik jika PR diberi peluang oleh rakyat Malaysia untuk memerintah Putrajaya.
 
FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK
YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR 
--
Sekretariat AkhbarPejabat Dato' Menteri Besar SelangorTel: 03 5544 7452 Fax: 03 5510 9686 www.selangorkini.com.mywww.tvsnews.net
--
Best regards, 
Ooi Heng
Parliamentary Research Head
KEADILAN Parliamentary Research Unit 
Office of the Leader of the Opposition
Level 14, Tower Block
Parliament of Malaysia
Kuala Lumpur.

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment