Saturday, August 2, 2014

TAN SRI KHALID MESTI MELEPASKAN JAWATAN MB SEBAGAIMANA KEPUTUSAN PAKATAN RAKYA-PRIHATIN SELANGOR

IKATAN PRIHATIN SELANGOR (GABUNGAN NGO-NGO SELANGOR) KENYATAAN MEDIA 25 Julai 2014 / 27 Ramadhan 1435 TAN SRI KHALID MESTI MELEPASKAN JAWATAN MB SEBAGAIMANA KEPUTUSAN PAKATAN RAKYAT Ikatan Prihatin Selangor (PRIHATIN) sebuah badan gabungan NGO-NGO dalam Negeri Selangor menuntut agar Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim (TSKI) dengan rela hati mengundur diri dan melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor. PERIHATIN membuat gesaan ini adalah selaras dengan keputusan yang telah dibuat oleh Parti iaitu Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang mana TSKI menjadi anggotanya , serta keputusan Pakatan Parti yang menjadi gabungan bagi tertubuhnya kerajaan campuran di Negeri Selangor ini iaitu Pakatan Rakyat (PR). Dalam mesyuarat yang telah dilaksanakan oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN dan Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) telah sebulat suara bersetuju menukar TSKI dengan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Dato’ Wan Ismail. Maka berdasarkan keputusan ini PERIHATIN mengesa agar TSKI akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh KEADILAN dan PR. PRIHATIN memohon agar TSKI tidak mengheret Rakyat kedalam kacah politik dalaman parti politik. Amalan sistem demokrasi di Malaysia adalah dengan memberi kuasa kepada rakyat mengundi memilih wakil rakyat, parti atau gabungan parti yang mempunyai kerusi majoriti berhak menubuhkan kerajaan. Parti yang memerintah mempunyai hak mutlak menamakan ketua kerajaan. Bagaimana beliau TSKI menjadi Menteri Besar Selangor (MB) adalah melalui proses iaitu bilamana nama beliau dicadangkan oleh PR seterusnya mengangkat sumpah untuk menjawat jawatan MB. Proses menamakan calon MB serta proses mengugurkan MB bukan hak rakyat , ianya adalah hak parti pemerintah. Sewajarnya TSKI dengan aman dan relahati mengundur diri tanpa perlu membuat pelbagai alasan serta helah. Sekiranya proses menukar MB perlu mendapat sokongan rakyat maka sudah tentu ketika menamakan TSKI sebagai MB perlu merujuk kepada rakyat. Samada PR ataupun BN tidak pernah merujuk kepada rakyat ketika mencalonkan indivudu sebagai MB atau PM. PRIHATIN sebagai badan NGO berpegang kepada prinsip dimana setiap individu mesti akur dan patuh kepada amalan peraturan Tataetika serta Tatakelola badan pertubuhan, dimana setiap NGO sepertimana parti politik mempunyai Jawatankuasa, keputusan Jawatankuasa mesti dipatuhi oleh setiap ahli. Maka bagi seorang ahli yang tidak menghormati keputusan Ahlijawatankuasa adalah seorang yang tidak punya disiplin serta tanggungjawab. Kita tidak mahu melihat TSKI mengakhiri rekod baiknya sepanjang menjadi MB Selangor dengan titik hitam sebagaimana MB-MB Selangor terdahulu seperti Dato’ Harun Idris, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, Tan Sri Abu Hassan Omar juga Dato’ Seri Khir Toyo. PRIHATIN juga dapat merasionalkan keputusan KEADILAN DAN PAKATAN RAKYAT untuk menukar TSKI kerana beberapa isu yang tidak dapat diselesaikan antaranya; 1. Isu Air yang berterusan 2. Isu Kenaikan Caj Fee Perniagaan yang melambung hingga 500% 3. Isu Kegagalan meningkatkan kualiti Unisel dan KUis 4. Isu kegagalan menyelesaikan ribuan Hak Milik Tanah 5. Isu kegagalan menyelesaikan masalah projek perumahan terbengkalai 6. Isu Kegagalan Membina Rumah Mampu Milik yang ditunggu-tunggu rakyat 7. Isu Kegagalan Membuka Peluang Pekerjaan kepada anak muda 8. Isu Kegagalan membuka ruang dan peluang baru perniagaan 9. Isu pengurusan sampah dan kebersihan kawasan 10. Isu senggaraan dan baikpulih jalan dan longkang 11. Isu kegagalan membasmi pembiakan nyamuk aedes yang menyebabkan Selangor menjadi negeri tertinggi yang diserang wabak denggi 12. Isu KIDEX - pembinaan lebuhraya yang mendapat bantahan daripada ribuan penduduk setempat 13. Isu Kegagalan meningkatkan pendapatan Golongan Petani dan Nelayan 14. Isu kegagalan membantu Pelajar Miskin di Unisel dan Kuis 15. Isu kegagalan meningkatkan taraf sekolah Agama Rakyat 16. Isu kegagalan meningkatkan taraf Pembangunan Agama Islam 17. Isu Peribadi yang menjadi pertanyaan umum, bagaimana TSKI dapat menyelesaikan tanggungan hutangnya dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) DATO’ HAJI MAT GHAZALI BIN ABD RAKIM PENGERUSI IKATAN PRHATIN SELANGOR merangkap Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia Selangor (DPIM Selangor) Email: dpimselangor@gmail.com No Tel: 012-2839957 Bersama Gabungan NGO-NGO dalam Negeri Selangor 1. DPIM Selangor 2. Pusat Khidmat Islah 3. Jaringan Amal Kerohanian Selangor 4. Rakan Muafakat Bisnes Selangor 5. Kelab Anak Muda Bersatu Selangor 6. Pusat Khidmat Wanita Tg Karang 7. Kelab Cinta Alam Nusantara 8. Persatuan Peniaga Alatulis Negeri Selangor 9. Persatuan Pengail Kuala Selangor 10. Kelab Pengusaha IKS Negeri Selangor 11. Gabungan Persatuan Penduduk Hulu Selangor 12. Kelab Seniman Alam 13. Kelab Pelukis Kajang 14. Persatuan Penulis Kuala Langat 15. Kelab Dinamik Anak Muda Hulu Langat 16. Persatuan Tamilan Kuala Selangor 17. Persatuan Pembuat Pau Kelang 18. Ikatan Pengguna IMPAK 19. Persatuan Pengamal Perubatan Islam Al Baraqah 20. Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Selangor 21. Persatuan Pengusaha dan Pemilik Perniagaan Restoran Muslim 22. Kelab Sukan Rakyat Harmoni 23. Yayasan Ikatan Masyarakat Malaysia 24. Yayasan Pembangunan Ummah 25. Yayasan Budi Penyayang Malaysia Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment