Bismillahirohmanirrohim...Alhamdullilah panjatkan penuh kesyukuran hadrat Allah SWT dapat kita bertemu di dalam rumah Allah ini. Kita bersyukur kerana Allah pilih kita semua daripada ribuan orang untuk dapat menjadi tetamu rumah Allah. Tentunya dapat solat Isya, Solat Sunat Hajat, Solat Sunat Terawikh serta mendengar Tazkirah merupakan satu tuah kepada kita kerana setiap ibadah Allah akan gandakan dengan puluhan serta ribuan kali ganda dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.
Saya mengucapakan Tahniah kepada Tuan Nazir Masjid serta AJK , Tuan Imam , Ketua Kampung serta AJK JKKK Kampung Bukit Belimbing yang dapat mengatur program menyemarkan ibadat dalam bulan Ramadhan ini. Saya juga rakamkan ucapan tahniah di atas kesungguhkan semua AJK Masjid dan JKKK Kampung Bukit Belimbing ini untuk mengumpulkan dana untuk disumbangkan kepada Anak-anak Yatim, Keluarga Fakir dan Miskin serta Ibu-Ibu Tunggal. Kepada para penerima sumbangan kena bersyukur kehadrat Allah kerana kemulian Ramadhan ini menjadikan hati-hati manusia menjadi lembut dan mudah untuk membuat pelbagai kebajikan terutamanya menghulurkan sumbangan kewangan, saya rakamkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang muga Allah SWT memberikan rahmat serta keberkatan kepada semua.
Ramadhan merupakan Madrasah pendidikan jiwa , puasa melembutkan hati-hati dan jiwa manusia, puasa menyihatkan diri, puasa memberikan keinsafan kepada manusia bahawa ada ramai insan yang tidak dapat menikmati makanan kerana kedhaifan serta kemiskinannya. Perasan mereka yang tidak punya makanan serta kemewahan hidup dapat dirasai sedikit oleh mereka yang berpuasa. Kegirangan serta keseronokan berpuasa bila dapat berbuka juga menjadikan satu pelajaran bagaimana perasaan mereka yang kelaparan mendapat bantuan makanan dan minuman.
Islam menganjurkan agar kita semua dapat menjadikan diri kita berdisiplin dengan menjadikan siang kita berpuasa tetapi kita berkerja untuk kehidupan dunia, malam kita bangun di tengah malam dianjurkan dua pertiga malam untuk bermunajat kepada Allah SWT. Kita tunaikan solat sunat taubat, solat sunat hajat, solat sunat tasbih juga solat tahajjud memohon doa. Saya mohon Pak Iman, Pak Nazir , AJK Masjid serta seluruhnya dalam doa saudara-saudara selitkan doa untuk mohon kesejahteraan para pemimpin peringkat kampung, daerah, negeri dan negara agar semua pemimpin dapat mengurus serta mentadbir dengan penuh amanah serta bertanggungjawab dan tidak mengamalkan rasuah.
Terima Kasih, Wassalam
Ucapan dalam program Penyampaian Sumbangan Anak Yatim, Fakir Miskin dan Ibu Tunggal Kampung Bukit Belimbing Tanjong Karang, 28 Julai 2012 jam 10.30 malam.
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment