Saturday, May 9, 2009

PENYELARASAN PROGRAM & AKTIVITI DI DUN PERMATANG DAN PARLIMEN TG KARANG

semalam 8 Mei 2009 jumaat Jawatankuasa pengurusan Pusat Khidmat DUN Permatang dan Jawatankuasa Biro Politik Bahagian Tg Karang telah bermesyuarat dan memutuskan beberapa tatacara pengurusan yang lebih mantap, antaranya:
1. Tumpuan program kempen turun padang ke Kampung-kampung dengan mengerakan semua JKKK bagi memastikan semua JKKK bergerak dan berfungsi.
2. Majlis dialog dan penerangan bagi memahamkan masyarakat mengenai program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)dengan tumpuan kepada,
i.Program Mesra Usia Emas
ii. Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
iii.Pusat Khidmat Krisis Sehenti Wanita
iv. Tuisyen Rakyat
v. Hadiah Anak Memasuki IPT
vi.Bekalan Air Percuma bagi 20 meter padu
vii.Tabung pendidikan anak-anak pekerja ladang
3.Bagi melancarkan pengurusan serta pentadbiran sesi kunjung hormat dengan semua agnsi kerajaan akan dilaksanakan.Pejabat Daerah, Majlis Daerah, Pejabat Pertanian, JKR, Polis, Bomba, Hospital, Penghulu serta yang lain-lain.
4.Program penerangan mengenai kesihatan serta keselamatan rakyat akan dibuat disetiap kampung. Program pameran serta taklimat anti dadah juga akan dilaksankan.
5.Pusat Khidmat Rakyat DUN Permatang akan berfungsi sebagai agen utama bagi memberikan khidmat kebajikan, pendidikan kepada masyarakat.
Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment