Saturday, August 2, 2014

CABANG TANJONG KARANG MENYOKONG WAN AZIZAH SEBAGAI MB SELANGOR

Cabang Tanjong Karang Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Tanjong Karang No. 25-1, Jalan Nilam 1, Taman Nilam 45500 Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan Tel : +603 - 3289 7572 Faks : +603 - 3289 7572 E-Mel : adiltgkarang@yahoo.com Web : http://pkrtgkarang.blogspot.com KENYATAAN MEDIA 31HB JULAI 2014/ 4 SYAWAL 1435 (KHAMIS) CABANG TANJONG KARANG MENYOKONG WAN AZIZAH SEBAGAI MB SELANGOR Kami, AJK Cabang KEADILAN Tanjong Karang serta anggota-anggota ingin mengumumkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi terhadap Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Sebagai Presiden parti yang juga ADUN Kajang, beliau adalah calon yang paling kanan dan paling layak di kalangan ADUN-ADUN KEADILAN di negeri Selangor untuk menjadi Menteri Besar. Oleh yang demikian, kami menyeru agar semua anggota KEADILAN termasuklah ADUN dan EXCO dalam pentadbiran Selangor pada waktu ini untuk mengenepikan perbezaan pendapat serta bersatu hati dalam menyokong ketetapan Majlis Pimpinan Pusat pada 21hb Julai yang lalu, iaitu untuk menamakan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor. Pada masa yang sama, kami menggesa parti terutamanya pimpinan tertinggi untuk mendengar suara akar umbi yang sudah jelak dengan permainan politik ala-UMNO yang dimainkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Umum sedia maklum, tindakan-tindakan beliau terutamanya akhir-akhir ini jelas membelakangkan pendirian dan ketetapan Majlis Pimpinan Pusat dan pimpinan tertinggi KEADILAN dan Pakatan Rakyat. Malah pelawaan Khalid agar ADUN Pakatan Rakyat membuat undi tidak percaya terhadap beliau cukup memalukan. Oleh itu, kami mewakili suara akar umbi menggesa parti dan pimpinan tertinggi untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap beliau. HAJI MOHD YAHYA BIN HAJI MAT SAHRI Ketua Cabang Tg.Karang/ Ahli MPN Selangor/ Pengerusi Biro Kepenggunaan MPP Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment