Friday, May 1, 2009

Pengerak Belia Negeri Selangor ditubuhkan

Pengerak Belia Negeri Selangor ditubuhkan
Muhammad Arif Ismail
Thu | Apr 30, 09 | 3:51:28 pm MYT
SHAH ALAM, 30 April (Hrkh) - Kerajaan Negeri hari ini mengumumkan penubuhan Pengerak Belia Negeri Selangor bagi memastikan semua program pembangunan modal insan di Selangor berjalan lancar. Iklan

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri akan menubuhkan Pengerak Belia Negeri Selangor bagi merancang dan mengerakkan program-program pembangunan yang berkaitan modal insan di negeri ini.

"Ia bertujuan melahirkan kepimpinan belia yang berwibawa bagi menjadi ejen perubahan kepada golongan ini," beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan dekat sini petang tadi.

Menurut beliau lagi, untuk memastikan program ini meliputi semua peringkat, ia akan diusahakan bersama iaitu Pengerak Belia Tempatan untuk peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pengerak Beliau Tempatan (PeBT) di peringkat zon.

Majlis Pelancaran Khas ini akan diadakan pada 6 Jun 2009 sempena sambutan Hari Belia peringkat Negeri Selangor.

Katanya lagi, bagi memastikan belia wanita tidak ketinggalan dalam rancangan ini, keahlian bagi setiap jawatankuasa Pengerak Beliau Tempatan di peringkat zon mestilah 30 peratus wanita.

"Jikalau pengerusinya lelaki, maka timbalan pengerusi mestilah wanita dan Pengerak Beliau ini akan dipengerusikan oleh Menteri Besar manakala PBT dipengerusikan oleh Yang Dipertua atau Datuk Bandar," sambungnya.

Beliau menambah, Pengerak Beliau Tempatan Peringkat zon diketuai oleh ketua belia tempatan dan keahlian dianggotai oleh beliau pelbagai kaum yang berumur di antara 16 hingga 35 tahun.

"Pelbagai program dan aktiviti yang bakal dilaksanakan bertujuan memastikan keaktifan dan penglibatan golongan ini dalam masyarkat sekali gus melahirkan bakat kepimpinan belia yang berwibawa," katanya. - mns_

No comments:

Post a Comment