Monday, August 4, 2014

Penduduk - Penduduk Kg Baru Cina kecewa dengan cara pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim mengurus masalah rakyat di Selangor .

KENYATAAN MEDIA 3 Ogos 2014 (Ahad) Penduduk - Penduduk Kg Baru Cina kecewa dengan cara pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim mengurus masalah rakyat di Selangor . Ketua-Ketua Kampung meluahkan perasaan dukacita kerana banyak masalah serta rungutan rakyat tidak diendahkan serta tidak diambil perhatian secara serius oleh Tan Sri Khalid sepanjang menjadi Menteri Besar Selangor. Gaya kepimpinan Tan Sri Khalid tidak langsung mencerminkan semangat yang digambarkan oleh Pakatan Rakyat yang menjadikan rakyat sebagai rakan kongsi utama dalam pengurusan dan pentadbiran Negeri. Tetapi Tan Sri Khalid mempamirkan pemimpin solo yang memaksa rakyat mesti mengikut keputusannya tanpa perlu mendengar pendapat rakyat bawahan. Antara isu yang tertunggak yang gagal diselesaikan adalah apa langkah penyelesaian begitu banyak tanah-tanah yang melibatkan Kampung Baru China, contohnya Kg Baru Pasir Penambang & Kg Baru Bagan Sg Yu Kuala Selangor yang melibatkan lebih 220 keluarga. Penduduk menuntut janji Tan Sri Khalid sejak Mac 2008 yang menjanjikan Hak Milik Persendirian bagi mereka yang telah menduduki tanah lebih 15 tahun. Hampir keseluruhan 220 keluarga yang tinggal di Kg Baru telah menduduki tanah lebih 50 tahun.Apa yang menyedihkan penduduk telah beberapa kali cuba membuat temujanji dengan Tan Sri Khalid tetapi tidak pernah mendapat layanan, malah yang menyayat hati mereka bilamana usaha bertemu Tan Sri Khalid secara temu janji tidak berhasil mereka cuba menemui Tan Sri Khalid terus dalam sebaik tamat beberapa acara Tan Sri Khalid diluar namun tidak dilayan dengan baik dan sempurna. 2. Penduduk Kg Baru juga menuntut Tan Sri Khalid menunaikan janji Pakatan Rakyat iaitu untuk tidak akan membebankan rakyat. Nyata sekali Tan Sri Khalid tidak menjiwai denyut nadi Rakyat, kenaikan Caj Fee Perniagaan sehingga 400% satu kejutan kenaikan Fee melampau yang ditanggung oleh rakyat. Kerajaan Selangor langsung tidak mendapatkan pandangan serta pendapat Rakyat bila hendak menaikkan fee. Rakyat telah membuat bantahan keras terhadap kenaikan Caj Fee Perniagaan namun sedikit pun tidak diendahkan oleh Tan Sri Khalid. 3. Janji Pakatan Rakyat untuk membantu serta meningkatkan hasil pendapatan penduduk luar Bandar seperti Petani, Penternak, Nelayan serta Peniaga juga Penjaja-Penjaja Kecil. Tiada kesungguhan langsung untuk Tan Sri Khalid bagi membantu golongan berpendapatan kecil dan rendah. Tiada apa-apa program yang dirangka serta dirancang bagi membantu meningkatkan hasil pendapatan golongan ini. Ramai Nelayan pesisir pantai pantai kecewa kerana kehidupan mereka tiada pembelaan yang sewajarnya. Hampir seratus orang nelayan di Bagan Sg Yu Kuala Selangor yang telah mengemukkan permohonan bantuan lebih empat tahun menunggu jawapan tetapi hampa dan kecewa. 4. Keseluruhan tahap pengurusan sera penyelenggaran parit, longkang, jalan dan pengurusan sampah masih jauh daripada tahap memuaskan. Semua boleh saksikan sendiri jalan-jalan kampong, jalan ladang serta jalan pertanian yang sangat menyedihkan. Terlalu banyak jalan yang sangat sukar untuk dilalui oleh kenderaan biasa, sana sini berlopak dan berlubang. Parit dan Longkang tidak disenggara dengan baik hingga hampir semua longkang tidak mengalirkan air dengan sempurna, di sana dan sini sumbat yang menjadikan nyamuk aedes membiak yang menyumbang demam denggi menjadi wabak. Isu serta rungutan kami memang isu kecil serta remeh temeh bagi pandangan Ketua Kerajaan Seperti Tan Sri Khalid Ibrahim, tetapi isu ini bagi kami pemimpin kecil serta warga penduduk luar bandar cukup besar dan menekan kehidupan. Kami memerlukan pemimpin yang berjiwa besar dan memahami perasaan rakyat, kami sangat menyokong cadangan untuk Tan Sri Khalid Ibrahim di tukar dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah. Seandainya boleh berlaku dengan segera dalam tempoh terdekat adalah amat baik sekali. Lim Eng Wan Ketua Kg Baru Pasir Penambang Tg.Karang Lee Boon Huat Ketua Kampung Baru Sasaran Sg Buloh Kuala Selangor Sow Eng Wan Ketua Kampung Baru Bagan Sg Yu Kuala Selangor Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment