Monday, May 18, 2009

Selangor Cadang Beli Lot Kouta Bumiputera

Selangor bercadang untuk membeli kesemua lot kuota bumiputera di negeri ini daripada pihak pemaju sebagai usaha melindungi kuota tersebut daripada dibeli pihak lain.

YB Iskandar Abdul Samad pada Pameran Hartanah Bumiputera Selangor 2009 (BPEX). - Foto MURIZA ABDUL HAMID

YB Iskandar Abdul Samad pada Pameran Hartanah Bumiputera Selangor 2009 (BPEX). - Foto MURIZA ABDUL HAMID

Demikian kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Pembangunan Setinggan, Iskandar Abdul Samad semasa merasmikan Pameran Hartanah Bumiputera Selangor 2009 (BPEX), di sini petang tadi.

Namun katanya, cadangan itu masih lagi diperingkat kajian manakala satu mekanisme terbaik sedang difikirkan kerajaan negeri bagi melindungi kuota tersebut.

“Ini adalah satu cadangan yang telah dibincangkan di peringkat exco di mana kita mendapat terlalu banyak permohonan daripada pemaju supaya mereka dapat menjual kouta bumiputera ini kepada bukan bumiputera.

“Dan bagi pihak kita di kerajaan negeri, kita akan melihat beberapa kriteria dan syarat sebelum membenarkan mereka berbuat demikian,” katanya kerajaan negeri memikirkan satu mekanisme terbaik yang mana membeli dan memasarkan sendiri unit berkenaan.

Jelas Iskandar, kesemuanya masih lagi di peringkat kajian kerana banyak perkara terutamanya dari segi perundangan yang perlu dikaji.

Sementara itu, katanya kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor turut bercadang untuk mengadakan pameran hartanah bumiputera pada bulan Jun ini di Sunway Pyramid.

Sementara itu, BPEX yang bermula hari ini disertai 58 pemaju dengan nilai hartanah berjumlah melebihi RM1 bilion.

Pameran yang masuk tahun ketiga memberi peluang kepada pemaju dan orang ramai memilih unit-unit kuota bumiputera yang masih ada.

Pengarah Urusan MMC Sdn Bhd, Shikin Taib berkata pihaknya menyasarkan perolehan sebanyak RM30 juta sepanjang tiga hari pameran berlangsung.

“Pameran yang masuk tahun ketiga ini memberi peluang kepada pemaju dan orang ramai memilih unit-unit kuota bumiputera yang masih ada,” katanya pihaknya turut mendapat sokongan daripada pihak kerajaan termasuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi memudahkan orang ramai mengetahui secara atas talian baki pengeluaran pinjaman perumahan mereka. 

YB Iskandar Abdul Samad pada Pameran Hartanah Bumiputera Selangor 2009 (BPEX). - Foto MURIZA ABDUL HAMID

YB Iskandar Abdul Samad pada Pameran Hartanah Bumiputera Selangor 2009 (BPEX).

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment