Thursday, August 28, 2014
Tuesday, August 19, 2014
Monday, August 18, 2014
SANGGAHTOKSAGO.COM: Benarkah Ada KONSPIRASI Pejatuhkan YAHYA SAHRI
SANGGAHTOKSAGO.COM: Benarkah Ada KONSPIRASI Pejatuhkan YAHYA SAHRI: By IBNUKHUZAIMAH "DALAM keseronokan Menteri Besar Selangor berpesta dengan kenyataan akhbarnya terutama Malaysiakini, Khalid tidak s...
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/
Tuesday, August 5, 2014
‘TAN SRI KHALID CONTOHILAH KHALID AL WALID’
BUDI SELANGOR
GABUNGAN NGO-NGO BUDAYA & ETNIK SELANGOR)
KENYATAAN MEDIA
01 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435
‘TAN SRI KHALID CONTOHILAH KHALID AL WALID’
BUDI SELANGOR Gabungan NGO-NGO Budaya dan Etnik dalam Negeri Selangor merasa amat bimbang dan rimas berkaitan perkembangan politik terkini Negeri Selangor. BUDI sangat mengharapkan senario kucar kacir ini selesai segera dalam aman damai dengan semangat kesetiawanan serta harmoni. Badan NGO seperti BUDI tidak bersikap politik kepartian, apa yang kami harapkan bila mana wujud kekeruhan akan muncul kejernihan manakala kekusutan yang muncul akan ada keharmonian.
BUDI sebagai badan NGO berpegang kepada prinsip dimana setiap individu mesti akur dan patuh kepada amalan peraturan Tataetika serta Tatakelola badan pertubuhan, dimana setiap NGO sepertimana parti politik mempunyai Jawatankuasa, keputusan Jawatankuasa mesti dipatuhi oleh setiap ahli. Maka bagi seorang ahli yang tidak menghormati keputusan Ahlijawatankuasa adalah seorang yang tidak punya disiplin serta tanggungjawab.
‘Khalid al Walid, yang terkenal sebagai ‘pedang islam' dilucut jawatan sebanyak dua kali oleh Khalifah Umar al-Khattab r.a, iaitu pada tahun 13 Hijrah sebagai panglima perang sejurus selepas Syaidina Umar r.a dilantik sebagai khalifah dan sekali lagi pada 17 Hijrah sebagai gabenor di Syria. Namun kedua-dua peristiwa ini tidak mengubah kehormatan Khalid terhadap Khalifah Umar r.a.
Demikian hormat dan keyakinan Khalid terhadap Umar r.a walau dalam keadaan beliau dilucutkan jawatan, amat difahaminya tindakan Umar r.a adalah untuk mengelak fitnah, bukan mencipta fitnah.’
Kisah panglima perang Islam handal yang telah mengepalai beberapa peperangan yang berakhir dengan kemenangan iaitu Khalid al Walid, namum jawatan Khalid al Walid telah dilucutkan oleh Khalifah Umar al Khattab, apa yang menariknya Khalid al Walid dengan penuh tanggungjawab dan hormat kepada ketuanya tidak mempertikaikan keputusan ketuanya serta tidak sedikitpun mengungkit jasanya serta tidak mempersoalkan apakah kesalahannya. Kehebatan jiwa Khalid al Walid ini sangat kami harapkan ada dalam jiwa dan diri Tan Sri Dato’ Seri Abul Khalid bin Ibrahim.
BUDI menyanjung tinggi serta menghormati ketekunan serta integriti yang ditunjukan oleh Tan Sri Khalid, namun begitu keputusan organisasi serta matlamat organisasi jauh mengatasi matlamat individu. BUDI menuntut agar Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim (TSKI) dengan rela hati mengundur diri dan melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor. BUDI membuat gesaan ini adalah selaras dengan keputusan yang telah dibuat oleh Parti iaitu Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang mana Tan Sri Khalid menjadi anggotanya , serta keputusan Pakatan Parti yang menjadi gabungan bagi tertubuhnya kerajaan campuran di Negeri Selangor ini iaitu Pakatan Rakyat (PR).
Dalam mesyuarat yang telah dilaksanakan oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN dan Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) telah sebulat suara bersetuju menukar Tan Sri Khalid dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Dato’ Wan Ismail. Maka berdasarkan keputusan ini BUDI mengesa agar Tan Sri Khalid akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh KEADILAN dan Pakatan Rakyat.
BUDI bersama ahli-ahlinya antara Badan NGO yang aktif dalam memastikan sokongan rakyat kepada pembentukan Pakatan Rakyat sejak 1999 hingga 2008 serta bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor pada 2013. Badan-Badan NGO juga sangat mengharapkan sumbangan NGO-NGO yang menyokong usaha memartabatkan rakyat di hargai dan diberikan perhatian.
BUDI cukup yakin jiwa besar yang ditunjukan oleh Tan Sri Khalid akan mendapat sanjungan dan penghormatan daripada rakyat. Sudah pastinya Pakatan Rakyat Selangor akan memberikan kedudukan serta tanggungjawab yang bersesuainya dengan pengalaman yang ada pada beliau. Pastinya juga keputusan untuk melucutkan jawatan Menteri Besar adalah kerana satu agenda yang lebih besar yang telah difikirkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat.
HAJI JAMALI BIN SALAMON
PENGERUSI
BUDI SELANGOR merangkap Setiausaha Agung Ikatan Jawa Sejiwa Selangor (iJawa)
Bersama Gabungan NGO-NGO BUDI Negeri Selangor
1. Ikatan Jawa Sejiwa Selangor (iJawa)
2. Yayasan Budaya Seni Nusantara
3. Kelab Seni Budaya Melayu Selangor
4. Kelab Cetusan Rasa Selangor & Kuala Lumpur
5. Kumpulan Pendokong Seni Budaya Selangor
6. Ikatan Sejahtera Jati Selangor
7. Kelab Anak Muda Bandar Petaling
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/
Monday, August 4, 2014
Penduduk - Penduduk Kg Baru Cina kecewa dengan cara pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim mengurus masalah rakyat di Selangor .
KENYATAAN MEDIA
3 Ogos 2014 (Ahad)
Penduduk - Penduduk Kg Baru Cina kecewa dengan cara pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim mengurus masalah rakyat di Selangor .
Ketua-Ketua Kampung meluahkan perasaan dukacita kerana banyak masalah serta rungutan rakyat tidak diendahkan serta tidak diambil perhatian secara serius oleh Tan Sri Khalid sepanjang menjadi Menteri Besar Selangor.
Gaya kepimpinan Tan Sri Khalid tidak langsung mencerminkan semangat yang digambarkan oleh Pakatan Rakyat yang menjadikan rakyat sebagai rakan kongsi utama dalam pengurusan dan pentadbiran Negeri. Tetapi Tan Sri Khalid mempamirkan pemimpin solo yang memaksa rakyat mesti mengikut keputusannya tanpa perlu mendengar pendapat rakyat bawahan.
Antara isu yang tertunggak yang gagal diselesaikan adalah apa langkah penyelesaian begitu banyak tanah-tanah yang melibatkan Kampung Baru China, contohnya Kg Baru Pasir Penambang & Kg Baru Bagan Sg Yu Kuala Selangor yang melibatkan lebih 220 keluarga. Penduduk menuntut janji Tan Sri Khalid sejak Mac 2008 yang menjanjikan Hak Milik Persendirian bagi mereka yang telah menduduki tanah lebih 15 tahun. Hampir keseluruhan 220 keluarga yang tinggal di Kg Baru telah menduduki tanah lebih 50 tahun.Apa yang menyedihkan penduduk telah beberapa kali cuba membuat temujanji dengan Tan Sri Khalid tetapi tidak pernah mendapat layanan, malah yang menyayat hati mereka bilamana usaha bertemu Tan Sri Khalid secara temu janji tidak berhasil mereka cuba menemui Tan Sri Khalid terus dalam sebaik tamat beberapa acara Tan Sri Khalid diluar namun tidak dilayan dengan baik dan sempurna.
2. Penduduk Kg Baru juga menuntut Tan Sri Khalid menunaikan janji Pakatan Rakyat iaitu untuk tidak akan membebankan rakyat. Nyata sekali Tan Sri Khalid tidak menjiwai denyut nadi Rakyat, kenaikan Caj Fee Perniagaan sehingga 400% satu kejutan kenaikan Fee melampau yang ditanggung oleh rakyat. Kerajaan Selangor langsung tidak mendapatkan pandangan serta pendapat Rakyat bila hendak menaikkan fee. Rakyat telah membuat bantahan keras terhadap kenaikan Caj Fee Perniagaan namun sedikit pun tidak diendahkan oleh Tan Sri Khalid.
3. Janji Pakatan Rakyat untuk membantu serta meningkatkan hasil pendapatan penduduk luar Bandar seperti Petani, Penternak, Nelayan serta Peniaga juga Penjaja-Penjaja Kecil. Tiada kesungguhan langsung untuk Tan Sri Khalid bagi membantu golongan berpendapatan kecil dan rendah. Tiada apa-apa program yang dirangka serta dirancang bagi membantu meningkatkan hasil pendapatan golongan ini. Ramai Nelayan pesisir pantai pantai kecewa kerana kehidupan mereka tiada pembelaan yang sewajarnya. Hampir seratus orang nelayan di Bagan Sg Yu Kuala Selangor yang telah mengemukkan permohonan bantuan lebih empat tahun menunggu jawapan tetapi hampa dan kecewa.
4. Keseluruhan tahap pengurusan sera penyelenggaran parit, longkang, jalan dan pengurusan sampah masih jauh daripada tahap memuaskan. Semua boleh saksikan sendiri jalan-jalan kampong, jalan ladang serta jalan pertanian yang sangat menyedihkan. Terlalu banyak jalan yang sangat sukar untuk dilalui oleh kenderaan biasa, sana sini berlopak dan berlubang. Parit dan Longkang tidak disenggara dengan baik hingga hampir semua longkang tidak mengalirkan air dengan sempurna, di sana dan sini sumbat yang menjadikan nyamuk aedes membiak yang menyumbang demam denggi menjadi wabak.
Isu serta rungutan kami memang isu kecil serta remeh temeh bagi pandangan Ketua Kerajaan Seperti Tan Sri Khalid Ibrahim, tetapi isu ini bagi kami pemimpin kecil serta warga penduduk luar bandar cukup besar dan menekan kehidupan. Kami memerlukan pemimpin yang berjiwa besar dan memahami perasaan rakyat, kami sangat menyokong cadangan untuk Tan Sri Khalid Ibrahim di tukar dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah. Seandainya boleh berlaku dengan segera dalam tempoh terdekat adalah amat baik sekali.
Lim Eng Wan
Ketua Kg Baru Pasir Penambang Tg.Karang
Lee Boon Huat
Ketua Kampung Baru Sasaran Sg Buloh Kuala Selangor
Sow Eng Wan
Ketua Kampung Baru Bagan Sg Yu Kuala Selangor
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/
‘TAN SRI KHALID CONTOHILAH KHALID AL WALID’
BUDI SELANGOR
GABUNGAN NGO-NGO BUDAYA & ETNIK SELANGOR)
KENYATAAN MEDIA
01 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435
‘TAN SRI KHALID CONTOHILAH KHALID AL WALID’
BUDI SELANGOR Gabungan NGO-NGO Budaya dan Etnik dalam Negeri Selangor merasa amat bimbang dan rimas berkaitan perkembangan politik terkini Negeri Selangor. BUDI sangat mengharapkan senario kucar kacir ini selesai segera dalam aman damai dengan semangat kesetiawanan serta harmoni. Badan NGO seperti BUDI tidak bersikap politik kepartian, apa yang kami harapkan bila mana wujud kekeruhan akan muncul kejernihan manakala kekusutan yang muncul akan ada keharmonian.
BUDI sebagai badan NGO berpegang kepada prinsip dimana setiap individu mesti akur dan patuh kepada amalan peraturan Tataetika serta Tatakelola badan pertubuhan, dimana setiap NGO sepertimana parti politik mempunyai Jawatankuasa, keputusan Jawatankuasa mesti dipatuhi oleh setiap ahli. Maka bagi seorang ahli yang tidak menghormati keputusan Ahlijawatankuasa adalah seorang yang tidak punya disiplin serta tanggungjawab.
‘Khalid al Walid, yang terkenal sebagai ‘pedang islam' dilucut jawatan sebanyak dua kali oleh Khalifah Umar al-Khattab r.a, iaitu pada tahun 13 Hijrah sebagai panglima perang sejurus selepas Syaidina Umar r.a dilantik sebagai khalifah dan sekali lagi pada 17 Hijrah sebagai gabenor di Syria. Namun kedua-dua peristiwa ini tidak mengubah kehormatan Khalid terhadap Khalifah Umar r.a.
Demikian hormat dan keyakinan Khalid terhadap Umar r.a walau dalam keadaan beliau dilucutkan jawatan, amat difahaminya tindakan Umar r.a adalah untuk mengelak fitnah, bukan mencipta fitnah.’
Kisah panglima perang Islam handal yang telah mengepalai beberapa peperangan yang berakhir dengan kemenangan iaitu Khalid al Walid, namum jawatan Khalid al Walid telah dilucutkan oleh Khalifah Umar al Khattab, apa yang menariknya Khalid al Walid dengan penuh tanggungjawab dan hormat kepada ketuanya tidak mempertikaikan keputusan ketuanya serta tidak sedikitpun mengungkit jasanya serta tidak mempersoalkan apakah kesalahannya. Kehebatan jiwa Khalid al Walid ini sangat kami harapkan ada dalam jiwa dan diri Tan Sri Dato’ Seri Abul Khalid bin Ibrahim.
BUDI menyanjung tinggi serta menghormati ketekunan serta integriti yang ditunjukan oleh Tan Sri Khalid, namun begitu keputusan organisasi serta matlamat organisasi jauh mengatasi matlamat individu. BUDI menuntut agar Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim (TSKI) dengan rela hati mengundur diri dan melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor. BUDI membuat gesaan ini adalah selaras dengan keputusan yang telah dibuat oleh Parti iaitu Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang mana Tan Sri Khalid menjadi anggotanya , serta keputusan Pakatan Parti yang menjadi gabungan bagi tertubuhnya kerajaan campuran di Negeri Selangor ini iaitu Pakatan Rakyat (PR).
Dalam mesyuarat yang telah dilaksanakan oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN dan Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) telah sebulat suara bersetuju menukar Tan Sri Khalid dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Dato’ Wan Ismail. Maka berdasarkan keputusan ini BUDI mengesa agar Tan Sri Khalid akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh KEADILAN dan Pakatan Rakyat.
BUDI bersama ahli-ahlinya antara Badan NGO yang aktif dalam memastikan sokongan rakyat kepada pembentukan Pakatan Rakyat sejak 1999 hingga 2008 serta bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor pada 2013. Badan-Badan NGO juga sangat mengharapkan sumbangan NGO-NGO yang menyokong usaha memartabatkan rakyat di hargai dan diberikan perhatian.
BUDI cukup yakin jiwa besar yang ditunjukan oleh Tan Sri Khalid akan mendapat sanjungan dan penghormatan daripada rakyat. Sudah pastinya Pakatan Rakyat Selangor akan memberikan kedudukan serta tanggungjawab yang bersesuainya dengan pengalaman yang ada pada beliau. Pastinya juga keputusan untuk melucutkan jawatan Menteri Besar adalah kerana satu agenda yang lebih besar yang telah difikirkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat.
HAJI JAMALI BIN SALAMON
PENGERUSI
BUDI SELANGOR merangkap Setiausaha Agung Ikatan Jawa Sejiwa Selangor (iJawa)
Bersama Gabungan NGO-NGO BUDI Negeri Selangor
1. Ikatan Jawa Sejiwa Selangor (iJawa)
2. Yayasan Budaya Seni Nusantara
3. Kelab Seni Budaya Melayu Selangor
4. Kelab Cetusan Rasa Selangor & Kuala Lumpur
5. Kumpulan Pendokong Seni Budaya Selangor
6. Ikatan Sejahtera Jati Selangor
7. Kelab Anak Muda Bandar Petaling
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/
Saturday, August 2, 2014
KAMI INGATKAN TAN SRI KHALID IBRAHIM BAHAWA KEPUTUSAN PARTI KEADILAN ADALAH DATUK SERI DR WAN AZIZAH SEBAGAI MB SELANGOR BARU - HORMATILAH KEPUTUSAN PARTI!
KENYATAAN MEDIA
1hb Ogos 2014
KAMI INGATKAN TAN SRI KHALID IBRAHIM BAHAWA KEPUTUSAN PARTI KEADILAN ADALAH DATUK SERI DR WAN AZIZAH SEBAGAI MB SELANGOR BARU - HORMATILAH KEPUTUSAN PARTI!
Kami, Ketua-Ketua Cabang dan Ranting KEADILAN ingin mengumumkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi terhadap Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Sebagai Presiden parti yang juga ADUN Kajang, beliau adalah calon yang paling kanan dan paling layak di kalangan ADUN-ADUN KEADILAN di negeri Selangor untuk menjadi Menteri Besar.
Oleh yang demikian, kami menggesa agar semua anggota KEADILAN termasuklah ADUN dan Exco dalam pentadbiran Selangor pada waktu ini untuk mengenepikan perbezaan pendapat serta bersatu hati dalam menyokong ketetapan Majlis Pimpinan Pusat pada 21hb Julai yang lalu, iaitu untuk menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.
Pada masa yang sama, akar umbi berpendapat peralihan kuasa perlu dibuat secara tertib, baik, dan bermaruah. Oleh yang demikian, ingin kami menasihatkan Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim menghormati keputusan parti dan melepaskan jawatan dengan baik dan penuh rela hati, demi kesinambungan pentadbiran negeri Selangor dan kemaslahatan rakyat Selangor khususnya.
Tan Sri Khalid perlu ingat, jika beliau terus enggan melepaskan jawatan tersebut, ini hanya akan merosakkan imej beliau. Akar umbi akan mempersoalkan apakah motif sebenar beliau mengambil sikap sedemikian yang hanya boleh menguntungkan musuh politik Pakatan Rakyat. Akar umbi masih menaruh harapan yang cukup besar ke atas Pakatan Rakyat untuk membawa reformasi dan perubahan yang lebih baik di negeri Selangor.
Sivarasa Rasiah
Ketua Cabang Subang dan Ahli Parlimen Subang.
William Leong
Ketua Cabang Selayang dan Ahli Parlimen Selayang
Yew Boon Lye
Ketua Cabang Kelang
David Cheong
Ketua Ranting Sg. Jarom, Cabang Kuala Langat yang mewakili 25 Ranting di Kuala Langat
Sekiranya penjelasan lanjut diperlukan, sila hubungi Sivarasa di no 012 213 8613 atau setiausaha politik beliau, Peter Chong 012 9059948
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/
AKAR UMBI SOKONG WAN AZIZAH SEBAGAI MB SELANGOR BARU
KENYATAAN MEDIA
31hb Julai 2014/ 4 Syawal 1435 (Khamis)
AKAR UMBI SOKONG WAN AZIZAH SEBAGAI MB SELANGOR BARU
Kami, Ketua-Ketua Cabang KEADILAN Selangor serta anggota-anggota ingin mengumumkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi terhadap Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Sebagai Presiden parti yang juga ADUN Kajang, beliau adalah calon yang paling kanan dan paling layak di kalangan ADUN-ADUN KEADILAN di negeri Selangor untuk menjadi Menteri Besar.
Oleh yang demikian, kami menyeru agar semua anggota KEADILAN termasuklah ADUN dan Exco dalam pentadbiran Selangor pada waktu ini untuk mengenepikan perbezaan pendapat serta bersatu hati dalam menyokong ketetapan Majlis Pimpinan Pusat pada 21hb Julai yang lalu, iaitu untuk menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.
Pada masa yang sama, kami menggesa parti terutamanya pimpinan tertinggi untuk mendengar suara akar umbi yang sudah jelak dengan permainan politik ala-UMNO yang dimainkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Umum sedia maklum, tindakan-tindakan beliau terutamanya akhir-akhir ini jelas membelakangkan pendirian dan ketetapan Majlis Pimpinan Pusat dan pimpinan tertinggi KEADILAN dan Pakatan Rakyat. Malah pelawaan Khalid agar ADUN Pakatan Rakyat membuat undi tidak percaya terhadap beliau cukup memalukan. Oleh itu, kami mewakili suara akar umbi menggesa parti dan pimpinan tertinggi untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap beliau.
1.Hj Mohd Yahya bin Hj Mat Sahri
Ketua Cabang Tg.Karang
2.Abu Talip bin Bujang
Ketua Cabang Sabak Bernam
3.Hj Mohamad Fauzi bin Ahmad
Ketua Cabang Sg.Besar
4.Hj Burhan Aman Shah
Ketua Cabang Sepang
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/
CABANG TANJONG KARANG MENYOKONG WAN AZIZAH SEBAGAI MB SELANGOR
Cabang Tanjong Karang
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Cabang Tanjong Karang
No. 25-1, Jalan Nilam 1, Taman Nilam
45500 Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan
Tel : +603 - 3289 7572 Faks : +603 - 3289 7572
E-Mel : adiltgkarang@yahoo.com
Web : http://pkrtgkarang.blogspot.com
KENYATAAN MEDIA
31HB JULAI 2014/ 4 SYAWAL 1435 (KHAMIS)
CABANG TANJONG KARANG MENYOKONG WAN AZIZAH SEBAGAI MB SELANGOR
Kami, AJK Cabang KEADILAN Tanjong Karang serta anggota-anggota ingin mengumumkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi terhadap Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Sebagai Presiden parti yang juga ADUN Kajang, beliau adalah calon yang paling kanan dan paling layak di kalangan ADUN-ADUN KEADILAN di negeri Selangor untuk menjadi Menteri Besar.
Oleh yang demikian, kami menyeru agar semua anggota KEADILAN termasuklah ADUN dan EXCO dalam pentadbiran Selangor pada waktu ini untuk mengenepikan perbezaan pendapat serta bersatu hati dalam menyokong ketetapan Majlis Pimpinan Pusat pada 21hb Julai yang lalu, iaitu untuk menamakan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.
Pada masa yang sama, kami menggesa parti terutamanya pimpinan tertinggi untuk mendengar suara akar umbi yang sudah jelak dengan permainan politik ala-UMNO yang dimainkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Umum sedia maklum, tindakan-tindakan beliau terutamanya akhir-akhir ini jelas membelakangkan pendirian dan ketetapan Majlis Pimpinan Pusat dan pimpinan tertinggi KEADILAN dan Pakatan Rakyat. Malah pelawaan Khalid agar ADUN Pakatan Rakyat membuat undi tidak percaya terhadap beliau cukup memalukan. Oleh itu, kami mewakili suara akar umbi menggesa parti dan pimpinan tertinggi untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap beliau.
HAJI MOHD YAHYA BIN HAJI MAT SAHRI
Ketua Cabang Tg.Karang/ Ahli MPN Selangor/ Pengerusi Biro Kepenggunaan MPP
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/
TAN SRI KHALID MESTI MELEPASKAN JAWATAN MB SEBAGAIMANA KEPUTUSAN PAKATAN RAKYA-PRIHATIN SELANGOR
IKATAN PRIHATIN SELANGOR
(GABUNGAN NGO-NGO SELANGOR)
KENYATAAN MEDIA
25 Julai 2014 / 27 Ramadhan 1435
TAN SRI KHALID MESTI MELEPASKAN JAWATAN MB SEBAGAIMANA KEPUTUSAN PAKATAN RAKYAT
Ikatan Prihatin Selangor (PRIHATIN) sebuah badan gabungan NGO-NGO dalam Negeri Selangor menuntut agar Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim (TSKI) dengan rela hati mengundur diri dan melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor. PERIHATIN membuat gesaan ini adalah selaras dengan keputusan yang telah dibuat oleh Parti iaitu Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang mana TSKI menjadi anggotanya , serta keputusan Pakatan Parti yang menjadi gabungan bagi tertubuhnya kerajaan campuran di Negeri Selangor ini iaitu Pakatan Rakyat (PR).
Dalam mesyuarat yang telah dilaksanakan oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN dan Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) telah sebulat suara bersetuju menukar TSKI dengan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Dato’ Wan Ismail. Maka berdasarkan keputusan ini PERIHATIN mengesa agar TSKI akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh KEADILAN dan PR.
PRIHATIN memohon agar TSKI tidak mengheret Rakyat kedalam kacah politik dalaman parti politik. Amalan sistem demokrasi di Malaysia adalah dengan memberi kuasa kepada rakyat mengundi memilih wakil rakyat, parti atau gabungan parti yang mempunyai kerusi majoriti berhak menubuhkan kerajaan. Parti yang memerintah mempunyai hak mutlak menamakan ketua kerajaan. Bagaimana beliau TSKI menjadi Menteri Besar Selangor (MB) adalah melalui proses iaitu bilamana nama beliau dicadangkan oleh PR seterusnya mengangkat sumpah untuk menjawat jawatan MB. Proses menamakan calon MB serta proses mengugurkan MB bukan hak rakyat , ianya adalah hak parti pemerintah. Sewajarnya TSKI dengan aman dan relahati mengundur diri tanpa perlu membuat pelbagai alasan serta helah. Sekiranya proses menukar MB perlu mendapat sokongan rakyat maka sudah tentu ketika menamakan TSKI sebagai MB perlu merujuk kepada rakyat. Samada PR ataupun BN tidak pernah merujuk kepada rakyat ketika mencalonkan indivudu sebagai MB atau PM.
PRIHATIN sebagai badan NGO berpegang kepada prinsip dimana setiap individu mesti akur dan patuh kepada amalan peraturan Tataetika serta Tatakelola badan pertubuhan, dimana setiap NGO sepertimana parti politik mempunyai Jawatankuasa, keputusan Jawatankuasa mesti dipatuhi oleh setiap ahli. Maka bagi seorang ahli yang tidak menghormati keputusan Ahlijawatankuasa adalah seorang yang tidak punya disiplin serta tanggungjawab.
Kita tidak mahu melihat TSKI mengakhiri rekod baiknya sepanjang menjadi MB Selangor dengan titik hitam sebagaimana MB-MB Selangor terdahulu seperti Dato’ Harun Idris, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, Tan Sri Abu Hassan Omar juga Dato’ Seri Khir Toyo.
PRIHATIN juga dapat merasionalkan keputusan KEADILAN DAN PAKATAN RAKYAT untuk menukar TSKI kerana beberapa isu yang tidak dapat diselesaikan antaranya;
1. Isu Air yang berterusan
2. Isu Kenaikan Caj Fee Perniagaan yang melambung hingga 500%
3. Isu Kegagalan meningkatkan kualiti Unisel dan KUis
4. Isu kegagalan menyelesaikan ribuan Hak Milik Tanah
5. Isu kegagalan menyelesaikan masalah projek perumahan terbengkalai
6. Isu Kegagalan Membina Rumah Mampu Milik yang ditunggu-tunggu rakyat
7. Isu Kegagalan Membuka Peluang Pekerjaan kepada anak muda
8. Isu Kegagalan membuka ruang dan peluang baru perniagaan
9. Isu pengurusan sampah dan kebersihan kawasan
10. Isu senggaraan dan baikpulih jalan dan longkang
11. Isu kegagalan membasmi pembiakan nyamuk aedes yang menyebabkan Selangor menjadi negeri tertinggi yang diserang wabak denggi
12. Isu KIDEX - pembinaan lebuhraya yang mendapat bantahan daripada ribuan penduduk setempat
13. Isu Kegagalan meningkatkan pendapatan Golongan Petani dan Nelayan
14. Isu kegagalan membantu Pelajar Miskin di Unisel dan Kuis
15. Isu kegagalan meningkatkan taraf sekolah Agama Rakyat
16. Isu kegagalan meningkatkan taraf Pembangunan Agama Islam
17. Isu Peribadi yang menjadi pertanyaan umum, bagaimana TSKI dapat menyelesaikan tanggungan hutangnya dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
DATO’ HAJI MAT GHAZALI BIN ABD RAKIM
PENGERUSI
IKATAN PRHATIN SELANGOR merangkap Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia Selangor (DPIM Selangor)
Email: dpimselangor@gmail.com
No Tel: 012-2839957
Bersama Gabungan NGO-NGO dalam Negeri Selangor
1. DPIM Selangor
2. Pusat Khidmat Islah
3. Jaringan Amal Kerohanian Selangor
4. Rakan Muafakat Bisnes Selangor
5. Kelab Anak Muda Bersatu Selangor
6. Pusat Khidmat Wanita Tg Karang
7. Kelab Cinta Alam Nusantara
8. Persatuan Peniaga Alatulis Negeri Selangor
9. Persatuan Pengail Kuala Selangor
10. Kelab Pengusaha IKS Negeri Selangor
11. Gabungan Persatuan Penduduk Hulu Selangor
12. Kelab Seniman Alam
13. Kelab Pelukis Kajang
14. Persatuan Penulis Kuala Langat
15. Kelab Dinamik Anak Muda Hulu Langat
16. Persatuan Tamilan Kuala Selangor
17. Persatuan Pembuat Pau Kelang
18. Ikatan Pengguna IMPAK
19. Persatuan Pengamal Perubatan Islam Al Baraqah
20. Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Selangor
21. Persatuan Pengusaha dan Pemilik Perniagaan Restoran Muslim
22. Kelab Sukan Rakyat Harmoni
23. Yayasan Ikatan Masyarakat Malaysia
24. Yayasan Pembangunan Ummah
25. Yayasan Budi Penyayang Malaysia
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)