Sunday, May 17, 2009

Sulaiman Razak Kecut , Noh Omar menggigil

Semalam 15 Mei 2009 hari Jumaat jam 9.30 malam program Pakatan Rakyat Tg Karang bertempat di Dewan Orangramai Kg Sg Terap dihadiri lebih 400 orang yang terdiri 80% daripada orang Kg Sg Terap sendiri manakala selebihnya daripada penduduk kampung bersebelahan seperti Kg Sg Yu, Sg Gulang-gulang dan Kg Permatang.
Program Pidato Umum Kenegaraan yang dilancar pada awal tahun ini telah dilaksanakan sebanyak 4 siri program. Bermula di Kg Sg Gulang-Gulang, Kg Bukit Talang, Kg Seri Tiram Jaya dan terkini di Kg Sg Terap. Program Pidato Umum kali ini membawa tajuk ' Satu Malaysia; Slogan atau Realiti'. Program dipengerusikan oleh Saudara Anwar Karison Ketua Penerangan Bahagian Keadilan Tg Karang dan menampilkan beberapa pimpinan diperingkat Nasional, Negeri, Bahagian dan Tempatan. Tuan Haji Miskon Pengerusi JKKK Kg Sg Terap memulakan majlis selaku tuan rumah dengan mengalu-alukan kehadiran tetamu dan jemputan, Tuan Haji Kudus selaku Ketua Bahagian Tg Karang mengungkapkan Satu Malaysia ciptaan Najib hanya melaksanakan Malaysian Malaysia DAP yang dikecam hebat oleh UMNO, Pidato diteruskan dengan ucapan daripada Ustaz Mohd Johdi selaku Timbalan YDP Pas Kawasan Tg Karang yang menyatakan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sedang menunaikan janji kepada rakyat. Sdr Yahya Sahri Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Keadilan membawa hadirin memahami Perlembagaan Negara yang menjadi undang-undang utama Malaysia, penekanan utama dilontarkan mengenai adanya pemisahan kuasa secara jelas iaitu kuasa Perundangan (Parlimen), Kuasa Eksekutif (Jemaah Menteri) dan Kuasa Kehakiman (Mahkamah), Pidato terus hangat dengan penampilan YB Dr Hj Rani Osman ADUN Kawasan Meru dengan penerangan Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Fasa pertama dengan program Mesra Usia Emas, 20 meter padu air percuma, Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Pusat Khidmat Sehenti, Sumbangan Pelajar masuk IPT, Bantuan pelajaran teknikal dan vokasional anak pekerja ladang dan Agenda MES ini kini memasuki Fasa kedua dengan memberikan Tuisyen Percuma kepada keluarga miskin. Program menjadi lebih panas dengan penampilan YB Hj Ahmad Kassim Ahli Parlimen Kuala Kedah memulakan ucapan dengan kenyataan pedas ' apa pasallah orang Tg Karang' memilih Noh Omar jadi Ahli Parlimen kerana Noh ini merupakan seorang yang cukup angkuh, diparlimen, Noh sentiasa memberikan jawapan jawapan atas pertanyaan Ahli Parlimen dengan cara 'kurang ajar' serta begitu biadap.
Program ceramah, dialog serta kuliah akan diteruskan kerana ianya merupakan khidmat pembelajaran secara tidak formal. Sepanjang program berlangsung dengan lancar begitu juga dengan sambutan kepada pendaftaran penggundi baru, pendaftaran mesra usia emas dan tawas yang amat menggalakan. Kelangsungan program yang terlaksana dengan baik begitu mencabar Sulaiman Razak yang daripada awal telah cuba mempengaruhi pihak keselamatan agar mohon untuk tidak membenarkan program di Sg Terap kerana Sg Terap adalah kampungnya, apa yang lebih menarik beliau tidak membenarkan kawasan lamannya untuk dijadikan tempat parkir dengan meletakan penghadang dijalan masuk. Sikap seorang ADUN yang tidak mesra rakyat amat memalukan.
Petugas daripada Tg Karang akan bertugas dalam pilihanraya kecil Penanti.
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment