Saturday, August 2, 2014

AKAR UMBI SOKONG WAN AZIZAH SEBAGAI MB SELANGOR BARU

KENYATAAN MEDIA 31hb Julai 2014/ 4 Syawal 1435 (Khamis) AKAR UMBI SOKONG WAN AZIZAH SEBAGAI MB SELANGOR BARU Kami, Ketua-Ketua Cabang KEADILAN Selangor serta anggota-anggota ingin mengumumkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi terhadap Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Sebagai Presiden parti yang juga ADUN Kajang, beliau adalah calon yang paling kanan dan paling layak di kalangan ADUN-ADUN KEADILAN di negeri Selangor untuk menjadi Menteri Besar. Oleh yang demikian, kami menyeru agar semua anggota KEADILAN termasuklah ADUN dan Exco dalam pentadbiran Selangor pada waktu ini untuk mengenepikan perbezaan pendapat serta bersatu hati dalam menyokong ketetapan Majlis Pimpinan Pusat pada 21hb Julai yang lalu, iaitu untuk menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor. Pada masa yang sama, kami menggesa parti terutamanya pimpinan tertinggi untuk mendengar suara akar umbi yang sudah jelak dengan permainan politik ala-UMNO yang dimainkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Umum sedia maklum, tindakan-tindakan beliau terutamanya akhir-akhir ini jelas membelakangkan pendirian dan ketetapan Majlis Pimpinan Pusat dan pimpinan tertinggi KEADILAN dan Pakatan Rakyat. Malah pelawaan Khalid agar ADUN Pakatan Rakyat membuat undi tidak percaya terhadap beliau cukup memalukan. Oleh itu, kami mewakili suara akar umbi menggesa parti dan pimpinan tertinggi untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap beliau. 1.Hj Mohd Yahya bin Hj Mat Sahri Ketua Cabang Tg.Karang 2.Abu Talip bin Bujang Ketua Cabang Sabak Bernam 3.Hj Mohamad Fauzi bin Ahmad Ketua Cabang Sg.Besar 4.Hj Burhan Aman Shah Ketua Cabang Sepang Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment