Monday, May 25, 2009

PASUKAN BERAYAN DITUBUHKAN DI TG KARANG

Pakatan Rakyat Tanjung Karang mengorak satu lagi langkah kehadapan bagi memastikan perkhidmatan kepada rakyat terus diutamakan. Melalui kerjasama Pusat Khidmat Rakyat DUN Permatang dan Sungai Burong satu kumpulan yang dinamakan BERAYAN akan ditubuhkan. Berayan merupakan pasukan petugas khas yang akan memberikan khidmat kepada masyarakat khususnya bagi urusan pengendalian jenazah, kenduri, bencana alam dan kemalangan.
Pasukan BERAYAN pertama akan diketuai oleh Sdr Hassan Sani yang akan mengendalikan urusan khidmat Jenazah. Pasukan BERAYAN akan dilancarkan selepas Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat. Ketua Bahagian Tg Karang Tuan Haji Abdul Kudus Omar menganggap penubuhan pasukan yang pertama di Malaysia ini akan menjadi tunjung utama dalam kekuatan Kerajaan Pakatan Rakyat memberi khidmat kepada masyarakat dan rakyat di Tanjung Karang dan Selangor umumnya.
Pasukan Berayan akan memulakan aktivitinya dengan membuat lawatan-lawatan ke wad-wad di hospital Daerah Tanjung Karang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah juga bagi pesakit yang terlantar di rumah. Bila berlaku kematian Pasukan Berayan ini akan membatu dalam urusan membuat laporan kepada Balai Polis, urusan kain kafan, urusan tanah kubur, mandi jenazah, solat jenazah, kenderaan jenazah serta urusan pengkebumian. Pasukan Berayan ini juga akan membatu dalam urusan tahlil arwah juga urusan kenduri dan yang lebih utama bagi urusan sumbangan mesra usia emas turut dibantu oleh Pasukan Berayan.
BERAYAN .BERAYAN. BERAYAN

Layari http://pkrtgkarang.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment